Thursday, May 28, 2009

antara yang kurang siuman dan yang siuman...

« sejak bila pula dilarangkan memasang muzik didalam bas ?boleh bagitahu kami encik ? » ujar seorang pak cik yang kurang waras, sambil rakan seperjuangan ‘tak kewarasannya’ disebelah bertepuk tangan.berlaku pertengkaran antara inspektor tiket dan lelaki-lelaki tadi. Muka keduanya memang sangat aku kenal, dua-dua penduduk tempat dimana kaki aku mula bertapak di Perancis, Planoise. Disudut yang lain, seorang lagi pakcik yang senasib, duduk memeluk tubuh dan mengeletar, padahal bas sudah cukup enak dengan pemanas yang dipasang, lebih-lebih lagi musim panas yang mula menjenguk di bumi Besancon ni, langsung tak mengoda aku untuk mengunakan pemanas.sudah nasib mereka begitu, sekurang-kurangnya mereka dijanjikan syurga…kita ni masih tiada jaminan…

Bas terakhir malam itu pantas membelah kepekatan malam. Riuh rendah pergaduhan mereka masih kedengaran sehingga kami berada di perhentian La Butte. Mesti gusar hati Aman, sebab dia melihat aku menunggu bas dari celah jendela dia, dan memang sudah kuduga insane-insan istimewa itu akan menjadi teman aku di tengah malam. Sebelum itu, Aman menasihati aku agar tidur saja dirumah dia. Tak mengapalah, aku tak mahu kacau dia, kerana petang tadi sudah cukup aku menyusahkan Lilo dan dia untuk menunggu aku dirumah baru. Hari ini, sekali lagi aku memindahkan sebahagian barang-barang aku, tak lama lagi aku akan menjadi penghuni lembah Battant. Lari dari cerita lama, meninggalkan makcik Ani Lombard, serta orang-orang istimewa tersebut yang akan berhenti bersama aku diperhentian Europe Allende nanti.

Lemah longlai kaki aku masuk kestudio aku di Planoise ni, mungkin kerana penat. Bunyi orang-orang kurang siuman tadi berpesta dengan radio bateri mereka membuat aku tersenyum. “tak da la susah sangat bahasa perancis ni, bila orang-orang kurang siuman pun boleh bertutur dengan baik..”.

Sepatutnya entry pada kali ni aku muatkan dengan ilmu baru yang aku terima. Mengenai makanan sembelihan ahli kitab. Tapi aku terpaksa tangguhkan sebab aku ingin berguru dengan lebih dalam lagi supaya nanti bila ditanya, aku dengan mudah dapat menjawab.

Malam semalam, seorang ustaz yang sangat terkenal singgah melawat kami disini, dari Jerman, melintas Switzerland dan singgah di Besancon yang bersempadan sahaja. Gembira hati aku, sebab bukan mudah nak dengar ceramah agama secara live, terutama dari ustaz Zaharuddin.

Tapi aku kecewa bila ceramah ustaz itu berakhir. Sebab rupanya masih ramai yang tak faham. Tak guna kalau kalian beriya-iya merasa seronok ustaz datang dengan bergambar, dicanang di shout out, disebarkan dengan sms, tapi apa isinya ada yang kalian tak paham.kecewa...sangat kecewa...dan malu juga ada. Sebaliknya aku yang ‘diserang’. Dituduh tak mengerti apa yang disampaikan ustaz...aku diam...terdiam..dan memilih untuk terus berdiam..Cuma diatas blog ni sahaja aku dapat luahkan.Benar la kata-kata seorang rakan aku ‘mu dop tau apa2 pasal dunia ni, jgn nak memandai2 mengajar orang. Baik diam jaa”. Aku mengaku aku jahil, tapi tak la sejahil sehingga tak faham sesuatu perkara.

Malam sebelumnya...

Aku tiba keceramah lewat, membelah hujan, gelap gelita, dan kesejukan malam. Bukan kerana aku dipaksa, bukan kerana aku mengikut rakan-rakan...tapi kerana semangat ingin tahu aku begitu kental. Mujur ada yang bertanya ustaz soalan yang aku ingin tanyakan, dan aku sebenarnya sedikit malu bila meminta ustaz menjelas kan dengan terperinci, sebab kehadiran aku sudah begitu lewat...juga ada suara-suara yang memerli tindakan aku. Ya, aku bukan sealim kalian, kerana jahil la aku bertanya. Kalian sudah ada ilmu melangit, tempat disyurga, sedangkan aku, masih tercari-cari kunci nya...aku puas dengan penjelasan ustaz, serta penjelasan dan dalil2 yang rakan ku jelaskan. Sebelum ini, aku ada juga bertanya dua orang abang kandung aku yang belajar di Al-Azhar, jawapan sama. Bertanya yang seorang lagi dari lepasan Kisas, juga sama..ustazah Zakiah yang mengajar syariah islamiah pun pernah jelas kan. Cuma pada waktu itu aku sukar menerima jawapan nya, sebab masih terikat dengan kebiasaan orang melayu. Bila bertanya Uzar didepan mata, baru aku yakin dengan apa yang aku dengar selama ini. Kalian, terpulang la, tapi aku pesan, menafikan ayat Allah adalah berdosa besar, mengharamkan sesuatu yang halal pun berdosa!tapi bukan semua yang halal wajib dilakukan. Berbelit-belit ayat aku, harap Allah membantu pemahaman kita yang bebal ni.

Ok, aku memilih untuk menutup mulut aku bila ada orang bertanya lagi (nak tau apa masalahnya, rujuk shout out di FB aku...aku tak terdaya nak menulis lagi).islam itu agama yang indah dan tak pernah membebankan penganutnya, tapi bukan bermakna aku mengambil mudah setiap perkara, lebih-lebih lagi membabitkan ibadah. Sebab itu penting nya ilmu, jangan jadi warak tapi bodoh sombong. Tidur orang yang berilmu lebih baik dari solat sunat orang yang tidak berilmu.

Jadi kepada mereka, terpulang la. Bukan setakat Uzar, walau Jibrail yang turun mengajar pun, kalian tetap akan was was, bila kita masih duduk dalam kelompok otak melayu islam yang jumud.

Islam itu sangat indah…hukum didalam nya sangat jelas..walau kita berpecah pelbagai mazhab, Tuhan kita tetap yang Esa. Besar sangat ke darjat kita untuk menghukum dosa pahala orang lain ?atau memang syurga dan neraka itu kita yang tentukan ?atau ayat-ayat serta hukum-hukum kita lebih besar dari apa yang diturunkan olehNya ?

Sudah la budaya arab yang kasar tu memburukkan imej islam, jangan pula ditambah keangkuhan serta kejahilan kita pula. Sampai bila-bila pun orang-orang kafir tu takkan perasan yang indah nya islam lebih agung dari menara eiffel ? tersusunnya ajaran ini lebih sempurna dari Mont Blanc ?harum syiar ini lebih hebat dari kuntuman-kuntuman mawar di Toulouse ? kukuhnya isi didalamnya menandingi bandar mediaval hebat di Carcassone ?atau membaranya perjuangannya mengalahkan Volcania di Clermant ferrand ?(jelas aku masih terbayang-bayang keasyikan kota2 itu…)

Mengamalkan islam mebabi buta, tanpa mengetahui apa yang kita lakukan…satu tamparan hebat dalam usaha membina individu muslim tu sendiri.

Baik la, aku pun bukan sempurna. Kalau aku cakap pun siapa sangat la yang ambil kira. Cukup la aku mengintimkan diriku lima kali sehari dengan Allah…aku boleh mengadu pada Dia, merayu mcm kekasih, menangis tanpa malu..sebab Dia Tuhanku. Dia faham apa yang aku rasakan. Sebab Dia mengizinkan aku melihat dunia dengan sudut yang berbeza. Aku dah penat dengan mereka-mereka itu, tapi bukan bermaksud aku berputus asa…jangan mudah menghukum seseorang, ukur baju dibadan sendiri. Jangan anggap kuda liar yang berlari itu tiada sempadan bagi dia. Seperti makhluk yang lain, dia juga ada batasnya serta tujuan…Hasbi Allah fi qalbi…

tutup...


dalam diam, aku rasa kehidupan tiga orang kurang siuman itu lebih baik dari kita yang siuman..mereka ada alasan menolak apa yang nyata, dan kadang-kadag kita lebih gila dari orang gila. aku juga merasakan diri aku mula kurang siuman... jangan la menjadi pandai tak boleh ditegur, bodoh tak boleh diajar. sama-sama aku mengingatkan diri sendriri dan yang lain..insya'allah...

4 comments:

habib said...

Camner DALF? Dh pindah terus ker?

anjut said...

yea!!!!!dah abis exam!!!nak g jalang2!!

huhu!tak pindah lagi, lps balik jalan baru duk terus..nanti2 dtg lagi la, duduk umah aku.ok!

anaikh said...

Hmzh 1 pembetulan di sini. Dlm ur fb kamu kata imam hambali, tp ustaz kata imam maliki.


Bg sesiapa yg ingin rujuk kembali ceramah Ustaz Zaharuddin (UZAR) di Besançon pada 26/05/09 sila ke link berikut;


http://www.youtube.com/watch?v=sHnmhyzMZ9w

anjut said...

owh merci, sbb masa tulis tu x bukak buku catatan.huhu, merbahaya..akan dibetulkan.