Sunday, March 15, 2009

kesenangang dan kekayaan yang menguji kita

salam

SPM 2008 baru keluar keputusan nya. dan pelajar terbaik SPM 2008 dinobatkan kepada adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal dari SMA Maahad Muhammadi, Kelantan. beliau hanya la seorang anak nelayan. masa aku tgk dekat akhbar harian biasa, mereka sekeluarga tinggal dekat dalam sebuah rumah yg begitu daif. sangggatttt daif. ayahnya hanyala seorang nelayan. dengan serba kekurangan, beliau berjaya mendapat 20 A (kalau bg aku sikit A tu pun x pa, x luak pun..).

Aku kagum....

apa yang aku kagum?

aku kagum la coz budak yang serba kekurangan ni, dapat membuktikan kemiskinan bukan penghalang. Aku tak kan kagum bila anak2 orang kaya yang dapat result power2, sebab memang WAJIB mereka berjaya. apa aja la yang menghalang anak2 org kaya ni berjaya? biasanya segala keperluan dah disediakan, termasuk seorang org gaji pengacau milo tatkala mereka menelaah. so mmg aku tak pelik. aku bukan anti atau jeles ngan mereka, cuma aku ckp secara logik la.



adik nurmadihah tu? ya Allah, terharu nyer aku... amalan rutin dia adalah berpuasa, coz dia berjimat tak der duit n mmg dah jadi kebiasaan nya. lps tu bdk2 sekolah arab maahad muhamadi tu aku tau la sangat, syarat belajar kat sekolah tu, ilmu bahasa arab n al quran mesti tahap power!

apa yang kita leh lakukan? kita sebenarnya TAK BOLEH buat apa2. jadikan dia sama mcm org lain, cuma keistimewaan biasiswa mungkin akan diberatkan pada dia. bagi jer dia apa2 bidang, tak semestinya perubatan kan? mungkin negara yang sesuai utk dia belajar (kalau dia nak g oversea la) adalah UK. kenapa?sbb aku rasa mcm muka dia mcm sesuai pergi sana. lepas tu, x payah la nak bg sumbangan itu ini pada keluarga dia (sounds cruel kan?). tapi mcm dah terlambat. kenapa selama ni tak bantu keluarga dia? dah berjaya baru semua nak tunjuk batang idung? dan aku pun tak rasa dia n keluarga terhegeh2 dgn sumbangan tak seberapa tu.


Manusia akan diuji dgn kemewahan dan kesenangan. aku pun rasa aku begitu. kalau rasa senang sikit jer, aku mula la berkhayal... sebagai contoh la, keluarga seorang penyanyi ternama yang berpangkat datuk. dulu aku tgk family dia sopan2 jer, mcm rakyat jelata biasa la. tapi lps si buluh perindu ni dapat hasil lumayan, family dia berubah 360 darjah! ya Allah... x sedar dirinya... yang paling aku kesian tgk adik penyanyi ni yang memang 'bandar' habis la. kejutan budaya la tu. cuba kalau satu masa nanti, penyanyi ni jatuh miskin?

bukan la aku syorkan semua org jadi miskin, cuma kita kena selalu beringat la kan?...

jadi, kesimpulannya? manusia itu tinggi maruahnya bila ia berjaya atas sesuatu benda yang diusahakan dan ia bersyukur dgn pemberian Allah. sebagaimana dia berdoa dan meminta2 pada Allah sebelum berjaya, sebegitu jua la dia berserah padaNya bila kejayaan di hadapan mata. (dah jadi ustaz pulak aku nih...)

Tahniah utk nik nur Madihah, dan selamat maju jaya pada yang lain!

itu je la, secebis ilmu utk semua...

3 comments:

suki.dezuka said...

aku pun mcm nak nanges bile bace pasal brite tu..sedey sgt...sian ade org susah lagi cmtu...caner ade org terlepas pandang ngan sume ni...isy2..

tapi aku bace yg quit interesting gak
berita mingguan malaysia, ahad 15 mac 2009 bahagian rencana.. artikel oleh dr abu hassan...tajuk dia mengukur kecmerlangan anak2..

maybe anjut leh komen sket

suki.dezuka said...

paper semalam. byk pihak dah beri sumbangan. termasuk rumah rm150k. pastu sumbangan peribadi hampir 10k.

pastu tawaran scholarship and kemasukan automatik ke dalam biasiswa mara 4 a level di uk atau fizik. siap buleh pilih.


cube bygkan kalu adik madihah tu result die ok tapi tak dapat sebanyak itu..ke mane die nak pegi...

dan bayangkn ade sebilangan besar org2 kg(result setaraf je kat bandar2 ni) yg tak terdedah kpd dunia luar nak smbg blaja tapi tak tahu caner atau tak mampu???

yelas skrg sume dah online kan??

anjut said...

suki: huhu, nampaknya kau serius dgn benda ni kan? hurmm...biasala tu, kalau ada 'satu yg sensasi' baru ramai yg nak menaja...manusia, mmg nak glamer...

bagus la kalau bdk tu dpt biasiswa. semoga dia dapat jadi pelajar yg cemerlang la kat sana nanti..insya'allah..

apa2 pun, setiap manusia ada rezeki masing2..so, kita kena berusaha la nak dapatkan nya...insya'allah..