Monday, February 9, 2009

Jangan di herdik anak kecil itu...

salam...

Sejuk nyer kat sini. salji ngan ujan turun renyai-renyai. duduk sorang-sorang ditemani tiga makhluk halus ni...ermm...sepi pulak coz semua tidor, sejuk kot...makin menjadi-jadi suasana aku nak mengelamun. tetiba teringat mak dan ayah aku.ngehngehngeh!manja!

Ermm, semua orang tau kan mak dan ayah aku dah tua?kalau tak tau, tahu kan. Ayah umur dalam 73 tahun, mak pulak 61. menghitung hari jer mereka tu. Ermmm, apa yang aku nak cakap ni, mungkin menyentuh perasaan sesetengah pihak, tapi aku cukup-cukup nak tau, macamana kehidupan mereka-mereka yang dah tak der mak ayah. sakit tu aku tahu, tapi macamana mereka boleh biasakan diri?aku tak pernah bayangkan kalau mak dan ayah aku (even siblings aku pun) pergi sebelum aku.

masa sebelum fly dulu, Ustazah Kamariah (lecturer pendidikan sosial kami) ada bawa kami ke rumah anak-anak yatim Nurul Iman kat Setapak. berdebar-debar hati aku. takut emosi tak terkawal. tau je la aku ni. walaupun bertubuh sasa dan kacak terbilang (ecececeh!), tapi lutut jadi lemah kalau mengadap benda-benda kemanusiaan ni. walaupun begitu, ku gagahkan jua kaki ini melangkah.


ustazah Kamariah...

Lepas turun dari bas, jantung kami makin laju berderap. akan berjumpa dengan 'adik-adik' istimewa ni. iyer, mereka istimewa sebab masih cekal meneruskan kehidupan walaupun hidup sebatang kara.


anak ini dah cukup sebati dengan derita...


senyuman gembira tu susah diukir bagi mereka...

Rumah anak-anak yatim Nurul Iman ni sebenarnya dua biji rumah semi D yang disewakan untuk anak-anak tu. Satu rumah untuk perempuan, satu rumah untuk lelaki. (di SEWA kan yer, bukan di WAKAFkan!so, kalau pengetua tak der duit nak bayar sewa, anak-anak tu akan hidup bergentayangan di tepi-tepi jalan).

kelihatan anak-anak kecil berpakai seragam berwarna unggu menanti kami. muka takut-takut. mungkin wajah-wajah asing seperti kami yang makan dan pakai secukup rasa ni seperti raksasa bagi mereka.

Puan pengetua (maaf, aku lupa nama dia) menyambut kami...aduhh, sebak nyer jiwa aku ni, budak-budak lelaki masing-masing berwajah comot, berebut-rebut bersalaman dengan kami. yang perempuan, kecil-kecil jer memberanikan diri bersalaman dengan kakak-kakak.

kami diberi masa untuk suai kenal. anak-anak ini dipecahkan mengikut group masing-masing. tapi ada seorang budak lelaki ni, dia yang paling kecil antara rakan-rakan dia. tak silap aku umur dia baru 6 tahun. dia tak nak lepaskan kaki aku. "saya nak kumpulan dengan abang"...


adik kerdil tu yang ditengah-tengah

masa tu aku jahat!aku mengutuk-ngutuk diri aku masa tu!Astaghfirullah al Azim. aku cakap "adik, adik kumpulan lain, group abang dah penuh...weh!saper punya budak ni, gi amik pergi kat group dia!". aku memang cukup rimas kalau ada budak-budak yang manja sangat hingga melekat dengan aku. entah, anak-anak itu comel bila ia berdikari...dia tak lepaskan tangan dia kat kaki aku. tinggi dia lepas lutut aku jer, pakai baju unggu yang dah comot. songkok lusuh yang aku tak tahu bila dia buka. bau dia pun seperti bau peluh orang tak mandi lama. rambut dia kusut masai. kulit dia coklat dan comot sana sini. dia bukan watak drama melayu, tapi kalau dia berlakon dalam cerita "anak yatim" mesti dia boleh bawak watak tu dengan baik.

kenapa aku jahat sangat masa tu?mana pergi sifat ihsan dan insan aku?kemudian aku terbayang-bayang anak-anak saudara aku yang lain, "macamana kalau budak ini anak saudara aku?kesian dia..." nasib baik Allah sedarkan aku. sapa la aku nak menolak antara hambaNya yang istimewa ni, nanti kalau aku ditolak Allah?nauzubillah....

"adik, masuk la group abang.meh kita pergi buat bulatan kat dalam rumah..." aku cuba pujuk budak kecil tu...dia menangis...teresak-esak...mendayu-dayu... rasa bersalah menerpa lubuk hati aku. errr, aku dah sakitkan hati budak tu. sudah la hidup dia cukup derita tanpa ayah dan ibu, berhimpit-himpit dalam rumah kecil ni dengan 30 orang penghuni yang lain. kenapa mesti ditambah derita tu. budak kecil tu lari ke tempat lain, di pujuk oleh kakak-kakak yang memang bersifat keibuan. sungguh, hati aku rasa tak senang, kalau budak tu tak redha dengan aku, habisla hidup ku...



program berjalan seperti biasa. anak-anak ni sangat aktif. ada antara mereka yang bercerita, bernasyid, berjenaka. mereka pun bukan calang-calang orang. ada yang dapat nombor satu dalam kelas, ada yang wakil daerah bola sepak, bola baling dan macam-macam lagi. juga ada sepasang kembar yang begitu berminat nak belajar bahasa perancis, aduh...letih juga aku dibuatnyer. tapi kalau aku dah jadi cikgu nanti, bukan sepasang kembar je akan aku ajar, malah beratus-ratus manusia dengan 1001 perangai.bersabar la. itu jer kunci kehidupan yang tenang!

dalam kami sibuk bersukan neka tu, aku tercari-cari kelibat budak tu. owhh, dia kat belakang aku jer. aku ke timur dia ke timur, aku ke barat dia kebarat. lega aku, maksudnya dia dah tak kecik hati dengan aku lagi. ermmm, mak pun ada cakap, anak-anak senang dengan aku. anak-anak saudara aku pun akan 'memburu' aku dulu kalau mereka balik kampung. orang kata nanti banyak rezeki. mudah-mudahan...

ada adik perempuan kecil yang sangat comel. dua orang. kalau tak silap nama mereka Fatin dan Ain. "best nyer hari ni!akak dan abang nanti datang la lagi...". iyer adik-adik..kami tak berani janji...itu semua urusan Tuhan, takut nanti ada lagi hati yang terluka andai kami kata kami akan kembali sekian hari...

saat berpisah pun tiba. ada kakak-kakak yang tak dapat menahan juntaian air mata. ada yang dapat surat dari adik-adik...ada juga adik-adik yang merenung kami dengan wajah berkaca-kaca. tapi adik kecil yang manja tu hilang, mungkin dia tak sanggup melihat perpisahan yang memang dah ditakdirkan ni..aku sendiri menahan sebak. tapi ego lelaki tu menahan empangan ini pecah. (bagus juga jadi lelaki, tak der la buang tisu!).

aku berdoa, agar anak-anak ini mendapat rahmat dariNya. sebagaimana Dia memberi jalan kepada rasulNya yang juga yatim piatu itu. adik-adik, doakan kami agar kita semua berjaya, doa orang-orang seperti kalian biasanya makbul. mungkin satu hari nanti kita berjumpa, ada diantara kalian yang sudah mencipta nama. Jangan lupa kami yer!Mungkin pertemuan seterusnya nanti, abang pula menjadi yatim piatu seperti kalian...


Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim… (al-Maun: 1-2)

14 comments:

Faiza said...

Salam...

Tersentuh hati saya baca entry ini...saya pernah kehilangan adik yang kembali ke Rahmatullah pada penghujung Oktober 2005...Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan kami sekeluarga terutamanya Ibu saya pada waktu itu...tidak dapat saya bayangkan jika saya akan hilang Ibu dan juga Ayah pula nanti...saya tak cukup kuat untuk menghadapi kenyataan yang satu itu...hanya kerana kehilangan adik sahaja berbulan2 hidup saya tidak keruan...malah saban tahun airmata akan tumpah berderai mengenang adik kandung yang telah pulang kepada Penciptanya...

Semoga kita semua menjadi anak2 yang sentiasa mentaati,menyayangi,menghormati serta senantiasa mendoakan IBU dan juga BAPA kita....

baru saya sedar dan tahu betapa sakitnya sebuah "kehilangan" buat selama2nya itu....

fadly E.n.S.3.M said...

jom lawat diorg bile kat mesia nnt..

sayu je rase hati tgok wajah2 diorg..

*SailorMira* said...

almost cry reading this entry...
nak cerite bout my friend kat Maahad dulu...ade sorang cikgu ni masuk kelas nak ambik nama anak2 yatim piatu.dia ckp "siapa dekat sini mak ayah dia anak yatim piatu?"
tibe2 my friend ni angkat tgn.kitorg semue terkejut sebab setahu kitorang die ni bergaye mcm anak2 orang kaye.
cikgu pun tanye "kamu anak yatim piatu?"
die jawab dengan muke innocent "taklah...mak ayah saye lah anak yatim piatu cikgu"
tak sangke bende camni bleh jadi in real life...haha~
just selingan untuk menahan air mate yg dah nak terkeluar tadi...

Are::Teem said...

ah~~sedih..terharu gile...takut lak aku kalo parents da xde nnti...xdpt bygkan~~~

Anis Liyana said...

Salam... best entry nie... airmata nk merembes keluar dah... huhu... alangkan kucing kna tnggal pun aku nanges... inikan pulang manusia... huhu...

TheGirlSpeaks said...

mejah, sowi, u've been tagged. not my fault. taw.taw.

biskott said...

kalau aku ada kat situ, memang pecahlah empangan aku buleh banjir. huhu.

bagi aku, diorang ni sangat kuat.
aku pon, dengan kebarangkalian yang sangat besar, xsekuat diorang.
huhu.

anjut said...

Faiza-hurmm..saya tak tau macamana rasa ada kematian di rumah..atuk2 n nenek2 dulu meninggal pun saya tak rasa apa, coz bagi saya, memang dah masa diorang. akak saya yg sulung meninggal pun saya tak rasa apa coz dia meninggal masa kecik, dan saya tak tau pun dia wujud. anak sedara saya meninggal, saya terasa sikit coz mmg kami tunggu dia lahir lama sangat..tapi kalau mak n ayah saya meninggal, atau kakak2, abang2, atau adik saya..ermm..x tau nak ckp apa..


Fadly-ermm, mmg dalam perancangan kami jugak tu..insya'allah...

sailormira-hahaha!saya pun terpinga2 sebenarnya masa baca cerita tu, akhirnya baru saya paham..hahaha, ada juga kawan abang saya masa sekolah rendah, cikgu tanya "saper anak yatim?", dia dgn yakin dan sampai nak nangis2 mengaku yg mmg dia anak yatim, sbb ayah dia nama YATIM!

anjut said...

are teem and anisliyana-

ermm, setakat bersedih, x membantu sebenarnya...tapi kalau kita 'sedar', ermm, insya'allah, kita akan jadi hambaNya yg wasatiah, dan bersyukur...setiap yang bernyawa itu akan mati.itu janjiNya...

anjut said...

lilo-huh?tag?huhu..ala lilo...aku tak der sgt la ngan tag2 ni...huhu..insya'allah..nanti aku buat.

biskott- ermm, same la kita...tapi jgn risau, kalau ada dugaan kat kita, kita kena redha dan berusaha jer..sbb janji Tuhan, kalau satu dugaan tu tak sesuai dgn kita, maka Dia x kan bg kita...

Faiz0707 said...

Salam..tak terkata bile baca entry ni..terima kasih Tuhan masih kurniakn kami ibu ayah..rahmatilah mereka semua ya Rabbul Izzati..

moge anak2 kecil di sana sentiasa diberikan yg terbaik biarpon tk punya ibu ayah..adik adik, Allah swt amat menyayangi kalian..wassalam

Anis Liyana said...

huhu.. incek anjut... klau dah merembes tue, insyaAllah laa sedar...

anjut said...

faiz-tak terkata?kenapa?huhu...ermm...insya'allah mereka semua berjaya...

maman- merembes tak cukup cik maman, kena meraung baru umphh!hahaha!hmmm..bagus2...

Anonymous said...

gile kurus azri dulu!!