Monday, March 23, 2009

memburu burung hantu di Dijon


salam semua. pada sabtu dan ahad yg lepas, kami (faiz, ayie buntat, markurit dan aku) telah berlepas ke Dijon utk rancangan Ini Sejarah Kita bersama Faiz. hehehe, sebenarnya minggu ni la kami paling free, dan tak der apa2 yg nak dilakukan. maka kami berempat pun mengatur jalan ke Dijon, Adam, Farid dan Izdihar sudah berada disana. dan tuan rumah Zam n Daus pun sudah dimaklumkan kedatangan kami.



penyambut tetamu kamu, org gila di Dijon (aku rasa kat Dijon lagi ramai org gila dari Besancon...huhu!serious!!)



ini adalah replika arc de triomphe yg ada kat Paris tu. sbb tu ada org gelar Dijon sebagai Paris kecil..



love it or not? yucks! ni adalah meringue roselee. iaitu gula cream yang dibakar dalam oven. rasanya lebih kurang mcm bahulu, not bad, tp manis sangat...


sempena nak musim bunga ni, ada ramai sukarelawan yg mengagih2kan bunga kekwa yang pelbagai warna.



antara tarikan disini ialah dinding2 mereka yang banyak di lukis.



salah satu arca, tapi aku lupa nama dia. aku ni alau jalan asal dpt release tension jer, kalau nak informasi2 tu, baik aku tgk wikipedia...



salah sebuah butik pakaian dgn model nya yang aneh...



ada la sebijik dua rumah kat sini mcm reka bentuk alsace. kena tempias sikit2 kot.



Adam dan Faiz.



di sebuah taman, tapi masa ni tak cantik lagi, kalau dah betul2 musim bunga, boleh la nampak dia punya kehijauan dan air terjun yang mengalir..



sedia utk terjunam!



kami makan di Ekin Kebab, aku juga syorkan korang makan kat sini...dia nyer assiette banyak giler, harga pun not bad la..



bersama John, comel giler kucing ni, dah la baik, besar pulak tu...membuat aku terindu2 dengan Jasmeen n Leyla...bila la diorang nak balik....pulangkan la...


jika berjalan2 kat sini, senang jer dan anda takkan sesat, ikut jer petak2 kecik yg ada logo burung hantu. sebenarnya burung hantu adalah lambang 'bertuah' bandar Dijon. dan dikatakan ada sebuah ukiran burung hantu yang bila disentuh, akan membawa tuah. rasanya Tuhan tak bagi kami bersyirik2 ni, so kami pun tak jumpa!hahaha!bengang giler!



tiba untuk pulang ke besac...penat tapi GEMBIRA!!!


thank you for Zam n Daus utk penginapan, dan avantage jeune kerana mensponsor separuh tiket kami.hehehehe!ok adios!

3 comments:

Amir said...

rambut ayi dah panjang. mamat muke dah makin matang. boleh ke cakap gtu? huhu

anumz sarah said...

Salam anjut,

Lamer x berkomen di ruang ini.Seronok2 entry ini.^^Bak sini sekor burung hantu. Memerlukan tuah utk exam nih.=P

anjut said...

amir- boleh2, ayie memang dah gendut, sebab tu dia panjangkan rambut tu.wahahaha!

anumz-ehhh?kitorang pun tak jumpa mana burung hantu tu.hehehe.