Thursday, February 26, 2009

lelaki lembut dan lelaki keras

salam sejahtera,

ermm, tgk tajuk kat atas tu jer dah kecut perut semua orang (terutama golongan tu). saper diorang tu?ada otak, ada mata, ada hati, alat kelamin mcm kita semua (lelaki) dan kesimpulan nyer MANUSIA.

aku takkan golongkan mereka ni pada satu kumpulan baru. coz bagi aku hanya ada LELAKI, PEREMPUAN dan KHUNSA (dua kelamin) sahaja kat dunia ni. tak der istilah "wanita yang terperangkap dalam jasad lelaki".

ermm...cuba tengok sekeliling kita, lelaki lembut ni ramai. bahkan aku, ada ramai jer kawan-kawan dari golongan ni.

sebenarnya, hasil pemerhatian aku, lelaki lembut dan lelaki keras nih lebih kurang sama jer. aku cuba buat perbandingan antara kawan-kawan aku sendiri. ada yang sekeras batu sehingga la yang selembut agar-agar. sebab tu aku tak der memilih dalam berkawan.

dari kumpulan sifat mazmumah seperti mengumpat, menghina, memfitnah dan meninggalkan sembahyang sampai la ke sifat mahmudah seperti baca al-quran, bersedekah, ke masjid dan sebagainya. semua karakter nih ada pada yang lembut dan keras.

cuma masalah sekarang nih "manusia yang membelakangkann hukum Tuhan"!

lembut dan keras itu hanya berdosa jika benar mereka melakukan DOSA yang Allah larang. tak perlu la aku letak hadis atau ayat quran tuk menerangkan kedudukan perkara ni, semua orang yg mengaku islam mesti dah tahu, kalau tak tahu, masya'allah, tolong la cari mana2 orang yg berilmu tuk belajar.

aku pernah cakap ngan kawan-kawan aku yang lembut, walau macamana pun bentuk fizikal dia, satu hari nanti naluri lelaki tu akan tuntut dia untuk mencari wanita untuk pasangan hidup juga. melainkan dia memang tak ada langsung nafsu dgn wanita, hukum mereka berkahwin boleh jadi haram (melainkan dia mengaku pada bakal isterinya yg dia tak mampu melakukan hubungan seks dan bakal isterinya menerimanya). sebab apa?sebab memang semua makhluk tu diciptakan berpasang-pasangan.

aku tau apa impak nya bila aku tulis entry nih. akan ada kawan-kawan aku yang keras2 tu rasa bengang dan yang lembut2 tu mula tak nak kawan ngan aku. tapi tolong la faham, sekarang ni tak ada masa nak kutuk mengutuk antara satu sama lain. Tuhan itu adil, Dia jer yg layak tentukan syurga dan neraka. cuba pandang masa sekarang ni, iman kita sendiri yang perlu dijaga, juga agama islam yg suci ni. nanti kalau ada panggilann jihad, semua takkan terkecuali, semua wajib angkat senjata. lebih baik kita siapkan diri kita untuk itu kan?

nasihat kepada diri sendiri dan yang lain2, cuba cambahkan benih2 persaudaraan tu. ambil contoh para sahabat, saidina Umar yg maskulin dan saidina Usman yang lemah lembut.korang tau tak mcmana perasaan nyer bila kita ingin menjaga hati kedua-dua pihak. kedua-duanya kawan kita, membuatkan kita sentiasa serba salah... kalau yg keras rasa tindakan si lembut tu salah, tegur la dgn hikmah, islam dah lama ajar...kalau yang lembut nampak yang keras silap, tegur je la baik2, jaga perkataan. macam itu la hidup sebagai MANUSIA. dekat dunia ni, tak der yang TERbaik dan TERburuk. bila kita rasa kita dah hebat, sentiasa ada org yg lebih hebat, dan sebaliknya.

cuba fikir satu hari nanti, seorang lelaki keras yang selalu kutuk golongan lembut ni dapat anak lembut?dan lelaki lembut ni memerlukan bantuan si keras?kita tak tahukan apa yang berlaku pada masa hadapan...senang cerita macam ni la, aku pun malas nak tulis panjang2, selagi mana kita mengaku islam, jaga je la tindak tanduk kita, dan bersatu la semua. lu pikir la sendiri!

peace no war!

*aku?tak berapa lembut, tak berapa keras...sedang2 jer.

Tuesday, February 24, 2009

'dia' mengekori...kali ini di PLANOISE!

baju yang aku sangkut terjatuh lagi, langsir tingkap terselak menampakkan sinaran matahari yang segan-segan menyuluh bilik aku ni. mesti Jasmeen dan Leyla punya angkara! tak pasal-pasal makhluk-makhluk yang tengah enak tidur atas katil bujang aku ni kena marah dan piat telinga dengan aku!

tapi aku musykil, bila masa diorang pergi ke penyangkut tu? padahal sepanjang masa budak2 ni ikut aku. ke timur mereka ke timur, ke barat mereka ke barat. bahkan nak menunaikan qada' hajat pun kedua-dua makhluk ni sanggup bersembunyi dalam bath tub (tau pulak malu, yg pegi ikut tu kenapa?) dan macamana Jasmeen dan Leyla ni boleh selak langsir aku?Padahal mereka tak ada tangan!bukan cacat!cuma memang lumrah makhluk Tuhan bernama 'kucing'!ajaib bin pelik bin mustahil!

sudah la dua hari lepas kejadian aneh ini menghantui aku...

ceritanya begini...setelah penat terlompat-lompat di court basketball, aku pulang ke bilik. seperti biasa, encik Gowan mengekori untuk bermanja2 dengan Jasmeen dan Leyla. sebelum masuk bilik, sempat kami mengutuk2 si Ayie kembang semangkuk tu, coz dia janji nak turun main sekali, ermmm...nanti kau, aku tarik2 pipi kau!ketika aku nak buka pintu bilik aku, aku perasan ada satu lembaga (macam orang) kat sebelah aku.

"eh??aku perasan ada orang tadi!" aku cakap kat Gowan, tapi aku macam tak kesah coz mungkin perasaan aku jer. si Gowan pun kata dia tak nampak sesaper pun.

sebaik pintu dikuak, kedengaran radio dari laptop aku terpasang dengan kuat!!!berdebar2 aku!seingat aku, memang aku dah matikan radio tu. aku pun ada saksi, encik Gowan yang kerumah ku sebelum kami turun ke court tadi. terus aku meluru ke laptop, BERTAMBAH TERKEJUT aku! saper pulak yang search lagu2 pelik2 kat youtube nih?ada lagu Elyana, lagu itu, lagu ini, banyak tak terkira!aku tak pernah terlintas kat kepala otak aku sepanjang aku bernafas nih utk search lagu2 tu, terutama lagu Elyana!

kelam kabut aku!tercari2 Jasmeen dan Leyla...lagi sekali diorang jadi bahan untuk disalahkan supaya aku tak terfikir2 benda2 pelik nih. owh...kejadian macam ni bukan asing bagi aku. dimana-mana aku pergi, pasti ada benda2 pelik yang berlaku. terutama yang akan menimpa roomate aku. ada yang kena sampuk, ada yang mengigau, ada yang nampak itu, ada yang nampak ini. kali ini disebabkan aku tinggal sendirian dan tak ada manusia lain, maka kucing aku yang jadi mangsa!tak berhati perut langsung!

masa aku menulis nih pun, aku seolah2 merasakan ada mata yang memerhati..errrr, meremang bulu roma aku! ermm..difikirkan, 'mereka' memang berada dimana2...apa yang nak ditakutkan?mereka juga makhluk Tuhan seperti kita, Jenab, Jasmeen dan Leyla. so, buat slumber jer, nanti 'diorang' bohsan, pergi la.

owh...'dia' sentiasa mengekori, cukup la bagi aku Raqib, Atid dan Allah yang menemani aku. aku tak perlukan makhluk lain. kalau nak ikut juga, no prob. tapi dengan syarat, jangan melampau2, sebab aku tahu cara nak hapuskan korang.ok?

* aku ada tanya kak peah, kalau2 dia yang berdiri sebelah aku masa aku nak buka pintu, tapi dia kata tak pulak. dan kebetulan masitah kawan kami dari Brunei tu datang, dia selalu lepak kat bilik peah. dia pun kata tak! (tapi baju biru dan skirt labuh yang dia pakai tu HAMPIR SAMA!). yang paling aku pelik, saper ada pegang kunci pendua?macamana 'orang' tu leh masuk rumah aku?takkan makcik Anie yang masuk?kalau dia masuk pun, takkan dia paham lagu2 melayu?musykil....

Sunday, February 22, 2009

tergigit lidah...

salam.

Baru malam semalam aku telefon rumah. bercakap dengan mak, bukan main suka hati dia yang aku cakap gelang jed dia aku baru poskan. apa cerita ek?wah, tahun nih nak tambah lagi dua orang anak saudara aku. penternak berjaya nih.

wajah ayah ku. Cikgu Hamsan, beliau bukan sahaja pendidik kepada warga Ayer Hitam, juga guru yang paling kami hormati di rumah...



ibu ku tersayang, Puan Rahilah, kedut2 di wajah beliau, melambangkan jerit perih membesarkan aku...

tapi yang tak sedap hati nya tu, ada salah sorang kakak aku tu sangat la manja. dia cemburu coz masa sorang akak aku ni beranak, mak jaga sampai hampir habis pantang. uishh, susah jugak jadi mak bapak ni.apa kes nih?dia akan melahirkan anak yang ke LIMA (yg akak aku lagi satu tu baru beranak sulung, so logik la mak aku ada). dan aku tak nampak apa faedah nyer nanti mak aku kena duduk umah dia selama 40 hari 40 malam. dia dah expert dah. seingat aku, ke empat2 anak dia yang kat atas tu, mak aku yg jaga, bukan setakat dalam pantang jer, bahkan sampai budak2 tu dah jumpa GF.(anak2 saudara pak anjut, jgn risau, mummy korang jer yg pak anjut tak puas hati, not u guys.ok.) bertimbang rasa la sikit ngan orang tua!

hurmmm...tu la, beza antara generasi yang lahir dalam suasana mewah, baju tempah kedai, kasut kulit, boleh pilih nak naik kereta yang mana satu DAN aku yang lahir dalam suasana serba kekurangan (pernah tau abang aku cerita yang mak aku pakaikan aku kain batik sebab masa tu lampin dah habis!...sebab tu aku kreatif sikit, lampin pun bercorak!). tapi aku tak pernah menyesal, bahkan teramat la bersyukur. sebab mak dan ayah telah bagi aku sesuatu, KASIH SAYANG seadanya...segala benda nih membuatkan aku lebih kuat, menghargai setiap perkara, berfikir dan paling penting SEDAR DIRI.

bukan aku nak mengungkit, tapi tolong la faham, kalau kita fikir orang tak sayang kita, ada lagi orang yg nasib lagi teruk dari kita. jadi tak perlu la merungut...

gambar aku dan Aan, tengok, aku berkaki ayam!jangan pulak kata mak bapak aku tak mampu beli selipar jepun kat kedai apek , aku je yang keras kepala tak nak pakai, lebih dekat dengan bumi la konon!hehehehe!

tengok saja gambar2 kat koleksi keluarga aku (gambar aku dan Aan paling sikit...). aku pun kadang2 rasakan yang ada dua darjat dalam keluarga. gambar2 aku masa kecil, mana ada pakai baju cantik2, mana ada pakai kasut but kulit jenama "legend", mana ada gambar aku ngan ayah aku pakai tie dan kot?tapi perlu ke aku salah kan mak ngan ayah? masa aku lahir memang kami berada dalam krisis. pernah salah seorang akak aku kata, "anjut, kau lahir jer, keluarga kita terus jadi miskin...", apa tak sedih hati?tapi nak buat macam mana. nasib aku anak ke SEMBILAN. tipu kalau aku kata aku tak pernah merungut, tapi sebenarnya aku suka, sebab aku nampak hidup ini menarik.Wawan tak merasa, sebab dia lahir, ekonomi keluarga dah stabil sikit... ayah ngan mak tak bersalah, coz sebagai ibu bapa, tentu mereka dah cuba segala2 untuk kesenangan keluarga. tambah2 bila kakak2 dan abang2 aku masuk asrama dan uni. lagi bertambah beban mak dan ayah. itu pun bukan salah kakak2 dan abang2 aku, sebab memang tugas mereka belajar pandai2. pendek kata, tak ada sapa yang salah. macam sebiji roda, hidup ini kejap diatas, kejap dibawah. aku, kau, dia dan kalian pun akan ditimpa nasib yang sama.
cinta teragung ku untuk makhluk2 di bumi...



Ingat aku masuk sekolah kat kajang tu secara kebetulan?ingat aku pergi matrik penang tu nasib?dan hari ni aku hirup udara kat Eropah ni sebab memang dah tercatat kat dalam kontrak? semua ni sebab aku DOA, sebab tu jangan main2 dengan doa...bagi aku, lagi jauh aku dengan keluarga, lagi bagus, sebab kat luar ni baru cabaran sebenar, bukan terperuk bawah ketiak mak.

masa daftar form 1 kat kajang, hanya ayah yang hantar, itu pun ayah tak naik sampai asrama coz dia tau aku pandai lipat baju. perlu ke aku menyusah kan orang tua tu panjat tangga semata2 nak tengok aku kemas loker?masa kat matrik pun, hanya kaklong dan kak Esah jer yang teman, dan mak aku hanya tahu aku masuk matrik selepas aku mendaftar. masa tu mana ada surat tawaran, kementerian SMS jer. sebelum meninggalkan tanah air, lagi sekali mak dan ayah tk dapat datang, nasib baik aku ada beberapa orang yg bersimpati dgn aku (kakteh sekeluarga, ibu mertua dia, kak ijah n suami, kak tam n friends serta aan). tapi sempat aku kucup pipi orang tua aku tu. Pesan mereka, "belajar elok2, kalau kami meninggal, tak payah susah2 nak balik jauh2, sedekah fatihah dari sana pun tak pa...". tapi aku takkan mengungkit semua nih depan mak n ayah. sebagai anak pun kita kena faham kemampuan mereka. aku tak sanggup ayah drive jauh2 setakat nak hantar aku kat KLIA, atau mak duduk berejam2 dalam keta setakat nak lambai tangan kat aku. owhh, sebab aku marah kat sorang akak aku tu, semua orang kena baca bebelan ni. please la kak, jgn nak manja sgt!


beruntung aku punya emak...ada orang yang tidak senasib aku...

owh yer, sebelum aku tamat berbual, mak ada cerita pasal wawan, aku cakap "mak belasah jer wawan tu kalau dia mengada2 lagi, manjakan sangat. cuba buat mcm mak bela kita dulu, cukup semua, tampar n cubit!". "eh yer ke Anjut, mak pernah cubit kau?" kata mak aku. "eh betul la mak!bukan setakat cubit ngan penampar, siap bakar kaki kita pakai lighter coz kejut subuh.jgn pura2 tak ingat pulak..."owh, sabar jer aku..."alaa, kalau mak tak buat semua tu, kau tak jadi orang! kan?"...hahaha!thank you mak, atas didikan mak ala2 military tu la kita jadi orang (insya'allah). uhibuki ya ummi!!!je t'aime a mourir!


Thursday, February 19, 2009

Bangsa perancis adalah bangsa eropah sejati?yer ke Mak Inon?

salam sejahtera semua.

Hari ni kita akan berbicara sedikit pasal bangsa perancis ni. pernah dengar tak pernyataan2, orang perancis abad ini kulitnya hampir sama dengan warna kaum arab?Islam adalah agama yang paling diamalkan di Perancis?

dalam kelas 'societe francaise' kami ada belajar mengenai asal usul orang2 perancis. bermula dengan masyarakat celtic atau golongan gaule. sama la ngan mak nenek diorang dari Britain, sebahagian jerman, italy, swiss dan belgium. ok, sejarah asal usul diorang ni kita letak belakang dulu, sbb ni bukan kelas sejarah, ni kelas "fakta bukan auta".

dengar sini baik2, capangkan telinga tu besar2.

dalam kelas penulisan tadi, lecturer kami, Monsieur Schmithh ada menyentuh mengenai tajuk ni. la culture francaise, est-elle europeanne?(the french culture, is it european?).

seperti biasa akan ada jawapan 'ya' dan 'tidak'. so, kita akan cuba buat perbandingan yer.

1- faktor geografi

sokong: kedudukan negara perancis itu di tengah2 eropah, menunjukkan budaya eropah yang kuat. di samping pengaruh2 empayar roman dan kuasa2 besar eropah seperti jerman dan sepanyol ketika dulu.

bangkang: Perancis yang berada di eropah ini di gelar 'Perancis Metropolitan' dan tahu kah anda, Perancis juga 'wujud' di benua amerika, lautan pasifik dan india, juga antartica?bermaksud, negeri-negeri yang dipanggil 'departement outre mer' (kawasan luar laut) seperti Guadeloupe, Martinique, Guiana, Reunion, Mayotte, dan saint Pierre et Miquelon merupakan wilayah-wilayah Perancis yang menggunakan matawang euro mereka juga mengundi untuk presiden perancis kerana hak kerakyatan mereka adalah sama dengan orang perancis di eropah. jadi orang perancis tak semestinya EROPAH.

2. Faktor sejarah

sokong : macam yang aku dah cakap kat atas tu, orang2 perancis metropolitan ni berasal dari bangsa celtic.

bangkang : kalau mereka berasal dari bangsa celtic pun, mereka tetap tak ada budaya. dalam sains dan teknologi, ia adalah pengaruh masyarakat arab andulisia dan baghdad, eropah hanya bangkit selepas zaman Gelap yang dipanggil Renaissance apabila mat saleh2 ni sedar yang pihak gereja tidak membawa kemajuan serta mereka cemburu dengan kemajuan yang dicapai oleh dunia Islam.

dalam seni pula, masyarakat perancis tidak mempunyai muzik tradisional sendiri, muzik2 yang dikata milik bangsa eropah sebenarnya di ilhamkan dari muzik2 yang terdapat pada kerajaan andalusia. lecturer kami ni jugak seorang antopologist linguistic, dalam kajian dia, muzik2 eropah ini adalah ikut2an dari negara2 asia dan arab. terutama muzik golongan Sufi yang tersebar di sekitar negara2 Maghreb (Maghribi, Algeria, Tunisia).

dalam masakan tak yah cerita la. selain keju dan arak, apa jer yg diorang ada? Spagetti?itu asal China. kalau mereka tak bertembung budaya luar, masakan mereka tak la sesedap mana, contoh; ratatouille, yang bagi aku, hanya la sayur semata2.

percaya atau tidak, orang eropah pada asalnya adalah bangsa yang tiada kasih sayang. 'perasaan' kasih sayang ini juga adalah pengaruh Andalusia (Islam). ironi kan?ramai orang kata "org perancis ni romantik2, org arab ni kasar2". mana makcik tau?saya yg tinggal kat sini tau la, kalau benar diorang romantik, kenapa kes penceraian tinggi kat sini, dan kebanyakan generasi sekarang tak mahu 'ikatan perkahwinan'. falsafah ahli sufi ialah "quand j'aime quelqu'un, j'aime Dieu" (when i love someone, i love Allah).orang Malaysia jugak yang romantik. dan puisi2 yang mereka hasilkan sebenarnya pengaruh sufi jugak, serta pengaruh2 puisi2 parsi yang dulu memang terkenal.

*nota = hakikatnya, bangsa eropah ni lebih zalim dari bangsa2 lain. Arab bangsa yang paling zalim ketika jahiliah dulu, sebab itu nabi-nabi ramai di negara2 timur tengah. semasa pendudukan Perancis di negara-negara jajahan nya, beribu2 orang di bunuh! di Algeria, Vietnam, Goudeloupe etc. budaya mereka yang sebenar adalah apa yang kita lihat hari ni; hipokrit, kaki mabuk, berzina, makan babi, etc. aku bukan bersikap paranoid atau sangka buruk dgn mereka, tapi sapa yang boleh nafi kan?memang la orang jahat tu ada kat mana-mana jer, tapi kat sini apa yang jahat itu adalah budaya mereka, sehingga anak berzina dengan bapak pun bukan nyer perkara asing.


gambar anak pakcik depan rumah


3. Bahasa

sokong : dah nama pun bahasa PERANCIS, x kan dari negara vietnam pulak kan?jugak ia adalah pengaruh celtic, roman dan greek.

bangkang : TAPI!!!!ia adalah dalam kumpulan bahasa 'indo-european' (india-eropah). kenapa?sebab grammar dia sama jer ngan bahasa urdu dan hindi. sebab itu kata lecturer kami ni, orang perancis memang senang jer nak belajar bahasa urdu atau hindi ni, sebab konsep tatabahasa dia sama.dikatakan bahawa bahasa ini berasal dari bahagian utara india dan berevolusi di sekitar Greece dan terus menjadi ibu kepada bahasa2 eropah yang lain (nak tau lebih lanjut?tanya pakar linguistik, aku belum tahap tu lagi, baru merangkak jer ni hah)

jangan terkejut, cuba bilang satu sampai sepuluh dalam hindi dan beza ngan french?bagi yang fasih berbahasa perancis dan hindi, mereka akan dapati bahawa sebutan ia hampir sama.


hindi
  • 1=aik
  • 2=Do (soft d)
  • 3=Teen (soft T)
  • 4=Chaar
  • 5=Paanch
  • 6=Chh (or chheh)
  • 7=Saath (soft th)
  • 8=Aath (aat)
  • 9=Nau
  • 10=Das

french
  • un uhn
  • deux duhr
  • trois twah
  • quatre katr
  • cinq sank
  • six sees
  • sept set
  • huit weet
  • neuf nurf
  • dix dees
4. faktor agama

sokong : di bahagian utara eropah adalah agama kristian protestan, di barat adalah katolik, dan di timur adalah ortodok. agama rasmi eropah adalah kristian.

bangkang : agama kristian itu berasal dari tanah suci PALESTIN, nabi Isa yang mereka sembah tu lahir di sana, dan Palestin berada di ASIA!mana ada agama samawi yang berasal dari eropah?Islam, budha, hindu pun berasal dari Asia. hanya 7% kristian di Perancis pergi ke gereja setiap Ahad, 20 % ke gereja ketika nak kahwin, dan 80% ke gereja semasa kematian (dah mati nak pulak ingat Tuhan...). dan lebih kurang 60% penganut Islam (perancis adalah negara yang mempunyai penganut Islam tertinggi di Eropah) di sini merupakan pengamal sebenar agama Islam (gi sejid time jumaat, puasa, sembahyang, g haji etc)-sumber Monsieur Philip Hobian , pensyarah "societe Francaise et Europeanne".

kesimpulan nya?

bangsa perancis kini merupakan gabungan budaya2 seluruh dunia. walaupun kebanyakkan perkara di ceduk dari bangsa2 lain, mereka menggunakan nyer dengan sebaik mungkin. contoh : sains dan teknologi, kita bangga dengan ibnu sina, Ibnu Khaldun, Al-Farabi etc, tapi itu zaman dulu. sekarang ni ada ke saintis yang agung2 macam diorang tu? pemenang anugerah nobel pun kebanyakannya org barat dan Israel (tapi betu la kata Tun M, kepintaran tanpa hati, pun tak guna jugak,- harap jer bijak, tapi buas mengalahkan anjing gila).

sebenarnya entry kali ni, bukan ditujukan pada bangsa Perancis jer, tapi jugak pada bangsa2 yang lain. sedar la diri. terutama kita yang melayu ni (aku jawa...), cukup la kita memalukan diri sendiri. dari dulu suruh sedar, tapi masih ada jugak yang buang masa kat Mid Valley tu, sibuk cintan cintun pastu clash (aneh la, lelaki n pempuan sama jer, kalau tgk kat facebook or frenster mesti kecoh kalau clash ngan bf or gf, pastu bgtau kawan2 satu dunia ada yg baru.daaa!!! memualkan!belajar cebok pun tak reti lagi...cuba ada makwe tu senyap jer, tak yah nak gentel2 tangan ke apa, nanti ada rezeki kahwin la..betul tak Mar?). dunia dah nak kiamat ni org dah tak kesah kita ni bangsa apa. yang penting kita ni bangsa yg bertamadun.

dan yang terakhirnya, y-a-t-il une culture qui soit vraiment autochtone? ( wujud ke bangsa yang memang asli punyer?). jawapan nyer TAK!orang asli pun sekarang dah banyak kahwin campur.sekian...

p/s: kalau ada pernyataan diatas yang salah, sila betulkan yer. kita belajar sama2.

Sunday, February 15, 2009

kepada teman-teman wanita diluar sana

salam alaikum.

aku sebenarnya nak tulis pasal WANITA dan KEBEBASAN...tapi aku malas la.kang dikata orang aku ni anti perempuan pulak..nop and never. perempuan tu kan mak aku, akak aku, buah hati aku, anak saudara aku...

tapi aku cukup bengang dgn perempuan2 yang cakap ikut sedap mulut jer. perempuan yang rasa diri dia betul, semua orang salah, yang rasa dia boleh buat apa yang lelaki buat, yang mengatakan diri mereka lemah dan selalu ditindas. tapi dia tak sedar, dia yang heret diri sendiri ke lembah hina. yang mahu kebebasan, tapi biarkan maruah jauh tergolek atas taik anjing...pahit?telan la. tapi kalau kalian tak buat, tak perlu terasa.

ok la, oleh kerana aku malas nak menulis, aku nak perkenalkan korang ngan kak Aliyaa, seorang saudara baru.(aku memang cukup suka baca artikel dia.kagum aku!).kak Aliyaa ada banyak pandangan mengenai orang islam zaman sekarang nih.

artikel beliau yang terbaru, pasal persidangan Musawah yg baru2 ni diadakan di KL, alaaa, kat Malaysia, serambi Mekah tu. saper lagi kalau bukan tok dalang dia Sisters in Islam!diorang ni memang dari dulu "memperjuangkan" hak kaum muslimah, tapi hakikatnya?lu pikir la sendiri! (weh, makcik2 SIS, kak Aliyaa ni kenal islam lambat lagi dari makcik, tapi nampak nya beliau lebih memahami apa itu Islam). so, readers, baca la yer, semoga dapat manfaat bersama.

yer la, semua orang tak betul, aku pun rasa diri sendiri lagi hina dari kalian, tapi apa salahnya masing2 cuba jadi hambaNya yang sebaik mungkin. x rugi...


"wanita itu ibarat mawar, cantik berseri, indah mewangi...tapi indahnya akan pudar bila ia sengaja menjatuhkan kelopak maruahnya ditanah...jangan kan kumbang tak datang, Tuhan pun tak mahu pandang...kadang2 mawar yang berada di taman larangan lebih terjaga dari mereka yang mekar di padang bebas...fikir2 kan la penghulu bidadari sekalian..."

Saturday, February 14, 2009

kau pergi jua...

kau pergi jua,
setelah cinta ku kini membara.
belum sempat kucurahkan kasih ku,
kau pergi tak kembali...

khas kepada Jenab yang telah ku jual semalam...aku mintak maaf kerana terpaksa menyerahkan kau kepada Celine...aku mahu kau hidup bahagia tanpa dua ekor raksasa yang bernama Jasmeen dan Leyla..nanti kalau ada masa aku akan melawat kau..jangan sedih2..bertemu berpisah ada rahmat dan kasihNya...andai ini ujian, terangi lah, kamar kesabaran...pergi la gelita...hadir la cahaya.....(dah merepek!Jenab telah bertukar tuan...kesian dia. cinta pertama ku di Perancis telah pergi. semoga dia bahagia dgn boyfriend yang baru, dan dapat anak banyak2...amin...)



saat indah kita bersama...


dengan tuan dia yang baru.celine. lagi kaya, lagi muda dan lagi bergetah...

Monday, February 9, 2009

Jangan di herdik anak kecil itu...

salam...

Sejuk nyer kat sini. salji ngan ujan turun renyai-renyai. duduk sorang-sorang ditemani tiga makhluk halus ni...ermm...sepi pulak coz semua tidor, sejuk kot...makin menjadi-jadi suasana aku nak mengelamun. tetiba teringat mak dan ayah aku.ngehngehngeh!manja!

Ermm, semua orang tau kan mak dan ayah aku dah tua?kalau tak tau, tahu kan. Ayah umur dalam 73 tahun, mak pulak 61. menghitung hari jer mereka tu. Ermmm, apa yang aku nak cakap ni, mungkin menyentuh perasaan sesetengah pihak, tapi aku cukup-cukup nak tau, macamana kehidupan mereka-mereka yang dah tak der mak ayah. sakit tu aku tahu, tapi macamana mereka boleh biasakan diri?aku tak pernah bayangkan kalau mak dan ayah aku (even siblings aku pun) pergi sebelum aku.

masa sebelum fly dulu, Ustazah Kamariah (lecturer pendidikan sosial kami) ada bawa kami ke rumah anak-anak yatim Nurul Iman kat Setapak. berdebar-debar hati aku. takut emosi tak terkawal. tau je la aku ni. walaupun bertubuh sasa dan kacak terbilang (ecececeh!), tapi lutut jadi lemah kalau mengadap benda-benda kemanusiaan ni. walaupun begitu, ku gagahkan jua kaki ini melangkah.


ustazah Kamariah...

Lepas turun dari bas, jantung kami makin laju berderap. akan berjumpa dengan 'adik-adik' istimewa ni. iyer, mereka istimewa sebab masih cekal meneruskan kehidupan walaupun hidup sebatang kara.


anak ini dah cukup sebati dengan derita...


senyuman gembira tu susah diukir bagi mereka...

Rumah anak-anak yatim Nurul Iman ni sebenarnya dua biji rumah semi D yang disewakan untuk anak-anak tu. Satu rumah untuk perempuan, satu rumah untuk lelaki. (di SEWA kan yer, bukan di WAKAFkan!so, kalau pengetua tak der duit nak bayar sewa, anak-anak tu akan hidup bergentayangan di tepi-tepi jalan).

kelihatan anak-anak kecil berpakai seragam berwarna unggu menanti kami. muka takut-takut. mungkin wajah-wajah asing seperti kami yang makan dan pakai secukup rasa ni seperti raksasa bagi mereka.

Puan pengetua (maaf, aku lupa nama dia) menyambut kami...aduhh, sebak nyer jiwa aku ni, budak-budak lelaki masing-masing berwajah comot, berebut-rebut bersalaman dengan kami. yang perempuan, kecil-kecil jer memberanikan diri bersalaman dengan kakak-kakak.

kami diberi masa untuk suai kenal. anak-anak ini dipecahkan mengikut group masing-masing. tapi ada seorang budak lelaki ni, dia yang paling kecil antara rakan-rakan dia. tak silap aku umur dia baru 6 tahun. dia tak nak lepaskan kaki aku. "saya nak kumpulan dengan abang"...


adik kerdil tu yang ditengah-tengah

masa tu aku jahat!aku mengutuk-ngutuk diri aku masa tu!Astaghfirullah al Azim. aku cakap "adik, adik kumpulan lain, group abang dah penuh...weh!saper punya budak ni, gi amik pergi kat group dia!". aku memang cukup rimas kalau ada budak-budak yang manja sangat hingga melekat dengan aku. entah, anak-anak itu comel bila ia berdikari...dia tak lepaskan tangan dia kat kaki aku. tinggi dia lepas lutut aku jer, pakai baju unggu yang dah comot. songkok lusuh yang aku tak tahu bila dia buka. bau dia pun seperti bau peluh orang tak mandi lama. rambut dia kusut masai. kulit dia coklat dan comot sana sini. dia bukan watak drama melayu, tapi kalau dia berlakon dalam cerita "anak yatim" mesti dia boleh bawak watak tu dengan baik.

kenapa aku jahat sangat masa tu?mana pergi sifat ihsan dan insan aku?kemudian aku terbayang-bayang anak-anak saudara aku yang lain, "macamana kalau budak ini anak saudara aku?kesian dia..." nasib baik Allah sedarkan aku. sapa la aku nak menolak antara hambaNya yang istimewa ni, nanti kalau aku ditolak Allah?nauzubillah....

"adik, masuk la group abang.meh kita pergi buat bulatan kat dalam rumah..." aku cuba pujuk budak kecil tu...dia menangis...teresak-esak...mendayu-dayu... rasa bersalah menerpa lubuk hati aku. errr, aku dah sakitkan hati budak tu. sudah la hidup dia cukup derita tanpa ayah dan ibu, berhimpit-himpit dalam rumah kecil ni dengan 30 orang penghuni yang lain. kenapa mesti ditambah derita tu. budak kecil tu lari ke tempat lain, di pujuk oleh kakak-kakak yang memang bersifat keibuan. sungguh, hati aku rasa tak senang, kalau budak tu tak redha dengan aku, habisla hidup ku...



program berjalan seperti biasa. anak-anak ni sangat aktif. ada antara mereka yang bercerita, bernasyid, berjenaka. mereka pun bukan calang-calang orang. ada yang dapat nombor satu dalam kelas, ada yang wakil daerah bola sepak, bola baling dan macam-macam lagi. juga ada sepasang kembar yang begitu berminat nak belajar bahasa perancis, aduh...letih juga aku dibuatnyer. tapi kalau aku dah jadi cikgu nanti, bukan sepasang kembar je akan aku ajar, malah beratus-ratus manusia dengan 1001 perangai.bersabar la. itu jer kunci kehidupan yang tenang!

dalam kami sibuk bersukan neka tu, aku tercari-cari kelibat budak tu. owhh, dia kat belakang aku jer. aku ke timur dia ke timur, aku ke barat dia kebarat. lega aku, maksudnya dia dah tak kecik hati dengan aku lagi. ermmm, mak pun ada cakap, anak-anak senang dengan aku. anak-anak saudara aku pun akan 'memburu' aku dulu kalau mereka balik kampung. orang kata nanti banyak rezeki. mudah-mudahan...

ada adik perempuan kecil yang sangat comel. dua orang. kalau tak silap nama mereka Fatin dan Ain. "best nyer hari ni!akak dan abang nanti datang la lagi...". iyer adik-adik..kami tak berani janji...itu semua urusan Tuhan, takut nanti ada lagi hati yang terluka andai kami kata kami akan kembali sekian hari...

saat berpisah pun tiba. ada kakak-kakak yang tak dapat menahan juntaian air mata. ada yang dapat surat dari adik-adik...ada juga adik-adik yang merenung kami dengan wajah berkaca-kaca. tapi adik kecil yang manja tu hilang, mungkin dia tak sanggup melihat perpisahan yang memang dah ditakdirkan ni..aku sendiri menahan sebak. tapi ego lelaki tu menahan empangan ini pecah. (bagus juga jadi lelaki, tak der la buang tisu!).

aku berdoa, agar anak-anak ini mendapat rahmat dariNya. sebagaimana Dia memberi jalan kepada rasulNya yang juga yatim piatu itu. adik-adik, doakan kami agar kita semua berjaya, doa orang-orang seperti kalian biasanya makbul. mungkin satu hari nanti kita berjumpa, ada diantara kalian yang sudah mencipta nama. Jangan lupa kami yer!Mungkin pertemuan seterusnya nanti, abang pula menjadi yatim piatu seperti kalian...


Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim… (al-Maun: 1-2)

lompat si katak lompat

"sautez les grenouilles!sautez!"

lompat si katak lompat!lompat la tinggi-tinggi!biar sampai tenggelam jatuh dalam perigi!

korang nak tau apa yang aku nak cakap hari nih?aku BOSAN dengan politik tanah air.BOSAN ler!mengada-ngada!kalau politik tu adalah 'manusia', dah lama aku sepak terajang!

je ne suis ni tendance droite ni gauche heuh!buat apa?tak guna makcik Zabedah bertongkat memangkah 'parti' itu, tapi akhirnya katak melompat parti. ca n'a aucun interet!

yg si mata terkenyit-kenyit,
yang si rembulan dah lupa memancar,
yang roket sibuk berapi-api,
yang dacing?pun nak tersenget-senget!

parti yang ni kata nak 'keadilan' semua orang, hakikat?perjuangan individu!dari dulu sebenarnya aku perhatikan parti yang ni, aku dah agak.dulu bukan main kutuk member-member dia, pastu dah terjilat balik ludah berkahak tu!

satu parti ni dah tak cakap pasal islam dah, kalau bukak laman web pun sibuk duk kutuk orang sana sini, nak menang pilihanraya sana sini. pimpinan ntah ke mana, usrah ntah ke mana, perjuangan entah kemana. pakcik oii, bukan awak sorang yang masuk syurga!tapi, aku sayang TOK GURU!!!

yang parti lagi satu ni pun, entah apa-apa, "saya boleh satu payung dengan awak, tapi dengan syarat la, biar saya kat tengah-tengah!awak pun leh tumpang sekejap jer tau, kalau nak duduk bawah payung ni, awak kena ikut jer saya pergi mana-mana. boleh?saya takut basah maaa!".paham ke kiasan aku ni?x paham sudah.

yang parti lagi satu nih, dah molek la.memang seronok kalau baca sejarah dia masa kita nak merdeka dulu. memang yang benar-benar la!tapi zaman sekarang ni, pemimpin nyer pun mcm budak-budak. itu la ini la...ingat, kalau buat banyak sangat cekadak, abis duit rakyat tau tak!


dah tu apa yang boleh dipilih?aku ni dah tua, berumur lebih 21 tahun.dah memang wajib kena pikir benda-benda ni.pour l'instant, aku akan letak politik tanah air tu kat atas gunung everest, so sekarang ni aku tumpuka pada exam aku jer. tu yang penting utk aku sebagai penuntut berbiasiswa Malaysia.ok?


pssstt!tau tak?dari sibuk-sibuk kat Malaysia tu pasal benda-benda nih, baik tumpukan pada masalah umat yang lebih global!ingat, kiamat bukan kat Mekah jer, dekat timur Lestee pun kiamat nyer serentak!

sebelum pergi, nah, ni ada video klip comel..comel la coz budak2 yg melompat, cuba kalau orang tua yang melompat?BUROK tau tak?



Saturday, February 7, 2009

tetamu kecil

salam...

Pagi tadi, lepas solat subuh (hari nih semayang ngan gajah!terlewat, coz semalam tengok majalah tiga sampai pukul 2 pagi) telefon aku berdering...adoilaa, saper la ni rajin sangat telefon, kalau kat Malaysia dulu, kalau tak KakLong, mesti Kak Teh, kalau tak pun Kak Ijah yang suka "menganggu" ketenteraman pagi sabtu aku...yang ni saper pulak?

Owh, Josalyn, kawan aku dari Nigeria nih, minah ni dah bangun ke?ajaib, biasa diorang ni membuta sampai petang kalau cuti-cuti nih. "Hamzah, Larissa nak datang sini, dia bawak baby dia sekali"...apa???Larissa bawak baby dia?terlonjak-lonjak aku kegirangan!Larissa adalah kakak angkat aku, dia dari Ivory Coast, bekas model ni bersuamikan seorang doktor perancis (bersedudukan sebenarnya). dah lama tak jumpa dia, coz dia dah tak belajar lagi dengan kami. anak dia lahir masa aku kat London haritu.hehehe!sukanya aku dapat jumpa baby!

ermm, apa la aku nak masak kan baby nih, sebenarnya tuk mak dia. nasib baik aku dah siap2 beli udang ngan kupang (moule), so aku rasa buat paella la senang... (paella ni sejenis nasi sepanyol macam nasi beriani la, cuma guna seafood jer, yang ni jenis paella valenciana, dekat valencia dia punya kupang lagi besar.)



Paella...ignore la heh kunyit yg tertumpah tu, biasalah orang bujang masak, selekeh sket, tapi rasa nya meletup sampai terangkat otak!

Larissa sampai dengan baby dia..ya Allah!comel nyer budak nih!anak kacuk, mana tak comel...nama dia Elsa..apa ntah nama penuh dia, tergeliat lidah aku sebut. comel nyer budak nih..alahai, rindu aku ngan anak-anak sedara aku...si Elsa ni akan panggil aku Tonton Hamzah (pakcik Hamzah). macam bunyi turtle jer.ngehngehngeh!


alalala, Elsa nih...rasa nak masukkan dalam botol pastu hanyutkan kat sungai jer...


dengan mak dia...itam campur putih jadilah coklat susu...


ermm..anak kecil. suci jer bayi.aku pun nak ada bayi. anak aku sendiri. tapi masih sibuk belajar kenal dunia..nanti la, insya'allah, tetamu kecil itu akan datang jugak dalam hidup aku...






p/s : buat masa sekarang nih, tinggal dua ekor kucing yg pemalas dan nakal ni je la jadi teman aku.Leyla ngan Jasmeen ni tau nyermelompat-lompat jer, kalau marah tau pulak merajuk.seharian tak keluar dari bawah katil...si Jenab akan diambil keluarga angkat dia tak lama lagi...kurang dah satu keluarga aku...

Thursday, February 5, 2009

Sang Bujang Senang ou Monsieur Célibataire Heureux

assalamualaikum.

seperti yang dijanjikan,pada hari nih,pak Anjut akan menceritakan sebuah cerita hikayat yang cukup terkenal di pulau Borneo, atau di Serawak. cerita ini berkisarkan seekor buaya yang besar bernama Bujang Senang.

Bujang Senang pada asalnya adalah seorang pahlawan iban yang cukup terkenal. namanya Simalungun. pada zaman tersebut, perang berlaku disetiap bahagian Serawak. ketika Simalungun pergi berperang, sekumpulan musuh datang ke kampung nyer di tebing sungai Batang Lupar. mereka membunuh semua ahli keluarga Simalungun. bila aku kata "SEMUA" bermaksud segala datuk nenek serta cucu cicit hatta kucing peliharaan Simulungun pun mati dibunuh...sadis betul mereka itu seperti zionis...

nak dijadikan cerita, Simulungun pun naik berang la bila dia jumpa ahli keluarga dia semua mati dibunuh...lalu dia pun pergi ke sebuah gua (sebenarnya merajuk kot...) untuk bertapa. selama dua tahun bertapa, dia pun keluar dari gua tu. orang-orang zaman dahulu percaya benda-benda syirik nih, diamintak dijelmakan sebagai buaya putih. menetap la beliau di sungai Batang Lupar dan sungai-sungai sekitarnya seperti sungai Rajang dan sungai Serawak. dikhabarkan, beliau boleh menghidu bau keturunan orang yang membunuh keluarga nya.jadi,mana-mana ahli keluarga pembunuh tu yang nak cuci kain ke, nak mandi ke, nak menjala ke apa, abis di ngapp oleh Encik Bujang Senang nih...

Panjang makhluk nih leh mencecah lebih 10 meter! seperti panjangnya bas transnasional gamaknya. dan ia jugak boleh hidup lebih 200 tahun. tua-tua keladi tu! walaupun namanya "Bujang Senang", ia tidak la sentiasa bujang coz ada jer banyak keturunan buaya besar-besar kat sungai-sungai serawak tu, juga dia tak ler sentiasa 'senang' bila semua orang memburu dirinya untuk keselamatan atau dibuat kasut Bonia. dilaporkan pada 1992, seekor Bujang Senang berjaya dibunuh di sungai tersebut yang berukuran 6 meter panjang dan tengkoraknya di pamerkan di Muzium Serawak.

pengajaran yang boleh dikutip dari cerita ini adalah : janganla kita menyimpan dendam dijiwa, kelak binasa..ceewahhh!tegok la Simulungun tu, sebab dia dendam sangat ngan orang-orang yg bunuh keluarga dia, dia sanggup berubah jadi buaya...lepas tu, sanggup membunuh sesiapa sahaja walaupun tak der kaitan. besar kan akibat dendam...



untuk versi Perancis:

Aujourd’hui je vais vous raconter une histoire très connue en Malaisie. Cette histoire est un des centaines contes chez moi. il s’agit d’un grand crocodile qui s’appelait « Bujang Senang » .

Il était une fois, dans un village à cote de la rivière Batang Lupar, Sarawak, un guerrier ibanais, Simalungun, partit a la guerre. Pendant qu’il fut a la guerre, il y’avait un groupe de ses rivaux tuèrent tous membres de sa famille. Simalungun ne fut pas content, il jura de tuer tous ces coupables. Et avant de réaliser son aveu, il alla à un cave. Il se reposa pendant deux ans dans ce cave sans manger ni boire. Apres deux ans, il transforma à un si grand crocodile. Il alla manger tous les gens qui passèrent cette rivière, surtout les familles de ses rivaux.

On dit que ce type de crocodile est blanc. Ils sont si grands avec leur taille chacun d’un bus, ca fait environs 10 mètres ! Ils pourraient vivre jusqu'à 200 ans. Dans un musée de Sarawak, il y a un crâne de Bujang Senang qui a été tué en 1992, on croit que ce monsieur a mangé au moins 48 villageois entre 1960-1992 ! Voila l’histoire ! La valeur morale qu’on peut trouver dans cette histoire est, on ne peut pas garder son haine pour longtemps, ca va exploser et chaque haine demande au moins une victime. Parfois, cela devient encore plus pire…


Kenapa tiba-tiba cerita pasal Bujang Senang ni? sebab esok aku ada kelas litterature francophone (sastera bahasa perancis tapi kali ni dari negara-negara lain yang bertutur bahasa Perancis). kami kena cari satu cerita dongeng dari negara masing-masing...aku buntu, lantas menaip di google pasal Bujang Senang,voila!ni la hasilnya! aku tak sabar nak dengar cerita-cerita dongeng dari kawan-kawan negara lain...sebab apa?sebab melalui penceritaan klasik tersebut, kita dapat bayangkan cara hidup diorang dan keadaan negara mereka.


ermm...kalau la aku si Bujang Senang tu, aku akan pergi jumpa orang yang bunuh keluarga aku tu. kan seronok kalau hudud ada, boleh la aku dengan legal nya membunuh balik orang itu, tapi buat masa sekarang ni, aku rasa aku akan minta wang darah (hukum ta'zir plak..pakcik kayo!!!) dan maafkan je la orang tu. semudah tu? yer semudah tu...cukupla orang yang dah mati tu, kenapa nak bazir kain kapan?memaafkan memang la sukar. tapi aku rasa keluarga aku pun akan sedih kalau mereka tahu aku ada dendam yang menebal, mungkin mereka pun gembira meninggal dunia awal coz kurang buat dosa.(kalau aku baca balik,macam takbetuljer apa yang aku tulis ni).

kesimpulannya macam ni la, walau macam mana pun keadaannya, aku takkan membunuh. coz aku tau, nanti aku akan terhantu-hantu sendiri pengalaman membunuh tu, seterusnya jadi gila. kecuali la aku berjihad dekat tebing Gaza tu, dengan sukarela nyer aku membunuh zionis-zionis jahanam tu. (nak berjihad pun ada syarat, jangan membunuh kerana kita bengang dengan musuh tu, membunuh la kerana musuh itu memerangi Tuhan).

ok la, sampai disini la dahulu cerita yang aku bawakan, semoga bertemu kembali dalam rancangan "bercerihik bersama Pak Anjut"! au revoir!

P/S: dari memburu Bujang Senang yang dah tak kacau kita hadas kecik kat sungai tu, baik diburu Buaya Darat yang bersepah-sepah kat luar tu...

Monday, February 2, 2009

aku nak makan....tapi malas buat...

salam semua.

malam-malam buta ni, tetiba teringat pulak kat potongan-potongan kek yang Ilani buat tuk papa dia tu...antara kek yang paling aku suka dan aku rasa aku makan separuh dari kek tu (aku sajer sorokkan dari bebudak ni dan cakap kek tu tak sedap!hehe!kantoi daaa!!!). nama kek tu kata nani, kek Lumut.

sejenis kek kukus yang berwarna hijau (nama pun lumut, x kan kaler merah pulak kan?). asal mana aku pun tak tau. aku suka kaler dan rasa dia. teringat mak aku. dia suka kaler hijau nih...(ermm, segala barang mak aku kaler hijau, shrek pun tak macam tu , tapi aku bukan kata mak aku)...tetiba tangan aku gatal menaip YM kat Nani, resepi dia.

kuih lumut (gambar dari blog kak dayang)

Weh, ni aku sajer jer tau letak kat blog coz in case of kertas resepi ni hilang.

bahan-bahan :

1 2/3 butter
1 gelas gula (biasa org guna sukatan "secawan", tapi kat france guna gelas kot...)
1 gelas tepung
1 gelas susu pekat manis
1 gelas horlicks (utk sapa2 yg tinggal kat Ghana tu, takder horlicks, leh ganti ngan nestum or apa2 cereal yg dikisar halus)
10 biji telur (kalau guna telur puyuh, dalam 30 biji la, lepas tu pengsan jgn cakap aku yg cadangkan!)
perwarna (oleh kerana nama dia lumut, guna kaler hijau ler. kalau nak letak nama pelangi, ko letak la kaler apa2 pun)

adoi, tgk bahan2 dia tu, terbayang2 kalori2 kat kepala aku. tapi tak per, bukan makan selalu!

cara-cara:

campurkan butter ngan gula tu, pukul sampai sebati dan kembang.
campur segelas tepung tu (lagi bagus kalau yang ada serbuk penaik)
campur pulak susu pekat manis
pastu campur horlicks atau cereal tu
masukkan 10 biji telur ayam tu, tapi masuk satu persatu...campur sedikit perwarna nak bagi sesuai ngan nama.

hah, segala benda dah masuk and sebati, letak dalam acuan pengukus, pastu kukus la dalam masa 2-3 jam. tapi kata Nani dalam 1 1/2 jam pun dah ok la.

owh yer, Nani kata ada tambahan. baca bismillah ngn selawat masa nak mula tu. kalau nak baca mathurat pun bleh, tapi menetas pulak telur tu nanti(yg ni aku cakap)...

ok?dah siap semua?tadaaaa!!!kuih LUMUT!letakkan lumut2 yg anda dapati kat tepi2 batu tu sebagai hiasan.


*aku terjumpa beberapa masalah kat sini. yg pertama, aku TAK DER pengukus!(hadiah besday aku korang kumpul duit ramai2 belikan aku oven atau pengukus heh, merci...).. yang kedua, aku MALAS...so, kepada sesiapa yg sudi buatkan tu, sila lah email kepada aku yer, aku akan bagi segala perbelanjaan, tapi pengukus pandai2 la cari yer.ok..itu jer..utk entry yg akan dtg, aku nak share satu cerita. sabar yer...

Sunday, February 1, 2009

itu la, kalau suka bertindak luar kawalan..

salam semua.

kalau menulis, perlu la ada isi, dan kalau ada isi, perlulah bernas.

ada seorang member aku (obviously u can see his name here) tu suruh baca blog kat sorang bdk kolej aku nih. it's something bout converting religion ler.so aku meluap2 la..kenapa ada org nak lari dari agama kita yg dicintai ni...aku tak nak la jadi kes lina joy or adibah ahmad tu..

so, aku baca la...tapi aku banyak keliru la. kisah dia bermula "ada seorang ustaz tu, konon2nya dia nak ugut bdk nih, supaya tukar agama, kalau tak dia bunuh bdk nih (ustaz tu berlakon la kiranya) dan apa bdk ni nak buat?". budak tu jawap "hey, saya selamatkan adik saya pastu saya bunuh ustaz la coz fanatik agama!". yg aku nampak, perkataan USTAZ, TUKAR AGAMA dan BUNUH USTAZ. dlm entry tu ada banyak lagi dia cerita, pasal mak bapak dia, dan pasal adik pempuan dia tu...memang aku terharu la, coz dia sgt sayang keluarga dia.

so, aku pun mcm melenting la, sbb bdk nih dulu pernah kena rumours yg dia mmg nak tukar agama, masa tu aku tak percaya la, tapi lps aku tgk tajuk entry dia yg mencuurigakan (dia dah tukar tajuk dia) aku pun bersilat la.silat punya silat, tergeliat!aku baca balik entry dia tu siap amik isi2 penting. yesss!bdk tu x der pun nak masuk agama lain sbnrnya, cuma dia bertanya jer "apa yang korang akan lakukan jika aku masuk kristian?". (hakikatnya, mmg tak bleh ckp mcm tu pun...). aku jawap "kau layak dibunuh la!" and ada la lagi berjela2 aku tulis.

perkara ni membawa aku kepada cerita keluarga yassir dan sumayyah, yg disiksa oleh org2 quraisy supaya menukar kepada agama jahiliah. mereka tetap dengan islam. tapi menurut satu sumber, seorang anak mereka ada mengaku keluar islam sebab dah tak tahan disiksa, tapi niat dihati dia masih lagi islam, ini ada ulamak yg berpendapat 'boleh' utk menyelamatkan nyawa. hey, keampuanan itukan milik Allah..tapi aku percaya anak dia tu dah bertaubat berkali2.

so kesimpulannya, jgn cepat melenting, nilai sesuatu benda itu dgn sabar dan penuh hikmah..ingt, ikut hati mati, ikut nafsu lesu, ikut jiwa merana..so, ikutla islam...wassalam.

kepada bdk tu, aku mintak maaf sbb salah terjemah entry ko. semoga kita semua dilindungiNya...aminnnn...