Sunday, May 31, 2009

ke selatan

salam semua!

hari ini, aku ingin bercerita mengenai pengalaman kami ke negeri-negeri selatan Perancis. kami menyertai rombongan yang dianjurkan oleh pihak CROUS (Le Centre Régional des Oeuvres Universitaires et Scolaires --badan pelajar kelolaan negeri). rombongan kami terdiri dari pelbagai negara (negara2 arab, amerika latin, china, Gabon, azerbaijan etc). aku pun join jugak coz pakej yg ditawarkan sangat berpatutan, disamping untuk melapang-lapangkan kepala sebelum exam.huhu!

le 21 mai 2009---le debut d'un voyage, perjalanan ke tempat pertama kami, iaitu Volcania berdekatan dgn Clerment Ferrand.


smart kan budak jawa yang kat belakang tu?



ini la dia volcania, gunung berapi mati yang dibangunkan sebagai tempat edu-tourist. yang dasar-dasar tu memang bekas gunung berapi, tapi ada jugak yang mengunakan bahan sintetik (dinding kawah ini dicampur dengan gula untuk memastikan ketahanan nya bila musim berubah-rubah).

dalam menara yang terdapat disitu, ia direka berilhamkan gunung berapi.


Alan dihadapan ruang simulasi. disini terdapat empat ruangan (dua 3D, satu 4D dan satu lagi layar perak terbesar dieropah). memang menarik! Meningatkan Petrosains di KLCC, dan yakin malaysia memerlukan lebih banyak lagi pusat penyelidikan sebegini (disamping mengamit pelancong).

aku merasa lemah ketika dipaksa memegang meteorit ini. owhh tidakkk!kantoi! aku la Superman itu!!!

berjalan-jalan dipekan Clermant Ferrand, hiasan-hiasan disini berdasarkan gunung berapi.


hujung sebelah kanan sekali tu adalah lecturer kami dari Malaysia (she's doing her master rite now, so dia pun join.). kami yang sabar melayan karenah manja Kak Hola!

misteri tak?

dihadapan Cathedral pada zaman Gothik.

le 22 mai 2009---Toulouse, Casa de la rossa!

pada pagi-pagi lagi kami telah berangkat ke Toulouse, bandar bunga ros (ada yang kata rosse=kaler merah jambu bangunan2 ni yang jelas pada musim bunga, juga kerana ada beratus-ratus spesis ros ditanam disini!)


Marc Anthony menjadi model sementara!hahaha!ini Georges (sebut Horher) dari Columbia.



ten ten!ketapi berbunyi!pusing2 tengok kota!


seniman jalan di Toulouse. yang macam apek kacuk india tu, pengemis sampingan!hahaha!kesian aman!


ini adalah rumah, setiap ukiran melambangkan kekayaan sesebuah keluarga.

Pont neuf yang terkenal.


le 23 mai 2009---la cite medievale de Carcassonne.

dah siap semua?kali ni kita akan pergi ke sebuah kota zaman sebelum renaissance. terletak di Carcassone, melambangkan kuasa-kuasa raja eropah yang berlumba membina kota.

satu benda jer aku nak cakap "CANTHEKKKK GILERRRR WOIIIII!!!!!". aku memang sangat kagum dengan kota ni!memang sesuai untuk berbulan madu!!!!lawa sangat lawa!aku buang Strassbourg jauh2 dalam longkang, kota ini telah menawan hati aku!

tersesat2 dikota (padahal tak pun, sekali sekala nak berangan jadi pelancong).

hukuman untuk mereka yang menderhaka!


belakang tu la kota tersebut!cantik giler kan?


ketapi kecil lagi!tiap bandar ada ketapi kecik tuk pelancong.


Clara dan Debra.


saper berangan nak naik keta kuda?





huhu, kalau korang kata bandar ni tak cantik, salahkan pada aku, sbb aku yang tak reti tangkap gambar. dan kecantikan bandar ini diserikan lagi dengan penduduk nya yang berbahasa Occitainne dan juga perancis. memang smart r...

le 24 mai 2009---adieu a jamais!


masa tuk meninggalkan kota2 tersebut!banyak benda yang aku belajar hasil dari pengembaraan ini.huhu!semoga diberi peluang begini lagi...


teman perjalanan aku! m&m's berwarna warni!


singgah di Viaduc de Millau.


sampai rumah jer, terus rasa penat yang membunuh!rindu dengan Jasmeen dan Addy, kesian, lupa belikan diorang mainan...lain kali la...

Friday, May 29, 2009

yahoooo!!googleee!!!

salam semua!exam dah habis!hahaha, tawakal jer la kat Allah, x lulus leh cuba lagi.
ermm, yg penting juree tym aku oral tadi cakap jawa ngan aku!(cuak jugak aku kelentong pasal suasana linguistique di indonesia dan malaysia!!!rupanya pakcik tu dah duduk indonesia lama!!). ermm, x kesah la, yg penting aku ada sebulan cuti!yahoooo!!!googlee!!

bertawakal la selepas berusaha!

Thursday, May 28, 2009

antara yang kurang siuman dan yang siuman...

« sejak bila pula dilarangkan memasang muzik didalam bas ?boleh bagitahu kami encik ? » ujar seorang pak cik yang kurang waras, sambil rakan seperjuangan ‘tak kewarasannya’ disebelah bertepuk tangan.berlaku pertengkaran antara inspektor tiket dan lelaki-lelaki tadi. Muka keduanya memang sangat aku kenal, dua-dua penduduk tempat dimana kaki aku mula bertapak di Perancis, Planoise. Disudut yang lain, seorang lagi pakcik yang senasib, duduk memeluk tubuh dan mengeletar, padahal bas sudah cukup enak dengan pemanas yang dipasang, lebih-lebih lagi musim panas yang mula menjenguk di bumi Besancon ni, langsung tak mengoda aku untuk mengunakan pemanas.sudah nasib mereka begitu, sekurang-kurangnya mereka dijanjikan syurga…kita ni masih tiada jaminan…

Bas terakhir malam itu pantas membelah kepekatan malam. Riuh rendah pergaduhan mereka masih kedengaran sehingga kami berada di perhentian La Butte. Mesti gusar hati Aman, sebab dia melihat aku menunggu bas dari celah jendela dia, dan memang sudah kuduga insane-insan istimewa itu akan menjadi teman aku di tengah malam. Sebelum itu, Aman menasihati aku agar tidur saja dirumah dia. Tak mengapalah, aku tak mahu kacau dia, kerana petang tadi sudah cukup aku menyusahkan Lilo dan dia untuk menunggu aku dirumah baru. Hari ini, sekali lagi aku memindahkan sebahagian barang-barang aku, tak lama lagi aku akan menjadi penghuni lembah Battant. Lari dari cerita lama, meninggalkan makcik Ani Lombard, serta orang-orang istimewa tersebut yang akan berhenti bersama aku diperhentian Europe Allende nanti.

Lemah longlai kaki aku masuk kestudio aku di Planoise ni, mungkin kerana penat. Bunyi orang-orang kurang siuman tadi berpesta dengan radio bateri mereka membuat aku tersenyum. “tak da la susah sangat bahasa perancis ni, bila orang-orang kurang siuman pun boleh bertutur dengan baik..”.

Sepatutnya entry pada kali ni aku muatkan dengan ilmu baru yang aku terima. Mengenai makanan sembelihan ahli kitab. Tapi aku terpaksa tangguhkan sebab aku ingin berguru dengan lebih dalam lagi supaya nanti bila ditanya, aku dengan mudah dapat menjawab.

Malam semalam, seorang ustaz yang sangat terkenal singgah melawat kami disini, dari Jerman, melintas Switzerland dan singgah di Besancon yang bersempadan sahaja. Gembira hati aku, sebab bukan mudah nak dengar ceramah agama secara live, terutama dari ustaz Zaharuddin.

Tapi aku kecewa bila ceramah ustaz itu berakhir. Sebab rupanya masih ramai yang tak faham. Tak guna kalau kalian beriya-iya merasa seronok ustaz datang dengan bergambar, dicanang di shout out, disebarkan dengan sms, tapi apa isinya ada yang kalian tak paham.kecewa...sangat kecewa...dan malu juga ada. Sebaliknya aku yang ‘diserang’. Dituduh tak mengerti apa yang disampaikan ustaz...aku diam...terdiam..dan memilih untuk terus berdiam..Cuma diatas blog ni sahaja aku dapat luahkan.Benar la kata-kata seorang rakan aku ‘mu dop tau apa2 pasal dunia ni, jgn nak memandai2 mengajar orang. Baik diam jaa”. Aku mengaku aku jahil, tapi tak la sejahil sehingga tak faham sesuatu perkara.

Malam sebelumnya...

Aku tiba keceramah lewat, membelah hujan, gelap gelita, dan kesejukan malam. Bukan kerana aku dipaksa, bukan kerana aku mengikut rakan-rakan...tapi kerana semangat ingin tahu aku begitu kental. Mujur ada yang bertanya ustaz soalan yang aku ingin tanyakan, dan aku sebenarnya sedikit malu bila meminta ustaz menjelas kan dengan terperinci, sebab kehadiran aku sudah begitu lewat...juga ada suara-suara yang memerli tindakan aku. Ya, aku bukan sealim kalian, kerana jahil la aku bertanya. Kalian sudah ada ilmu melangit, tempat disyurga, sedangkan aku, masih tercari-cari kunci nya...aku puas dengan penjelasan ustaz, serta penjelasan dan dalil2 yang rakan ku jelaskan. Sebelum ini, aku ada juga bertanya dua orang abang kandung aku yang belajar di Al-Azhar, jawapan sama. Bertanya yang seorang lagi dari lepasan Kisas, juga sama..ustazah Zakiah yang mengajar syariah islamiah pun pernah jelas kan. Cuma pada waktu itu aku sukar menerima jawapan nya, sebab masih terikat dengan kebiasaan orang melayu. Bila bertanya Uzar didepan mata, baru aku yakin dengan apa yang aku dengar selama ini. Kalian, terpulang la, tapi aku pesan, menafikan ayat Allah adalah berdosa besar, mengharamkan sesuatu yang halal pun berdosa!tapi bukan semua yang halal wajib dilakukan. Berbelit-belit ayat aku, harap Allah membantu pemahaman kita yang bebal ni.

Ok, aku memilih untuk menutup mulut aku bila ada orang bertanya lagi (nak tau apa masalahnya, rujuk shout out di FB aku...aku tak terdaya nak menulis lagi).islam itu agama yang indah dan tak pernah membebankan penganutnya, tapi bukan bermakna aku mengambil mudah setiap perkara, lebih-lebih lagi membabitkan ibadah. Sebab itu penting nya ilmu, jangan jadi warak tapi bodoh sombong. Tidur orang yang berilmu lebih baik dari solat sunat orang yang tidak berilmu.

Jadi kepada mereka, terpulang la. Bukan setakat Uzar, walau Jibrail yang turun mengajar pun, kalian tetap akan was was, bila kita masih duduk dalam kelompok otak melayu islam yang jumud.

Islam itu sangat indah…hukum didalam nya sangat jelas..walau kita berpecah pelbagai mazhab, Tuhan kita tetap yang Esa. Besar sangat ke darjat kita untuk menghukum dosa pahala orang lain ?atau memang syurga dan neraka itu kita yang tentukan ?atau ayat-ayat serta hukum-hukum kita lebih besar dari apa yang diturunkan olehNya ?

Sudah la budaya arab yang kasar tu memburukkan imej islam, jangan pula ditambah keangkuhan serta kejahilan kita pula. Sampai bila-bila pun orang-orang kafir tu takkan perasan yang indah nya islam lebih agung dari menara eiffel ? tersusunnya ajaran ini lebih sempurna dari Mont Blanc ?harum syiar ini lebih hebat dari kuntuman-kuntuman mawar di Toulouse ? kukuhnya isi didalamnya menandingi bandar mediaval hebat di Carcassone ?atau membaranya perjuangannya mengalahkan Volcania di Clermant ferrand ?(jelas aku masih terbayang-bayang keasyikan kota2 itu…)

Mengamalkan islam mebabi buta, tanpa mengetahui apa yang kita lakukan…satu tamparan hebat dalam usaha membina individu muslim tu sendiri.

Baik la, aku pun bukan sempurna. Kalau aku cakap pun siapa sangat la yang ambil kira. Cukup la aku mengintimkan diriku lima kali sehari dengan Allah…aku boleh mengadu pada Dia, merayu mcm kekasih, menangis tanpa malu..sebab Dia Tuhanku. Dia faham apa yang aku rasakan. Sebab Dia mengizinkan aku melihat dunia dengan sudut yang berbeza. Aku dah penat dengan mereka-mereka itu, tapi bukan bermaksud aku berputus asa…jangan mudah menghukum seseorang, ukur baju dibadan sendiri. Jangan anggap kuda liar yang berlari itu tiada sempadan bagi dia. Seperti makhluk yang lain, dia juga ada batasnya serta tujuan…Hasbi Allah fi qalbi…

tutup...


dalam diam, aku rasa kehidupan tiga orang kurang siuman itu lebih baik dari kita yang siuman..mereka ada alasan menolak apa yang nyata, dan kadang-kadag kita lebih gila dari orang gila. aku juga merasakan diri aku mula kurang siuman... jangan la menjadi pandai tak boleh ditegur, bodoh tak boleh diajar. sama-sama aku mengingatkan diri sendriri dan yang lain..insya'allah...

Wednesday, May 20, 2009

surat kepada DALF dan rakan2...

Salam.

lagi sembilan hari exam besar akan tiba. ermm, aku rasa mengeletar la jugak. tapi benda tu akan berlaku jugak, so just pejam mata n redah jer la.

orang2 lain mesti akan ingat exam ni mcm exam2 biasa. bagi kami tak. coz ni dah jadi mcm nyawa kami, nama dia DALF C1 (sijil kefasihan bahasa perancis). sebagai guru2 bahasa perancis, kami WAJIB LULUS ujian ni. kalau tak, kami akan dipanggil balik, dan seterusnya masa depan kami akan jadi gelap, sebab nak apply benda lain pun x leh coz SPM da tak valid.

cukup ke usaha? Usaha tak pernah cukup, jadi kena la kita sentiasa beringat.

Personally speaking, i'm not that really good in french. dalam kelas memang la nampak aktif, sebab aku tak suka kelas yang mati. but when it comes to exam, aku akan berserabut. sebagai contoh Linguistique Generale, yg prof aku letak harapan tinggi, but towards the end, hampeh jer markah. tapi aku tak kesah jer kot markah tu, sbb aku berjaya paham the contents of the lecture. plus, aku boleh explain kat kawan2 yg tanya. tapi rezeki kan milik Tuhan. sapa yang boleh duga keputusan Nya kan?Dia tak pandang pada hasil, tapi pada usaha yang dititipkan dalam kerja kita. c'est comme control continue n'est pas?

apa akan jadi kalau tak lulus?

nauzubillah. tak baik ckp mcm tu selagi tak mencuba. ermm...kalau tak lulus, mungkin aku akan pack barang aku n balik Mesia... tinggalkan Jasmeen, Leyla n Addy. tinggalkan rakan2 seperjuangan, tinggalkan kenangan2 dekat sini (hidup ni penuh dgn kenangan). dan pulang ke rumah, cuba berniaga kecil2an. jaga mak n ayah aku yang dah tua tu. sebab aku yakin, kalau Tuhan tak beri apa yg kita mahukan sekarang, esok dan lusa, Dia akan beri.

kalau lulus?

aku nak KAMI SEMUA LULUS!!! seksa nyer pelajaran kami selama ni. program tu tak susah sgt, tapi apa yg menganggu adalah orang2 atasan, karenah birokrasi etc...sebab kami selalu diugut itu ini. so, aku pinta pada Allah, bagi la kami kejayaan ni. kalau kami lulus, aku akan bersyukur sepanjang hidup aku. sebab gembira nyer tak leh bayang...kalau kami lulus, kami layak ke tahun kedua pengajian!insya'Allah!

so, sekarang ni apa yang kena buat?

ermm, study smart dan jangan tension2. jaga hubungan dgn manusia dan Tuhan. 'ala kuli hal, tawakal ila Allah...

jadi tuk merialisasikan hasrat ni, aku harap kalian doa kan kejayaan kami. dan pada ahli kelas aku, aku teringin nak buat solat jemaah dan bacaan yassin sebelum kita exam, tapi il me semble que c'est impossible lorsque tout le monde a son truc a faire...tapi kalau ramai yg pinta, boleh jer kita buat. kalau tak, buat la sendiri2 dan jgn lupa doakan yg lain. pergi 15, balik pun 15...insya'Allah.

itu jer la kot. jumpa di lain waktu.

"kalau ada yang terjatuh, jangan ditertawakan, kelak nanti kita yang terjatuh, dia juga yang akan menghulurkan tangan..."

Monday, May 18, 2009

dijilat lembu, digigit anjing, dipatuk ayam.

"Bonjour, Hamzah, awak dah siap?saya tunggu kat bawah ni."... terdengar suara Caroline dlm handset membuatkan aku terkejar2 memakai stoking..erggghhh, bagi Sasikala kunci sebab nanti dia tlg tgk2an Jasmeen ngn Ad.



Caroline dan Jean Michel adalah ibu bapa angkat aku kat sini, ingat lagi tak perjalanan kami kat sebuah kampung yang nama dia Pugey tu?haaa, diorang la tu. Mereka jemput aku tidur kat rumah coz nak habiskan weekend sama2.

Sabtu-----

Ok la, hari pertama kami, ke sebuah kawasan ala2 mini Malaysia kat Melaka tu ha. nama dia les Maisons Franc-Comtoises (rumah2 org frank-komte). menarik la tempat ni. aku memang minat ngn seni bina diorang ni. rumah2 ini dipanggil "la maison a colombage" (rumah bersendi kayu). rumah2 ni adalah rumah2 asli yang dipindahkan ke kawasan ini oleh sukarelawan2 untuk jaga senibina zaman dulu. fuhhh!!tak tercapai akal aku, mcmana diorang pasang balik umah2 ni...


alat2 tenunan
Kitar semula perca2 kain (mak aku pun pernah buat...). dan jem2 buatan sendiri.



bengkel kerja kayu. haaaa!yang ni best giler!aku belajar banyak benda dari bengkel ni. tengok la nanti, aku nak buat rumah aku sendiri.heheheh!=)


cantik kan?jangan usha ponggong mak angkat aku yer!


owh yer, seperti biasa, budak china (Li Juan) tu pun ada.

ke Peru---


pada malam nyer, kami ke Peru. bukan ke Peru di Amerika tu ha, ni adalah festival negara tu yang diadakan setiap tahun di tempat aku. setiap tahun, negara2 berkenaan akan dipanggil tuk buat persembahan. kali ni Peru dipilih. kami ke sana dengan dua kereta, sebab ada 4 orang adik2 angkat aku ikut sekali..pening pala gua...


yang tu Clara, anak si Michel dgn isteri 1st. dan yg lain2 tu Florine, Marie, Nicholas anak si Caroline dgn laki dia yang 1st.



hurmm, jemput makan semua. aku makan tenuk goreng ngan sambal kicap.


ni Nicolas dgn awek dia. umur baru 15 tahun. kalau aku ler ada awek masa umur tu, mesti dah lunyai kena ngn mak bapak aku.


aku ngn Florine menguasai litar malam itu!hahaha!best r benda ni. aku main 7 kali!mula2 ngn bapak aku (sbnrnya aku segan coz dua2 besar tapi lawan ngn budak kecik). pastu nasib baik si Florine ni nak main ngn aku, x der la malu sgt!


ok..masa tuk tidur! aku diberi bilik yang sgt besar dalam banglo 3 tingkat tu. lepas semayang jer terus terlelap...

Ahad,taik lembu n ayam---

pagi2 lagi aku dah bangun. Jean Mi dah pesan malam sebelum tu yang kami akan ke ladang dia. excited aku dibuatnyer. Mula2 aku ke kedai roti ngn dia cari sarapan, lepas tu baru kami bergerak. yang budak China tu bantai tidur sampai pukul 11. malu aku...


ini tempat pemerahan susu lembu. tau tak harga mesin ni berapa? 350 000 euros!!! bapak angkat aku ni adalah pengeluar susu utama di negeri Franche Comte ni. dia dan dua lagi rakan berkongsi ladang yang seluas 332 hektar ni ha. antara ladang terbesar di Perancis. dan memiliki 340 ekor lembu tenusu. selain dua buah reban ayam sebesar padang bola untuk telur (weh, kalau jumpa telur ayam yg dalam box kaler hijau putih n tulis "les oeufs plein air" tu, dari ladang ni la..hahaha!aku kena henti kutuk telur mahal tu!


anak2 lembu betina. untuk mendapatkan susu, lembu2 ni haruslah melahirkan anak. meski pun ada ubat dipasaran yang merangsang pengeluaran susu, ia sebenarnya melanggar hak haiwan tu haa. cuba kalau bini kau, kau bagi makan ubat tu?tak ke terseksa?


traktor membawa kayu api tuk panaskan rumah ladang tu.


ini ayam2 yang diternak. ok, mesti semua orang kata, "sama jer ayam yg telur dalam reban n yang bebas kat luar". memang la sama, tapi dari segi kemanusiaan, kita seksa ayam tu berhimpit2 dalam reban tu. kesian dia. kat ladang ni, ayam2 ni bebas ke sana ke mari sambil bernyanyi girang. sebab itu telur diorang besar2. ini semua mempengaruhi.


bapak angkat aku yang kaya raya dgn anak angkat nya yang kaya senyuman. ellllehhh!tak heran pun aku, mak bapak aku kat mesia tu kaya anak!lagi berbaloi!hahahaha!


ini adalah lembu aku. kat kalung dia tu ada tulis nama aku. aku bagi nama "John". sempena nama lembu atuk aku masa aku kecik dulu. kata bapak angkat aku, nanti kalau aku nak balik mesia, dia akan bungkuskan lembu tu sekali!watever, tak lawak langsung...


aku suka giler ngn anjing ni!!!!!!!nama dia Hampstel. bijak mengalahkan orang2 yang pernah aku jumpa. taat, tepati masa, tak banyak kerenah, berbakti, bersih(walaupun najis, tapi aku peluk jer sebab masa tu dia kering), dan ringan tulang! (sorry la kepada sapa2 yg terasa, tapi cuba la cermin diri yer...apa aku kesah).


ini adalah sebuah chateau di Flatans (lupa ejaan dia). milik seorang Contesse yang masih dara.

belakang tu kita leh nampak bukit Montbeliard.


ternakan rusa di kiri kanan perjalanan.

les Salines Royales---

lepas makan tengahari, Jean Mi n Carol ajak kami ke sebuah kota yang dibina pada akhir kurun ke-17. apa yang menarik ialah senibina dia yang ada ciri2 moden. memang cantik kota ni.

kebetulan, masa kami pergi tu, ada 700 pertunjukkan percuma dan tiket lawatan adalah percuma!!!

kota ini dibina oleh Monsieur le Doux, orang yang banyak reka bentuk2 yang menarik, contoh, theatre de marseille. pada masa ini, King Louis suruh bina sebuah kawasan galian garam, tapi arkitek ni memandai jer gi buat sebuah kota, kata King, "beta tak restu projek ni!!!". tak restu2 pun, siap la jugak sebahagian kota ni. sepatutnya kota ni berbentuk bulatan, tapi sebab tergendala, dia jadi separa jer. cari la kat internet kalau ada.

Jean Mi yang suka usha minah2 muda.

semangat diorang terangkan, nasib baik la aku pernah jadi pelakon terbaik dkt matrik dulu. so, mesti dia ingat aku minat benda2 ni. tapi memang pun aku minat.

yg macam pasu tu, sbnarnya tempat duduk. buat main plak budak2 ni..

persembahan Gipsy. pada hari tu, aku sempat tengok persembahan flamenco, salsa, tango n rumba. entah, masa tu tema dia latin kot. tapi memang seronok la.

ermm..lepas makan malam sama2.tiba la masa tuk pulang. hahaha!mak angkat aku nangis, mengada2.. rimas aku kalau orang buat2 drama air mata ni. "jaga diri yer semua..nanti kita jumpa lagi..isk isk isk..sob sob sob..."..derrrrr!!!rumah dia dalam 20 minit jer dari rumah aku, anytime leh g.

sampai kat umah, terus aku peluk cium dua orang budak yang aku dgr ada buat kes masa aku tak der kat umah.siap korang aku kerjakan! (diorang dah leh main sama2!bagus2!)..


*sekali lagi aku buat entry yang tak der kaitan ngn tajuk!