Tuesday, April 14, 2009

Leyla ku sayang....

salam semua...

kesian Leyla...masa aku tulis artikel ni, dia duduk baring kat sebelah kaki. memang dia mcm tu, kdg2 dia duduk sebelah komputer sampai aku siap kerja n baru la kami tidur sama2.



bagi orang ramai, Leyla hanya la kucing...bagi aku pun dia memang kucing, tapi bukan sembarangan. aku tak tau apa keramat yang dia pakai, sampai aku rasa dia terlalu istimewa.

masih ingat lagi masa awal aku jumpa dia, dia nampak naif sangat. kecil, tembam, dan sikit nakal. masa tu dia main kejar2 kat rumah Syema n Suleyman. Leyla, Jasmine dan Noni. hahaha!tau kenapa aku suka kucing? sebab aku suka budak2...bagi aku sama jer diorang ni. sebagai pengubat rindu aku dan anak2 saudara aku tu...

sepatutnya Leyla diambil oleh seorang kawan perempuan aku tu. tapi entah kenapa, dia terlalu kejam untuk menilai Leyla dari rupa paras. memang Leyla berbeza, Noni dan Jasmine berbulu panjang, tapi Leyla mcm kucing2 kampung biasa yang boleh kita jumpa kat pasar2 ikan atau tepi longkang... tapi aku dah agak, Leyla ni lain, corak dia agak berbeza. aku kesian tengok leyla, lalu aku pun ambil dia buat kawan jasmine.

cuba bagitau aku, apa jer barang2 tuk kucing yang aku tak sediakan?dari rumah tiga tingkat sampai la bekas najis dia yang memang direka khas dari italy tu. jadi kalian pun paham kan macamana sayang dan kasih nyer aku ngan kucing2 aku tu? mungkin kalau aku ada anak, anak aku tu cukup manja, sebab semua benda aku sediakan...

aku selalu risau kalau berjalan kemana2. tinggalkan mereka ke kelas pun aku dah khuatir. kalau bau diorang busuk, aku sanggup berbasah lencun agar mereka pun wangi. bab makan?hey, aku rasa kucing sultan melaka pun tak makan sesedap ni. sebab apa?sebab Jasmine dan Leyla layak utk semua tu...

tapi manja aku pada Jasmine dan Leyla ada had. kalau salah tetap aku hukum. kesalahan paling besar dia adalah dia kencing atas pengalas kaki aku. sebenarnya salah aku, sebab aku tak tukar pasir dia (kucing haiwan paling pembersih yer!aku pun kalau lubang jamban tu berdaki, jgn harap aku nak berak!). aku marah dia dan tengking dia. segala bahasa keluar (agak melucukan, pada awal2,masa diorang baby, aku ckp perancis, sbb aku takut diorang tak paham!!!hahaha!). dia akan lari merajuk bawah katil, sampai malam dia takkan keluar, sampai la aku umpan dia dgn plastik makanan dia tu...

tapi esok, bakal mengubah suasana. kembang muguet takkan lagi harum, semarak magnolia takkan lagi berseri,atau kudup2 tulip tak lagi menyerlah. musim bunga aku yang pertama ni langsung tak menarik perhatian aku. Leyla akan pergi... mungkin aku tak kan jumpa dia lagi...

kalau menunding jari, mesti ramai yang akan memandang aku. satu sudut memang aku yang bersalah, tapi sudut yang lain? mesti ramai yang kata aku emo or gila.hey lantak aku la nak tulis apa pun kan?dah blog aku. kalau suka, baca, tak suka, berambus jauh2. aku cukup benci dengan orang2 yang suka menyibok hal orang lain, tapi tak pernah fikir keburukan sendiri...

ok la, balik kepada Leyla. dia kan kemana?kenapa?dan mengapa?

soalan kat atas tu nanti mesti ramai yang tanya. meh sini aku jawap, so biar lekat kat kepala otak kita yang berjambul ni.

Leyla akan ikut tuan dia yang satu lagi tu...untuk selama2nya (i guess). maksudnya kami akan berpisah. duka berpisah dgn jenab dulu pun tak sembuh lagi.... aku terpaksa hantar dia ke sana, sebab bagi aku... bagi aku... dia dah tak wujud lagi. dulu dia tak pernah cakar aku, sekarang ni hampir setiap hari. dulu dia faham apa yang aku cakap, tapi sekarang ni dia buat dek jer. paling kecewa, dia tak sedar pun yang aku ni tuan dia...hey kucing, aku yang penat nak faham perangai kau, kau tak pernah nak faham aku pun? jalan terakhir, buat apa bersusah payah utk kucing yang dah membenci aku (yer, aku rasa dia benci aku...).

baik la Leyla. aku bukan buang kau tuk selama2nya. pintu rumah aku selalu terbuka. tapi aku berharap, jika kau datang melawat (itupun kalau tuan kau yang baru tu sudi mencemar duli), kau akan jadi lebih baik...kau jangan lupa, kita dulu satu keluarga...

sebelum aku habis, aku nak terima kasih pada kau. terima kasih untuk masa2 gembira kita bersama. terima kasih untuk kehangatan pada setiap malam ketika kau tidur bersama aku. terima kasih untuk mengajar aku erti sabar (yang akhirnya aku kecundang). dan yang paling penting, terima kasih kerana dulu, kita pernah jadi satu keluarga yang bahagia. mesti aku akan selalu rindu kan kau.ermm...sahabat baik pun boleh berpisah, inikan kita antara kucing dan tuannya...


*alangkah beruntungnya aku kalau kau faham bahasa aku ni, Leyla...yer, aku akan dicop psiko!hahaha!lantak la!

8 comments:

biskott said...

alaa..
kenapa dia nak pergi..
isk3
nanti jasmine tak ada kawan..

anumz sarah said...

Salam mejah,

Tahap surat cinta dari luahan hati yg x terbalas ni.

Leyla syg lagi kat kau sbnrnye.Mcmana dia jauh nanti pun. Waktu tgh tulis ni oden ada atas katil anum and i know he agree sgt.

Perasaan ko je tu. Ntah2 Leyla sgt syg pada pak anjutnya cuma kucing ni,they aren't like human reti nk express I love u ke,ckp syg ke mcm anak2 sedara pak anjutnya.

p/s: Leyla cakap sayang krg,kau terkejut pulak. X dapek den nak tolong...(Kesian pula kt jasmin sensorg...)

anjut said...

ermmm..sedih pulak.leyla dah pergi...berakhirnya perhubungan kami..sob sob sob...semalam jasmine tak tidur, dia duduk kat tepi tingkap menghadap jalan.termenung ke luar... makan pun dah kurang, biasa dia excited berlumba2 dgn Leyla ke bekas makanan tu. dan dia tak nak main air dekat sinki lagi...(pernah baca, kucing pun boleh rindu-kalau kena tgl ngn tuan dia lama2, dia akan sakit, ni pulak ngn kawan baik dia si Leyla.)kalau la kita dapat baca isi hati dia kan?tapi kemungkinan leyla kembali, tipis...

anumz sarah said...

Hold Jasmine for me will ya? -_-
tersentuh pula membacanya... It takes a while utk Jasmine biasakan diri. InsyaAllah ada pengganti baru... Oden 'kirim hugs and kisses' to Jasmine and u. Me too. (utk jasmine je ya,ko tak payah!! awek ada.hehe...)

fizahsinin said...

awww..kucing tu dh x sudi dok ngn ko.


haha

anjut said...

hurmm.. xpa la.ngua ngua ngua!!!

Anis said...

sapa jaga leyla? gowe ker? huhu...

anjut said...

betul tekaan anda cik anis!huhu!