Thursday, March 12, 2009

membesar bukan MENGEMBANG! TAHNIAH!!!


salam semua,

Tahniah pada sapa?pada aku ler?

pasal esok tanggal 13 mac genap la umur aku ke-?? rahsia maaa, mana leh bgtau...

Alhamdulillah pada Allah yang bagi aku peluang untuk bernafas dan sihat ni.syukur teramat.

aku berkongsi bulan yang sama dgn anak saudara kesayangan aku (semua aku sayang) iaitu Mohd Nazhan bin Ja'afar. dia ni istimewa, lahir tanggal 10 mac n tahun aku tak ingat. dia adalah penghidap cerebral palsy, apa tu?bukan daun parsly yer, korang cari la kat wikipedia. dan aku begitu kangen sama nya...sorry la Nanas, taun ni kita tak leh sambut birthday sama2...


anas...cayang nyer...

Umur meningkat memberi satu signifikasi yang mendalam. aku ingat lagi masa harijadi aku yang ke-21, seorang senior kami belanja aku kat stall depan stadium lembah pantai tu, bro Tapa, dia cakap kat aku "dalam hidup ni, kemuncak kehidupan seseorang tu adalah ketika umur 21 tahun. sebab itu adalah tahun pertukaran antara remaja dan satu kehidupan yg lebih serius kerana biasanya umur 21 tahun bermaksud kita perlu lebih rasional dan matang.". betul jugak kata dia. tapi rasional dan matang ke aku?lu pikir la sendiri.huhu!apa2 pun memang sedap la jus durian belanda free tu!

beberapa perhitungan dalam hidup yang aku buat untuk tahun ini ialah,

Pelajaran

lebih serius dan menjadi bertangungjawap dengan apa yang dilakukan. menambah ilmu sebanyak mana yang boleh, tidak putus asa, belajar dengan smart, memulakan pembelajaran bahasa sepanyol pada musim panas nanti (mudah-mudahan), tak lokek berkongsi ilmu dan yang paling penting tambahkan ilmu akhirat (better say 'do revision' sbb dah belajar tapi banyak lupa coz x amal...)

Hubungan

lebih rapat dengan keluarga dan cuba mengenalpasti saudara mara yang ada. tidak sombong dan berlagak dgn rakan2 atau sesiapa sahaja (tapi belasah jer saper2 yg kerek!). bergaul ngan manusia yang sekurang2 nyer dia tahu 'ikan paus adalah mamalia dan tulip adalah tumbuhan berbawang!'. lebih berjaga2 dengan hubungan. tidak membuat perkara yang boleh mencetuskan maksiat dgn bakal zaujah. mencintai haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

cara hidup

secara sederhana dan tidak mengikut mana2 kumpulan tertentu (skin head ke, rock ke, bohjan ke, apa2 la...bina ler identiti sendiri!). sentiasa bersyukur dgn apa yang ada dan berusaha untuk memperbaiki kehidupan.belajar kehidupan dgn mengaitkan mana2 aktiviti yang dilakukan setiap hari. dan kurangkan makan ayam yang disuntik kat ketiak tu!

kewangan

sentiasa beringat, membantu sesiapa yang memerlukan bantuan dan tidak membazir. sebaik2 nya membuat pelaburan utk masa hadapan.

ibadah

memanfaatkan buku2 amalan yang diberi Fadly Roseedah dan lebih menghormati agama Islam yang dicintai..

kesihatan

menceburkan diri dalam semua bidang sukan yang boleh menyumbang kepada kecergasan fizikal dan mental. bermain bola sekurang2nyer seminggu sekali dan basket sekurang2nyer dua kali seminggu. juga melakukan aktiviti2 sampingan yang boleh mengecilkan ukuran abdomen sendiri.

rasa2 nyer itu jer kot...insya'allah aku akan lakukannya. oleh itu, aku meminta sokongan dari kalian jua....


untuk ulangtahun kali ni, aku menunggu dua benda yang akan mencerahkan hidup aku nanti. aku bg hint la sikit heh, yang satu itu, klasik dan bermanfaat, mengingatkan aku kepada arwah atuk2 aku. dan yang lagi satu tu nak kata bunga bukan bunga, tapi yang penting diminati semua org la, dan aku yakin ramai yg jeles bila nampak benda tu. diterbangkan khas dari jauh dengan pesanan penuh takzim.

owh yer, lupa nak ckp tahniah juga utk adik aku yang dah dapat result spm tu..sujud syukur la..alhamdulillah tak der yg gagal. untuk budak 'baik' yang jawap exam dekat hospital, itu adalah anugerah yang besar! dan jgn bimbang, insya'allah cita2 kau nak masuk Uni pertahanan tu dapat. bagus la adik aku jadi askar, leh syahid!

itu jer la yang aku nak update pada hari ni. so stay tune utk tahu apa kah dua hadiah yang aku ternanti2 tu.huhu!

14 comments:

rafizzi said...

salam mejah
ingat lagi tak? =)
actually rasa mcm nak tglkan komen lps tgk gmbr anak sedara mejah tu.. ya ALLAH.. jom kita insafi nikmat yg ALLAH beri kat kita ni...

k, comel gmbr tu.. hepy belated befdy..

anjut said...

wsalam..ehh, ingat lagi la!hahaha!raff kan?ermm, dia mmg comel, tapi Allah lagi sayang dia sbb tu Allah bg dia hadiah mcm tu..nanti kat akhirat senang dia masuk syurga...

merci, tapi belum belated lagi la!hahaha!

zatiMJ said...

selamat hari lahir mejah! u'r older than me. wah2 rasa muda d sini. haha. Semoga dlm lindungn Allah slalu. =)

anjut said...

it's only numbers!hahaha!older outside but younger inside!huhu!btw, thank you for the wishes!aminnn..

biskott said...

selamat membesar Mejah! (elleh, nak rahsia umur konon.haha)

*ucapan awal senang.

ehem,
sekurang-kurangnya ko lagi matang daripada aku.
hehe.

oh ya,
'do revision' itu memang penting.
aku pon saangat banyak dah lupa.
memang pokok tak berbuah betol.
huhu.

anjut said...

haha biskoot!terima kasih atas ucapan tu..tu la pasal, masa syariah islamiah dulu, asyik kenakan ustazah jer.x berkat belajar..huhu!

hadiyz said...

mejah oi..hepi belated beday...-hanis

anjut said...

merci..haha, not belated yet in france (it's still 13 march here!)hahaha!

Mohd Faiz Fahmi said...

selamat hari lahir ke-21 mon frere..jage diri, iman, amal, study, insyaAllah capai cite2 dunia akhirat..=)babai

anjut said...

merci mon frere...huhu..incha'allah...

toupeque omar hensem nak mampos said...

happy belated besday mejah
alah umur 22 tahun pon nak sorok2
bukan tue mana pon
bergetah lagi kan
yang penting hati mau mude
smoge lebih sukses in life
aku tak tau la aku wish ni dah belated or not...atleast i wish u besday kan mejah kan
blaja rerajin
sampai cucur udang (sedap tu)

anjut said...

belajar sampai cucur udang, belum sampai kau dah langap sampai habis!!!hahahaha!terima kasih topek utk wish tersebut..ngehngehngeh..

toupeque omar ensem bangat said...

yang penting cucur udang tu aku buat sendiri ye...
curik2 jirannye cucur mmg bukan keje aku...
curik lemang mungkin ye...
haha...
lapo perot aku...
kruuk...kruukk
wei...masak la kek lumut
sedap pe..

anjut said...

hahaha!lawak la kau ni.
kek lumut dah buat da, tapi bukan aku buat la, aku tempah org.memang SEDAPPPPPPPPP gila!!!!