Wednesday, January 14, 2009

tak amerika la!!!!

salam sejahtera semua.

sebenarnya perut aku nih rasa 'mengening' (javanese,= rasa penuh). semalam makan nasi lemak, Marc buat nasi (sedap hingga menjilat telinga!), Ayie buat ayam KFC dan aku diberi tugas buat samba sotong...makan la kami tiga jejaka pingitan..ngap ngap ngap, x sedar dah berapa pinggan aku telan, tp x pe, Ayie makan lagi BANYAKKKKK!!!so aku tak bimbang kalau perut aku 'mengandung' anak 5 bulan ke apa, coz ada orang dah 'mengandung' sembilan bulan!ngeh ngeh ngeh!!!

ok, sebenarnya hari nih, aku nak bercerita pasal boikot-memboikot ni lagi...aku rasa baik aku paste apa yg aku tulis kat frenster tu kat sini kan?
"Salam..alalala!poyos ler, nak boikot pun susah ker?banyak sangat alasan, tu la trademark kita org melayu islam (melayu=banyak alasan)!!!kalau da tengok sampai bertan2 daging kat palestin meletop, pun tak sedar2!suruh berjihad, lembik (ckp kat diri sendiri jugak)!buat benda sekelumity kecik nih pun tak nak?
takut sangat kalau tak pakai baju jenama 'banana republic'?baju tom abg saufi smart apa?x amerika la heh?
takut sgt muka tak licin kalau tak pakai 'clinique'?takutt kwn2 kutuk pakai pencuci muka murah?air semayang pun cukup la...
takut badan busuk ke kalo tak guna 'estee lauder'?
takut mati kelaparan kalo tak makan meggi?jenama adabi kan ada?kat france pakai jenama 'Koka' org veitnam buat!
takut kena gelar kolot kalo tak minum coke?
takut org kata tak reti ckp english la kalau tak baca the sun?
anak2 kalo tak tgk katun n beli brg 'disney', nanti org kata kampung?
tak makan Pizza hut n McD nanti kebulur?mcm la kaya sgt, hari2 mkn!masak ler sendiri kat umah...
takut ramai org islam kena buang kerja?kan ke ada kontrak, senang2 kena buang?pasal kita islam?pilih la 'kerja tuk israel n kerja utk umat islam'?mana?
jangan la mcm tu..kita tak rasa kena bom..kita tak tau derita...aku pernah kena belah2 kaki nih pun da tau azab nyer...paling tidak, 'sunat'!x kan tak tau sakit kena pisau?ni plak bom!
tapi mcm kalau komputer tu, x kan x beli kan?selain mac n intel, mana ada lagi org islam yg buat jenama sendiri.salah kita la coz tak berusaha!jd consumer jer tau, suruh buat tak reti...rugi je belajar tinggi2...aku pun sama.
ini usaha yg mampu kita lakukan,,sedikit jer, tapi baik sedikit dari tidak kan?org kafir kat luar nih pun boikot, kenapa bukan kita?
dulu aku pun pakai jenama2 terkenal tu, sekarang rasa tak perlu pun..cari la lternatif lain, cari yg buatan uganda ke, italy ke, thailand ke...
nah, madu di tangan kanan kita, racun di tangan kiri kita...pilih la...
ini masalah kita bersama..tolong la...tolong....
utk melihat perkembangn boikot dan kata2 Dr. Yousuf Al-Qaradawi dan kenapa kita boikot, g kat linknih..
http://www.saudigazette.com.sa............= home.regcon&contentID=2009011126389
kalo nak tau list yg kena boikot, tgk kat sini (kalau da terbeli tu, pakai je la, nanti lain kali jgnbeli)
s emoga usaha kita nih mendapat berkat dari Tuhan..aminnn.."


terima kasih kepada beberapa orang yg turut repost buletin nih...semoga di rahmati...


Rakan2 sekalian, aku repost balik buletin nih, sebab aku rasa tak senang hati dgn sebuah (sbnrnya banyak) post yg menanggap 'boikot-memboikot' nih macam tak der guna...sayu dan sakit hati aku....


kenapa kita nak bagi lagi alasan?dah terang lagi bersuluh, semua ulamak pun dah jatuhkan 'Darurat dan kena BOIKOT'!!!

jangan jadi YAHUDI, suka bagi banyak alasan. ingat peristiwa lembu dalam surah Baqarah?

kalau kita tak nak boikot, OK FINE!!!BUT PLEASE DON"T PUBLISH ANY STATEMENT ON "BOYCOTT IS NOT A SOLUTION"....bukan setakat perbuatan dan kata2 kita jer yg kena nilai kat akhirat nanti, penulisan kita pun...nauzubillah...

44. وَنَادَىٰ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ أَصْحَابَ النَّارِ أَنْ قَدْ وَجَدْنَا مَا وَعَدَنَا رَبُّنَا حَقًّا فَهَلْ وَجَدْتُمْ مَا وَعَدَ رَبُّكُمْ حَقًّا ۖ قَالُوا نَعَمْ ۚ فَأَذَّنَ مُؤَذِّنٌ بَيْنَهُمْ أَنْ لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ
Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli Neraka dengan berkata: Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?. Mereka menjawab: Benar ada. Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim.
45. الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا وَهُمْ بِالْآخِرَةِ كَافِرُونَ
Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat.


surah al-araf,44-45..sumber al-quran.


saper pernah tengok "budak kelantan"?



babak masa Jaha (dlm cerita nih, dia watak antagonis, suka dadah, berzina, dan SUKA barang2 amerika, sampai kawan dia kalau nampak dia tak guna brg amerika,cth:coca cola,kawan dia akan kata "x Amerika la weiii!!!") suruh kawan dia yg tgh drive tu berenti kat masjid coz kawan dia, Buchek (Danny X Factor) nak sembahyang.

kawan dia pelik dgn Jaha. pastu Jaha cakap "kito jahat pum, jange nok larang org lain buat kebaikey"(mana cikgu grammar Kelantan aku nih?) maksud dia, "kita kalau nak jadi jahat pun, jangan la larang orang lain nak buat kebaikan"...

aku dgr ERA dan HOTfm, tapi aku tak larang orang lain dgr IKIM pun (contoh mudah).


boikot ni tak susah, kita semua kan cerdik, kita boikot bertempat la kan?aku ada kawan2 yg belajar kat US, x kan aku boikot diorang kan?aku ada kakak angkat (u-know-her-but-no-offense-huh) yg nak kawin ngan org amerika (askar lagi tuh!), aku tak boikot pun, lagi aku bangga coz dia dapat salurkan berita pasal islam dan keadaan kita semua. aku ada abg ipar yg pernah kerja kat Arizona US, n manager Intel plak tu(salah satu yg diboikot!!!!) x kan aku nak boikot kan?semua bertempat!guna otak kita yg nak dekat sama besar otak beruk nih (kasar ke?)...

ok?

salam boikot dari aku!!!

1 comment:

kudabesi said...

betol..

lagi satu aku tak suke klu org cakap 'ape la pakai batu jer lawan keta kebal'

wpon dorg pkai batu tp dorg bjuang gak

dorg pkai batu sbb tu je dorg mampu..