Tuesday, April 28, 2009

santan

salam,

huhu, dah tak der benda nak cakap la tu?sampai santan pun nak dibuat tajuk!

hehehe, sebenarnya macam ni, aku tgk ada entry member aku tu, dia still panggil aku 'santan', nasib baik bukan setan!hahaha!sebab nyer?ermm, biasa la budak tak matured, masa kecik2 dulu kat sekolah suka main ejek2 nama bapak, nama ayah aku 'Hamsan', so diorang panggil 'eh anak Hamsantan', n lama2 jadi 'santan' jer.huhu!agak kurang ajar la, tapi kira fair la coz aku panggil diorang dgn nama2 pelik pulak, kan SARDIN?huhu..lupa kan, tu masa kami kecik2, x der otak sangat.

......................................................................

cerita 1

tapi yg agak lucu, aku teringat peristiwa Kak Long aku suruh aku belikan santan kelapa. masa tu cuti semester kat matrik, so aku lepak je la kat umah dia yg dekat ngn matrik aku tu. ada la anak dia si Ika n Nab yg suka ikut aku ke hulu ke hilir tu.

satu hari, Kak Long nak masak masak lemak apa ntah, so dia suruh la aku pergi beli santan kat kedai depan perumahan tu. masalah nyer, aku ni dulu PENAKUT ngan anjing! (sekarang tak lagi!hehehe, sebab anjing kat France baik2 kot...ramai yg pondan tak gigit orang).jiran dia tu ada bela anjing jantan kaler hitam yg sangat besar dan garang!ni yang aku malas ni, aku mintak tlg bibik, tapi dia ada kerja lain. nak tak nak, aku la yg kena pergi. baru jer sampai pintu rumah, masalah pun datang.

"amboiiiii, pak anjut nak pi mana?x habaq kami pun!nak ikut, nak beli ceklat!" si Atikah perasan aku nak keluar!

"weh, senyap sikit leh tak?nanti si Nabilah tu tau, dia pun nak ikut!aku malas nak bawak budak berderet2 mcm itik ni!kang Aiman pun nak ikut!" biasa la pakcik yg tegas!

"Nak ikuttttttttttttt!!!!!hangpa tak baik x bawak kami!!!!" kantoi ngan si Nabilah, n Aiman pun dah nangis kat belakang!

"mana la santan aku ni takder dari tadi!!! bukan nyer aku suruh panjat kelapa!!!" jerit Mem Besar kat dapur.

"GOOOOONGG!!!GOOOONGG!!!GRRRRR!!!!MIEOW!" anjing jiran aku pulak memekak!lagi la bertambah serabut kepala aku....

"kak Long tak yah pakai santan boleh tak?pakai la susu tepung Aiman ke apa ka...kreatif la jadi orang tu..." dalih aku.

"alaaaa, banyak sangat alasan kau Jut!cepat la!laki aku da nak balik ni, kang tak leh pow dia kalau tak masak sedap2!" balas Mem Besar.

"macamana la nak pergi, ANJING2 NI TAK HENTI2 MENYALAK!!!" laung aku dari pintu depan. kebetulan Atikah n Nabilah tengah mengongoi nak ikut..

"weh!!kalau tak nak pergi pun, jangan la panggil anak aku anjing!sampai hati kau Anjut...meh la aku pergi sendiri!" mem Besar reply..erkkk?terkedu aku!

"bukan anak kau la, ni anjing giler jiran kau ni hah, nak gigit orang jer! x kan la jahat sangat aku ni nak panggil anak sedara 'ANJING'!" mesti la aku menjernihkan mana yg keruh!wakakaka!

x lawak ke? ada aku kesah????

cerita 2

yg lagi satu ni, pasal santan jugak, kat rumah kaklong aku jugak la. tapi watak dia bertukar, iaitu adik aku. (mesti la, takkan la aku kena jatuh standard depan adik sendiri beli santan?).

"wawan, kau pergi kedai beli nyioq (kelapa parut) sekupang dua..." perintah Kak Long.

"ok!" wah ringkas jer si Wawan ni jawap, mcm paham jer kehendak soalan!

selang beberapa minit (sebenarnya sejam, coz si wawan ni suka merayau2 ngn beskal tu!)

"kak Long, ni ha NYIOQ (over qalqalah kubra dia...)!" dengan ceria tapi muka sunburn n peluh lekit membasahi muka wawan tersengih menampak kan sebaris gigi dia yang sangat cantik tu. bangga dengan perintah yg dapat dituruti!

"ya Allah! Nyioq banyak taik gigi ni nak buat apa?sental kat mulut ikan pun tak cukup!" histeria makcik tu!

aku pun lari la ke dapur...ermm...cerdik betul dia ni. aku nampak dalam plastik kuning ada kelapa parut dalam besar bola pingpong (besar sikit kot)..jahanam kari akak aku tu.

"ye la, tadi kaklong cakap sekupang dua!ni orang beli dua kupang la...nasib baik tak beli sekupang!" wawan dengan yakin mempertahankan diri...

"ala Wan, kenapa kau tak beli sekupang jer?biar luruh jantung aku terus?" hahaha!ambik kau Mem Besar!

"Wawan...agak2 la, takkan orang nak masak kari guna secubit jer kelapa parut?" peranan aku pun bermula...

"bukan salah orang..sapa yg bagi arahan tu hah tak betul.."jawap wawan selamba n sambung tengok TV.

huhu!yg ni lawak kan?wakakaka!tak tahan aku..nak terguling2 dah ni!!!whatever!




"jadila seperti kelapa, hidup nyer tunduk, tapi mayang dan akarnya pun masih berguna..."

8 comments:

farah diaz said...

klakar cte santan ni..huhu...

Ahmad Kamel said...

ado ko ekau panggil die 'sardin' dulu??
den tak ponah dongar pun?
ko den yg hilang ingatan..?

biskott said...

haha!
hebat gilerr adik ko beli kelapa parut 20 sen!

izzah said...

0h0 ..aku xtau plak pasal di0rang ejek nama ayah k0.

aku panggil k0 santan sebab k0 suka perasan dulu.

perasan..perasantan~singkatannya santan~

hahaha..s0rila.rasa bersalah plak~aku xejek ayah k0.aku ejek k0.hehe

maaf~

anjut said...

farah-elakkan makan santan banyak2.kolestrol!

kamel-huhu, mcm x beradab kalau nak tulis sini.remember?-kau=pasir, iwan=salmon, izah=sardin, fadleena=baung, farhana=dinosour(huhu, mcmana ntah leh kuar benda ni) etc..

biskot=agak la, dia tu pun suka buat muka biskottt jer..huhu!

izzah=haha!dah tu kenapa kitorg pgl kau "sardin"?sebab muka kau mcm sardin?wakakaka!

amel said...

kalau dilihat, yang lain sume hewan.. tp aku sorang je bukan kategori hidupan. apesal?

ehh? pe aku merepek...
kenape aku 'pasir'? aku x minat naruto, aku bukan gaara, aku pun bukan ketam mengajar anak berjalan zig-zag.. tak pernah dengar pun??

Firdaus Kamaruzaman said...

hahaha.. lawak giler dua2 cite ni..

aku gelak tk berenti kot..

anjut said...

huhhh??huhu!hati2, jgn sampai terkeluar isi perut.