Thursday, January 29, 2009

Pungguk berhenti menipu Rembulan!

Bukan ingin bermadah pujangga, jauh sekali membuang masa saudara saudari membaca nota sekerat ini... bercakap mengenai cinta bermaksud bukan bertutur mengenai cinta buta. Entah lumrah alam, entah memang adat atau entah kerana suka-suka. Cinta dan manusia ni ibarat isi dengan kuku. Mudah sangat terikat dengan cinta, tapi kadang-kadang kita tak tau tujuan bercinta.



Sejarah cinta itu sudah bermula sekian lama, asalnya suci, mendapat tempat disyurga. Cantiknya cinta bila putiknya berkembang di syurga, indah bau nya nan mekar seisi alam...sinar indah warna-warna nya menutup kilauan lukluk dan marjan. Merdu suara serunai cinta itu berkumandang di sungai-sungai madu, susu dan arak di jannah. Sampaikan sudah maklum seisi alam, ada sepasang makhluk di dalam syurga sedang asyik memadu jiwa. Tiba la sang iblis dan anak-anak buahnya syaitan, musuh ketat umat sehingga kiamat.benci kesumat nya sampai bangkai yang paling busuk pun tak dapat menandingi tengiknya. Lalu dihasut Adam dan Hawa, agar memetik buah larangan...lihat?kerana hasutan syaitan, cinta itu tak bermakna lagi!!!simboliknya sejarah yang Tuhan khabarkan dalam kitab-kitabNya ini...

Antara dua kekasih, pasti ada syaitan yang terselit ditengah-tengah. Ramai yang dah tau, ramai yang dah maklum. Tapi masih dibuat.

“jiwa ku lemah bila sang bulan memujuk rayu agar dirinya dipuja, katanya dirinya insan lemah, kasih saying jua yang dia dambakan...bukan salah ku...”

Betul ke Bulan kata si Pungguk itu?

« eh ???tidak !!!bahkan sang Pungguk la yang beria-ia berkata padaku, ‘duhai Rembulan, kuserahkan jiwa dan raga ku padamu, belah la dada ini, setiap kali jantung ku berdenyut-denyut, nama mu jua yang kusebut. Jangan kan lautan api, gelombang raksa yang panas membara pun aku sanggup redahi kalau itu adalah harga mahar yang perlu ku bayar untuk memilikmu !’…lihat sang penyair ?aku jugakah yang bersalah ?perempuan mana yang tidak cair bila dipujuk rayu begitu ? »

Kalian memang gila...mana mungkin jantung itu berdenyut dengan nama kekasih mu?mana mungkin gelombang raksa itu wujud alangkan lautan api yang kau maksudkan pun hanya khabar aneh sang Majnun memerangkap Laila?biar aku berbicara dengan hati-hati kalian...

Duhai hati-hati, cukup la...jangan kau mendera jasad-jasad ini. Sampai bila dirimu mau ditunggang oleh sang nafsu ?kau pun tahukan kejam nya dia…

Kerana nafsu, anak-anak itu di bin dan binti dengan Abdullah...siapa Abdullah yang ramai anak ini?

Kerana nafsu, masing-masing malu, terus tidak bersemuka bila pelamin angan yang difikirkan musnah bagai abu mayat yang terbang diulit angin semilir...

Kerana nafsu, ramai yang hanyut...katanya umur ini masih muda, dah tua boleh lah bertaubat. Hakikatnya?SAKARATUL MAUT itu tidak pernah menunggu waktu tua kita.

Sekadar renungan untuk kalian yang masih muda. Aku juga pernah terjerat dengan cinta. Kadang-kadang yang haram itu kelihatan halal bagi ku. Yang hitam itu kelihatan putih bersih. Yang busuk itu semerbak wangi...Buta mata seperti butanya hati. Segala-galanya ku serahkan. Segala-galanya ingin ku persembahkan. Kalau boleh ingin saja aku berjumpa pakar bedah agar menyatukan hati-hati kami...bodoh betul!Kalau ada ayat yang boleh mengatasi perkataan ‘menyesal’ itu, aku rela lekatkan ayat itu diatas dahi ini.


Alhamdulillah, cinta itu nikmatNya. Dia tak menarik balik nikmat itu. Dan aku harap sampai bila-bila pun Dia tak merampas hadiahNya itu. Aku sudah berjumpa bakal zaujah ku. Dia memahami bahawa cinta ku padanya tidak boleh melawan cinta yang maha hebat ini. Cinta yang kalau di letak di bukit Tursina, nescaya terang benderang seisi alam. Cinta yang bila aku rasa lalai, keseorangan, sedih, gembira, dan kecewa ialah juga yang menjadi teman. Sudah lama aku harapkan agar cinta ini memekar indah dilubuk hati. Selepas 20 tahun, baru ku tau, rupa-rupanya ia telah ditiup kedalam kalbu ini ketika ruh ku ingin berjumpa mudghah didalam kandungan bonda lagi. Lambat betul baru kusedar. Ia adalah...

Cinta Hakiki pada Ilahi!!!

Wahai bakal zaujah ku, jangan terasa hati andai satu hari nanti aku berkata ada lagi yang lebih layak ku berikan cinta ku ini selain mu. Dia Tuhan ku. Tuhan Mu...Tuhan sang Pungguk...Tuhan sang Rembulan...Allah ya rabbi...hasbi Allah fi kalbi...hasbi Allah fi kalbi...

pesanan kepada Pungguk...berhenti menipu Rembulan!!!

5 comments:

Amir said...

Assalamualaikum Mejah.

Ni bahasa karang sendiri ke? Ayat sume ganas2 macam terrorist. LoL! Gurau je =p

biskott said...

'kadang-kadang kita tak tahu tujuan bercinta'

hmm, betul.

sesuatu yg tak ada hala tuju, memang sia-sia.

cukuplah sekali.

semoga kita semua dipelihara daripada benda-benda yang tak elok.

aku byk kali terjumpa blog orang melayu Islam yang publicize hubungan seks dia dengan orang yang berlainan, tanpa rasa malu. rasa bangga lagi ada.
isyh3

hafizKAMID said...

owh sakitnya mata aku..

Simon Malik said...

aku stuju ngan amir.. ayt² ganaz LoL

syabas anjut! XD

anjut said...

amir,hafiz, simon: huhu...itu la cantiknya bahasa melayu..kalau aku tulis dalam bahasa inggeris n perancis, bukan ini hasilnya...jgn tgk ayat2 jer, tgk jugak isinya...

dibah-ermm.tu la...gambar peluk cium, mcm bangga jer letak kat facebook n friendster..kalau ditegur nanti bilang kubur masing2...mungkin mereka tak percaya azab neraka dan nikmat syurga itu benar...