Monday, May 18, 2009

dijilat lembu, digigit anjing, dipatuk ayam.

"Bonjour, Hamzah, awak dah siap?saya tunggu kat bawah ni."... terdengar suara Caroline dlm handset membuatkan aku terkejar2 memakai stoking..erggghhh, bagi Sasikala kunci sebab nanti dia tlg tgk2an Jasmeen ngn Ad.



Caroline dan Jean Michel adalah ibu bapa angkat aku kat sini, ingat lagi tak perjalanan kami kat sebuah kampung yang nama dia Pugey tu?haaa, diorang la tu. Mereka jemput aku tidur kat rumah coz nak habiskan weekend sama2.

Sabtu-----

Ok la, hari pertama kami, ke sebuah kawasan ala2 mini Malaysia kat Melaka tu ha. nama dia les Maisons Franc-Comtoises (rumah2 org frank-komte). menarik la tempat ni. aku memang minat ngn seni bina diorang ni. rumah2 ini dipanggil "la maison a colombage" (rumah bersendi kayu). rumah2 ni adalah rumah2 asli yang dipindahkan ke kawasan ini oleh sukarelawan2 untuk jaga senibina zaman dulu. fuhhh!!tak tercapai akal aku, mcmana diorang pasang balik umah2 ni...


alat2 tenunan
Kitar semula perca2 kain (mak aku pun pernah buat...). dan jem2 buatan sendiri.



bengkel kerja kayu. haaaa!yang ni best giler!aku belajar banyak benda dari bengkel ni. tengok la nanti, aku nak buat rumah aku sendiri.heheheh!=)


cantik kan?jangan usha ponggong mak angkat aku yer!


owh yer, seperti biasa, budak china (Li Juan) tu pun ada.

ke Peru---


pada malam nyer, kami ke Peru. bukan ke Peru di Amerika tu ha, ni adalah festival negara tu yang diadakan setiap tahun di tempat aku. setiap tahun, negara2 berkenaan akan dipanggil tuk buat persembahan. kali ni Peru dipilih. kami ke sana dengan dua kereta, sebab ada 4 orang adik2 angkat aku ikut sekali..pening pala gua...


yang tu Clara, anak si Michel dgn isteri 1st. dan yg lain2 tu Florine, Marie, Nicholas anak si Caroline dgn laki dia yang 1st.



hurmm, jemput makan semua. aku makan tenuk goreng ngan sambal kicap.


ni Nicolas dgn awek dia. umur baru 15 tahun. kalau aku ler ada awek masa umur tu, mesti dah lunyai kena ngn mak bapak aku.


aku ngn Florine menguasai litar malam itu!hahaha!best r benda ni. aku main 7 kali!mula2 ngn bapak aku (sbnrnya aku segan coz dua2 besar tapi lawan ngn budak kecik). pastu nasib baik si Florine ni nak main ngn aku, x der la malu sgt!


ok..masa tuk tidur! aku diberi bilik yang sgt besar dalam banglo 3 tingkat tu. lepas semayang jer terus terlelap...

Ahad,taik lembu n ayam---

pagi2 lagi aku dah bangun. Jean Mi dah pesan malam sebelum tu yang kami akan ke ladang dia. excited aku dibuatnyer. Mula2 aku ke kedai roti ngn dia cari sarapan, lepas tu baru kami bergerak. yang budak China tu bantai tidur sampai pukul 11. malu aku...


ini tempat pemerahan susu lembu. tau tak harga mesin ni berapa? 350 000 euros!!! bapak angkat aku ni adalah pengeluar susu utama di negeri Franche Comte ni. dia dan dua lagi rakan berkongsi ladang yang seluas 332 hektar ni ha. antara ladang terbesar di Perancis. dan memiliki 340 ekor lembu tenusu. selain dua buah reban ayam sebesar padang bola untuk telur (weh, kalau jumpa telur ayam yg dalam box kaler hijau putih n tulis "les oeufs plein air" tu, dari ladang ni la..hahaha!aku kena henti kutuk telur mahal tu!


anak2 lembu betina. untuk mendapatkan susu, lembu2 ni haruslah melahirkan anak. meski pun ada ubat dipasaran yang merangsang pengeluaran susu, ia sebenarnya melanggar hak haiwan tu haa. cuba kalau bini kau, kau bagi makan ubat tu?tak ke terseksa?


traktor membawa kayu api tuk panaskan rumah ladang tu.


ini ayam2 yang diternak. ok, mesti semua orang kata, "sama jer ayam yg telur dalam reban n yang bebas kat luar". memang la sama, tapi dari segi kemanusiaan, kita seksa ayam tu berhimpit2 dalam reban tu. kesian dia. kat ladang ni, ayam2 ni bebas ke sana ke mari sambil bernyanyi girang. sebab itu telur diorang besar2. ini semua mempengaruhi.


bapak angkat aku yang kaya raya dgn anak angkat nya yang kaya senyuman. ellllehhh!tak heran pun aku, mak bapak aku kat mesia tu kaya anak!lagi berbaloi!hahahaha!


ini adalah lembu aku. kat kalung dia tu ada tulis nama aku. aku bagi nama "John". sempena nama lembu atuk aku masa aku kecik dulu. kata bapak angkat aku, nanti kalau aku nak balik mesia, dia akan bungkuskan lembu tu sekali!watever, tak lawak langsung...


aku suka giler ngn anjing ni!!!!!!!nama dia Hampstel. bijak mengalahkan orang2 yang pernah aku jumpa. taat, tepati masa, tak banyak kerenah, berbakti, bersih(walaupun najis, tapi aku peluk jer sebab masa tu dia kering), dan ringan tulang! (sorry la kepada sapa2 yg terasa, tapi cuba la cermin diri yer...apa aku kesah).


ini adalah sebuah chateau di Flatans (lupa ejaan dia). milik seorang Contesse yang masih dara.

belakang tu kita leh nampak bukit Montbeliard.


ternakan rusa di kiri kanan perjalanan.

les Salines Royales---

lepas makan tengahari, Jean Mi n Carol ajak kami ke sebuah kota yang dibina pada akhir kurun ke-17. apa yang menarik ialah senibina dia yang ada ciri2 moden. memang cantik kota ni.

kebetulan, masa kami pergi tu, ada 700 pertunjukkan percuma dan tiket lawatan adalah percuma!!!

kota ini dibina oleh Monsieur le Doux, orang yang banyak reka bentuk2 yang menarik, contoh, theatre de marseille. pada masa ini, King Louis suruh bina sebuah kawasan galian garam, tapi arkitek ni memandai jer gi buat sebuah kota, kata King, "beta tak restu projek ni!!!". tak restu2 pun, siap la jugak sebahagian kota ni. sepatutnya kota ni berbentuk bulatan, tapi sebab tergendala, dia jadi separa jer. cari la kat internet kalau ada.

Jean Mi yang suka usha minah2 muda.

semangat diorang terangkan, nasib baik la aku pernah jadi pelakon terbaik dkt matrik dulu. so, mesti dia ingat aku minat benda2 ni. tapi memang pun aku minat.

yg macam pasu tu, sbnarnya tempat duduk. buat main plak budak2 ni..

persembahan Gipsy. pada hari tu, aku sempat tengok persembahan flamenco, salsa, tango n rumba. entah, masa tu tema dia latin kot. tapi memang seronok la.

ermm..lepas makan malam sama2.tiba la masa tuk pulang. hahaha!mak angkat aku nangis, mengada2.. rimas aku kalau orang buat2 drama air mata ni. "jaga diri yer semua..nanti kita jumpa lagi..isk isk isk..sob sob sob..."..derrrrr!!!rumah dia dalam 20 minit jer dari rumah aku, anytime leh g.

sampai kat umah, terus aku peluk cium dua orang budak yang aku dgr ada buat kes masa aku tak der kat umah.siap korang aku kerjakan! (diorang dah leh main sama2!bagus2!)..


*sekali lagi aku buat entry yang tak der kaitan ngn tajuk!

6 comments:

feliscatus said...

pehhh..seronok gak duk kat oversea, ladang sikit punya besar,pastu nampak bersih je... bagus blog ko ni, byk info aku dapat.

anjut said...

owh, huhu..agak bersih la. nasib baik la dia tak bela babi, kalau tak ngn aku sekali kena masuk dlm kandang tu.

btw, lidah aku kelu coz dua hari aku ckp french jer. terseksa jiwa n raga. ok la tu, coz dua minggu lagi ada exam besar, kira exercise la ni.

Faiza said...

Bestlahhhh!!!...sangat best masa kat ladang tuuu...kalau lah saya pun ada mak dan bapak angkat yg ada ladang kat UK ni kan besttt...;-)

anjut said...

huhu, tu la, kat ladang tu, ada jer ramai anak muda yg kerja, diorang kat sini memang tak memilih sgt kerja, sbb banyak pengangguran, so kalau dpt kerja tu, punya la bangga..

h a r i z, H said...

hoho, best gile pengalaman macam ni. siap ada mak family angkat french ag.

anjut said...

huhu, tak pernah terpikir pun nak masuk2 kampung kat sini..nasib baik ada org bwk.