Friday, March 6, 2009

banyakkan doa yer

salam..

ermm, salji tiba2 turun pulak harini, maybe salji yang terakhir. sedih pulak tgk salji kecik2 ni. hari ni butiran dia sangat halus sampai berterbangan macam anak-anak dandellion yang kena tiup angin. kalau telefon Malaysia, cuaca kat sana khabarnya hujan jer, hujan lebat diikuti guruh yang berdentam dentum. tapi aku percaya, guruh yang berdentum dalam hati-hati calon2 SPM 2008 lagi kuat, terutama kat dalam dada sorang budak nama WAWAN!hahaha!

pengalaman aku?ermm. kalau dibandingkan semua pelajar yang ke luar negara, aku dapat rasakan aku la yang dapat paling sikit A dalam SPM. bayangkan, betapa rendah dirinya aku bila rakan2 tanya aku dapat berapa A. tapi alhamdulillah, sedikit doa, aku dapat juga merasa masuk matrik dan takdir menempatkan aku kat IPBA pula. (tanpa "kabel" ok, clean n clear! semua adalah rezeki Tuhan).

SPM memang la penentu kita semua ke Pengajian Tinggi. kejam betul sistem tu. hanya sehelai kertas yang tertulis alphabet A B C boleh membuat kedudukan anda terancam. tapi kalau gagal , is that the end of world? nope children... satu lubang tertutup, ada beribu lagi lubang yang terbuka selagi dunia ni tak kiamat. so, kalau yang tak dapat banyak A tu, gn la kecewa, sekurang2 nyer sijil SPM korang nanti meriah, ada Air Batu Campur Dedak. so cool jer.

yang dah dapat A secukup rasa tu, cuba fikir sebetul2nya. biasanya ramai yang berhajat nak masuk matrik. ehhhh!nanti dulu. matrik sebenarnya untuk orang yang tak bijak dan membuang masa (tapi boleh jadi tempat utk mereka yang sangat bijak, so it depends). so pengalaman aku yang dah tua ni, aku lebih nasihatkan korang baik cari apa2 penaja (utk saper2 yang dapat A banyak la) ATAU masuk mana2 program diploma yang diminati. apa kelebihannya?aku cakap program diploma la yer, untung nyer, bila abis pengajian diploma tu, kau boleh dapat sijil dan sangat la laku untuk kerja, juga korang bleh guna sijil diploma tu untuk sambung ijazah, dan terus masuk ke tahun kedua, diploma terutama dari UITM sebenarnya worldwide recognized, so korang leh mintak biasiswa ke luar negara juga. kalau masuk matrik, dah ler susah, lecture laju, terkejar2, banyak gangguan sosial, tapi sijil pun tak laku nak buat kerja, (dgr mcm diorng nak iktiraf sijil matrik, tapi tak der khabar lagi pun) so rugi la...apa2 pun, kalian la yang buat keputusan.

aku punya tekaan la, OK kot SPM tahun ni, coz result keluar 12 mac kan? 13 mac tu tarikh keramat, so memang2 baik punya cilok la. kepada Wawan, rileks jer, doa banyak2 disamping fikirkan nak ternak binatang apa lagi, tak semestinya masuk Uni berjaya kan?ramai jer menganggur. jadi penternak berjaya pun ok gak, senang aku nak kahwin nanti mintak lembu ko sekor, tu la, org lain buat SPM kat dewan, ko buat dalam sepital...haha!lawak jer. doa la yer banyak2...insya'allah...

3 comments:

kudabesi said...

marilah warganegara berkelayakan masuk pismp ipgm. kemasukan sudah dibuka huhu

anjut said...

adik aku jadi cikgu?gila r, abis budak2 kena telan ngn dia..huhu!

kudabesi said...

haha tu semua kita leh tukar..