Monday, April 6, 2009

c'est un beau roman, c'est une belle histoire

Salam sejahtera semua.

Aku delete entry sebelum ni, sbb ia menganggu kehidupan aku. hahaha! x payah nak emo2, kali ni aku nak cerita pasal family baru aku.

Pada ahad yang lepas, kami menyertai program anak angkat di sebuah kawasan pekampungan. ia adalah gabungan dua buah kampung iaitu Pugey dan Arguel. kampung ini terletak di lembah yang berbukit2. pada mulanya aku nak cancel jer aktiviti ni, sbb ia akan 'mencuri' waktu tidur ku diujung minggu. tapi kerana kesiankan cikgu aku Pakcik Philips yang beriya2 telefon suruh pergi, aku pun mengagahkan diri tuk pergi. tinggal la Leyla n Jasmeen berdua kat umah ngn makanan secukup rasa.

Perjalanan kami tak la lama, dalam sepuluh minit, kami dah tiba. kami disambut oleh penduduk kampung yang peramah. aku sikit teruja sebab ni pengalaman pertama aku berada di sebuah perkampungan petani. pada mula nya, aku ingatkan tentu kami kena masuk kampung2 yang selekeh, ada taik lembu sana sini, lagila di perancis ni mungkin ada babi yg kaler merah jambu tu. rupanya, meleset sama sekali!!!!

Kampung Pugey ni tersangat cantik. dengan padang ragut seluas mata memandang. kebetulan musim bunga baru mengetuk pintu, kelihatan kudup2 bunga berlumba2 tersenyum di segenap pelusuk kampung. udara nya nyaman. dan rumah2 mereka seolah2 rumah2 agam di bukit bangsar tu! terkejut dan teruja, itu jer...

kami pun diberi kepada keluarga angkat masing2.




baik la, ini bapak angkat aku, nama dia Jean-Michel FAIVRE. seorang petani moden. orangnya peramah dan periang. ada jer benda dia nak cakap. dia pengemar wain, dan kat bilik simpanan dia, dia ada 1036 botol wain dari tahun 1988.

dia cakap ngan aku "awak muslim kan?". "yer pakcik" aku jawap.

" owh jangan risau, utk makan tengah hari nanti, saya akan sediakan daging batang pinang( daging batang pinang adalah daging yg termahal, sekilo 38 euros)!saya tau awak tak makan babi. daging ni khas tau, sebab dari lembu saya sendiri."

"baik nyer kau ni!ermmm...(teragak2 nak sambung). saya cukup berterima kasih, tapi saya minta maaf sebab saya pun x leh makan daging...sebab semua haiwan kena sembelih ikut islam (baik berterus terang kan?)"

"apa?ermmm...mcm mana yer..."

"kita ada ikan dalam peti ais!" isteri dia mencelah.

"betul!nasib baik, awak leh makan ikan! maaf, kami x paham sangat pasal 'halal'"

fuhhh..lega aku.

ini pula Caroline. dia seorang doktor. dia pun baik hati. (aku memang lemah kalau orang2 baik ni..leh tertanggal lutut).

kami ke rumah mereka untuk makan tengah hari. owh yer, lupa plak, serang lagi budak yg jadi ahli keluarga kami adalah LiJuan, dari China.


yang ni nama dia Clara. aku panggil dia Clarinette. dia pun banyak cakap dan cerdik!


makan bersama.



ladang llama

ni kalau tak kenal, baik bunuh diri


ni bukan lembu tau, ni kacukan kuda ngan unta. (saper percaya, terjun lombong)



huh, yg ni nama nyer kaladai


ni anak lembu jantan tuk disembelih (anak lembu betina disimpan tuk susu)


ni la masanyer tuk menukar topeng. (padan la semua org eropah kata org malaysia baik2, sbb semua pandai berlakon)


saper yg tak jatuh hati dengan tempat ni?




diatas bukit

puas aku berjalan. kaki pun nak tercabut dah ni.


mereka2 yang menyertai.

fuhh. penat aku, tapi puas. tetiba rasa sedih menyelubungi suasana. perkenalan ni terlalu singkat. kami bertukar2 alamat. dan mereka mengaturkan satu lagi perjumpaan. terharu. kalau la semua manusia mcm ni. (tapi prinsip buat baik berpada2 tetap aku simpan).

Caroline menghantar kami pulang. ermmm, bila lagi la kami nak berjumpa lagi. kata mereka selepas mereka pulang dari pulau Reunion. tak kisah la bila2...

kelibat atap2 bangunan Planoise menghimpit nafas aku dari jauh. rasa pening, loya dan sakit otak bila terpandang perkataan 'la Poste' dari jauh. dekat sini berbeza dengan Pugey dan Arguel. dekat sini ada pelacur, mafia, penganas, orang gila, dadah sehingga la imam turki yang baik hati tu. busuk2 pun, tempat aku jugak, ada Leyla dan Jasmeen sedang menanti aku.

hey Jean, Carrot et Clarinette, je vous aime, et vous me manquez beaucoup!!!!!!!!!!!!

7 comments:

Faiza said...

Bestnyerrr program ni...pemandangan pon sangat2 cantik...

anjut said...

yup, exactly. mmg seronok masuk kampung2 ni. dulu masa saya kat malaysia, dah biasa masuk perkampungan org asli, ikut akak buat research.
ermm, insya'allah nanti pergi ke kampung ni lagi.

biskott said...

oohh memang cantek.
nyaman je aku tengok.


eh,
loceng lembu tu klasik gilerr. aku sukeee~

AISHAH roslan said...

Salam.
Kacukan lembu dan unta??? HAHA.

anjut said...

biskott-aku tau dah selera kau, yg klasik dan lain dari yg lain. tul x?ermm, future husband kau mesti yg mcm kamarul kan?hahaha!joking!

esah- mmg la, petani tu yg cakap. eden tulis jaa..

biskott said...

haha. tiba-tiba aku teringat kamarul dengan kopi o dia.

kacukan unta dan kuda? betol la kot.
kalau selembu mungkin besar sikit. yang ni macam kecik sikit.hehehehe.

anjut said...

owhhh!kau minat kamarul rupanya!!padan la sampai termimpi2!!!hahaha!