Wednesday, April 8, 2009

les paroles des enfants- kata-kata si anak2 kecil

salam.

huhu, seronoknyer tgk bdk2 tadika berbaris dekat bawah tu tuk g tadika. teringat pada anak2 sedara aku yg kat sana tu. apa khabar diorang agaknya kan?ermm, rindu lagi la aku kat diorang.

seronok tau main ngn budak2 ni, paling aku suka kalau diorang bagi pendapat masing2.



Atikah

masa ni tak silap aku Atikah baru umur 3 tahun. dan dia mmg petah bercakap (yg menarik, dia boleh switch lidah dia dari ckp utara ke ckp johor- dengan mudah). masa ni, kak teh aku baru melahirkan anak sulung dia, tapi meninggal...

Atikah dtg la melawat dgn ibu dia, jadi la perbualan kecil dia dgn mak teh dia masa kat sepital.

Ika :makteh, owh makteh...ika nak tanya soalan mak teh jgn marah yer...

kakteh: ika tak tanya lagi, mcmana makteh nak marah?

Ika :ermm..haritu kan makteh ada tanam baby kan (mengkebumikan baby).

kakteh : yer, kenapa?

Ika : ermm...dah tumbuh dah baby nyer?

hahaha! kakteh kata perasaan dia berbelah bagi. samada nak ketawa atau nak sedih. Ika ingat, baby tu mcm tumbuhan, kita tanam dan dia leh tumbuh!



Omar

menjadi seorang abang kepada tiga org adik lelaki memang memningkan. lebih2 lagi kalau anda berumur 7 tahun dan makan pun masih disuap.

Kaktam : eh Omar, suruh adik2 kau duduk diam kejap, kang aku ikat sekor2.

Omar : weh korang!masing2 jaga diri masing2 la!!! Omar malas la!(menjerit pada adik2 dia)

dan yang aneh nyer, Omar tu la yg jd kapten, lari sana sini mcm org kena rasuk!hahaha!



Khaleed

susah ker jadi budak darjah 2? satu hari tu, Khaleed balik rumah mak dan ayah aku sempena cuti sekolah. kak ijah n aku memang suka sakat dia, sebab pipi dia cepepel (chubby). tapi haritu khaleed tak der mood. kak ijah tanya.

kak ijah :kenapa sedih ni? jom la kita main.

khaleed : khaleed tak nak balik kampung, tapi umi tu hah yg paksa...

Kak ijah : kenapa? tak sayang acik ke?

Khaleed : bukan, khaleed banyak homework... tapi Khaleed lupa bawak sekali.mcm mana nak dapat sepuluh A nanti...

Kak Ijah : Khaleed exam apa sampai sepuluh ni?

Khaleed : SPM la! nanti malu kalau tak dapat 10 A!

aku yang ada kat tepi, hampir pengsan....



ukashah

Ukashah

dia ni ada masalah apa aku pun tak tau. dekat rumah dia, ada sebuah cermin yg sangat besar. dia kalau lari2 kat rumah, akan berhenti kejap tgk diri dia dalam rumah tu. satu hari.

Ukashah : kenapa along (merujuk dia ) gemok? mcm kartun la muka along.

terus dia buat muka sedih. masa tu aku baru nak peluk dia.

Ukashah : tapi tak pa, semua orang kata along comel ngan putih melepak!nasib baik!

tergamam aku, tgk budak umur 5 tahun ni terus sambung lompat2 dgn girang nya.

chibi (Niha)

Chibi

antara budak kecik yang boleh bertutur seawal usia 11 bulan di rumah kami. sekarang pun kalau aku bercakap ngn dia, dia akan ckp mcm mak nenek!

satu hari tu, pembantu rumah dia minta dia ambilkan tuala kecil utk abg dia. tapi kalau tak silap aku, masa tu dia tgh merajuk ngn bibik. sebab dia tak dapat minum air gas rasanya.

bibik : tuan puteri, tlg bibik ambilkan tuala babang sayang....

Chibi : Jangan halap!!! (sambil memaling muka dan buat muka benci)

perkataan tu jarang wujud dlm pembedaharaan kata budak berumur bwh dua tahun!



Aiman

aktiviti harian dia adalah mendengar cerita. selain membaiki kereta2 kecil dia (padahal tak rosak pun, habis jahanam pen aku jadi screwdriver, n henset jd lampu suluh dia!).

masa tu, ibu dia bercerita pasal 'jack and the beanstalk'. dia keliru dengan perkataan 'Giant' (sbb dlm doraemon, Giant adalah kawan nobita, kenapa dia wujud kat awan pulak?

ibu dia terangkan, Giant adalah raksasa!

ketika dalam kereta ke seberang perai, tiba2 Aiman menjerit:
"ya Allah! LAKSASA!!!" menunjuk kearah langit melalui atap kereta yg dibuka sedikit, dan terus menyorok!

nabilah dan atikah

Nabilah

semua orang sangat gembira bila tahu membaca. satu hari, nabilah membaca surat khabar.

"PELAJAR PEREMPUAN DIROGOL" tajuk berita hari itu.

Nabilah membaca nya dgn kuat2 dan terus bertanya ibunya.

Nab : ibu, rogol tu apa bu?

Kak long : mcm mana la nak cerita kat kau yer? apa yer Jut rogol tu?

kak long aku kelihatan gelisah utk menerangkan.

Kak long : rogol tu, maksud dia, lelaki ngan perempuan bergaduh!gusti2 sampai sakit...tak baik, jgn buat, berdosa. dan jgn ckp perkataan ni dalam kelas.

Nab : owh, kalau mcm tu, Nabila selalu jer dirogol Adam! dia tu jahat! suka kacau orang!

hahahaha!aku ketawa mcm nak mati!

itu la anak2. suci dan bersih. diusia mereka mmg banyak benda yang mereka nak tahu. kiat yang dah dewasa ni pun kdg2 lebih dari budak.huhu...ada cerita best pasal budak2?share la yer..

6 comments:

fadly E.n.S.3.M said...

mereka sgt comel =]

biskott said...

budak kecik memang kelakar. nak nak bila dah pandai cakap.

anak buah aku yang 4 tahun tu baru dapat adik.
so mak dia selalu cakap dengan dia:
"adik, senyap sikit. baby nak tido".

ada satu kali tu, baby menangis waktu anak buah aku yg 1st ni nak tido.

tau dia cakap apa?

"baby senyap sikit. adik nak tido".

emo gila bunyik. haha.

Anis Liyana said...

Salam...

haha! gelak jer aku bc entry ko nie mejah... aku mmg mudah t'hibur ngan budak2 nie.huhu...

aku pun ader satu citer nk share.

citer psl ank sepupu aku yg umur 5 thn(aku x der ank sedara lg, kakak aku x nk kawen lg)

aku ader sorang ank sepupu yg mmg ckp org putih jerr dier nie...

satu hari tue, adeq aku nk g solat jumaat, so, adeq aku pkai laa smart2, pkai bj melayu n kopiah...

skali si gugurl nie(ank spepupu aku) t'gelak2 smbil tunding jari kat adeq aku...

gugurl: haha! what a funny hat!

sambil menyambung lagi gelak dier...

adeq aku senyap tak terkata. t'kezut! aku bntai gelak kat tepi.

ssh btul ank org putih sorg nie.. kopiah pun dier x knal... huhu...

anjut said...

fadly - mcm pak cik dia ler!!hahahaa!!!

biskot - hahaha!aku pernah juga dgr anak sedara aku buat mcm tu!

maman - huhu, nanti anak kita ckp french, ternganga semua org.hahhaa!

anith comel said...

kte pn mkn dsuap lg wlpn dh 20 thn! hehe wek2

anjut said...

ehh?saper tak kenal Ku Azzuanith ku Azmi????memang kan?hahahahaha!