Thursday, February 5, 2009

Sang Bujang Senang ou Monsieur Célibataire Heureux

assalamualaikum.

seperti yang dijanjikan,pada hari nih,pak Anjut akan menceritakan sebuah cerita hikayat yang cukup terkenal di pulau Borneo, atau di Serawak. cerita ini berkisarkan seekor buaya yang besar bernama Bujang Senang.

Bujang Senang pada asalnya adalah seorang pahlawan iban yang cukup terkenal. namanya Simalungun. pada zaman tersebut, perang berlaku disetiap bahagian Serawak. ketika Simalungun pergi berperang, sekumpulan musuh datang ke kampung nyer di tebing sungai Batang Lupar. mereka membunuh semua ahli keluarga Simalungun. bila aku kata "SEMUA" bermaksud segala datuk nenek serta cucu cicit hatta kucing peliharaan Simulungun pun mati dibunuh...sadis betul mereka itu seperti zionis...

nak dijadikan cerita, Simulungun pun naik berang la bila dia jumpa ahli keluarga dia semua mati dibunuh...lalu dia pun pergi ke sebuah gua (sebenarnya merajuk kot...) untuk bertapa. selama dua tahun bertapa, dia pun keluar dari gua tu. orang-orang zaman dahulu percaya benda-benda syirik nih, diamintak dijelmakan sebagai buaya putih. menetap la beliau di sungai Batang Lupar dan sungai-sungai sekitarnya seperti sungai Rajang dan sungai Serawak. dikhabarkan, beliau boleh menghidu bau keturunan orang yang membunuh keluarga nya.jadi,mana-mana ahli keluarga pembunuh tu yang nak cuci kain ke, nak mandi ke, nak menjala ke apa, abis di ngapp oleh Encik Bujang Senang nih...

Panjang makhluk nih leh mencecah lebih 10 meter! seperti panjangnya bas transnasional gamaknya. dan ia jugak boleh hidup lebih 200 tahun. tua-tua keladi tu! walaupun namanya "Bujang Senang", ia tidak la sentiasa bujang coz ada jer banyak keturunan buaya besar-besar kat sungai-sungai serawak tu, juga dia tak ler sentiasa 'senang' bila semua orang memburu dirinya untuk keselamatan atau dibuat kasut Bonia. dilaporkan pada 1992, seekor Bujang Senang berjaya dibunuh di sungai tersebut yang berukuran 6 meter panjang dan tengkoraknya di pamerkan di Muzium Serawak.

pengajaran yang boleh dikutip dari cerita ini adalah : janganla kita menyimpan dendam dijiwa, kelak binasa..ceewahhh!tegok la Simulungun tu, sebab dia dendam sangat ngan orang-orang yg bunuh keluarga dia, dia sanggup berubah jadi buaya...lepas tu, sanggup membunuh sesiapa sahaja walaupun tak der kaitan. besar kan akibat dendam...



untuk versi Perancis:

Aujourd’hui je vais vous raconter une histoire très connue en Malaisie. Cette histoire est un des centaines contes chez moi. il s’agit d’un grand crocodile qui s’appelait « Bujang Senang » .

Il était une fois, dans un village à cote de la rivière Batang Lupar, Sarawak, un guerrier ibanais, Simalungun, partit a la guerre. Pendant qu’il fut a la guerre, il y’avait un groupe de ses rivaux tuèrent tous membres de sa famille. Simalungun ne fut pas content, il jura de tuer tous ces coupables. Et avant de réaliser son aveu, il alla à un cave. Il se reposa pendant deux ans dans ce cave sans manger ni boire. Apres deux ans, il transforma à un si grand crocodile. Il alla manger tous les gens qui passèrent cette rivière, surtout les familles de ses rivaux.

On dit que ce type de crocodile est blanc. Ils sont si grands avec leur taille chacun d’un bus, ca fait environs 10 mètres ! Ils pourraient vivre jusqu'à 200 ans. Dans un musée de Sarawak, il y a un crâne de Bujang Senang qui a été tué en 1992, on croit que ce monsieur a mangé au moins 48 villageois entre 1960-1992 ! Voila l’histoire ! La valeur morale qu’on peut trouver dans cette histoire est, on ne peut pas garder son haine pour longtemps, ca va exploser et chaque haine demande au moins une victime. Parfois, cela devient encore plus pire…


Kenapa tiba-tiba cerita pasal Bujang Senang ni? sebab esok aku ada kelas litterature francophone (sastera bahasa perancis tapi kali ni dari negara-negara lain yang bertutur bahasa Perancis). kami kena cari satu cerita dongeng dari negara masing-masing...aku buntu, lantas menaip di google pasal Bujang Senang,voila!ni la hasilnya! aku tak sabar nak dengar cerita-cerita dongeng dari kawan-kawan negara lain...sebab apa?sebab melalui penceritaan klasik tersebut, kita dapat bayangkan cara hidup diorang dan keadaan negara mereka.


ermm...kalau la aku si Bujang Senang tu, aku akan pergi jumpa orang yang bunuh keluarga aku tu. kan seronok kalau hudud ada, boleh la aku dengan legal nya membunuh balik orang itu, tapi buat masa sekarang ni, aku rasa aku akan minta wang darah (hukum ta'zir plak..pakcik kayo!!!) dan maafkan je la orang tu. semudah tu? yer semudah tu...cukupla orang yang dah mati tu, kenapa nak bazir kain kapan?memaafkan memang la sukar. tapi aku rasa keluarga aku pun akan sedih kalau mereka tahu aku ada dendam yang menebal, mungkin mereka pun gembira meninggal dunia awal coz kurang buat dosa.(kalau aku baca balik,macam takbetuljer apa yang aku tulis ni).

kesimpulannya macam ni la, walau macam mana pun keadaannya, aku takkan membunuh. coz aku tau, nanti aku akan terhantu-hantu sendiri pengalaman membunuh tu, seterusnya jadi gila. kecuali la aku berjihad dekat tebing Gaza tu, dengan sukarela nyer aku membunuh zionis-zionis jahanam tu. (nak berjihad pun ada syarat, jangan membunuh kerana kita bengang dengan musuh tu, membunuh la kerana musuh itu memerangi Tuhan).

ok la, sampai disini la dahulu cerita yang aku bawakan, semoga bertemu kembali dalam rancangan "bercerihik bersama Pak Anjut"! au revoir!

P/S: dari memburu Bujang Senang yang dah tak kacau kita hadas kecik kat sungai tu, baik diburu Buaya Darat yang bersepah-sepah kat luar tu...

1 comment:

Hamba Allah said...

Sebenarnya Bujang Senang disumpah oleh Sultan Johor.Dia disumpah keran bercinta dengan anak gadis Sultan Johor itu.Dia juga bersumpah kepada Sultan Johor akan memakan semua keturunannya.Dan yang ditangkap itu bukan Bujang Senang,Itu ialah Bujang Sudin Kerana bujang sudin tua dan tidak mampu berlawan.Dia melawan kerana dia berasa dlm bahaya