Monday, February 9, 2009

lompat si katak lompat

"sautez les grenouilles!sautez!"

lompat si katak lompat!lompat la tinggi-tinggi!biar sampai tenggelam jatuh dalam perigi!

korang nak tau apa yang aku nak cakap hari nih?aku BOSAN dengan politik tanah air.BOSAN ler!mengada-ngada!kalau politik tu adalah 'manusia', dah lama aku sepak terajang!

je ne suis ni tendance droite ni gauche heuh!buat apa?tak guna makcik Zabedah bertongkat memangkah 'parti' itu, tapi akhirnya katak melompat parti. ca n'a aucun interet!

yg si mata terkenyit-kenyit,
yang si rembulan dah lupa memancar,
yang roket sibuk berapi-api,
yang dacing?pun nak tersenget-senget!

parti yang ni kata nak 'keadilan' semua orang, hakikat?perjuangan individu!dari dulu sebenarnya aku perhatikan parti yang ni, aku dah agak.dulu bukan main kutuk member-member dia, pastu dah terjilat balik ludah berkahak tu!

satu parti ni dah tak cakap pasal islam dah, kalau bukak laman web pun sibuk duk kutuk orang sana sini, nak menang pilihanraya sana sini. pimpinan ntah ke mana, usrah ntah ke mana, perjuangan entah kemana. pakcik oii, bukan awak sorang yang masuk syurga!tapi, aku sayang TOK GURU!!!

yang parti lagi satu ni pun, entah apa-apa, "saya boleh satu payung dengan awak, tapi dengan syarat la, biar saya kat tengah-tengah!awak pun leh tumpang sekejap jer tau, kalau nak duduk bawah payung ni, awak kena ikut jer saya pergi mana-mana. boleh?saya takut basah maaa!".paham ke kiasan aku ni?x paham sudah.

yang parti lagi satu nih, dah molek la.memang seronok kalau baca sejarah dia masa kita nak merdeka dulu. memang yang benar-benar la!tapi zaman sekarang ni, pemimpin nyer pun mcm budak-budak. itu la ini la...ingat, kalau buat banyak sangat cekadak, abis duit rakyat tau tak!


dah tu apa yang boleh dipilih?aku ni dah tua, berumur lebih 21 tahun.dah memang wajib kena pikir benda-benda ni.pour l'instant, aku akan letak politik tanah air tu kat atas gunung everest, so sekarang ni aku tumpuka pada exam aku jer. tu yang penting utk aku sebagai penuntut berbiasiswa Malaysia.ok?


pssstt!tau tak?dari sibuk-sibuk kat Malaysia tu pasal benda-benda nih, baik tumpukan pada masalah umat yang lebih global!ingat, kiamat bukan kat Mekah jer, dekat timur Lestee pun kiamat nyer serentak!

sebelum pergi, nah, ni ada video klip comel..comel la coz budak2 yg melompat, cuba kalau orang tua yang melompat?BUROK tau tak?



3 comments:

biskott said...

aku pon bosan dengan situasi politik malaysia sekarang.

bagi aku sekarang semua pentingkan diri.nak kuasa saja. tak kira lah parti mana-mana pon. rakyat belakang kira. asal letak janji-janji manis sudeyhh.

dah tak macam zaman dulu-dulu.
mungkin sebab dulu-dulu susah, kena jajah, maka semua orang bersatu.
sekarang zaman mudah, asyik dengki-mendengki, kutuk sana kutuk sini. bako sana bako sini. huru-hara.

nama je dah nak cecah 52 tahun merdeka.

almuhandisi said...

Salam ukhuwwah,

Politik malaysia menantikan rijal2 sperti antum yang akan pulang dengan penuh seribu satu harapan baru. Mengubah masyarakat dan politik tanah air.

p/s: boleh tahan juga pantun dan kiasannya. =P

salam dari soton.

anjut said...

biskott dan almuhandisi-

salam semua. huhu..politik ini, takkann nak negara menjadi darurat baru semua nak bersatu...ermm..terima kasih kerana komen2 ni, biar la "orang yang cerdik pandai" tu mengusruskan politik mereka yg ntah apa2 tu...akan tiba satu masa nanti seorang pemimpin seperti Sultan Alauddin Riayat Syah akan mentadbir negara!jangan risau!semua itu akan tiba!insya'allah..