Sunday, March 1, 2009

jaga la penampilan anda!






salam,

sempena minggu cuti yang aku tak der kerja nih, aku rasa nak cakap pasal satu perkara yang ada kaitan dalam kehidupan kita ini. iaitu PAKAIAN.

baik la, aku rasa nak bercakap pasal pakaian ini kerana masyarakat sekarang ni kena lebih mengetahui ciri-ciri berpakaian yang mengikut kod majlis, budaya dan yang paling penting, agama. laki-laki atau parampuan, tak der terkecuali. tapi kali ni aku lebih kepada lelaki ler, dah aku lelaki.











(aku tau korang akan kata poyo masa aku letak gambar nih, dah tu nak wat camana?blog aku, aku punyer suka ler!)

Pakaian ke kuliah


biasanya jeans, kemeja berkolar dan blazer santai menjadi pilihan kekuliah.



jika salji atau hujan turun, peluang untuk anda memakai kasut but yang bergaya adalah cerah! boleh la anda lawan remaja2 korea yg bajet hensem tu.hahaha!(pastikan but itu dari kulit anak lembu atau kanggaro, jgn terbeli kulit babi!)

bagi yang belajar di negara-negara yang tak menetapkan kod berpakaian ke kuliah, anda bebas memakai apa sahaja. tapi untuk negara yang berbirokrasi seperti Malaysia tanah air tercinta ku, kod pemakaian kena la menepati syarat-syarat. ketika aku di matrik penang dan IPBA, pelajar2 lelaki nyer memang terkenal dengan koleksi pakaian2 peribadinya. kami bukan terlalu metroseksual, juga tidak gay tetapi kami suka berpakaian kemas kerana membuatkan diri yakin dan kelihatan lebih menghargai diri sendiri. biasanya baju2 kuliah serta seluar2 tu kami perolehi bila tiba musim menuai, ehhhh, bila tiba musim sale. biasanya koleksi Padini,Seed, Guy de Laroche dan D'urban menjadi pilihan. tapi biasanya lelaki tak kesah sangat jenama2 nih, selagi sedap mata memandang, balun je la.

Pakaian ke majlis tertentu


perlu la kelihatan seperti lelaki melayu terakhir bila berada dimajlis2 yang diadakan dikampung ni. lagi2 la ada makcik2 yg simpan stock anak dara setengah kati kat umah tu. baru saham naik! (itu dgn sepupu. kaklong siti payung n kak cik)



jika anda berpakaian semi-casual begini, menampakan anda seperti jejaka yang mudah didekati, terutama dalam majlis2 sosial.



sesuatu majlis yang inginkan anda mengikut tema tertentu, perlu la anda mengikutinya. kerana mungkin majlis tersebut diadakan sekali seumur hidup...



untuk majlis2 formal, pemakaian sut dan tuxedo adalah amat digalakan.

ini kena la ikut tema majlis. kalau misalnya pergi konsert nasyid, takkan nak pakai sut pulak kan?dan jangan menampakkan diri kelihatan bodoh. biasanya, jeans dan kemeja boleh memenuhi tema semi casual sesuatu majlis. dan yang paling penting dielakkan, JANGAN PAKAI SELIPAR JEPUN PERGI JAMBAN. it's a very big NO NO in fashion. ceewah!wakakaka!

Pakaian batik


sebenarnya bagi aku, batik tetap tidak sesuai untuk lelaki...hehehe!
haaa, ni pun kena berhati2. pemilihan baju batik pun kena tahu cara2 nyer. jangan pilih yang terlalu besar atau yang terlalu mengikut bentuk badan. pilih yang sederhana sahaja. warna pula bergantung pada kulit kita. bagi yang berkulit gelap seperti aku ni, elakkan memilih warna2 ceria seperti merah, oren dan kuning. anda akan kelihatan seperti badut. biasanya warna2 gelap seperti hitam, biru dan hijau akan menyelamatkan anda.

Pakaian Tradisi


pemakaian baju teluk belanga dengan samping dagang luar.


pemakaian kurta


di Malaysia, bangsa2 lain juga boleh mencuba pakaian kaum lain. Malaysia is truly asia!


sebenarnya semua orang berhak memakai pakaian tradisi kaum lain, cuma ia akan kelihatan aneh sikit la. biasanya pada hari jumaat, penjawat2 awam digalakan berpakaian tradisi. untuk orang melayu lelaki, senang jer, baju melayu la. ada dua jenis baju melayu, cekak musang dan teluk belanga. berikutan kod pakaian penjawat awam yang mementingkan keskemaan tahap maksima, baju teluk belanga pun kena pakai sampin di luar!ini akan membunuh pakaian tradisi itu! dulu aku puas menegakkan hak pemakai baju teluk belanga (dah nama pun orang johor!). kadang2 usaha kita untuk memulihara tradisi sebenarnya lagi mencacatkan tradisi tersebut.

pakaian santai


jeans dan t-shirt sentiasa menjadi pilihan


gaya sportif juga amat sesuai digayakan, tapi pastikan anda memang seorang ahli sukan!hahaa!kalau setakat buat taik idung atas katil, tak yah la..segan jer...(cakap kat diri sendiri)



baju melayu juga sesuai digandingkan dengan jeans untuk suasana santai, pelbagaikan penggunaan baju kebangsaan anda.



kemeja berkolar menjadikan penampilan anda lebih kemas

ermm, hasil pendapat individu, jeans dan t-shirt adalah pilihan nombor satu!!! dan lebih kemas jika mengenakan t-shirt berkolar. sebenarnya anda bebas memakai apa sahaja kerana namanya juga adalah SANTAI.


pakaian sukan


pastikan pakaian anda dipilih dari fabrik yang membenarkan pengaliran udara supaya kulit anda bernafas dengan baik ketika aktiviti sukan. paling penting, jaga aurat yer!peace!!!


hah, yg ni pun satu. saper kata lelaki tak der aurat? ada jugak...so, jangan la anggap kepala lutut kita yg berbulu tu x pa kalau nak tunjuk tgh padang. saper yg kata bukan aurat tu, minta2 la belajar balik kat mana2 ustaz or ustazah yer...takut yer neraka Tuhan... kalau nak pakai seluar pendek ala2 seksi juga boleh, tapi pastikan anda membeli tight.

aksesori tambahan

biasanya lelaki tak perlukan aksesori tambahan yg berlebihan. sebab lelaki akan nampak original jika ia mengenakan persalinan yang seringkas dan sekemas mungkin. jika perlu memakai aksesori sekalipun, pastikan ia mempunyai tujuan2 tertentu.


shawl, foulard atau selendang- untuk mengatasi cuaca sejuk



topi besar amat membantu jika anda ingin memancing dilaut dalam atau terkena panahan mentari



kaca mata hitam - jangan beli yg bersepah2 kat tepi chowkitt atau mana2 pasar malam tu!merbahaya! beli yang mempunyai pelindungan 100% UV. ada jer yg murah2 tapi kualiti bagus, yg penting rajin2 la cari.


pendapat sendiri

ermm...Allah itu cantik, dan sukakan kecantikan. tidak semestinya satu2 barang itu perlu dari jenama mewah atau mahal. yang penting ia berbaloi bila dikenakan pada badan. terserah pada individu untuk memilih. untuk orang muslim, pastikan kebersihan pakaian kita supaya senang utk kita mendirikan sembahyang atau memasuki tempat2 suci. pastikan kaki seluar anda benar2 berada diatas tumit dan jangan biarkan ia terseret kerana anda akan menyapu sekali najis2 dilantai sekaligus menutup periuk nasi makcik tukang sapu kerana sampah2 habis disapu oleh seluar anda.

ada juga kaum lelaki yang memilih untuk bersahaja dalam berpakaian. itu juga terpulang, cuma bagi aku, anda tidak menghormati org di sekeliling bila anda tidak mengenakan kod pakaian yang sesuai. jadi, selalu la bijak membuat keputusan. kalau nak pakai semberono jer, boleh, tapi time tidor!hahaha!jumpa lagi di edisi yang lain!au revoir!

haa, nak tidor lantak kau la nak pakai apa. tapi jangan pakai jeans atau seluar dalam. kerana susah untuk 'bahagian itu' bernafas dengan baik. ini juga nasihat untuk masa depan keturunan anda!haha!

*terima kasih kepada model2 kacak -encik Hamzah, mejah, dan Anjut- juga kepada mereka2 yg terlibat secara langsung atau tak dalam manual ini.

5 comments:

siti818 said...

saya setuju dgn pendapat anjut... cantik luar kenalah juga cantik dalaman gak.. jarang nak jumpa guys yang mementingkan bab2 hal2 ni.. kebanyakkan beza.. byk yang cantik diluar.. apa2 ..selamat berkenalan dari saya. k.ct

anjut said...

owh..huhu, kalau Tuhan tak berfirman suruh jaga penampilan, x der nyer saya nak buat entry ni..hehhe..btw, salam perkenalan juga..

izzyzatt said...

apsal model kacak, sume name ko je???chesss!!!!!

biskott said...

aku paalingg suka tengok orang pakai baju teluk belanga dengan samping kat dalam.

samping kat luar?no no no.
haha

anjut said...

Izzyzatt-huh?yer ke?tak perasan pulak!hahaha!tapi model agency tu mmg bagi nama2 tu jer..nak wat camana kan..hahaha!

biskott- betul tu, sakit mata aku, mcm poyo jer.hahaa!nak lagi ori?ikut sultan johor la, seluar hitam, baju pink, samping hijau.huhu!caya la!