Saturday, February 7, 2009

tetamu kecil

salam...

Pagi tadi, lepas solat subuh (hari nih semayang ngan gajah!terlewat, coz semalam tengok majalah tiga sampai pukul 2 pagi) telefon aku berdering...adoilaa, saper la ni rajin sangat telefon, kalau kat Malaysia dulu, kalau tak KakLong, mesti Kak Teh, kalau tak pun Kak Ijah yang suka "menganggu" ketenteraman pagi sabtu aku...yang ni saper pulak?

Owh, Josalyn, kawan aku dari Nigeria nih, minah ni dah bangun ke?ajaib, biasa diorang ni membuta sampai petang kalau cuti-cuti nih. "Hamzah, Larissa nak datang sini, dia bawak baby dia sekali"...apa???Larissa bawak baby dia?terlonjak-lonjak aku kegirangan!Larissa adalah kakak angkat aku, dia dari Ivory Coast, bekas model ni bersuamikan seorang doktor perancis (bersedudukan sebenarnya). dah lama tak jumpa dia, coz dia dah tak belajar lagi dengan kami. anak dia lahir masa aku kat London haritu.hehehe!sukanya aku dapat jumpa baby!

ermm, apa la aku nak masak kan baby nih, sebenarnya tuk mak dia. nasib baik aku dah siap2 beli udang ngan kupang (moule), so aku rasa buat paella la senang... (paella ni sejenis nasi sepanyol macam nasi beriani la, cuma guna seafood jer, yang ni jenis paella valenciana, dekat valencia dia punya kupang lagi besar.)



Paella...ignore la heh kunyit yg tertumpah tu, biasalah orang bujang masak, selekeh sket, tapi rasa nya meletup sampai terangkat otak!

Larissa sampai dengan baby dia..ya Allah!comel nyer budak nih!anak kacuk, mana tak comel...nama dia Elsa..apa ntah nama penuh dia, tergeliat lidah aku sebut. comel nyer budak nih..alahai, rindu aku ngan anak-anak sedara aku...si Elsa ni akan panggil aku Tonton Hamzah (pakcik Hamzah). macam bunyi turtle jer.ngehngehngeh!


alalala, Elsa nih...rasa nak masukkan dalam botol pastu hanyutkan kat sungai jer...


dengan mak dia...itam campur putih jadilah coklat susu...


ermm..anak kecil. suci jer bayi.aku pun nak ada bayi. anak aku sendiri. tapi masih sibuk belajar kenal dunia..nanti la, insya'allah, tetamu kecil itu akan datang jugak dalam hidup aku...






p/s : buat masa sekarang nih, tinggal dua ekor kucing yg pemalas dan nakal ni je la jadi teman aku.Leyla ngan Jasmeen ni tau nyermelompat-lompat jer, kalau marah tau pulak merajuk.seharian tak keluar dari bawah katil...si Jenab akan diambil keluarga angkat dia tak lama lagi...kurang dah satu keluarga aku...

6 comments:

biskott said...

comelnya baby tu!
leyla jasmine pon comelllll!!!!
eii geramm..
rasa nak peluk kuat2!

Hafizah Sinin said...

oh.menganaktirikan Jenab si arnab.

anjut said...

biskott- tuan dia comel tak?mesti la...haiwan peliharaan kan mengikut tuannya...

pizah- mana ada...si Leyla nga Jasmeen ni hah suka kacau Jenab..dia ingat jenab tu anak patung kot..takut aku tgk diorang main, mcm nak ditelan jer si jenab tu..baik bagi orang kan?hahahha!

biskott said...

ohh..maknanya aku pon comel la sebab kucing aku pon comel.hahahahaha

sebab jenab xreti main ganas2 mcm diorang kot.
lagila diorg suka kacau.

xpon diorg ingat jenab tu tikus versi beso.haaaa.

anumz sarah said...

Musim sugar,spice and everything nice kt blog ye mejah?

Dr entry sampai la ke pic. Anum setuju dgn biskott,tikus version besar. They are so cute. I wish I could hold,cuddle and play with them. Seriously cute.

all comments are as confession of kecomelan.Good comments you guys!!

anjut said...

biskott-owhhh, yg tu aku tak tau la, coz kucing malaysia kan..bukan nak under estimate kucing tempatan..hahahhaha!

anumz- hahaha, itu la yg berlaku kat dunia nih.terlebih manis pun bahaya, terkurang pun merana.hehehhe!


anda berdua- hahaha, nanti jasmeen n leyla ikut aku balik mesia, gentel la puas2..aku pun rasa dua ekor bintang nih ingat Jenab adalah tikus..wakakaka!