Tuesday, January 27, 2009

sekolah, membaca,senam, kampung,sunyi, boikot

salam semua


sekolah

Harini kelas bermula. semester baru dan semangat kurit baru...kelas pukul 8 pagi tadi pastu maraton sampai 12.30, pastu sambung balik pukul 4.30 sampai 6.30 petang. kalau bukan status jantan, mesti aku dah semput.

sepatutnya malam ni kena khatam satu novel coz pagi tadi Encik Galvez dah tanya2 buku apa aku baca. apa buku aku baca?tak der...pemalas sket aku. ingat lagi masa sem lepas aku jawap kat cikgu sastera moden aku "saya tak suka membaca sbb sekarang nih ada TV, buat apa nak susah2 baca kalau kita leh tengok jer depan mata kita?" agak kurang hajar la kata2 aku tu, sampai cikgu tu pun terkebil2 mata. memang betul pun, aku pemalas...

membaca

ermm, kena ubah tu, kerajaan hantar aku kat sini suruh bersungguh belajar, duit yang dia bagi tu pun khusus untuk pembelajaran aku (melancong ke negara orang pun dikira belajar la jugak, bukan aku gi menggatal pun...). pastu, Islam pun ada ajar kan, 'tuntut la ilmu dari kandungan ke liang lahad' dan jatuh hukum wajib kepada umat islam. surah pertama pun sebut 'BACALAH', haaa, tu pun aku tak sedar2 lagi...aku+pemalas=biasa la tu...terkedu aku masa Encik Galvez cakap 'on ne peut pas vivre sans lire!' = "kita tak leh hidup tanpa membaca"..kesian kak siti nyanyi lagu 'membaca', so..susah sangat ke anjut oiii?bacalah!merepek meraban kat blog bleh pulak...

senam

sekarang nih dah nak abis musim sejuk, ada can a aku nak berjogging. haritu nak main bola, sekali tengok orang perancis yg main stock2 pembunuh kat padang tu (aku pun tak tau diorang dtg dari mana), tak jadi aku..dah ler lembik, kang patah riuk lagi tulang aku. so, aku main la basket ngan budak2 nih, nasib baik lah Marc parker dan Gower parker sudi ajar aku yang lembap nih main. seronok jugak. sekarang nih aku tengah tunggu nak daftar kat Gym depan rumah aku nih, lama dah tak gi gym, bleh kikis selulit2 yang berlipat2 kat perut ngan pipi aku nih.

kampung

haritu masa kat manchester aku ada beli banyak baju kecik2 untuk anak2 sedara aku. rindu nyer aku...tidor pun aku peluk jer baju2 tu. paling comel sepasang kasut satin kaler pink tuk anak sedara baru Raihana Humaira, ada reben besar kat atas dia...malam semalam aku tepon semua anak sedara aku. arghhh, comel nyer suara sorang2 "pak anjut tak bleh ke balik umah kejap?" nabilah cakap. "lama lagi ke nak jumpa pak anjut?" Ika cakap tersekat2, aku pun tahan sebak jugak.kenapa a ada summer class?diorang tak tahu ke rindu dendam aku ngan anak2 aku tu?pelik giler, rindu kampung, padahal selama ni biasa jer.

sunyi

rumah aku sunyi jer...Jasmeen dan Leyla kat rumah Gower.haritu balik London aku check leher Jasmeen luka, nak pitam aku!!!nasib baik ada member2 dia datang, kalau tak memang ergggg, tau la apa aku buat. Leyla makin bulat, cantik nyer aku tengok dia. aku nak amik diorang, tapi rumah aku tengah kena serang lanun. tungang langgang. lagipun Gowe mintak bela lagi beberapa hari (padahal aku tau ko rasa bersalah coz kucing aku luka!). ada Jenab jer kat rumah aku, tapi Jenab tak reti cakap (ada ke arnab yang mengeow?). esok la aku amik...sekarang pun tgh busy nak uruskan kelas.

boikot

hurmm, sementelah gencatan senjata nih, jgn anggap dah bleh mencekik KFC ngan McD tu!teruskan memboikot!!!boikot dan boikot!!!aku macam dah haramkan diri beli benda2 yang diboikot tu, lain la kalau memang dah tak der piihan lain.teruskan memboikot yer!

tu la apa yang berlaku kat aku hadapi sekarang. dunia memang letih, kat akhirat lagiiiiii letih...

7 comments:

biskott said...

Jasmeen luka kenapa?
kesian dia.
huhu.

anjut said...

tak tau la, dia garu2 kot, coz kuku dia mmg tajam, semalam baru potong.tengok2 luka dalam 2 inci jugak, abis bulu2 dia yang gebu tu gugur kat leher, tapi dah ok sket, tu pun ps etak minyak gamat, so, kucing aku dah tak wangi, bau minyak gamat plak..

anumz sarah said...

Yang penting dia sihat. Just jaga jgn bagi kena jangkitan. Luka mesti kering selalu. I know sometimes humans can act stupid for the love of their pet.

iklan-Cik biskott,anum igt ler... dibah kurus dari USM kan? Mane bleh...org ade pic memory tau... (sorry anjut gune blog ko plak, bermah mesra dgn member2 lamer)

biskott said...

ohhoo.
minyak gamat bau sedap gak.
bagi aku laa.

heee.

selamat ber-gym ye.haih. aku pon kena bersenam (risau risau).

anum-memang 10 markah lah untuk anum.
hihihi

anjut said...

haha!harini amik kucing2 tu, semalam tidor berpelukan bertiga (tumpang rumah Gowe,tapi bukan berpelukan ngan gowe, peluk ngan Jasmeen n Leyla ler!!hahaha!)

eh?biskot n anum dah kenal ke?kecik jer dunia ni kan?

anumz sarah said...

Ish,nasib baik explain peluk jasmeen dgn leyla. Haru...haru... (dh le suke singgah biskott punye blog. Sgt kelakar!)

Biskott,collegue dkt USM. nk citer panjang sgt nanti komen. Nanti le...

anjut said...

wakakka!biskot tu satu sekolah ngan aku ler..