Tuesday, February 24, 2009

'dia' mengekori...kali ini di PLANOISE!

baju yang aku sangkut terjatuh lagi, langsir tingkap terselak menampakkan sinaran matahari yang segan-segan menyuluh bilik aku ni. mesti Jasmeen dan Leyla punya angkara! tak pasal-pasal makhluk-makhluk yang tengah enak tidur atas katil bujang aku ni kena marah dan piat telinga dengan aku!

tapi aku musykil, bila masa diorang pergi ke penyangkut tu? padahal sepanjang masa budak2 ni ikut aku. ke timur mereka ke timur, ke barat mereka ke barat. bahkan nak menunaikan qada' hajat pun kedua-dua makhluk ni sanggup bersembunyi dalam bath tub (tau pulak malu, yg pegi ikut tu kenapa?) dan macamana Jasmeen dan Leyla ni boleh selak langsir aku?Padahal mereka tak ada tangan!bukan cacat!cuma memang lumrah makhluk Tuhan bernama 'kucing'!ajaib bin pelik bin mustahil!

sudah la dua hari lepas kejadian aneh ini menghantui aku...

ceritanya begini...setelah penat terlompat-lompat di court basketball, aku pulang ke bilik. seperti biasa, encik Gowan mengekori untuk bermanja2 dengan Jasmeen dan Leyla. sebelum masuk bilik, sempat kami mengutuk2 si Ayie kembang semangkuk tu, coz dia janji nak turun main sekali, ermmm...nanti kau, aku tarik2 pipi kau!ketika aku nak buka pintu bilik aku, aku perasan ada satu lembaga (macam orang) kat sebelah aku.

"eh??aku perasan ada orang tadi!" aku cakap kat Gowan, tapi aku macam tak kesah coz mungkin perasaan aku jer. si Gowan pun kata dia tak nampak sesaper pun.

sebaik pintu dikuak, kedengaran radio dari laptop aku terpasang dengan kuat!!!berdebar2 aku!seingat aku, memang aku dah matikan radio tu. aku pun ada saksi, encik Gowan yang kerumah ku sebelum kami turun ke court tadi. terus aku meluru ke laptop, BERTAMBAH TERKEJUT aku! saper pulak yang search lagu2 pelik2 kat youtube nih?ada lagu Elyana, lagu itu, lagu ini, banyak tak terkira!aku tak pernah terlintas kat kepala otak aku sepanjang aku bernafas nih utk search lagu2 tu, terutama lagu Elyana!

kelam kabut aku!tercari2 Jasmeen dan Leyla...lagi sekali diorang jadi bahan untuk disalahkan supaya aku tak terfikir2 benda2 pelik nih. owh...kejadian macam ni bukan asing bagi aku. dimana-mana aku pergi, pasti ada benda2 pelik yang berlaku. terutama yang akan menimpa roomate aku. ada yang kena sampuk, ada yang mengigau, ada yang nampak itu, ada yang nampak ini. kali ini disebabkan aku tinggal sendirian dan tak ada manusia lain, maka kucing aku yang jadi mangsa!tak berhati perut langsung!

masa aku menulis nih pun, aku seolah2 merasakan ada mata yang memerhati..errrr, meremang bulu roma aku! ermm..difikirkan, 'mereka' memang berada dimana2...apa yang nak ditakutkan?mereka juga makhluk Tuhan seperti kita, Jenab, Jasmeen dan Leyla. so, buat slumber jer, nanti 'diorang' bohsan, pergi la.

owh...'dia' sentiasa mengekori, cukup la bagi aku Raqib, Atid dan Allah yang menemani aku. aku tak perlukan makhluk lain. kalau nak ikut juga, no prob. tapi dengan syarat, jangan melampau2, sebab aku tahu cara nak hapuskan korang.ok?

* aku ada tanya kak peah, kalau2 dia yang berdiri sebelah aku masa aku nak buka pintu, tapi dia kata tak pulak. dan kebetulan masitah kawan kami dari Brunei tu datang, dia selalu lepak kat bilik peah. dia pun kata tak! (tapi baju biru dan skirt labuh yang dia pakai tu HAMPIR SAMA!). yang paling aku pelik, saper ada pegang kunci pendua?macamana 'orang' tu leh masuk rumah aku?takkan makcik Anie yang masuk?kalau dia masuk pun, takkan dia paham lagu2 melayu?musykil....

4 comments:

masruddin said...

cm x caya je huhuu..tapi mungkin betul gk. mungkin mejah x sedar kot buat sesuatu sebelum tu, pastu tetiba mejah kembali normal, benda pelik berlaku. hehe. xtau la. wallhualam. iA nnti satu hari mesti tau. mungkin "qarin" mejah ke?

Faiz said...

Ah bon? c'est normal quand meme..huhu

Anis Liyana said...

mejah... aku x p'caya! apsal lak lagu Elyana? klau dier psng ayat Quran ker... lagu2 pelik lagi ajaib yg ker...bleh gak aku nk teka makhluk lain... tp, nie msti laa keje manusia... huhu... lagu Elyana.. haha! c drole! ko mmg x tau sapa ker? ker k nk wat suspen kat kitorg? huhu...

anjut said...

salam-

masrudin- huh?qarin aku?tapi kalau qarin pun, x kan dia minat lagu Elyana?eiii..ntah apa2 taste,huhu!ermm, tapi biasa2 jer pun tu.

kakteh- yup, dah delete, kita pun takut kalau fikir salasilah tu. (takkan kita kena balik teluk penyengat?).biar je la...

faiz-oui c'est normal si tu dis il y a le vent qui suflait.mais en France on a peu de France comme en Malaisie..hehhe..apa2 la..


anisliyana- kira pelik la tu lagu elyana, bukan lagu tu jer yg di search, ada banyak lagi lagu, tapi aku dah lupa...tak caya?tanya Gowe, dia berada di tempat kejadian..huhu...


apa2 pun, kita semua makhluk Tuhan...