Sunday, April 12, 2009

cahaya yang hilang

subhanallah, walhamdulillah, Allahu akbar ‘ dari luar pintu rumah terdengar alunan tasbih, tahmid dan selawat. Lembut tapi sedikit tegas, halus tapi menusuk… siapa tetamu baru itu ?

Selepas melepaskan tali kasut, aku meluru ke dapur. Mencapai sebijik gelas untuk membasahkan tekak aku. Tiga jam dalam LRT dari KL-sentral ke Bangi memang satu dugaan rutin setiap dua minggu sekali. Semua nya kerana ingin melihat permata-permata hati aku di sini.

Aku masih mencari suara yang mengalunkan zikir tersebut. Semalam kakak ku sms ada pembantu baru tiba dari acheh. Mungkin dia ? gegas aku berlari ke kamar putera dan puteri aku.

Kelibat seorang wanita kecil bertudung labuh mengamit perhatian aku. Duduk nya bersimpuh di tepi katil. Tangan kanan nya menepuk anak saudara ku yang masih kecil, Farah, dan sebelah kirinya memangku Naz yang menghidap cerebral palsy.

“assalamualaikum”

“wa’alaikumussalam...maaf encik, saya tak sedar yang encik pulang.” Gadis kecil itu memandang ku dan terus memandang ke lantai.

« panggil saya Pak Anjut (memang itu nama yang aku biasa gunakan). Owh, tak mengapa. Kamu pembantu baru ya ? » jawap ku.

« iya Pak Anjut, benarnya tuan ini adiknya mama ya ? semalam sudah dibilang sama mama, tuan pulang ke rumah hari ini. » jawapnya, masih terketar-ketar. Hahaha !kalau aku ditempatnya pun, pasti aku begitu. Bercakap dengan orang asing.

« panggil Pak Anjut. Iya, tak pa la, saya ke kamar dulu. Nanti puan pulang, khabarkan saya ada dikamar. » aku menutup sedikit pintu bilik anak-anak saudara ku.

Sembahyang asar ku tadi tidak khusyu’. Fikiran ku masih melayang2 ke wajah gadis tadi. Lambat pula kakak ku pulang. Tak sabar aku nak mengorek rahsia.

....................................................................................................

“nama dia Nur, asal dari Acheh. Umur baru 19 tahun. Entah, aku dah malas dah nak amik yang tua2, asyik tak larat jer buat kerja, aku pun tak sampai hati nak suruh banyak-banyak nanti. Kali ni biarla yang muda sikit, boleh jadi kawan Farah dengan Naz.” Akak ku menerangkan pada ku.

Owhh...Nur nama dia. Padanla wajah dan matanya bersinar-sinar. Sesuai dengan nama nya. Tak perlu aku terangkan bagaimana orang nya, cukup digambarkan bagai penghulu bidadari yang menumpang di rumah itu.Ermm... aku pun sebenarnya rasa aneh, kenapa gadis muda sebegini mahu menjadi pembantu rumah? Sebelum ini kakak ku sudah ada dua orang gaji. Kedua2nya tua. Yang pertama tu pekak dan pemalas, yang kedua pula suka merajuk dan menghasut orang (sehingga la bibik2 kakak dan abang aku yang lain cuba melarikan diri selepas berjumpa dengan makcik ni. Selepas itu dikuatkuasakan bibik2 tidak boleh bercakap antara satu sama lain bila mereka dibawa balik kekampung).

.................................................................................................

“ tidur la sayang, tidur la manja. Membesarla kamu sebagai seorang khalifah dan puteri islam. Rindu kan syahid, jauhi kemungkaran… subhanallah, Allah maha besar »

Aku memerlahankan audio TV diruang tamu. Tertarik aku dengan bunyi senandung gadis itu. Selintas kelibat dia ke dapur untuk membuat susu. Ermm, aku rasa gadis ini bukan sembarangan. Jilbab dan jubah menjadi uniform dia dirumah. Setiap kali selepas sembahyang, dia akan membaca al-quran disamping anak-anak saudara aku. Orang nya vegetarian, bahkan sayur yang ada perencah ikan bilis pun tak dijamahnya.

“saya memang sudah biasa makan sayur sahaja. Dirumah, ayah tak pernah beli daging atau ikan, terlalu mahal. Sehingga saya tak tergamak nak makan daging dan ikan.” Jawapnya ketika aku memaksanya mengambil ikan cencaru panggang.

“kenapa kamu ke Malaysia?” Tanya ku ringkas.

“saya mahu mencari wang.”

“untuk apa?ibu bapa mu kan masih ada?” memang bukan hak aku untuk bertanya soalan itu, tapi biasalah, apa yang tak boleh, itu la yang aku mahu!

“sebab saya mahu melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar. Mulanya ayah saya tidak beri, dan dipaksa saya berkahwin dengan orang yang member kami hutang. Sebab itu saya kemari.permisi ya Pak...”

Dia lantas ke kamar nya seusai membasuh pinggan.

.....................................................................................

Hari berganti hari. Sudah dua bulan dia dirumah, dan setakat ini masih positif. Orang nya tak cerewet kecuali bab makan. Sehingga peti ais rumah akak aku penuh dengan segala jenis sayur, hanya untuk dia. Kata akak aku, tak mengapa. Asalkan dia menjaga anak-anak saudara ku dengan baik.

Sehingga la satu hari itu...

« kurang ajar punya budak !kita jaga dia macam keluarga kita. Ini pulak jadi nya!!!” marah sungguh akak aku ni, jarang dia marah begini, mungkin ini yang pertama. Sampai merah matanya.

« tak pa, kita hantar dia balik. Sebelum apa-apa yang terjadi. Abang pun pelik...” abang ipar ku mencelah pula. Abang ku jarang balik ke rumah, kerana dia bekerja di Melaka. Cuma selang beberapa hari dia akan pulang ke Bangi.

Menurut apa yang diterangkan padaku, Nur bertindak liar. Dia bercakap yang bukan-bukan. Dia tak buat kerja rumah dan hanya tidur sepanjang hari. Selain melawan dan cubaan-cubaan lain yang berbaur fitnah . Seolah-olah tak logik di telinga aku.

Apa silap nya? Bagi ku, seorang pembantu rumah akan merasai seluruh kemewahan yang tak terdapat dirumah lain bila bekerja dengan akak ku. Mereka akan dianggap keluarga, dan boleh meminta cuti bila masa yang mereka mahu. Sehingga ada pembantu yang lari membuat alasan “majikan saya ini terlalu baik, sehingga tak sanggup nak khianati...sebab itu saya lari...”.Sungguh, aku pernah teringin berhenti belajar kerana ingin saja bekerja dirumah ini. Tapi kenapa jadi begini?

........................................................................................

“penipu punya budak!zaman sekarang ni memang kita tak boleh percaya dengan semua orang. Musang berbulu ayam!” dengus akak ku ketika dalam perjalanan dari Kolej ku ke rumahnya.

“apa lagi?kan ke dia dah kena hantar?” soal ku.

“dia ada lagi kat Malaysia!semalam akak ke rumah agen untuk uruskan borang2 lain, Nampak kelibat dia. Bukan main sombong! Sudah tak bertudung dan memakai seluar pendek! Bila akak bagi tahu agen yang dia tu vegetarian, agen cakap tak, kat sana dia makan jer semua benda!sapa yang tak sakit hati?akak pantang orang menipu!”

Terkejut aku! Tapi apa kan daya? Hidayah itu milik Allah. Dan tak ada siapa yang dapat meneka di sebalik sekeping hati ni. Tak memeranjatkan aku jika seorang imam berzina dengan anak sendiri, sebab bagi ku, Allah berkuasa menentukan semuanya sebagai pengajaran dan peringatan pada kita semua.

Manusia sanggup buat apa-apa untuk wang. Bagi mereka, dunia ini segala-galanya. Sehingga menipu dan permainkan agama Allah. Dan untuk Nur, aku pun tak tahu apa yang berlaku padanya. Tak berani membuat kesimpulan . Cuma aku berdoa, agar dia kembali ke pangkal jalan. Semoga Allah kembalikan ‘cahaya’ yang hilang....insya’allah.amin...

*nukilan ini ditulis sebagai pengajaran kepada semua. Ada yang mengatakan Nur kena buatan orang, berikutan insiden muntah darah dan perubahan perangainya yang pelik2 sbelum dia berubah. Kebetulan pemergian Nur ke Malaysia sebenarnya tidak direstui keluarganya dan bakal suaminya yang menjadi lintah darat itu turut memburunya. Wallahua’alam. Dan maaf kepada kakak ku tersebut (dirahsiakan yang mana satu, sebab aku ada tiga akak yang tinggal sekitar Bangi).kerana menulis cerita ini tanpa makluman darinya. Dan Pak Anjut sedia mendeletenya jika ia tidak menyenangkan hati. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Insya’allah...

5 comments:

SangKunang said...

oh...
ini yg ko cerita dulu eh..
kesian gadis tu..

maka bersyukurlah kita sebagai rakyat malaysia yg x perlu merantau ke negara orang untuk mencari duit.

yg ada di malaysia ni dibekalkan wang untuk merantau mencari ilmu.

alhamdulillah..
malaysiaku aman sentosa.
semoga ini berkekalan,
amin ya Allah

anjut said...

alhamdulillah...

ooopsss!terkena batang hidung sendiri la pulak perth...ngehngehngeh!aku akan belajar rajin2 supaya boleh berbakti pada Malaysia!

anaziha said...

Ok la kalau nak cerita ni. Tapi kena ubah sikit volume ke 2. coz cara cerita tu mcm penampilan majikan tu tak baik. Cerita lah yang endingnya kpd. majikan yg baik hati tu.

anjut said...

ehh, majikan nyer baik la.tak ke dibaca yg phrase "Apa silap nya? Bagi ku, seorang pembantu rumah akan merasai seluruh kemewahan yang tak terdapat dirumah lain bila bekerja dengan akak ku. Mereka akan dianggap keluarga, dan boleh meminta cuti bila masa yang mereka mahu. Sehingga ada pembantu yang lari membuat alasan “majikan saya ini terlalu baik, sehingga tak sanggup nak khianati...sebab itu saya lari...”.Sungguh, aku pernah teringin berhenti belajar kerana ingin saja bekerja dirumah ini. Tapi kenapa jadi begini?" maksud dia ok la tu kan?hahahaha!jgn la ckp kuat2, nanti kantoi yg mana satu majikan nyer.wakakaka!

kudabesi said...

ade gak gini ek..hurm manusia