Wednesday, May 13, 2009

Domprel ke Aris?

Salam semua!
MEMPERKENALKAN sebiji bola berbulu yang bernyawa. ada sorang kawan (dia tua dah pun..makcik..) yang beri.

bola ni gemuk giler, aku rasa nak picit2 jer dia sampai keluar taik ijau! dah la nakal..suka ikut orang ke hulu ke hilir.

buat masa ni, aku tak berani dia kawan ngn Jasmeen (officially Jasmeen dah berpangkat sister!). kena ambil masa, sebab Jasmeen pun buat muka aneh masa nampak bebola aktif ni. tapi aku rasa tak der masalah kot, sebab kucing takkan makan kucing!

yang pening sekarang ni nak pilih nama. Nama yang pertama ialah "Aris"-Gowe kata nama macam pahlawan yang gagah perkasa, entah apa2 binatang jer pun...-, sepatutnya dulu bagi kat Jasmeen, sekali Jasmeen betina.

nama yang kedua ialah "Domprel", ilham Masitah. haha, ceritanya, kami bertemu dengan seorang nenek tua yang baik hati di sebuah kampung kecil di Perancis. nama kampung tu "Domprel", nampak macam nama jawa yer jugak. sampai sekarang melekat nama tu kat otak kami! Masitah yang minat sgt nama ni.

Huhu..yang mana satu?ku jadi keliru!!!!

*sebenarnya aku bersalah jugak kalau tak bagi nama Aris tu, sbb nama kucing Gowe pun aku yg bagi,hahaha!cadangan dia selalu kena rejek! tapi nama "Domprel" tu cute jugak, sesuai dgn bentuk sifat dia yang gemuk gedempol tu!

nak tanya Mardziyah, tapi dia tak minat langsung dgn kucing. boleh tak dia cakap kat aku "Kucingggg??yerkkk!tak der hati n perasaan langsung dgn binatang tu!"..
=(



"ni yang tak besh ni, susu botol kita dah habis...cepat la beli..."



"atoiiii!tatit nyer peyut ni kena tindih ngn bola Kak Jasmeen..."


"gula2 pun dah habis ke???"


"empuknya la sofa ni..."



"Pening nyer kepala aku melayan budak kecik tu!!!!!!!!!!!"

10 comments:

palois said...

COMEL!! nak gak kitty tu.. huhu..

anjut said...

hahaha!mintak maaf, ia bukan tuk dijual atau diberi.kuikui!

eja said...

kak eja selalu je singgah blog anjut ni..macam nostalgia pun ada coz zaman budak2 dulu memang giler sangat ngan kucing tp bila dah ada anak2 x boleh plak nak bela kucing coz sayang anak lebih dari sayang kucing....huhuhu.

anjut said...

owh, terima kasih kerana sudi jengah2..huhu, saya pun sama. bela kucing2 ni pun sbb teringat2 kat anak2 sedara.nak ada anak sendiri, tak abis2 belajar..huhu...

Nadira said...

comel sgt kott...
teringt kuceng jalanan i yg ilang after mulut dipasang besi
haha~

anjut said...

haaa???kucing jalanan????

penjaga sementara.. said...

salam mejah.. stidk to Jiji x leh ke??? huhu.. harap dipertimbangkan..

klo x leh x pe la.. redha je.. =P

anjut said...

haaaaa???je n'a fait que cet entry pour chercher son prenom. hahaha!ermm, ikut korang la nak panggil apa, bdk2 lelaki panggil dia Addy yg pempuan panggil Jiji.boleh?

k reen said...

mejah...dapat menjaga kejap Jiji dah sangat gembira dan dah rindu dia...comel n sangat manja!!!

p/s: suka hati je bagi nama jiji kat ur kucing...hehe

anjut said...

k reen-owh, padan la dia manja sgt skrg, ada org yg melayan rupanya.huhu!tapi x pe, coz tgk dia da matang sket, sket jer la, still baby kan.huhu!btw, thanks sbb jaga kejap..