Sunday, February 22, 2009

tergigit lidah...

salam.

Baru malam semalam aku telefon rumah. bercakap dengan mak, bukan main suka hati dia yang aku cakap gelang jed dia aku baru poskan. apa cerita ek?wah, tahun nih nak tambah lagi dua orang anak saudara aku. penternak berjaya nih.

wajah ayah ku. Cikgu Hamsan, beliau bukan sahaja pendidik kepada warga Ayer Hitam, juga guru yang paling kami hormati di rumah...



ibu ku tersayang, Puan Rahilah, kedut2 di wajah beliau, melambangkan jerit perih membesarkan aku...

tapi yang tak sedap hati nya tu, ada salah sorang kakak aku tu sangat la manja. dia cemburu coz masa sorang akak aku ni beranak, mak jaga sampai hampir habis pantang. uishh, susah jugak jadi mak bapak ni.apa kes nih?dia akan melahirkan anak yang ke LIMA (yg akak aku lagi satu tu baru beranak sulung, so logik la mak aku ada). dan aku tak nampak apa faedah nyer nanti mak aku kena duduk umah dia selama 40 hari 40 malam. dia dah expert dah. seingat aku, ke empat2 anak dia yang kat atas tu, mak aku yg jaga, bukan setakat dalam pantang jer, bahkan sampai budak2 tu dah jumpa GF.(anak2 saudara pak anjut, jgn risau, mummy korang jer yg pak anjut tak puas hati, not u guys.ok.) bertimbang rasa la sikit ngan orang tua!

hurmmm...tu la, beza antara generasi yang lahir dalam suasana mewah, baju tempah kedai, kasut kulit, boleh pilih nak naik kereta yang mana satu DAN aku yang lahir dalam suasana serba kekurangan (pernah tau abang aku cerita yang mak aku pakaikan aku kain batik sebab masa tu lampin dah habis!...sebab tu aku kreatif sikit, lampin pun bercorak!). tapi aku tak pernah menyesal, bahkan teramat la bersyukur. sebab mak dan ayah telah bagi aku sesuatu, KASIH SAYANG seadanya...segala benda nih membuatkan aku lebih kuat, menghargai setiap perkara, berfikir dan paling penting SEDAR DIRI.

bukan aku nak mengungkit, tapi tolong la faham, kalau kita fikir orang tak sayang kita, ada lagi orang yg nasib lagi teruk dari kita. jadi tak perlu la merungut...

gambar aku dan Aan, tengok, aku berkaki ayam!jangan pulak kata mak bapak aku tak mampu beli selipar jepun kat kedai apek , aku je yang keras kepala tak nak pakai, lebih dekat dengan bumi la konon!hehehehe!

tengok saja gambar2 kat koleksi keluarga aku (gambar aku dan Aan paling sikit...). aku pun kadang2 rasakan yang ada dua darjat dalam keluarga. gambar2 aku masa kecil, mana ada pakai baju cantik2, mana ada pakai kasut but kulit jenama "legend", mana ada gambar aku ngan ayah aku pakai tie dan kot?tapi perlu ke aku salah kan mak ngan ayah? masa aku lahir memang kami berada dalam krisis. pernah salah seorang akak aku kata, "anjut, kau lahir jer, keluarga kita terus jadi miskin...", apa tak sedih hati?tapi nak buat macam mana. nasib aku anak ke SEMBILAN. tipu kalau aku kata aku tak pernah merungut, tapi sebenarnya aku suka, sebab aku nampak hidup ini menarik.Wawan tak merasa, sebab dia lahir, ekonomi keluarga dah stabil sikit... ayah ngan mak tak bersalah, coz sebagai ibu bapa, tentu mereka dah cuba segala2 untuk kesenangan keluarga. tambah2 bila kakak2 dan abang2 aku masuk asrama dan uni. lagi bertambah beban mak dan ayah. itu pun bukan salah kakak2 dan abang2 aku, sebab memang tugas mereka belajar pandai2. pendek kata, tak ada sapa yang salah. macam sebiji roda, hidup ini kejap diatas, kejap dibawah. aku, kau, dia dan kalian pun akan ditimpa nasib yang sama.
cinta teragung ku untuk makhluk2 di bumi...



Ingat aku masuk sekolah kat kajang tu secara kebetulan?ingat aku pergi matrik penang tu nasib?dan hari ni aku hirup udara kat Eropah ni sebab memang dah tercatat kat dalam kontrak? semua ni sebab aku DOA, sebab tu jangan main2 dengan doa...bagi aku, lagi jauh aku dengan keluarga, lagi bagus, sebab kat luar ni baru cabaran sebenar, bukan terperuk bawah ketiak mak.

masa daftar form 1 kat kajang, hanya ayah yang hantar, itu pun ayah tak naik sampai asrama coz dia tau aku pandai lipat baju. perlu ke aku menyusah kan orang tua tu panjat tangga semata2 nak tengok aku kemas loker?masa kat matrik pun, hanya kaklong dan kak Esah jer yang teman, dan mak aku hanya tahu aku masuk matrik selepas aku mendaftar. masa tu mana ada surat tawaran, kementerian SMS jer. sebelum meninggalkan tanah air, lagi sekali mak dan ayah tk dapat datang, nasib baik aku ada beberapa orang yg bersimpati dgn aku (kakteh sekeluarga, ibu mertua dia, kak ijah n suami, kak tam n friends serta aan). tapi sempat aku kucup pipi orang tua aku tu. Pesan mereka, "belajar elok2, kalau kami meninggal, tak payah susah2 nak balik jauh2, sedekah fatihah dari sana pun tak pa...". tapi aku takkan mengungkit semua nih depan mak n ayah. sebagai anak pun kita kena faham kemampuan mereka. aku tak sanggup ayah drive jauh2 setakat nak hantar aku kat KLIA, atau mak duduk berejam2 dalam keta setakat nak lambai tangan kat aku. owhh, sebab aku marah kat sorang akak aku tu, semua orang kena baca bebelan ni. please la kak, jgn nak manja sgt!


beruntung aku punya emak...ada orang yang tidak senasib aku...

owh yer, sebelum aku tamat berbual, mak ada cerita pasal wawan, aku cakap "mak belasah jer wawan tu kalau dia mengada2 lagi, manjakan sangat. cuba buat mcm mak bela kita dulu, cukup semua, tampar n cubit!". "eh yer ke Anjut, mak pernah cubit kau?" kata mak aku. "eh betul la mak!bukan setakat cubit ngan penampar, siap bakar kaki kita pakai lighter coz kejut subuh.jgn pura2 tak ingat pulak..."owh, sabar jer aku..."alaa, kalau mak tak buat semua tu, kau tak jadi orang! kan?"...hahaha!thank you mak, atas didikan mak ala2 military tu la kita jadi orang (insya'allah). uhibuki ya ummi!!!je t'aime a mourir!


9 comments:

cadbury said...

beruntungnya kamu punya mak n family mcm 2.sronok bca kisah kamu.
keep that happy family u have.

CikUmA IgarAsHi said...

waaa bestnyer dlm duka adr suka..tapi sabarlh ek..sayer pon mcm awk jugak...mula2 mmg terasa tp lama2 saya amik skp xpeduli...tpi sekurang2nyer awk dpt belajar smpai oversea...setiap aper yg terjadi adr hikmahnyer

anaziha said...

Jut..mm ada betul ada tak juga sejarah keluarga tu. Tak de la sedih sangat sebenarnya sejarah kita sekeluarga. Tapi, sapa tu yang mak jaga sampai habis pantang? mana ada kecuali kak ani. Acik mak jaga lepas nana keluar je. Kak ani tu memang la mcm tu. Tak boleh nak salahkan dia coz dia pun istimewa. Tapi sapa-sapa pun tak teman kteh jaga anas operation kat ijn sebulan. Pun tak kisah. Sebab x nak susahkan orang. Bibik lari pun, tiga bulan mak sg blg yang jaga bebudak. Kalau semua perkara anak nak ambil hati pada mak n ayah sorang, sapa pulak nak ambil hati diaorg? Masing2 10 orang ada keistimewaan tersendiri. kdgkala, kalau tersasar sikit biasa lah manusia biasa. Our family sebenarnya sangat baik compare to others coz kalau kenduri, biasa mak lah yang sibuk kat dapur org., adik bradik kita tak kisah jadi penanggar. Tp kalau kita kenduri pun lagi best coz kita je satu family n pak lang, yg lain jadi tetamu tak berapa vip...

anaziha said...

ops lupa..tapi kalau mak esah mak n ayah nak jaga 40 hari kteh sbnrnya org pertama tak setuju. Kita ni sudah cukuplah menyusahkan mak n ayah selama jaga kita. Kalau kahwin, pandai-pandailah jaga diri. Kteh pun dulu abg teh jauh kat melaka. anak pun sakit kronik. Tapi x pernah suka minta mak n ayah susahkan diri dtg jaga.Ok...

anjut said...

cadbury and cikuma- owh, terima kasih tuk komen tu.btw, family saya memang aneh sikit.10 org adik beradik, masing2 kepala lain2..tapi x per, seronok jugak coz mcm telenovela...hahahahaha!

kakteh= adoila, dah terkantoi dah kakak yg mana satu..memang, kak ani tu manja..dia tak pernah kena cubit kan?tapi suka la tgk anak2 dia, resilien childrens.ermm, sabar je la...(kan dah satu dunia tau pasal ni....malu nyer...kalau kak ani baca, tlg la faham, dah besar nih, pandai2 la hidup...).

mak memang mcm tu, suka jadi mak sanggup...asyik menolong orang jer, tau ler dapat pahala, tapi org2 yg dia tlg tu bukan ckp terima kasih pun...tu la susah, kalau hubungan saudara mara tak seberapa, ada jer yg jd bwg merah and bwg putih...btw, kakteh jadi tak g Greece?bg tau la awal2.bulan dua mmg kita cuti...

Ateh Salim said...

Rutin Pak Lang ialah membaca catatan-catatan anak-anak dan anak-anak sedara di blog.
Disebabkan nama Pak Lang ada disebut dalam catatan 'comment' ini, maka Pak Lang pun nak tumpang sekaki.
Wahai anak-anak buahku...kehidupan yang lalu adalah sejarah. Suka,duka, riang, gembira, susah, payah, menangis, derita dan segalanya ketika itu merupakan resepi KEGEMILANGAN hari ini.
Tanyalah masyarakat di Ayer Hitam siapa Tn Hj Hamsan dan bagaimanakah keadaan anak-anaknya sekarang. Semua orang tahu kejayaannya. Dan tanyalah pada orang yang tahu (Pak Lang antarannya) betapa sayangnya mak dan ayah awak semua kepada anak-anaknya. Sanggup mengikat perut, sanggup tiada 'berharta', sanggup bergolok bergadai, sanggup menunggu 'kuburan', sanggup berkenderaan buruk demi anak-anaknya. Pengorbanan itu bukan sahaja untuk anak-anak, malah kepada adik-adiknya. Oleh itu usah ada perasaan iri hati jika ada di antara awak yang terasa kurang mendapat belaian. Sekarang mak dan ayah awak semakin tua dan uzur begitu juga Pak Lang.
Waktu membuat catatan ini, tanpa disedari air mata Pak Lang mengalir membasahi pipi.
Sama-samalah kita berdoa akan kesejahteraannya. Itupun tidak terbalas dengan segala jasa-jasanya.....

...kasih ibu membawa ke syurga.
...kasih ayah sepanjang masa !!

anjut said...

owh tidak...pak lang...kelu tak bersuara..sedih la, mcm drama melayu...huhu!tapi x pa, betul la kata pak lang,makanan yang sedap itu bermula dari satu resepi yg menarik...hurmmm, tapi saya perasan jugak, mmg adik beradik kami lebih selesa berkawan ngan anak2 pak lang..coz dari pelbagai sudut, kita hampir sama kot...huhu...

anaziha said...

Dah baca komen anjut n pak lang. Tak normal kalau tiada pun sedikit rasa terharu. Syukur lah kita dikurniakan sebuah keluarga yang sebegini. Mungkin ada juga orang yang melihat keluarga kita agak pelik daripada org lain. eg. tak boleh tengok tv, tak boleh makan maggi, tak boleh ketawa banyak. Kena baca kamus, kena tahu sejarah, bercakap tentang isu semasa (sejak kecil dah didedah dgn analisa politik, kena hamun kalau lambat solat. Tapi tarbiyah itu yang paling mahal hingga bentuk peribadi kita sebegini. Cuma kalau ada ombak dan badai tu, biasa lah rencam kehidupan. Kalau tidak tak lah rasa diri disayangi kerana diuji. Masa kecil dulu hingga sekarang kteh bangga bila org tahya, anak sapa? Kteh jwb 'anak cikgu kamsan'.

anjut said...

haha!memang, rasa geram pun yer jugak kt ayah dulu, banyak sangat perkataan "TAK BOLEH" dalam rumah...tapi mcm berkesan je cara dia tu...