Tuesday, January 6, 2009

zaman dulu...

salam, dah beberapa hari budak2 darjah satu start sekolah. jap, saper yer anak sedara aku darjah satu tahun nih?ayub kot?ntah, lupa umur diorang.maafkan pak Anjut yer anak.hehehe!

kenangan2 masa sekolah memang seronok. masa tu excited nak pakai baju baru, nak jumpa kawan baru, berdebar2 nak jumpa cikgu. untuk murid2 darjah satu, mesti kena banyak pensel warna. mewarna je la sepanjang hari, sampai rasa nak termuntah2.tapi ada jugak cerita2 yang membuat kita insaf...

hari nih aku nak cerita pasal seorang kawan aku masa kecik (sempat ke jadi kawan?)...ini cerita benar...

Masa tu aku darjah 1 Merah. mula2 aku rasa excited coz suasana baru, last2 aku dok nangis jer teringat kat umah (jgn pandang aku mcm tu, merah pipi...mcm la korang tak penah nangis time darjah satu?). so, mak pun terpaksa tunggu kat luar kelas. cikgu tulis 'B.O.L.A' aku tulis, tapi mata pandang luar, mak aku x der peluang nak hilangkan diri pun. kalau aku perasan mak ilang, aku akan jerit sekuat hati bagai sekolah tu beta yang punya!

satu hari tu, aku perasan mak aku ilang. aku nak nangis, tapi penat la..aku diam jer, air mata jer mengalir. cikgu math aku, cikgu Radzion dtg kat aku ' Mak awak pegi buang air kecil la, jangan la nangis, semua orang kat sini tak makan orang pun'. dalam hati aku 'yer la tu, mak aku cakap ramai orang jahat kat luar, kau nih pun ada ciri2, ngan misai melentik!seram aku!'

"cuba awak tgk Hani, dia perempuan, kecik lagi dari awak, tapi tak pernah nangis pun" sambung cikgu Radzion.

Hani adalah murid paling kecil dalam kelas aku. dia ada bangku khas, mata dia kuyu, rambut dia panjang tak terurus.yup, aku memang tak pernah dengar dia bersuara, mungkin bisu, wallahualam...dia jugak tak pernah menulis apa2...ayah cakap dia 'istimewa', aku tak paham, ada agi org lg 'istimewa' dari aku?x leh jadi nih.

aku tau, Hani tinggal kat kawasan estet dekat ngan Machap, kalau tak silap nama tempat tu Sinma. tengok dari pakaian dia, aku tau dia orang kurang mampu.baju dia besar, warna dah kekuningan, mesti orang sedekah kan..kasut dia?dia tak pakai kasut..dia pakai selipar jepun dia..tu pun da buruk (samada tak da saiz dia atau dia memang kurang mampu...). beg dia koyak2, bau dia pun...tak baik bukak aib...tapi ini untuk pengajaran...

selalu jugak aku perasan Hani tak dtg sekolah. orang kata dia sakit.ada yang kata dia tertinggal bas (dari Sinma ke SK Ayer Hitam, perlu bangun seawal 5.30 pagi..sanggup?).

tiba2 seminggu Hani tak datang sekolah. aku pun rasa nak menyebok la...aku tanya rakan2...tiba2 ustazah Norlela masuk kelas, "mari kita sama2 bacakan Al-Fatihah utk sahabt kita Hani (lupa nama sebenar) yang telah kembali ke rahmatullah semalam..."...terkedu aku...

Hani masih kecil, kenapa Tuhan ambil dia?mak kata sebab Tuhan sayang dia...tapi kenapa dia mati?

Masa tu heboh satu Ayer Hitam, seorang perempuan ditangkap sebab mendera anak tiri dia sehingga menyebabkan kematian...Hani?

yup...Hani dah tak da mak, bapak dia kahwin baru. mak tiri dia garang. seorang saksi bgtau, dia nampak mak tiri Hani seksa dia, dan sebat dengan kayu. dia tanya, "apa awak buat nih?"...mak tiri dia cakap "budak nih hah, tadi dah makan laici dalam tin tu, ni dia nak lagi!tamak betul!"....orang ramai tak boleh buat apa..nanti di hambur maki hamun oleh perempuan zalim tu.

laici dalam tin adalah makanan mahal bagi keluarga Hani. lepas kejadian tu, Hani tak boleh bergerak, dia memang dah sedia ada lemah...lepas teruk kena pukul?u imagine it...sebab tu dia tak ke sekolah.

Allah tau, Hani tak mampu lagi tanggung derita. Dia panggil Hani utk sama2 denganNya, dengan ibunya...bapak dia?entah...tak da saper tau.

masa tu aku kecik sgt nak nilai erti kematian, bg aku, biar la Hani mati dari terseksa.

kawan-kawan, biar la kita miskin...biar la kita kaya raya...kenapa kita mesti menyakiti orang lain?kita pun tak suka dianiaya kan?walaupun mereka bukan darah daging kita, sapa tau kalau2 doa mereka lebih makbul dari kita?

Al-Fatihah untuk Hani...

itu baru cerita Hani di Malaysia, di depan mata aku...mcmana plak cerita Hussein dan kawan2 dia kat Palestin?aku tak sanggup nak dengar...


5 comments:

amel said...

Anjut... ko buat aku nak nangis la.
aku tak sempat tegur die secara mesra pun tau masa tu... ye la, aku pun gembing jugak masa darjah 1. takut2 nak tegur orang.

Al-fatihah utk arwah Hani..

anjut said...

huhuhu...kesian kita, kecik2 da ada kwn yg meninggal...

Trishomachine. said...

I taught Year 1 classes last year and yes, I did see children like Hani. At some point, it did occur to me that school was probably the safest and happiest place for them. Kesian kan? There's nothing much I could do except to give my best when Im around.

suki.dezuka said...

anjut..aku pun penah experience bende yg same, mase aku kecik aku sekolah kg, ramai org2 yg miskin senaseb cam hani..cume takde la dera2 ni..tapi poverty tu ade...bile tringat balik aku ni bruntung sgt....sgt bruntung..harap aku tak lupe diri n trus menadah tangan untuk bersyukur...

anjut said...

kak sawitri n dasuki = yup, sbb tu ada bdk2 lg suka duduk sekolah..kat sekolah semua ada..ini la cabaran dunia pendidikan, kita cuba mendidik, tp kdg2 org yg kat rumah tak bg environment yg kondusif tuk anak2...lg teruk yg sanggup mendera...