Sunday, May 31, 2009

ke selatan

salam semua!

hari ini, aku ingin bercerita mengenai pengalaman kami ke negeri-negeri selatan Perancis. kami menyertai rombongan yang dianjurkan oleh pihak CROUS (Le Centre Régional des Oeuvres Universitaires et Scolaires --badan pelajar kelolaan negeri). rombongan kami terdiri dari pelbagai negara (negara2 arab, amerika latin, china, Gabon, azerbaijan etc). aku pun join jugak coz pakej yg ditawarkan sangat berpatutan, disamping untuk melapang-lapangkan kepala sebelum exam.huhu!

le 21 mai 2009---le debut d'un voyage, perjalanan ke tempat pertama kami, iaitu Volcania berdekatan dgn Clerment Ferrand.


smart kan budak jawa yang kat belakang tu?



ini la dia volcania, gunung berapi mati yang dibangunkan sebagai tempat edu-tourist. yang dasar-dasar tu memang bekas gunung berapi, tapi ada jugak yang mengunakan bahan sintetik (dinding kawah ini dicampur dengan gula untuk memastikan ketahanan nya bila musim berubah-rubah).

dalam menara yang terdapat disitu, ia direka berilhamkan gunung berapi.


Alan dihadapan ruang simulasi. disini terdapat empat ruangan (dua 3D, satu 4D dan satu lagi layar perak terbesar dieropah). memang menarik! Meningatkan Petrosains di KLCC, dan yakin malaysia memerlukan lebih banyak lagi pusat penyelidikan sebegini (disamping mengamit pelancong).

aku merasa lemah ketika dipaksa memegang meteorit ini. owhh tidakkk!kantoi! aku la Superman itu!!!

berjalan-jalan dipekan Clermant Ferrand, hiasan-hiasan disini berdasarkan gunung berapi.


hujung sebelah kanan sekali tu adalah lecturer kami dari Malaysia (she's doing her master rite now, so dia pun join.). kami yang sabar melayan karenah manja Kak Hola!

misteri tak?

dihadapan Cathedral pada zaman Gothik.

le 22 mai 2009---Toulouse, Casa de la rossa!

pada pagi-pagi lagi kami telah berangkat ke Toulouse, bandar bunga ros (ada yang kata rosse=kaler merah jambu bangunan2 ni yang jelas pada musim bunga, juga kerana ada beratus-ratus spesis ros ditanam disini!)


Marc Anthony menjadi model sementara!hahaha!ini Georges (sebut Horher) dari Columbia.



ten ten!ketapi berbunyi!pusing2 tengok kota!


seniman jalan di Toulouse. yang macam apek kacuk india tu, pengemis sampingan!hahaha!kesian aman!


ini adalah rumah, setiap ukiran melambangkan kekayaan sesebuah keluarga.

Pont neuf yang terkenal.


le 23 mai 2009---la cite medievale de Carcassonne.

dah siap semua?kali ni kita akan pergi ke sebuah kota zaman sebelum renaissance. terletak di Carcassone, melambangkan kuasa-kuasa raja eropah yang berlumba membina kota.

satu benda jer aku nak cakap "CANTHEKKKK GILERRRR WOIIIII!!!!!". aku memang sangat kagum dengan kota ni!memang sesuai untuk berbulan madu!!!!lawa sangat lawa!aku buang Strassbourg jauh2 dalam longkang, kota ini telah menawan hati aku!

tersesat2 dikota (padahal tak pun, sekali sekala nak berangan jadi pelancong).

hukuman untuk mereka yang menderhaka!


belakang tu la kota tersebut!cantik giler kan?


ketapi kecil lagi!tiap bandar ada ketapi kecik tuk pelancong.


Clara dan Debra.


saper berangan nak naik keta kuda?





huhu, kalau korang kata bandar ni tak cantik, salahkan pada aku, sbb aku yang tak reti tangkap gambar. dan kecantikan bandar ini diserikan lagi dengan penduduk nya yang berbahasa Occitainne dan juga perancis. memang smart r...

le 24 mai 2009---adieu a jamais!


masa tuk meninggalkan kota2 tersebut!banyak benda yang aku belajar hasil dari pengembaraan ini.huhu!semoga diberi peluang begini lagi...


teman perjalanan aku! m&m's berwarna warni!


singgah di Viaduc de Millau.


sampai rumah jer, terus rasa penat yang membunuh!rindu dengan Jasmeen dan Addy, kesian, lupa belikan diorang mainan...lain kali la...

3 comments:

Nadira said...

sgt jelesnye tgk pic2 u..
nyesal plak x blaja rjn2 dulu
hehe.

anjut said...

huhu, x pa, kalau ada rezeki, dapat jugak g..insya'allah..

Jessica said...

rindu cik ho! haha~ :P