Thursday, February 19, 2009

Bangsa perancis adalah bangsa eropah sejati?yer ke Mak Inon?

salam sejahtera semua.

Hari ni kita akan berbicara sedikit pasal bangsa perancis ni. pernah dengar tak pernyataan2, orang perancis abad ini kulitnya hampir sama dengan warna kaum arab?Islam adalah agama yang paling diamalkan di Perancis?

dalam kelas 'societe francaise' kami ada belajar mengenai asal usul orang2 perancis. bermula dengan masyarakat celtic atau golongan gaule. sama la ngan mak nenek diorang dari Britain, sebahagian jerman, italy, swiss dan belgium. ok, sejarah asal usul diorang ni kita letak belakang dulu, sbb ni bukan kelas sejarah, ni kelas "fakta bukan auta".

dengar sini baik2, capangkan telinga tu besar2.

dalam kelas penulisan tadi, lecturer kami, Monsieur Schmithh ada menyentuh mengenai tajuk ni. la culture francaise, est-elle europeanne?(the french culture, is it european?).

seperti biasa akan ada jawapan 'ya' dan 'tidak'. so, kita akan cuba buat perbandingan yer.

1- faktor geografi

sokong: kedudukan negara perancis itu di tengah2 eropah, menunjukkan budaya eropah yang kuat. di samping pengaruh2 empayar roman dan kuasa2 besar eropah seperti jerman dan sepanyol ketika dulu.

bangkang: Perancis yang berada di eropah ini di gelar 'Perancis Metropolitan' dan tahu kah anda, Perancis juga 'wujud' di benua amerika, lautan pasifik dan india, juga antartica?bermaksud, negeri-negeri yang dipanggil 'departement outre mer' (kawasan luar laut) seperti Guadeloupe, Martinique, Guiana, Reunion, Mayotte, dan saint Pierre et Miquelon merupakan wilayah-wilayah Perancis yang menggunakan matawang euro mereka juga mengundi untuk presiden perancis kerana hak kerakyatan mereka adalah sama dengan orang perancis di eropah. jadi orang perancis tak semestinya EROPAH.

2. Faktor sejarah

sokong : macam yang aku dah cakap kat atas tu, orang2 perancis metropolitan ni berasal dari bangsa celtic.

bangkang : kalau mereka berasal dari bangsa celtic pun, mereka tetap tak ada budaya. dalam sains dan teknologi, ia adalah pengaruh masyarakat arab andulisia dan baghdad, eropah hanya bangkit selepas zaman Gelap yang dipanggil Renaissance apabila mat saleh2 ni sedar yang pihak gereja tidak membawa kemajuan serta mereka cemburu dengan kemajuan yang dicapai oleh dunia Islam.

dalam seni pula, masyarakat perancis tidak mempunyai muzik tradisional sendiri, muzik2 yang dikata milik bangsa eropah sebenarnya di ilhamkan dari muzik2 yang terdapat pada kerajaan andalusia. lecturer kami ni jugak seorang antopologist linguistic, dalam kajian dia, muzik2 eropah ini adalah ikut2an dari negara2 asia dan arab. terutama muzik golongan Sufi yang tersebar di sekitar negara2 Maghreb (Maghribi, Algeria, Tunisia).

dalam masakan tak yah cerita la. selain keju dan arak, apa jer yg diorang ada? Spagetti?itu asal China. kalau mereka tak bertembung budaya luar, masakan mereka tak la sesedap mana, contoh; ratatouille, yang bagi aku, hanya la sayur semata2.

percaya atau tidak, orang eropah pada asalnya adalah bangsa yang tiada kasih sayang. 'perasaan' kasih sayang ini juga adalah pengaruh Andalusia (Islam). ironi kan?ramai orang kata "org perancis ni romantik2, org arab ni kasar2". mana makcik tau?saya yg tinggal kat sini tau la, kalau benar diorang romantik, kenapa kes penceraian tinggi kat sini, dan kebanyakan generasi sekarang tak mahu 'ikatan perkahwinan'. falsafah ahli sufi ialah "quand j'aime quelqu'un, j'aime Dieu" (when i love someone, i love Allah).orang Malaysia jugak yang romantik. dan puisi2 yang mereka hasilkan sebenarnya pengaruh sufi jugak, serta pengaruh2 puisi2 parsi yang dulu memang terkenal.

*nota = hakikatnya, bangsa eropah ni lebih zalim dari bangsa2 lain. Arab bangsa yang paling zalim ketika jahiliah dulu, sebab itu nabi-nabi ramai di negara2 timur tengah. semasa pendudukan Perancis di negara-negara jajahan nya, beribu2 orang di bunuh! di Algeria, Vietnam, Goudeloupe etc. budaya mereka yang sebenar adalah apa yang kita lihat hari ni; hipokrit, kaki mabuk, berzina, makan babi, etc. aku bukan bersikap paranoid atau sangka buruk dgn mereka, tapi sapa yang boleh nafi kan?memang la orang jahat tu ada kat mana-mana jer, tapi kat sini apa yang jahat itu adalah budaya mereka, sehingga anak berzina dengan bapak pun bukan nyer perkara asing.


gambar anak pakcik depan rumah


3. Bahasa

sokong : dah nama pun bahasa PERANCIS, x kan dari negara vietnam pulak kan?jugak ia adalah pengaruh celtic, roman dan greek.

bangkang : TAPI!!!!ia adalah dalam kumpulan bahasa 'indo-european' (india-eropah). kenapa?sebab grammar dia sama jer ngan bahasa urdu dan hindi. sebab itu kata lecturer kami ni, orang perancis memang senang jer nak belajar bahasa urdu atau hindi ni, sebab konsep tatabahasa dia sama.dikatakan bahawa bahasa ini berasal dari bahagian utara india dan berevolusi di sekitar Greece dan terus menjadi ibu kepada bahasa2 eropah yang lain (nak tau lebih lanjut?tanya pakar linguistik, aku belum tahap tu lagi, baru merangkak jer ni hah)

jangan terkejut, cuba bilang satu sampai sepuluh dalam hindi dan beza ngan french?bagi yang fasih berbahasa perancis dan hindi, mereka akan dapati bahawa sebutan ia hampir sama.


hindi
  • 1=aik
  • 2=Do (soft d)
  • 3=Teen (soft T)
  • 4=Chaar
  • 5=Paanch
  • 6=Chh (or chheh)
  • 7=Saath (soft th)
  • 8=Aath (aat)
  • 9=Nau
  • 10=Das

french
  • un uhn
  • deux duhr
  • trois twah
  • quatre katr
  • cinq sank
  • six sees
  • sept set
  • huit weet
  • neuf nurf
  • dix dees
4. faktor agama

sokong : di bahagian utara eropah adalah agama kristian protestan, di barat adalah katolik, dan di timur adalah ortodok. agama rasmi eropah adalah kristian.

bangkang : agama kristian itu berasal dari tanah suci PALESTIN, nabi Isa yang mereka sembah tu lahir di sana, dan Palestin berada di ASIA!mana ada agama samawi yang berasal dari eropah?Islam, budha, hindu pun berasal dari Asia. hanya 7% kristian di Perancis pergi ke gereja setiap Ahad, 20 % ke gereja ketika nak kahwin, dan 80% ke gereja semasa kematian (dah mati nak pulak ingat Tuhan...). dan lebih kurang 60% penganut Islam (perancis adalah negara yang mempunyai penganut Islam tertinggi di Eropah) di sini merupakan pengamal sebenar agama Islam (gi sejid time jumaat, puasa, sembahyang, g haji etc)-sumber Monsieur Philip Hobian , pensyarah "societe Francaise et Europeanne".

kesimpulan nya?

bangsa perancis kini merupakan gabungan budaya2 seluruh dunia. walaupun kebanyakkan perkara di ceduk dari bangsa2 lain, mereka menggunakan nyer dengan sebaik mungkin. contoh : sains dan teknologi, kita bangga dengan ibnu sina, Ibnu Khaldun, Al-Farabi etc, tapi itu zaman dulu. sekarang ni ada ke saintis yang agung2 macam diorang tu? pemenang anugerah nobel pun kebanyakannya org barat dan Israel (tapi betu la kata Tun M, kepintaran tanpa hati, pun tak guna jugak,- harap jer bijak, tapi buas mengalahkan anjing gila).

sebenarnya entry kali ni, bukan ditujukan pada bangsa Perancis jer, tapi jugak pada bangsa2 yang lain. sedar la diri. terutama kita yang melayu ni (aku jawa...), cukup la kita memalukan diri sendiri. dari dulu suruh sedar, tapi masih ada jugak yang buang masa kat Mid Valley tu, sibuk cintan cintun pastu clash (aneh la, lelaki n pempuan sama jer, kalau tgk kat facebook or frenster mesti kecoh kalau clash ngan bf or gf, pastu bgtau kawan2 satu dunia ada yg baru.daaa!!! memualkan!belajar cebok pun tak reti lagi...cuba ada makwe tu senyap jer, tak yah nak gentel2 tangan ke apa, nanti ada rezeki kahwin la..betul tak Mar?). dunia dah nak kiamat ni org dah tak kesah kita ni bangsa apa. yang penting kita ni bangsa yg bertamadun.

dan yang terakhirnya, y-a-t-il une culture qui soit vraiment autochtone? ( wujud ke bangsa yang memang asli punyer?). jawapan nyer TAK!orang asli pun sekarang dah banyak kahwin campur.sekian...

p/s: kalau ada pernyataan diatas yang salah, sila betulkan yer. kita belajar sama2.

5 comments:

mayamansor said...

fiez-vous a M. Schmitt. =)

anjut said...

oui!mais il est bizzare quand meme..peu importe, lorsque sa classe est interessante..hehehehe...

Anonymous said...

misspell : "européene"

Anonymous said...

sdri misspell : "européenne" (f) "européen" (m)

anjut said...

ok merci.c'est normal.