Monday, February 2, 2009

aku nak makan....tapi malas buat...

salam semua.

malam-malam buta ni, tetiba teringat pulak kat potongan-potongan kek yang Ilani buat tuk papa dia tu...antara kek yang paling aku suka dan aku rasa aku makan separuh dari kek tu (aku sajer sorokkan dari bebudak ni dan cakap kek tu tak sedap!hehe!kantoi daaa!!!). nama kek tu kata nani, kek Lumut.

sejenis kek kukus yang berwarna hijau (nama pun lumut, x kan kaler merah pulak kan?). asal mana aku pun tak tau. aku suka kaler dan rasa dia. teringat mak aku. dia suka kaler hijau nih...(ermm, segala barang mak aku kaler hijau, shrek pun tak macam tu , tapi aku bukan kata mak aku)...tetiba tangan aku gatal menaip YM kat Nani, resepi dia.

kuih lumut (gambar dari blog kak dayang)

Weh, ni aku sajer jer tau letak kat blog coz in case of kertas resepi ni hilang.

bahan-bahan :

1 2/3 butter
1 gelas gula (biasa org guna sukatan "secawan", tapi kat france guna gelas kot...)
1 gelas tepung
1 gelas susu pekat manis
1 gelas horlicks (utk sapa2 yg tinggal kat Ghana tu, takder horlicks, leh ganti ngan nestum or apa2 cereal yg dikisar halus)
10 biji telur (kalau guna telur puyuh, dalam 30 biji la, lepas tu pengsan jgn cakap aku yg cadangkan!)
perwarna (oleh kerana nama dia lumut, guna kaler hijau ler. kalau nak letak nama pelangi, ko letak la kaler apa2 pun)

adoi, tgk bahan2 dia tu, terbayang2 kalori2 kat kepala aku. tapi tak per, bukan makan selalu!

cara-cara:

campurkan butter ngan gula tu, pukul sampai sebati dan kembang.
campur segelas tepung tu (lagi bagus kalau yang ada serbuk penaik)
campur pulak susu pekat manis
pastu campur horlicks atau cereal tu
masukkan 10 biji telur ayam tu, tapi masuk satu persatu...campur sedikit perwarna nak bagi sesuai ngan nama.

hah, segala benda dah masuk and sebati, letak dalam acuan pengukus, pastu kukus la dalam masa 2-3 jam. tapi kata Nani dalam 1 1/2 jam pun dah ok la.

owh yer, Nani kata ada tambahan. baca bismillah ngn selawat masa nak mula tu. kalau nak baca mathurat pun bleh, tapi menetas pulak telur tu nanti(yg ni aku cakap)...

ok?dah siap semua?tadaaaa!!!kuih LUMUT!letakkan lumut2 yg anda dapati kat tepi2 batu tu sebagai hiasan.


*aku terjumpa beberapa masalah kat sini. yg pertama, aku TAK DER pengukus!(hadiah besday aku korang kumpul duit ramai2 belikan aku oven atau pengukus heh, merci...).. yang kedua, aku MALAS...so, kepada sesiapa yg sudi buatkan tu, sila lah email kepada aku yer, aku akan bagi segala perbelanjaan, tapi pengukus pandai2 la cari yer.ok..itu jer..utk entry yg akan dtg, aku nak share satu cerita. sabar yer...

8 comments:

biskott said...

uihhhhhh.
mesti cuba niiii.
tapi kena tunggu aku balik rumah dulu.
heheh

hadi sprenteng said...

isipadu gelas bape?cmne aku nk sukat

biskott said...

ala hadi,
kalau ganti ngan cawan ok je kot asalkan ko guna cawan yang sama untuk sukat.
tade effect pon (memandai je.haha)

anjut said...

biskott-wehh!sedap giler kek ni ko tau tak, aku makan rasa nak meninggal jer..hehhee..over...

hadi- ngok, ko ganti ngan mangkuk ayun pun bleh jugak!wakakaka!

AzRiQ [AiMaN] AzMaN said...

mejah..
nak skett..
haha..

anjut said...

hahaha!aku tak buat ler..aku mintak tlg ilani buat..weh, kam bukan reti wat kek ke?mintak dia r..hahaha!

Anonymous said...

kitowang ade pengukus la mejah.. huhu.. nnti mtk la kat sape2.. pastu ko buat, ko ketuk pintu D050 ye.. hehe..

~amazainal

anjut said...

alaa, pengukus yg cinonet tu ker?yg nak wat nasi dagang pun tak lepas tu?hahaha!mekasih haaa..