Thursday, April 30, 2009

jangan tunggu hingga sangkakala yang pertama...

angin yang bertiup, akan terus menghilang. kadang2 ia lembut, kadang2 ia kencang. menanti tiupan yang seterusnya, seolah2 terperangkap dalam neraka dunia.

bila angin itu datang, ia mungkin tak selembut semalam, atau sekencang dulu. walau apa bentuknya, ia la teman bermusafir kita. baik kita hargai, sebelum ia tenggelam dalam tiupan sangkakala yang pertama. terima kasih angin...

*pencen seketika untuk bulan peperiksaan. doakan yang baik2 je sudah la yea..huhu!insya'allah jumpa lagi...

Tuesday, April 28, 2009

santan

salam,

huhu, dah tak der benda nak cakap la tu?sampai santan pun nak dibuat tajuk!

hehehe, sebenarnya macam ni, aku tgk ada entry member aku tu, dia still panggil aku 'santan', nasib baik bukan setan!hahaha!sebab nyer?ermm, biasa la budak tak matured, masa kecik2 dulu kat sekolah suka main ejek2 nama bapak, nama ayah aku 'Hamsan', so diorang panggil 'eh anak Hamsantan', n lama2 jadi 'santan' jer.huhu!agak kurang ajar la, tapi kira fair la coz aku panggil diorang dgn nama2 pelik pulak, kan SARDIN?huhu..lupa kan, tu masa kami kecik2, x der otak sangat.

......................................................................

cerita 1

tapi yg agak lucu, aku teringat peristiwa Kak Long aku suruh aku belikan santan kelapa. masa tu cuti semester kat matrik, so aku lepak je la kat umah dia yg dekat ngn matrik aku tu. ada la anak dia si Ika n Nab yg suka ikut aku ke hulu ke hilir tu.

satu hari, Kak Long nak masak masak lemak apa ntah, so dia suruh la aku pergi beli santan kat kedai depan perumahan tu. masalah nyer, aku ni dulu PENAKUT ngan anjing! (sekarang tak lagi!hehehe, sebab anjing kat France baik2 kot...ramai yg pondan tak gigit orang).jiran dia tu ada bela anjing jantan kaler hitam yg sangat besar dan garang!ni yang aku malas ni, aku mintak tlg bibik, tapi dia ada kerja lain. nak tak nak, aku la yg kena pergi. baru jer sampai pintu rumah, masalah pun datang.

"amboiiiii, pak anjut nak pi mana?x habaq kami pun!nak ikut, nak beli ceklat!" si Atikah perasan aku nak keluar!

"weh, senyap sikit leh tak?nanti si Nabilah tu tau, dia pun nak ikut!aku malas nak bawak budak berderet2 mcm itik ni!kang Aiman pun nak ikut!" biasa la pakcik yg tegas!

"Nak ikuttttttttttttt!!!!!hangpa tak baik x bawak kami!!!!" kantoi ngan si Nabilah, n Aiman pun dah nangis kat belakang!

"mana la santan aku ni takder dari tadi!!! bukan nyer aku suruh panjat kelapa!!!" jerit Mem Besar kat dapur.

"GOOOOONGG!!!GOOOONGG!!!GRRRRR!!!!MIEOW!" anjing jiran aku pulak memekak!lagi la bertambah serabut kepala aku....

"kak Long tak yah pakai santan boleh tak?pakai la susu tepung Aiman ke apa ka...kreatif la jadi orang tu..." dalih aku.

"alaaaa, banyak sangat alasan kau Jut!cepat la!laki aku da nak balik ni, kang tak leh pow dia kalau tak masak sedap2!" balas Mem Besar.

"macamana la nak pergi, ANJING2 NI TAK HENTI2 MENYALAK!!!" laung aku dari pintu depan. kebetulan Atikah n Nabilah tengah mengongoi nak ikut..

"weh!!kalau tak nak pergi pun, jangan la panggil anak aku anjing!sampai hati kau Anjut...meh la aku pergi sendiri!" mem Besar reply..erkkk?terkedu aku!

"bukan anak kau la, ni anjing giler jiran kau ni hah, nak gigit orang jer! x kan la jahat sangat aku ni nak panggil anak sedara 'ANJING'!" mesti la aku menjernihkan mana yg keruh!wakakaka!

x lawak ke? ada aku kesah????

cerita 2

yg lagi satu ni, pasal santan jugak, kat rumah kaklong aku jugak la. tapi watak dia bertukar, iaitu adik aku. (mesti la, takkan la aku kena jatuh standard depan adik sendiri beli santan?).

"wawan, kau pergi kedai beli nyioq (kelapa parut) sekupang dua..." perintah Kak Long.

"ok!" wah ringkas jer si Wawan ni jawap, mcm paham jer kehendak soalan!

selang beberapa minit (sebenarnya sejam, coz si wawan ni suka merayau2 ngn beskal tu!)

"kak Long, ni ha NYIOQ (over qalqalah kubra dia...)!" dengan ceria tapi muka sunburn n peluh lekit membasahi muka wawan tersengih menampak kan sebaris gigi dia yang sangat cantik tu. bangga dengan perintah yg dapat dituruti!

"ya Allah! Nyioq banyak taik gigi ni nak buat apa?sental kat mulut ikan pun tak cukup!" histeria makcik tu!

aku pun lari la ke dapur...ermm...cerdik betul dia ni. aku nampak dalam plastik kuning ada kelapa parut dalam besar bola pingpong (besar sikit kot)..jahanam kari akak aku tu.

"ye la, tadi kaklong cakap sekupang dua!ni orang beli dua kupang la...nasib baik tak beli sekupang!" wawan dengan yakin mempertahankan diri...

"ala Wan, kenapa kau tak beli sekupang jer?biar luruh jantung aku terus?" hahaha!ambik kau Mem Besar!

"Wawan...agak2 la, takkan orang nak masak kari guna secubit jer kelapa parut?" peranan aku pun bermula...

"bukan salah orang..sapa yg bagi arahan tu hah tak betul.."jawap wawan selamba n sambung tengok TV.

huhu!yg ni lawak kan?wakakaka!tak tahan aku..nak terguling2 dah ni!!!whatever!




"jadila seperti kelapa, hidup nyer tunduk, tapi mayang dan akarnya pun masih berguna..."

Sunday, April 26, 2009

Kau la sandaran hati

salam,

semua org pernah dengar lagu 'sandaran hati' dari Letto? kalau tak pernah, pernahkan la.

huhu, aku pasang lagu ni kat youtube masa petang2 yang amat membosankan. konoon2 la layan blues sambil tgk tingkap, tapi sebenarnya aku suka tgk komen2 kat bawah lagu tu.

"This songs is about a crushed love just like what happened to me....
When I'm depressed, I hear this song to make me calm....
This is just my comment....
I love her just like a peace of diamond, but she didn't love me as well i love her...."
quoted

lepas tu aku tgk ada org reply komen tu, agak tajam la!huhu!

"ape yg bodohnya cube bg 10 sbb?
lagu ni psl ketuhanan lah" quoted


betul ke? sebagai orang yg sangat suka menghayati lirik, aku cuba tengok lirik dia. xder la sesusah teks Guy de maupassant, voltaire, victor hugo ke apa2 ke. honestly, aku pun baru perasan maksud lagu ni!




sandaran hati

Yakinkah ku berdiri
Di hampa tanpa tepi
Bolehkah aku
MendengarMu
(seolah2 kita berbicara dgn Tuhan)

Terkubur dalam emosi
Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku
MerindukanMu

Terpuruk ku di sini
Teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani

Dalam hidupku
Kesendirianku

Teringat ku teringat
Pada janjiMu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati
(pasal sembahyang lima waktu)
Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti
Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati
(hanya pada Tuhan kita bertawakal)

Inikah yang Kau mau
Benarkah ini jalanMu
Hanyalah Engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadirMu
Dalam gelapnya
Malam hariku
(semua orang mengejar hidayah dari Nya...)

nampak kan maksud tersirat dalam lagu ni? berharap pada matahari, bila malam ia akan hilang. berharap pada gunung, ia akan musnah, berharap pada manusia, dia akan mati...berharap la pada Allah, kerana ia zat yg hakiki...Hasbi Allah fi kalbi...

Friday, April 24, 2009

bersukan untuk badan yang lebih sihat!

salam,

alhamdulillah, berakhir satu minggu cuti yang membosankan ini, dan ada lagi satu minggu cuti (mati katak aku...).

untuk minggu ini, kami berkesempatan menyertai street basketball and performances yang telah berlalu dengan jayanya di Place de la revolution, Besancon.

teruja tengok pelbagai pertandingan ala2 street or hip hop ni. di tengah terikan mentari, sempat jugak aku menyelit bawah ketiak2 masam penonton untuk mendapatkan shoot yang terbaik. jom kita tgk.



sekor2 tinggi mcm galah, kalau la team amatur malaysia yg main entah seminggu berapa kali tu masuk, mesti dah kalah masa saringan. ni badan pun tak fit, next year kita try nak?huhu!



ini hip hop dance, street battle. suka tgk team asia, smart giler.



cedera da...



ni apa ni?hahaha!budak ni mmg berani.



ada berani?



"ikut sedap kau jer conteng2 heh?aku piat telinga kang!"


pelapis muda Mamat Ali.



huh?smart tak dunker mcm ni?


itu je la, sebenarnya sekarang ni dah lama masuk musim bunga, tak sabarnya nak tunggu buah2 ceri kat pasar, mesti murah2!huhu!so, cuaca sangat cantik, cerah dan terang, tapi suhu still bawah 16 celcius. ermm..Nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?

Tuesday, April 21, 2009

Kerana keldai, kita bersalah?




salam,

nanti dulu, sebelum aku bercerita pasal kaladai ini, aku ingin share dua insiden yg berjaya made my day smlm.

semalam, ketika aku tunggu bas nak pergi bandar (study grup la konon nyer), ada dua org pakcik yg kelihatan mcm org gila. sebab apa? sebab diorg ni mabuk, bau arak tu...errr, wangi lagi taik jasmeen. pastu diorg merepek meraban ntah apa2. untuk penduduk planoise, rasanya pakcik duaorg ni tak asing kut. aku doa agar diorg x naik bas sekali ngn aku.bas pun sampai, tapi doa aku x makbul (off course la, bas malam, satu tu jer la..). dgn selamba nya, pakcik dua org ni masuk, x tunjuk pas or beli tiket.(lain kali kalau kad aku tertinggal, aku buat2 mabuk la...). dalam bas tu ada sorang makcik yg sepesen mcm diorg.kawan rupanya. tetiba aku dgr pakcik yg buncit sikit tu cakap kuat2 "mon zizi est parti!" (kemaluan ku sudah pergi!)..ehh?aku pulak yg segan.


ini bukan keldai tersebut.


so, aku pun duduk kat tmpt belakang supaya aku leh lari dari bau kumpulan tersebut. sebelah aku ada makcik yg mcm sebaya Dr Z. sampai di Chaudanne, makcik tu buat mcm nak turun. aku biasa la berbudi bahasa "vous decedez madame?". makcik tu pandang pelik muka aku "pas encore jeune homme..." (belum lg anak muda). lps tu aku pikir balik ayat aku td "eh! je voulais dire, vous decendez ici madame?"...hahaha!segan aku! baru makcik tu senyum ckp, "oui!merci!huhu!". kenapa? "decedez" = mati, "decendez" = turun! so bunyi nyer mcm ni la "kamu nak mati ke makcik?" padan la dia pandang pelik jer!huhu!


............................................................................................................................................................

ok, cukup psl dua kejadian aneh yg berjaya membuat aku tersenyum sampai telinga sehingga kini!huhu!

pasal keledai? hurmm..aku suka ckp psl haiwan, at least diorang tak terasa, kalau manusia confirm terasa (tapi x der tindakan pun, so x guna kalau terasa).

masih ada kaitan dgn entry terbaru aku . pagi td, masa sarapan dgn dua orang 'pandora box' aku tu, kami ada tersebut pasal cerita Lukman Hakim, keldai dan anak nya. sebenarnya mamat n ayie ada juga ckp2 pasal cerita keldai tu, lucu, tapi bermakna!i like! (ada dlm buku teks arab tinggi tingkatan lima, kalau tak silap la).


indahnya bila kita teringat masa lalu.=in action, jasmeen n leyla

ceritanya begini,

pada satu hari, Lukman Hakim dan anaknya melintasi sebuah kampung dengan membawa keldai yg baru dibeli dipasar.

oleh kerana kasih pada anaknya, Lukman Hakim naik kan la anak dia kat atas keldai tu. sampai la mereka melintasi sekumpulan orang lain.

"APA LA ANAK NI?TAK BERHATI PERUT!BAPAK NYA YANG TUA TU DISURUH JALAN< DIA BUKAN MAIN SENANG LENANG ATAS KELDAI TU!"

mereka berhenti, lalu kerana malu dgn org tapi kasih pada anak, Lukman pun naik la sekali. sampai la disatu kawasan.

"TAK BERHATI PERUT MEREKA NI!KELDAI SEBEGITU DISURUH MEMBAWA BEBAN BERDUA???"

oleh kerana malu, mereka pun turun dari keldai tu...tapi ada lagi orang yg bersuara.

"ANEH SEKALI?ADA KELDAI TAK DITUNGANGGI?"

Lukman memandang anaknya dan berkata : "Sesungguhnya tidak terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan selain hanya kepada Allah S.W.T saja . Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap perkara"


Ya Allah...maafkan diri aku yang kerdil ini...-rintih Leyla ketika dia berumur 2 bulan...alala sayang, kau mana ada dosa?


saya pun...saya rasa diri saya bersalah..orang kata saya gemuk...saya tak gemuk!!!dosa ke jadi gemuk???- Jasmeen...kecantikan itu abstrak..biar la org nak kata apa...


nampak kan?manusia takkan dapat memuaskan hati semua pihak. lebih disini, kurang disana. selalu tak sempurna.kenapa kita nak kisah ckp orang, bila apa yg kita buat tu, kita tau akibatnya dan yg paling penting kita faham had kita, sebab islam sudah cukup mengajar kita. (bangsa2 aku -termasuk aku- suka ambil kira kata2 org, sampai susah nak maju. kalau kata mereka tntg keburukan kita tu benar, ambil perhatian dan perbaiki diri, tapi kalau tak, pejam kan mata, pekakan telinga la).

la vie, elle change toujours. et souvent elle ne sera plus comme avant. c'est dommage, mais que sera, sera...



Sunday, April 19, 2009

khianat dan mengkhianati

salam semua.

tak perlu la aku membuang masa menjelaskan maksud yang tersirat di sebalik tajuk diatas. cukup la aku katakan, ini la benda yang bakal aku cakap pada hari ini. jadi, duduk diam2, rileks, dan cuba faham setiap butir yang aku nak sampaikan.

ketika aku kecil, lebih kurang umur enam tahun, ayah aku sudah pun bersara. ketika itu ayah tengah sampai di zaman kegemilangannya di tempat aku. Ayah cukup terkenal, dan sangat terkenal. Kami bangga jadi anak ayah, sebab orang ramai lebih menghormati ayah dari YB tempat kami.

cukup la aku puji ayah aku. oleh kerana ayah sangat disegani, ramai la yang cuba mendekati ayah. termasuk la seorang pengiran dari Brunei ini. pada ketika itu, dia mencadangkan ayah untuk melabur dalam syarikat dia. syarikat perhotelan di bawah nama Vxxxx Gxxx.

Ayer Hitam pada ketika itu merupakan tempat persinggahan pelancong. maka ayah pun ikut sama dalam pelaburan itu. itu la konon nya hotel pertama bertaraf tiga bintang di Ayer Hitam yang aman makmur itu.


(gambar tak der kaitan: gambar noni, leyla n jasmeen masa umur dua bulan---kucing pun tau apa maksud kasih sayang...)

bila kita sedikit ilmu, tapi bercita2 besar, ia adalah mustahil. sang pengiran (mestila dia lebih kaya dari ayah, tapi jahat dia pun lagi hebat) mendesak ayah melaburkan lagi duit dalam syarikat tu. kerana sifat ayah yang sayangkan kawan, dia melabur lagi, sehinggakan duit yg sepatutnya ke mekah bersama emak, ayah laburkan dalam syarikat taik kucing tu (dulu mak tak dpt ikut ayah ke mekah sebab melahirkan kak tam, so sepatutnya diorang pergi bersama la utk tahun itu.). mujur ayah ada isteri yg taat.

aku memang perasan, kakak2 n abang2 aku yg lain tak setuju dengan tindakan ayah. diorang rasa itu satu dongengan, dan ayah diperalatkan. dan tiba satu tahap, syarikat itu lingkup, sebab wang yang dilaburkan ayah, tak masuk ke akaun syarikat, tapi ke kocek pengiran. kenapa ayah tak report polis? sebab ayah kata ' biar la, mungkin dia tgh terdesak'...

ayah memang sayang semua orang, tapi kadang2 aku fikir tak masuk akal. ayah pernah beri salah satu kereta dia (peugeot tahun 80-an) pada seseorang dengan percuma. pemurah hati ayah. ayah pernah korbankan sebahagian kawasan laman rumah kami utk dibina pusat kawalan salah satu parti politik. mulianya hati ayah. ayah pernah mengikut rakan2 dia, sebulan menghilang hingga ke selatan thailand, kerana ingin menjaga hati seorang rakan tabligh nya.balasannya? setiap kali ayah ke warung kopi, ada jer orang ramai yang belanja ayah secangkir kopi dan sekeping roti canai.


nampak kan?betapa besarnya harapan ayah pada rakan nya, tapi besar lagi kekejaman pengiran itu pada orang tua pencen beranak sepuluh ni!
................................................................................................................................................

dan pada satu hari, ayah panggil aku, masa tu abang uda aku ada sekali. ayah hadiahkan seutas jam tangan bersalut emas dan bertata delima, kenangan syarikat Vxxxx Gxxx. sebenarnya ayah dah beri pada abang uda masa dia nak ke Mesir, tapi abg uda tak nak. dia sedih bila nampak jam tu. aku pun terkejut ayah beri pada aku. ketika itu, abg uda buka buku lama "kenapa ayah dulu terpengaruh dgn pengiran? bukan ke masa tu anak ayah kecik2?ayah tau tak betapa susahnya kitorang waktu itu?"

tenang jer wajah ayah. "menjaga hati orang itu susah, mengenal hati budi orang pun susah. mana ayah nak dapat bezakan antara musuh dan rakan? tapi tak pa la, biar la semua tu ayah niatkan bersedekah... satu hari nanti anak ayah akan faham".

jam tu aku pakai untuk sehari dua. kemudian aku letak balik dalam peti besi ayah. tak berani aku kehulu kehilir dgn jam bernilai ribuan ringgit tu. tapi apa yang aku bawa ke hulu kehilir, kata2 ayah tu.

mengenal hati budi orang itu memang susah. tak semestinya wajah yg tenang itu, pekertinya mulia. Nabi pun pernah pesan kan, jika nak kenal seseorang itu, jadila tetamu ditumahnya beberapa hari. sepanjang hidup aku yg aku rasakan lebih tua dari umur aku ni. pelbagai ragam orang aku jumpa.

ada yang bangga kalau aku tewas. ada yang memperalatkan aku. ada yang menjadi kawan disaat dia memerlukan. sibuk berbicara mengenai golongan munafik, tapi diri sendiri pun tk tertegur. orang lain semua salah, kita jer yg betul? cara orang salah, cara kita jer betul? sampai di satu tahap, aku mcm orang gila, cepat terasa dan prejudis pada semua. buntu memikirkan cara, aku rasa lebih baik aku berhijrah ke satu daerah. memang aku tak sabar. tak sanggup lagi aku berpura2 depan semua orang. orang2 yg menyakiti, mengaku rakan seperjuangan, hakikatnya?seolah2 mata ku melihat segala kekejaman, tapi mulut dan tangan aku terkunci untuk berfungsi. mungkin aku perlu cermin diri aku, tapi jarang benar aku melihat mereka mengaku salah. buat sehendak hati kalian.disebalik keceriaan dan keriangan ni, aku sebenarnya memedam rasa.kalau tidak kerana hidup ini ada matlamat, pasti dah lama aku kecundang.perjalanan yang panjang ini cukup memenatkan, mujur ada lagi segelintir yang masih kukuh disisi. dan paling penting, Allah yang mengengam nyawa aku ini, masih sudi memberi nafas pada aku, sebagai bukti dia masih menganggap aku makhluknya. Hasbi Allah fi kalbi...hasbi Allah fi kalbi....cukup la Allah di hati aku...

*sebenarnya adik beradik aku akan marah bila aku cerita pasal ni, tapi tak pa, utk pengajaran pada anak cucu aku nanti. dan Pengiran tu, pada tahun 2003 dia datang kembali, kali ni dgn tiga buah mercedez c class dan beberapa bodyguard bermotosikal besar. isteri dia cuba masuk ke halaman rumah kami yg sekangkang kera tu, tapi emak yg selama ini diam seribu bahasa bertindak (ayah tak da masa tu). dengan batang paip di tangan, dan aku, abg mamet, kak tam, wawan (lupa sapa lagi) melihat dari jendela. emak mcm srikandi, menghalau gerombolan pengkhianat tu dgn hanya batang paip patah. (mereka ingin ayah turut serta dalam projek sekolah tadika, cukup2 la, bagi la ayah aku berehat...).nampak?sapa kata anak Idris Al-Fakeh itu tak berani?emak yg tak pernah besarkan suara dia, bertempik bagai lela rentaka memecah langit kota melaka (kan da bersastera da) sebagai mempertahankan kami. dan paling penting, tangan yang menghayun buaian itu, berjaya menyelamatkan ayah (dgn bantuan Allah, op coz!) dann maruah keluarga dari dilunyai kan lagi...(pengakhirannya, keluarga juga yg berguna...).

Tuesday, April 14, 2009

Leyla ku sayang....

salam semua...

kesian Leyla...masa aku tulis artikel ni, dia duduk baring kat sebelah kaki. memang dia mcm tu, kdg2 dia duduk sebelah komputer sampai aku siap kerja n baru la kami tidur sama2.



bagi orang ramai, Leyla hanya la kucing...bagi aku pun dia memang kucing, tapi bukan sembarangan. aku tak tau apa keramat yang dia pakai, sampai aku rasa dia terlalu istimewa.

masih ingat lagi masa awal aku jumpa dia, dia nampak naif sangat. kecil, tembam, dan sikit nakal. masa tu dia main kejar2 kat rumah Syema n Suleyman. Leyla, Jasmine dan Noni. hahaha!tau kenapa aku suka kucing? sebab aku suka budak2...bagi aku sama jer diorang ni. sebagai pengubat rindu aku dan anak2 saudara aku tu...

sepatutnya Leyla diambil oleh seorang kawan perempuan aku tu. tapi entah kenapa, dia terlalu kejam untuk menilai Leyla dari rupa paras. memang Leyla berbeza, Noni dan Jasmine berbulu panjang, tapi Leyla mcm kucing2 kampung biasa yang boleh kita jumpa kat pasar2 ikan atau tepi longkang... tapi aku dah agak, Leyla ni lain, corak dia agak berbeza. aku kesian tengok leyla, lalu aku pun ambil dia buat kawan jasmine.

cuba bagitau aku, apa jer barang2 tuk kucing yang aku tak sediakan?dari rumah tiga tingkat sampai la bekas najis dia yang memang direka khas dari italy tu. jadi kalian pun paham kan macamana sayang dan kasih nyer aku ngan kucing2 aku tu? mungkin kalau aku ada anak, anak aku tu cukup manja, sebab semua benda aku sediakan...

aku selalu risau kalau berjalan kemana2. tinggalkan mereka ke kelas pun aku dah khuatir. kalau bau diorang busuk, aku sanggup berbasah lencun agar mereka pun wangi. bab makan?hey, aku rasa kucing sultan melaka pun tak makan sesedap ni. sebab apa?sebab Jasmine dan Leyla layak utk semua tu...

tapi manja aku pada Jasmine dan Leyla ada had. kalau salah tetap aku hukum. kesalahan paling besar dia adalah dia kencing atas pengalas kaki aku. sebenarnya salah aku, sebab aku tak tukar pasir dia (kucing haiwan paling pembersih yer!aku pun kalau lubang jamban tu berdaki, jgn harap aku nak berak!). aku marah dia dan tengking dia. segala bahasa keluar (agak melucukan, pada awal2,masa diorang baby, aku ckp perancis, sbb aku takut diorang tak paham!!!hahaha!). dia akan lari merajuk bawah katil, sampai malam dia takkan keluar, sampai la aku umpan dia dgn plastik makanan dia tu...

tapi esok, bakal mengubah suasana. kembang muguet takkan lagi harum, semarak magnolia takkan lagi berseri,atau kudup2 tulip tak lagi menyerlah. musim bunga aku yang pertama ni langsung tak menarik perhatian aku. Leyla akan pergi... mungkin aku tak kan jumpa dia lagi...

kalau menunding jari, mesti ramai yang akan memandang aku. satu sudut memang aku yang bersalah, tapi sudut yang lain? mesti ramai yang kata aku emo or gila.hey lantak aku la nak tulis apa pun kan?dah blog aku. kalau suka, baca, tak suka, berambus jauh2. aku cukup benci dengan orang2 yang suka menyibok hal orang lain, tapi tak pernah fikir keburukan sendiri...

ok la, balik kepada Leyla. dia kan kemana?kenapa?dan mengapa?

soalan kat atas tu nanti mesti ramai yang tanya. meh sini aku jawap, so biar lekat kat kepala otak kita yang berjambul ni.

Leyla akan ikut tuan dia yang satu lagi tu...untuk selama2nya (i guess). maksudnya kami akan berpisah. duka berpisah dgn jenab dulu pun tak sembuh lagi.... aku terpaksa hantar dia ke sana, sebab bagi aku... bagi aku... dia dah tak wujud lagi. dulu dia tak pernah cakar aku, sekarang ni hampir setiap hari. dulu dia faham apa yang aku cakap, tapi sekarang ni dia buat dek jer. paling kecewa, dia tak sedar pun yang aku ni tuan dia...hey kucing, aku yang penat nak faham perangai kau, kau tak pernah nak faham aku pun? jalan terakhir, buat apa bersusah payah utk kucing yang dah membenci aku (yer, aku rasa dia benci aku...).

baik la Leyla. aku bukan buang kau tuk selama2nya. pintu rumah aku selalu terbuka. tapi aku berharap, jika kau datang melawat (itupun kalau tuan kau yang baru tu sudi mencemar duli), kau akan jadi lebih baik...kau jangan lupa, kita dulu satu keluarga...

sebelum aku habis, aku nak terima kasih pada kau. terima kasih untuk masa2 gembira kita bersama. terima kasih untuk kehangatan pada setiap malam ketika kau tidur bersama aku. terima kasih untuk mengajar aku erti sabar (yang akhirnya aku kecundang). dan yang paling penting, terima kasih kerana dulu, kita pernah jadi satu keluarga yang bahagia. mesti aku akan selalu rindu kan kau.ermm...sahabat baik pun boleh berpisah, inikan kita antara kucing dan tuannya...


*alangkah beruntungnya aku kalau kau faham bahasa aku ni, Leyla...yer, aku akan dicop psiko!hahaha!lantak la!

Monday, April 13, 2009

rindu...

yer aku tgh rindu. hampeh r, mcmana tak nak rasa rindu ni?rindu....rindu...rindu...x suka perancis...sob sob sob...nak balik...dah ckp da dulu tak nak pergi...



Sunday, April 12, 2009

cahaya yang hilang

subhanallah, walhamdulillah, Allahu akbar ‘ dari luar pintu rumah terdengar alunan tasbih, tahmid dan selawat. Lembut tapi sedikit tegas, halus tapi menusuk… siapa tetamu baru itu ?

Selepas melepaskan tali kasut, aku meluru ke dapur. Mencapai sebijik gelas untuk membasahkan tekak aku. Tiga jam dalam LRT dari KL-sentral ke Bangi memang satu dugaan rutin setiap dua minggu sekali. Semua nya kerana ingin melihat permata-permata hati aku di sini.

Aku masih mencari suara yang mengalunkan zikir tersebut. Semalam kakak ku sms ada pembantu baru tiba dari acheh. Mungkin dia ? gegas aku berlari ke kamar putera dan puteri aku.

Kelibat seorang wanita kecil bertudung labuh mengamit perhatian aku. Duduk nya bersimpuh di tepi katil. Tangan kanan nya menepuk anak saudara ku yang masih kecil, Farah, dan sebelah kirinya memangku Naz yang menghidap cerebral palsy.

“assalamualaikum”

“wa’alaikumussalam...maaf encik, saya tak sedar yang encik pulang.” Gadis kecil itu memandang ku dan terus memandang ke lantai.

« panggil saya Pak Anjut (memang itu nama yang aku biasa gunakan). Owh, tak mengapa. Kamu pembantu baru ya ? » jawap ku.

« iya Pak Anjut, benarnya tuan ini adiknya mama ya ? semalam sudah dibilang sama mama, tuan pulang ke rumah hari ini. » jawapnya, masih terketar-ketar. Hahaha !kalau aku ditempatnya pun, pasti aku begitu. Bercakap dengan orang asing.

« panggil Pak Anjut. Iya, tak pa la, saya ke kamar dulu. Nanti puan pulang, khabarkan saya ada dikamar. » aku menutup sedikit pintu bilik anak-anak saudara ku.

Sembahyang asar ku tadi tidak khusyu’. Fikiran ku masih melayang2 ke wajah gadis tadi. Lambat pula kakak ku pulang. Tak sabar aku nak mengorek rahsia.

....................................................................................................

“nama dia Nur, asal dari Acheh. Umur baru 19 tahun. Entah, aku dah malas dah nak amik yang tua2, asyik tak larat jer buat kerja, aku pun tak sampai hati nak suruh banyak-banyak nanti. Kali ni biarla yang muda sikit, boleh jadi kawan Farah dengan Naz.” Akak ku menerangkan pada ku.

Owhh...Nur nama dia. Padanla wajah dan matanya bersinar-sinar. Sesuai dengan nama nya. Tak perlu aku terangkan bagaimana orang nya, cukup digambarkan bagai penghulu bidadari yang menumpang di rumah itu.Ermm... aku pun sebenarnya rasa aneh, kenapa gadis muda sebegini mahu menjadi pembantu rumah? Sebelum ini kakak ku sudah ada dua orang gaji. Kedua2nya tua. Yang pertama tu pekak dan pemalas, yang kedua pula suka merajuk dan menghasut orang (sehingga la bibik2 kakak dan abang aku yang lain cuba melarikan diri selepas berjumpa dengan makcik ni. Selepas itu dikuatkuasakan bibik2 tidak boleh bercakap antara satu sama lain bila mereka dibawa balik kekampung).

.................................................................................................

“ tidur la sayang, tidur la manja. Membesarla kamu sebagai seorang khalifah dan puteri islam. Rindu kan syahid, jauhi kemungkaran… subhanallah, Allah maha besar »

Aku memerlahankan audio TV diruang tamu. Tertarik aku dengan bunyi senandung gadis itu. Selintas kelibat dia ke dapur untuk membuat susu. Ermm, aku rasa gadis ini bukan sembarangan. Jilbab dan jubah menjadi uniform dia dirumah. Setiap kali selepas sembahyang, dia akan membaca al-quran disamping anak-anak saudara aku. Orang nya vegetarian, bahkan sayur yang ada perencah ikan bilis pun tak dijamahnya.

“saya memang sudah biasa makan sayur sahaja. Dirumah, ayah tak pernah beli daging atau ikan, terlalu mahal. Sehingga saya tak tergamak nak makan daging dan ikan.” Jawapnya ketika aku memaksanya mengambil ikan cencaru panggang.

“kenapa kamu ke Malaysia?” Tanya ku ringkas.

“saya mahu mencari wang.”

“untuk apa?ibu bapa mu kan masih ada?” memang bukan hak aku untuk bertanya soalan itu, tapi biasalah, apa yang tak boleh, itu la yang aku mahu!

“sebab saya mahu melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar. Mulanya ayah saya tidak beri, dan dipaksa saya berkahwin dengan orang yang member kami hutang. Sebab itu saya kemari.permisi ya Pak...”

Dia lantas ke kamar nya seusai membasuh pinggan.

.....................................................................................

Hari berganti hari. Sudah dua bulan dia dirumah, dan setakat ini masih positif. Orang nya tak cerewet kecuali bab makan. Sehingga peti ais rumah akak aku penuh dengan segala jenis sayur, hanya untuk dia. Kata akak aku, tak mengapa. Asalkan dia menjaga anak-anak saudara ku dengan baik.

Sehingga la satu hari itu...

« kurang ajar punya budak !kita jaga dia macam keluarga kita. Ini pulak jadi nya!!!” marah sungguh akak aku ni, jarang dia marah begini, mungkin ini yang pertama. Sampai merah matanya.

« tak pa, kita hantar dia balik. Sebelum apa-apa yang terjadi. Abang pun pelik...” abang ipar ku mencelah pula. Abang ku jarang balik ke rumah, kerana dia bekerja di Melaka. Cuma selang beberapa hari dia akan pulang ke Bangi.

Menurut apa yang diterangkan padaku, Nur bertindak liar. Dia bercakap yang bukan-bukan. Dia tak buat kerja rumah dan hanya tidur sepanjang hari. Selain melawan dan cubaan-cubaan lain yang berbaur fitnah . Seolah-olah tak logik di telinga aku.

Apa silap nya? Bagi ku, seorang pembantu rumah akan merasai seluruh kemewahan yang tak terdapat dirumah lain bila bekerja dengan akak ku. Mereka akan dianggap keluarga, dan boleh meminta cuti bila masa yang mereka mahu. Sehingga ada pembantu yang lari membuat alasan “majikan saya ini terlalu baik, sehingga tak sanggup nak khianati...sebab itu saya lari...”.Sungguh, aku pernah teringin berhenti belajar kerana ingin saja bekerja dirumah ini. Tapi kenapa jadi begini?

........................................................................................

“penipu punya budak!zaman sekarang ni memang kita tak boleh percaya dengan semua orang. Musang berbulu ayam!” dengus akak ku ketika dalam perjalanan dari Kolej ku ke rumahnya.

“apa lagi?kan ke dia dah kena hantar?” soal ku.

“dia ada lagi kat Malaysia!semalam akak ke rumah agen untuk uruskan borang2 lain, Nampak kelibat dia. Bukan main sombong! Sudah tak bertudung dan memakai seluar pendek! Bila akak bagi tahu agen yang dia tu vegetarian, agen cakap tak, kat sana dia makan jer semua benda!sapa yang tak sakit hati?akak pantang orang menipu!”

Terkejut aku! Tapi apa kan daya? Hidayah itu milik Allah. Dan tak ada siapa yang dapat meneka di sebalik sekeping hati ni. Tak memeranjatkan aku jika seorang imam berzina dengan anak sendiri, sebab bagi ku, Allah berkuasa menentukan semuanya sebagai pengajaran dan peringatan pada kita semua.

Manusia sanggup buat apa-apa untuk wang. Bagi mereka, dunia ini segala-galanya. Sehingga menipu dan permainkan agama Allah. Dan untuk Nur, aku pun tak tahu apa yang berlaku padanya. Tak berani membuat kesimpulan . Cuma aku berdoa, agar dia kembali ke pangkal jalan. Semoga Allah kembalikan ‘cahaya’ yang hilang....insya’allah.amin...

*nukilan ini ditulis sebagai pengajaran kepada semua. Ada yang mengatakan Nur kena buatan orang, berikutan insiden muntah darah dan perubahan perangainya yang pelik2 sbelum dia berubah. Kebetulan pemergian Nur ke Malaysia sebenarnya tidak direstui keluarganya dan bakal suaminya yang menjadi lintah darat itu turut memburunya. Wallahua’alam. Dan maaf kepada kakak ku tersebut (dirahsiakan yang mana satu, sebab aku ada tiga akak yang tinggal sekitar Bangi).kerana menulis cerita ini tanpa makluman darinya. Dan Pak Anjut sedia mendeletenya jika ia tidak menyenangkan hati. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Insya’allah...

Wednesday, April 8, 2009

les paroles des enfants- kata-kata si anak2 kecil

salam.

huhu, seronoknyer tgk bdk2 tadika berbaris dekat bawah tu tuk g tadika. teringat pada anak2 sedara aku yg kat sana tu. apa khabar diorang agaknya kan?ermm, rindu lagi la aku kat diorang.

seronok tau main ngn budak2 ni, paling aku suka kalau diorang bagi pendapat masing2.



Atikah

masa ni tak silap aku Atikah baru umur 3 tahun. dan dia mmg petah bercakap (yg menarik, dia boleh switch lidah dia dari ckp utara ke ckp johor- dengan mudah). masa ni, kak teh aku baru melahirkan anak sulung dia, tapi meninggal...

Atikah dtg la melawat dgn ibu dia, jadi la perbualan kecil dia dgn mak teh dia masa kat sepital.

Ika :makteh, owh makteh...ika nak tanya soalan mak teh jgn marah yer...

kakteh: ika tak tanya lagi, mcmana makteh nak marah?

Ika :ermm..haritu kan makteh ada tanam baby kan (mengkebumikan baby).

kakteh : yer, kenapa?

Ika : ermm...dah tumbuh dah baby nyer?

hahaha! kakteh kata perasaan dia berbelah bagi. samada nak ketawa atau nak sedih. Ika ingat, baby tu mcm tumbuhan, kita tanam dan dia leh tumbuh!



Omar

menjadi seorang abang kepada tiga org adik lelaki memang memningkan. lebih2 lagi kalau anda berumur 7 tahun dan makan pun masih disuap.

Kaktam : eh Omar, suruh adik2 kau duduk diam kejap, kang aku ikat sekor2.

Omar : weh korang!masing2 jaga diri masing2 la!!! Omar malas la!(menjerit pada adik2 dia)

dan yang aneh nyer, Omar tu la yg jd kapten, lari sana sini mcm org kena rasuk!hahaha!



Khaleed

susah ker jadi budak darjah 2? satu hari tu, Khaleed balik rumah mak dan ayah aku sempena cuti sekolah. kak ijah n aku memang suka sakat dia, sebab pipi dia cepepel (chubby). tapi haritu khaleed tak der mood. kak ijah tanya.

kak ijah :kenapa sedih ni? jom la kita main.

khaleed : khaleed tak nak balik kampung, tapi umi tu hah yg paksa...

Kak ijah : kenapa? tak sayang acik ke?

Khaleed : bukan, khaleed banyak homework... tapi Khaleed lupa bawak sekali.mcm mana nak dapat sepuluh A nanti...

Kak Ijah : Khaleed exam apa sampai sepuluh ni?

Khaleed : SPM la! nanti malu kalau tak dapat 10 A!

aku yang ada kat tepi, hampir pengsan....



ukashah

Ukashah

dia ni ada masalah apa aku pun tak tau. dekat rumah dia, ada sebuah cermin yg sangat besar. dia kalau lari2 kat rumah, akan berhenti kejap tgk diri dia dalam rumah tu. satu hari.

Ukashah : kenapa along (merujuk dia ) gemok? mcm kartun la muka along.

terus dia buat muka sedih. masa tu aku baru nak peluk dia.

Ukashah : tapi tak pa, semua orang kata along comel ngan putih melepak!nasib baik!

tergamam aku, tgk budak umur 5 tahun ni terus sambung lompat2 dgn girang nya.

chibi (Niha)

Chibi

antara budak kecik yang boleh bertutur seawal usia 11 bulan di rumah kami. sekarang pun kalau aku bercakap ngn dia, dia akan ckp mcm mak nenek!

satu hari tu, pembantu rumah dia minta dia ambilkan tuala kecil utk abg dia. tapi kalau tak silap aku, masa tu dia tgh merajuk ngn bibik. sebab dia tak dapat minum air gas rasanya.

bibik : tuan puteri, tlg bibik ambilkan tuala babang sayang....

Chibi : Jangan halap!!! (sambil memaling muka dan buat muka benci)

perkataan tu jarang wujud dlm pembedaharaan kata budak berumur bwh dua tahun!



Aiman

aktiviti harian dia adalah mendengar cerita. selain membaiki kereta2 kecil dia (padahal tak rosak pun, habis jahanam pen aku jadi screwdriver, n henset jd lampu suluh dia!).

masa tu, ibu dia bercerita pasal 'jack and the beanstalk'. dia keliru dengan perkataan 'Giant' (sbb dlm doraemon, Giant adalah kawan nobita, kenapa dia wujud kat awan pulak?

ibu dia terangkan, Giant adalah raksasa!

ketika dalam kereta ke seberang perai, tiba2 Aiman menjerit:
"ya Allah! LAKSASA!!!" menunjuk kearah langit melalui atap kereta yg dibuka sedikit, dan terus menyorok!

nabilah dan atikah

Nabilah

semua orang sangat gembira bila tahu membaca. satu hari, nabilah membaca surat khabar.

"PELAJAR PEREMPUAN DIROGOL" tajuk berita hari itu.

Nabilah membaca nya dgn kuat2 dan terus bertanya ibunya.

Nab : ibu, rogol tu apa bu?

Kak long : mcm mana la nak cerita kat kau yer? apa yer Jut rogol tu?

kak long aku kelihatan gelisah utk menerangkan.

Kak long : rogol tu, maksud dia, lelaki ngan perempuan bergaduh!gusti2 sampai sakit...tak baik, jgn buat, berdosa. dan jgn ckp perkataan ni dalam kelas.

Nab : owh, kalau mcm tu, Nabila selalu jer dirogol Adam! dia tu jahat! suka kacau orang!

hahahaha!aku ketawa mcm nak mati!

itu la anak2. suci dan bersih. diusia mereka mmg banyak benda yang mereka nak tahu. kiat yang dah dewasa ni pun kdg2 lebih dari budak.huhu...ada cerita best pasal budak2?share la yer..

Monday, April 6, 2009

c'est un beau roman, c'est une belle histoire

Salam sejahtera semua.

Aku delete entry sebelum ni, sbb ia menganggu kehidupan aku. hahaha! x payah nak emo2, kali ni aku nak cerita pasal family baru aku.

Pada ahad yang lepas, kami menyertai program anak angkat di sebuah kawasan pekampungan. ia adalah gabungan dua buah kampung iaitu Pugey dan Arguel. kampung ini terletak di lembah yang berbukit2. pada mulanya aku nak cancel jer aktiviti ni, sbb ia akan 'mencuri' waktu tidur ku diujung minggu. tapi kerana kesiankan cikgu aku Pakcik Philips yang beriya2 telefon suruh pergi, aku pun mengagahkan diri tuk pergi. tinggal la Leyla n Jasmeen berdua kat umah ngn makanan secukup rasa.

Perjalanan kami tak la lama, dalam sepuluh minit, kami dah tiba. kami disambut oleh penduduk kampung yang peramah. aku sikit teruja sebab ni pengalaman pertama aku berada di sebuah perkampungan petani. pada mula nya, aku ingatkan tentu kami kena masuk kampung2 yang selekeh, ada taik lembu sana sini, lagila di perancis ni mungkin ada babi yg kaler merah jambu tu. rupanya, meleset sama sekali!!!!

Kampung Pugey ni tersangat cantik. dengan padang ragut seluas mata memandang. kebetulan musim bunga baru mengetuk pintu, kelihatan kudup2 bunga berlumba2 tersenyum di segenap pelusuk kampung. udara nya nyaman. dan rumah2 mereka seolah2 rumah2 agam di bukit bangsar tu! terkejut dan teruja, itu jer...

kami pun diberi kepada keluarga angkat masing2.




baik la, ini bapak angkat aku, nama dia Jean-Michel FAIVRE. seorang petani moden. orangnya peramah dan periang. ada jer benda dia nak cakap. dia pengemar wain, dan kat bilik simpanan dia, dia ada 1036 botol wain dari tahun 1988.

dia cakap ngan aku "awak muslim kan?". "yer pakcik" aku jawap.

" owh jangan risau, utk makan tengah hari nanti, saya akan sediakan daging batang pinang( daging batang pinang adalah daging yg termahal, sekilo 38 euros)!saya tau awak tak makan babi. daging ni khas tau, sebab dari lembu saya sendiri."

"baik nyer kau ni!ermmm...(teragak2 nak sambung). saya cukup berterima kasih, tapi saya minta maaf sebab saya pun x leh makan daging...sebab semua haiwan kena sembelih ikut islam (baik berterus terang kan?)"

"apa?ermmm...mcm mana yer..."

"kita ada ikan dalam peti ais!" isteri dia mencelah.

"betul!nasib baik, awak leh makan ikan! maaf, kami x paham sangat pasal 'halal'"

fuhhh..lega aku.

ini pula Caroline. dia seorang doktor. dia pun baik hati. (aku memang lemah kalau orang2 baik ni..leh tertanggal lutut).

kami ke rumah mereka untuk makan tengah hari. owh yer, lupa plak, serang lagi budak yg jadi ahli keluarga kami adalah LiJuan, dari China.


yang ni nama dia Clara. aku panggil dia Clarinette. dia pun banyak cakap dan cerdik!


makan bersama.



ladang llama

ni kalau tak kenal, baik bunuh diri


ni bukan lembu tau, ni kacukan kuda ngan unta. (saper percaya, terjun lombong)



huh, yg ni nama nyer kaladai


ni anak lembu jantan tuk disembelih (anak lembu betina disimpan tuk susu)


ni la masanyer tuk menukar topeng. (padan la semua org eropah kata org malaysia baik2, sbb semua pandai berlakon)


saper yg tak jatuh hati dengan tempat ni?




diatas bukit

puas aku berjalan. kaki pun nak tercabut dah ni.


mereka2 yang menyertai.

fuhh. penat aku, tapi puas. tetiba rasa sedih menyelubungi suasana. perkenalan ni terlalu singkat. kami bertukar2 alamat. dan mereka mengaturkan satu lagi perjumpaan. terharu. kalau la semua manusia mcm ni. (tapi prinsip buat baik berpada2 tetap aku simpan).

Caroline menghantar kami pulang. ermmm, bila lagi la kami nak berjumpa lagi. kata mereka selepas mereka pulang dari pulau Reunion. tak kisah la bila2...

kelibat atap2 bangunan Planoise menghimpit nafas aku dari jauh. rasa pening, loya dan sakit otak bila terpandang perkataan 'la Poste' dari jauh. dekat sini berbeza dengan Pugey dan Arguel. dekat sini ada pelacur, mafia, penganas, orang gila, dadah sehingga la imam turki yang baik hati tu. busuk2 pun, tempat aku jugak, ada Leyla dan Jasmeen sedang menanti aku.

hey Jean, Carrot et Clarinette, je vous aime, et vous me manquez beaucoup!!!!!!!!!!!!

Saturday, April 4, 2009

untuk hati yang mati.

Dia yg telah khabarkan aku tentang kematian,
dalam kitab2 nya yang suci,
menceritakan nikmatnya syurga,
seksanya neraka...
demi jiwa ini yang dipegangNya,
mati itu indah jika cinta ini disambutNya,
tapi ia sia2, jika nafas yang terakhir dinoktah dengan dosa.
ya Rabb, berilah ketenangan dalam merindui Mu...

sudah lama rasanya dekat coretan ini kita tak membicarakan tentang keTuhanan. mungkin dunia ni terlampau manis seperti madu, sehingga manisnya ia melalaikan kita semua? nauzubillah...

pernah terfikir?kenapa Tuhan memberikan kita nafas lagi, walau Dia tau kita selalu membuat kemungkaran?bukankah dengan kuasaNya, manusia sezalim firaun pun tak terkecuali dari maut?Muhammad yang dicintaiNya itu pun telah dipanggilNya pergi. maut itu akan tiba, cuma kita yang tak tahu masanya.

dan bila difikirkan, sebenarnya kita manusia ini terlalu dikawal. oleh siapa? oleh hati dan nafsu. aku tak pernah puas, walaupun hidup ini dilimpahi kesenangan. ikutkan hati, ingin ditakluk satu dunia, ceruk mana pun takkan terlepas dari aku. kemudian akan dimusnahkan bila2 masa yang aku suka. nampak?ikut hati, mati...ikut rasa, binasa...ikut nafsu, lesu... macam satu slogan hidup, tapi jarang aku hayati...

perihal hati ini, kalau dicerita dan dikumpulkan segala khutub khanah yang bercerita mengenainya, akan tertutup sungai nil, akan terlindung tembok besar di negara china, dan akan sesak isi dunia kerana jumlahnya yang terlalu banyak...tapi satu kesimpulan yang kita pelajari, hati tak pernah puas, dan kita tak kan mampu memuaskan hati semua. noktah.

meniti usia yang berbaki ini. -iyer, siapa tahu dia akan mati?bayi berumur sehari pun kan menemui ajalnya-.

aku teringin memijak di sebuah daerah, dengan ketenangan dan keharmonian. tidak semestinya di tanah arab, atau makatulmukaramah... mungkin kampung nelayan di ceruk benua mana pun sudah memadai...

menemui orang2 yang menganggap aku keluarga, bukan 'keluarga' kerana darah kami keturunan yg sama, tapi kerna kami berkasih kerana Tuhan. mereka menghormati aku, sehingga aku tak mampu mengkhianati mereka.

mungkin merasai semua makanan di dunia ini. makanan yang aku maksudkan, untuk 'rohani' dan 'jasmani' aku. tidak semestinya dari tuk lebai? sungguh aku tak memandang rupa kalau ingin berguru.

nampak mcm mustahil...

sebab setiap tanah yg aku teroka, mesti ada saja yg tak memuaskan hati. setiap org yang aku jumpa, entah...aneh2...dan 'makanan' itu, kadang2 terlalu banyak, tapi tak 'termakan'. mungkin aku kena belajar menjaga hati. sebab ia kunci segala2nya.

*untuk peringatan diri sendiri, yang lain terpulang.