Thursday, January 1, 2009

bebas nya aku....




assalamualaikum...

nanti dulu!!!jgn mute kan audio nih..cuba dgr nasyid nih..aku pun bukan la kipas-susah-mati nasyid, tapi, apa salahnya jika kita menghayati salah satu nasyid kat dunia nih...

sudah habis 'Perhimpunan Musim Sejuk' dengan brothers france. empat hari yang penuh makna, walaupun aku banyak ponteng program, tapi kesan program ni begitu mendalam...begitu banyak ilmu yang aku dapat, begitu kerdil rasanya diri aku, begitu berat dosa-dosa yang pernah aku lakukan, begitu besar rahmat dan keampunan Tuhan,begitu luas kurnia Nya, begitu indah ukhuwah yang terjalin kerana Nya, dan pelbagai lagi.kenapa aku lambat sedar semua nih, padahal lima tahun aku di sekolah agama berasrama penuh (berat nya rasa membawa gelaran ex-sekolah nih)...

begitu banyak dosa telah ku lakukan,
akankah Engkau ampuni?
namun ku yakin kau maha penyayang,
pada hambaNya yg berserah diri...

setiap hari kita mencari..tercari2 erti kita berjalan diatas bumi ini. sibuk tahun baru, semua nak buat azam baru, azam yg lama?dah tertunai?sibuk ma'al hijrah, semua berjanji nak berhijrah..tapi hijrah ke kita?lunak nyer kena ulit syurga dunia..

aku baru menonton filem 'Murabbi', mengenai seorang ustaz di Indonesia, ustaz Rahmat Abdullah...tanpa segan silu, aku mengaku, aku terharu tengok cara dia berdakwah...sebenarnya filem nih dah lama ada dlm simpanan Amir dan Hadi, tapi dulu aku tak der niat nak tengok, sebab aku fikir, filem nih sarat sgt dengan nasihat, susah untuk aku hadamkan...tapi ada peluang dengan member2 France yg lain, aku tengok la, tersentuh dan mengalir air mata aku...

antara ucapan Ustaz Rahmat.

"manusia umpama monyet yang memanjat pokok kelapa, bila di serbu tiga angin yang kuat, taufan, ribut, dan angin kencang, sang monyet akan memegang erat ke pokok kelapa tu, tapi bila di sapa angin yang lembut, kita mudah asyik, sehingga terlepas pegangan dan jatuh tersungkur ke bumi..ibarat nya kita diuji dengan kesusahan, kita semakin kuat dan bertahan, tapi bila diuji dengan kesenangan, kita mudah alpa dan lupa diri kita"

memang benar, aku pun begitu, bila aku diberi kesenangan, aku kadang2 lupa bersyukur...bila aku ditimpa kesusahan, Tuhan la tempat mengadu, aku akan meratap, berdoa dan memohon begitu banyak pertolongan darinya...

hidup ini mudah...

saper kata makan itu tak boleh?bila tubuh lemah, bagaimana nak beribadah?

saper kata melancong itu dilarang?nak jadi katak bawah tempurung?melihat alam kan salah satu cara menambah iman..

saper kata shopping tu tak boleh?kan ke lagi bagus untuk elak pembaziran...

saper kata main bola tu haram?badan sihat otak pun cerdas!

berhibur itu tak salah, sebab hiburan itu indah...tapi jangan la berlebih-lebihan.

pakai jeans pun boleh jer, tak murtad pun...cuma jaga la adab...

berkasih sayang tu tak boleh ke?macamana kalau ia menambah iman dan tanpa sandarn nafsu?

semua orang tau kan setiap benda ada had dan batas...ini pun baru aku sedar. 21 tahun umur aku kat dunia nih, baru aku nak faham semua benda nih.membazir...21 tahun yg lama...

sebenarnya aku mula ragu2 jika ada orang berkata 'kebebasan'...dah tak cukup bebas ke kita nih?aku pun dah penat hidup bebas sangat.aku ingin ada sesuatu yang menjaga aku, yg aku jadikan panduan. islam!ia kan cara hidup.

lantak la orang nak kata apa, ini pegangan aku. bukan sekadar ditulis kat blog nih. nak mengata?silakan...talk to the hand la!!!saper jer la diri kita nih nak menilai keikhlasan seseorang?kalian bukan Tuhan, aku pun bukan Tuhan.aku selesa begini. masih ada panduan.sebab aku tak nak tenggelam...banyak sgt nikmat yg Tuhan berikan...

tapi satu jer aku gagal.iman aku lemah..bila ada kemungkaran didepan mata aku, aku tak tergamak nak menegur. lebih2 kawan2 aku. orang2 yg rapat dgn aku...aku lebih rela menjaga hati mereka dari menguris...aku tau satu hari nanti, mereka akan menuntut di akhirat

"JANGAN MASUKKAN MEJAH KESYURGA!!!ketika hidup nya, dia tak pernah menegur kami, bahkan, dia ikut sekali apa yang kami lakukan..."

ambik aku sebijik...dipangang2 dalam neraka, dirantai2 seperti anjing...

tapi sapa aku nak menegur?sedangkan mereka membaca Quran lebih baik dari aku, sembahyang mereka lagi khusyuk dari aku, ilmu mereka tinggi mengunung, cuma aku berdoa, sekali itu mereka membuat silap. aku bukan Tuhan.

kalau boleh, banyak lagi yang nak aku tulis...luahan hati perahan minda, biar sampai terkincit2 orang baca..tapi aku takut, entry yang nih begitu berat...berat sangat sampai aku sendiri seolah2 'cakap tak serupa bikin'...biar la aku simpan yang lain tu, bukan kedekut.cuma...rahsia...

mari berdoa bersama2 : "Tuhan, kau jaga la diri kami ini dengan agama Mu...bantu la umat islam, fahamkan la pihak kuffar...andai kami terleka, jangan lupa untuk sedarkan...kami lemah, kami ada nafsu yang seperti kuda liar...iman kami pula, begitu nipis dan rapuh...andai kami mati, akhiri la dengan 'Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah'...biar sapa2 pun kami...aminnn...

pembaca, takutkan Tuhan...syurga dan neraka itu janji yang benar...

6 comments:

anumz sarah said...

Salam anjut,
entry yg lebih bnyk mencungkil perihal dalaman diri. Ada info juga utk org2 average iman mcm saya ni. Oh ya,mengenai menyuruh ke arah amal makruf nahi mungkar. Sebaik-baik contoh ialah perbuatan. Dan secara istiqamah. =) Selamat menjadi muslim sejati.

izzyzatt said...

hi mejah.salam.
hoho...terharu aku baca...thanks ek?

Anonymous said...

salam..teruskan mejah..inilah jalan org2 yg mendaki, golangn kanan, dan jalan mereka yg sedar akan syurga Allah swt au dela..wassalam

yg x jauh.. said...

subhanallah 3x.. smoge istiqamah.. =)

wanihilwati said...

mejah..doakn aku n kwn2 smap yg laen jgk..huhu.. [mn nk donlod citer sang murabbi tu eh?]

anjut said...

kepada kalian -

Hamzah adalah Hamzah.dulu kini selamanya...tapi kita kena tau tujuan kita hidup...zaman muda remaja nih satu cabaran. tak rugi kalau kita mengikut syariat Tuhan, tapi rugi yg tak terhingga jika kita menjauh dari rahmatNya...

hidup seperti biasa.makan, minum, tidur,berak,bersukan,belajar...tapi ingatan harus selalu padaNya...ramai2 kita kearah itu yer?insya'allah..

filem 'sang Murabbi' x der utk di download kot..nak copy kan cerita tu pun, takut dosa plak nanti pirate...try la tgk kat tenet.mungkin ada yg da masukkan..