Sunday, April 19, 2009

khianat dan mengkhianati

salam semua.

tak perlu la aku membuang masa menjelaskan maksud yang tersirat di sebalik tajuk diatas. cukup la aku katakan, ini la benda yang bakal aku cakap pada hari ini. jadi, duduk diam2, rileks, dan cuba faham setiap butir yang aku nak sampaikan.

ketika aku kecil, lebih kurang umur enam tahun, ayah aku sudah pun bersara. ketika itu ayah tengah sampai di zaman kegemilangannya di tempat aku. Ayah cukup terkenal, dan sangat terkenal. Kami bangga jadi anak ayah, sebab orang ramai lebih menghormati ayah dari YB tempat kami.

cukup la aku puji ayah aku. oleh kerana ayah sangat disegani, ramai la yang cuba mendekati ayah. termasuk la seorang pengiran dari Brunei ini. pada ketika itu, dia mencadangkan ayah untuk melabur dalam syarikat dia. syarikat perhotelan di bawah nama Vxxxx Gxxx.

Ayer Hitam pada ketika itu merupakan tempat persinggahan pelancong. maka ayah pun ikut sama dalam pelaburan itu. itu la konon nya hotel pertama bertaraf tiga bintang di Ayer Hitam yang aman makmur itu.


(gambar tak der kaitan: gambar noni, leyla n jasmeen masa umur dua bulan---kucing pun tau apa maksud kasih sayang...)

bila kita sedikit ilmu, tapi bercita2 besar, ia adalah mustahil. sang pengiran (mestila dia lebih kaya dari ayah, tapi jahat dia pun lagi hebat) mendesak ayah melaburkan lagi duit dalam syarikat tu. kerana sifat ayah yang sayangkan kawan, dia melabur lagi, sehinggakan duit yg sepatutnya ke mekah bersama emak, ayah laburkan dalam syarikat taik kucing tu (dulu mak tak dpt ikut ayah ke mekah sebab melahirkan kak tam, so sepatutnya diorang pergi bersama la utk tahun itu.). mujur ayah ada isteri yg taat.

aku memang perasan, kakak2 n abang2 aku yg lain tak setuju dengan tindakan ayah. diorang rasa itu satu dongengan, dan ayah diperalatkan. dan tiba satu tahap, syarikat itu lingkup, sebab wang yang dilaburkan ayah, tak masuk ke akaun syarikat, tapi ke kocek pengiran. kenapa ayah tak report polis? sebab ayah kata ' biar la, mungkin dia tgh terdesak'...

ayah memang sayang semua orang, tapi kadang2 aku fikir tak masuk akal. ayah pernah beri salah satu kereta dia (peugeot tahun 80-an) pada seseorang dengan percuma. pemurah hati ayah. ayah pernah korbankan sebahagian kawasan laman rumah kami utk dibina pusat kawalan salah satu parti politik. mulianya hati ayah. ayah pernah mengikut rakan2 dia, sebulan menghilang hingga ke selatan thailand, kerana ingin menjaga hati seorang rakan tabligh nya.balasannya? setiap kali ayah ke warung kopi, ada jer orang ramai yang belanja ayah secangkir kopi dan sekeping roti canai.


nampak kan?betapa besarnya harapan ayah pada rakan nya, tapi besar lagi kekejaman pengiran itu pada orang tua pencen beranak sepuluh ni!
................................................................................................................................................

dan pada satu hari, ayah panggil aku, masa tu abang uda aku ada sekali. ayah hadiahkan seutas jam tangan bersalut emas dan bertata delima, kenangan syarikat Vxxxx Gxxx. sebenarnya ayah dah beri pada abang uda masa dia nak ke Mesir, tapi abg uda tak nak. dia sedih bila nampak jam tu. aku pun terkejut ayah beri pada aku. ketika itu, abg uda buka buku lama "kenapa ayah dulu terpengaruh dgn pengiran? bukan ke masa tu anak ayah kecik2?ayah tau tak betapa susahnya kitorang waktu itu?"

tenang jer wajah ayah. "menjaga hati orang itu susah, mengenal hati budi orang pun susah. mana ayah nak dapat bezakan antara musuh dan rakan? tapi tak pa la, biar la semua tu ayah niatkan bersedekah... satu hari nanti anak ayah akan faham".

jam tu aku pakai untuk sehari dua. kemudian aku letak balik dalam peti besi ayah. tak berani aku kehulu kehilir dgn jam bernilai ribuan ringgit tu. tapi apa yang aku bawa ke hulu kehilir, kata2 ayah tu.

mengenal hati budi orang itu memang susah. tak semestinya wajah yg tenang itu, pekertinya mulia. Nabi pun pernah pesan kan, jika nak kenal seseorang itu, jadila tetamu ditumahnya beberapa hari. sepanjang hidup aku yg aku rasakan lebih tua dari umur aku ni. pelbagai ragam orang aku jumpa.

ada yang bangga kalau aku tewas. ada yang memperalatkan aku. ada yang menjadi kawan disaat dia memerlukan. sibuk berbicara mengenai golongan munafik, tapi diri sendiri pun tk tertegur. orang lain semua salah, kita jer yg betul? cara orang salah, cara kita jer betul? sampai di satu tahap, aku mcm orang gila, cepat terasa dan prejudis pada semua. buntu memikirkan cara, aku rasa lebih baik aku berhijrah ke satu daerah. memang aku tak sabar. tak sanggup lagi aku berpura2 depan semua orang. orang2 yg menyakiti, mengaku rakan seperjuangan, hakikatnya?seolah2 mata ku melihat segala kekejaman, tapi mulut dan tangan aku terkunci untuk berfungsi. mungkin aku perlu cermin diri aku, tapi jarang benar aku melihat mereka mengaku salah. buat sehendak hati kalian.disebalik keceriaan dan keriangan ni, aku sebenarnya memedam rasa.kalau tidak kerana hidup ini ada matlamat, pasti dah lama aku kecundang.perjalanan yang panjang ini cukup memenatkan, mujur ada lagi segelintir yang masih kukuh disisi. dan paling penting, Allah yang mengengam nyawa aku ini, masih sudi memberi nafas pada aku, sebagai bukti dia masih menganggap aku makhluknya. Hasbi Allah fi kalbi...hasbi Allah fi kalbi....cukup la Allah di hati aku...

*sebenarnya adik beradik aku akan marah bila aku cerita pasal ni, tapi tak pa, utk pengajaran pada anak cucu aku nanti. dan Pengiran tu, pada tahun 2003 dia datang kembali, kali ni dgn tiga buah mercedez c class dan beberapa bodyguard bermotosikal besar. isteri dia cuba masuk ke halaman rumah kami yg sekangkang kera tu, tapi emak yg selama ini diam seribu bahasa bertindak (ayah tak da masa tu). dengan batang paip di tangan, dan aku, abg mamet, kak tam, wawan (lupa sapa lagi) melihat dari jendela. emak mcm srikandi, menghalau gerombolan pengkhianat tu dgn hanya batang paip patah. (mereka ingin ayah turut serta dalam projek sekolah tadika, cukup2 la, bagi la ayah aku berehat...).nampak?sapa kata anak Idris Al-Fakeh itu tak berani?emak yg tak pernah besarkan suara dia, bertempik bagai lela rentaka memecah langit kota melaka (kan da bersastera da) sebagai mempertahankan kami. dan paling penting, tangan yang menghayun buaian itu, berjaya menyelamatkan ayah (dgn bantuan Allah, op coz!) dann maruah keluarga dari dilunyai kan lagi...(pengakhirannya, keluarga juga yg berguna...).

1 comment:

anjut said...

ermm..manusia..aku panggil manusia sebab aku percaya mereka masih ada lagi fikiran dan hati untuk digunakan. cukup la aku memalukan diri sendiri. kerana segelintir, yg lain kena tempias.

entry ni aku tulis bukan pasal aku emo sembarangan..dan kalau ia berlaku sekali, oleh seorang sahaja, aku tak kesah..tapi?membuatkan aku rasa bengang tahap dewa da ni!cuma aku mmg tak tau nak luahkan jer.

fikir apa yg dah kita buat? cuba hidup dgn lebih bersistematik, tepati waktu, ikut perancangan, fikir orang lain juga, ambil kira pendapat semua orang...semua ni kan dah belajar?cara menghormati orang, supaya kita juga dihormati. tahu akibatnya?membazir waktu (Allah pun bersumpah diatas MASA!) dan hilang rasa hormat. kalau la aku yg memang org ckp keras kepala ni (tanya semua org, mesti aku jer yg jahat), masih lagi boleh berbincang, apa lagi korang kan? dan ada antara kalian yg pernah bertanya aku, dan aku dah jelaskan...kata faham, tapi rupanya tak!sakit hati aku..tak perlu sayang mcm bercinta, aneh n mustahil, tapi hormat itu yg penting.fikir la yer.

aku sayang semua org bagai keluarga, sbb sayang la aku tegur.

ok la, kita disini ada matlamat, tapi perkara2 basic mcm tu kena la kita faham, agar perjalanan kita licin.i'm not the best, tp kita sebenarnya boleh bersama2 kearah itu...kali ni, aku takkan membodohkan diri meminta maaf lagi. sebab aku tau, kalian takkan faham mana salahnya.

(kecewa kan kalau segalanya lepas ni berubah?huhu..itu la hidup...)


out---