Friday, May 8, 2009

to catslover with love...


Justify Full

Salam semua,

lama tak menjenguk sini. sebenarnya baru abis exam linguistique generale. aku takut sket ngn subjek ni, coz pemberat dia tinggi n cikgu dia jenis yg suka perli orang...Alhamdulillah, dpt jawab...mudah2an dapat la markah yg baik2. lupakan LG, skrg ni kita consentrate dgn DALF (nyawa kami di sini).

ermm, untuk tidak menstress kan diri, hari ni aku nak buat entry pasal kucing. kittun fi lughatul arabiah, cat in english, et chat en francais.

entah la, semenjak dua menjak ni aku suka sgt kat kucing2 ni. bukan sebelum ni tak pernah bela kucing (note: mak aku dulu bela hampir 10 ekor kucing!ni tak termasuk adik beradik aku yg sepuluh orang ni!wakakaka!kesian dia...). cuma baru aku sedar, kenapa la nabi suka sgt binatang ni.

ini ada beberapa video pasal baka kucing.



nampak kan?rupanya ada lebih dari lima puluh baka kucing. dan kita hanya tahu beberapa jer. semenjak aku duk sini, aku berpeluang mendekati beberapa breed yang agung. contoh nya; maine coon, parsi chinchilla, chatreaux, european, dan bengal (tp dia dah mix, still nmpk cantik).

kucing2 baka ni sebenarnya ada surat beranak. bukan mcm kita punya, dia ada nama moyang-moyang dia sampai lima generasi terdahulu. ini semua untuk memastikan kucing itu mempunyai baka yg asli. tahu tak, kalau kita campur2 baka kucing, hasilnya adalah kucing2 kampung tepi jalan tu?dan kesan negatif yg lain, dia takkan ada personaliti yg stabil. setiap kucing ada personaliti yg berbeza. contoh : maine coon= sangat baik walaupun besar dan sangat suka main air!, chatreaux= peramah dan lemah lembut, siam= bising dan busy body, parsi= manja dan cerdik(walaupun sikit malas).

kenapa ramai yang berminat pada kucing baka? sebab nya, kucing2 ni biasanya dibesarkan dirumah individu atau chattery2 yg terpilih. ooleh itu, kucing2 ni akan biasa dgn manusia dan memahami tuan dia. berbanding dgn kucing yg kita kutip tepi jalan, ia bersifat agresif dan tak berapa sesuai untuk haiwan peliharaan, terutama untuk mereka yang ada anak kecik. selain itu, kucing2 baka ini juga kesihatan dia terjamin, sebab dia ada blood line yg diiktiraf, sementara kucing2 tepi jalan ni dia ada banyak penyakit. but still, kita pun kena kasihan dgn kucing2 tepi jalan ni. (terutama musim sejuk...kesian tgk kucing2 terbiar ni, macamana la diorang tahan hidup dalam salji nun...).untuk mengelakkan kucing tepi jalan terseksa, cuba la rendre service utk meneuter kan atau spay kucing2 tu. ini boleh kawal populasi diorang, dan kucing2 ni akan jadi lebih 'tenang'.

video yg seterusnya ialah sejarah kucing dan variasi muka kucing2 tu.anda dapat kenal berapa jenis baka?aku dapat kenal 11!huhu!




di Malaysia, orang ramai selalu akan panggil kucing berbulu panjang ni jenis 'parsi'. huhu, tak jugak sbenarnya, sebab ada je jenis bulu panjang tapi nama diorang lain. dan untuk kucing2 yg tak de surat beranak (pedigree), org malaysia akan panggil domestic long hair (DLH) atau domestic short hair (DSH) walaupun kita memang yaking kucing tu dari baka yang bagus2 (for an instance: kucing parsi, mak and bapak dia ada surat beranak, tapi dia tak, so dia akan dipanggil DLH). hey!kejam ler surat beranak tu, bagi aku, tu hanya propaganda tokey2 petshop ni tuk naikkan harga kucing tu jer! Parsi+parsi=parsi la!mana jadi DLH!dan untuk term kucing kampung yg kawin ngan kucing baka (contoh senang :kampung + parsi) orang2 perancis akan panggil anggora (utk bulu panjang-jgn tersilap dgn turkish anggora, ni kucing kebangsaan turki dan harga dia sanggggaaatttt MAHAL!) dan untuk bulu pendek mereka panggil "gouttier" maksud dia "perasa" (jgn tanya aku kenapa, aku pun x tau!). dengar pun mcm sedap kan?dari kita panggil DLH atau DSH atau KAMPUNG....entah la...


lawatan makcik shasha ke rumah kami.


ini la dia chatreaux!kucing kebangaan orang2 perancis!besar, bulu berkilau, mata cantik, baik hati, peramah dan cerdik!nama dia saper ntah..lupa aku. masa ni jumpa kat Dijon.



kucing jenis european, berada di kawasan perumahan family angkat aku. beza dgn kucing malaysia, diorang ni muka bulat, manja dan hampir bisu! kucing2 malaysia pulak berwajah tiga segi, berdikari dan becok.



yg ni kucing gatal aku tu, si Jasmeen...punya la aku cari hilang, dah la dia ni x der suara!cuak aku!rupanya menyorok dlm beg...hampeh...dia ni hasil kacukan maine coon n bengal (mungkin dah campur ngn kucing gouttier yg lain). sebab tu sifat dia ni lain sikit, kecelaruan identiti. dia suka main air, kdg2 boleh berendam dlm sinki! suka bercakap dgn burung (dia jarang-atau seminggu sekali jer- mengeow!bunyi dia adalah "krikkk..krikkkk...krikkk". selalu aku marah dia supaya sentiasa sedar yg dia tu kucing, bukan burung atau cengkerik!). and dia muka selamba. sayang nyer aku ngn dia, sbb teringat anak2 saudara...kuat merajuk ni!kena marah, mesti nyorok bwh katil, pastu mlm x nak tidur ngn aku...

semua orang tau kan yg Jasmeen, Noni and Leyla ni adik beradik. tapi muka n sifat diorang sangat berbeza. kalau nak tau, seekor kucing leh mengawan sehingga empat ekor jantan atau lebih. oleh itu, tak semestinya anak2 dlm kandungan tu adalah dari bapa yg sama. sebab kucing betina akan melepaskan ovum dia hanya bila ia mengawan, bermakna telur yg dilepaskan itu akan bersenyawa dgn sperma kucing jantan yg mengawan pada waktu itu. so mungkin mak diorang ni si Minette, membuat hubungan dgn ramai kucing?sbb tu, leyla berbulu pendek, Jasmeen berbulu semi panjang dan Noni mirip keseluruhan seekor maine coon.

ermm. sampai sini je la.. mcm terapi pulak kan?tenang jer aku baca entry ni. betul la, haiwan peliharaan ni buat kita terhibur...huhu..jumpa lain waktu!

12 comments:

SôFw@N said...
This comment has been removed by the author.
palois said...

banyaknyer kucing??!!! hihi sy seorang kipas-susah-mati kucing.. nak tanya.. kalo la sy ni travel lelama (1 bln la kononnyer) sy xleh bw kucing sy cuz sy bkn travel satu tmpt jer. kat france ni ada x nounou utk kucing?

anjut said...

owh, ada jer berlambak. tapi nnti dia kena charge 3 euro sehari (biasanya student la buat part time ni).duk di mana tu?kalau nak tglkan kat sini bleh jer, free of charge!

palois di sud said...

free??!! waaahh!! blh dtg besançon nnti.. dh la free.. tp kita xpernah kenal² lg.. :p malu la nk jumpa :p

anjut said...

haha!x kesah pun kenal ke tak.org mesia kan?dtg jer la.

SôFw@N said...

hihi..xblk msia ke thn ni??

anjut said...

x balik, coz cuti sebulan jer. ni saper ek sebenarnya?org yg sama ke, ketiga2 msg diatas tu?

SôFwàN said...

org yg sama.. sy la palois tu.. :p
kenal raf n mas x??

anjut said...

owh, kenal2.

SôFwàN said...

sy sama batch ngan mereka, hihi..yg xpernah dtg besançon tu.. :p oh lupa.. palois means org pau. org sud pun blh kata. hihi!

feliscatus said...

banyak kucing upanya huhu. bunyi krik krik tu tanda kucing tu excited. naluri memburu tengah naik. tgh high la kata org.

anjut said...

owh, tak der la banyak, yg lain2 tu kucing2 member. sekarang ni tgl Jasmeen n yg terbaru, si Aris Domprel (AD).jadi student ni kdg2 tensen, so kalau ada benda hidup lain dlm rumah, rasa mcm seronok jer.lagipun, kucing kan mendoakan org yg bg dia makan..huhu, tgk telatah sekor2, teringat kat anak2 sedara..