Saturday, January 3, 2009

buat Hussein

januari, 02, 2009

salam sejahtera.

semalam Hussein telefon, sedih jer bunyi suara dia...katanya badan dia sakit-sakit.rumah dia musnah. mak dan bapak dia mati dibunuh...apa yang aku boleh buat?aku duduk jauh sangat. kalau amik flight malam ni pun, mesti la tak sempat, lebih2 lagi lapangan terbang kat tempat Hussein mesti di tutup.

"tak pa, kau dengar aja masalah aku ni...itu pun aku dah lega"

ok Hussein, aku dengar, je t'ecoute...Hussein bercerita...mengeletar badan aku. malu aku dengan Hussein. malu dengan perbualan terdahulu...




disember, 30, 2008 (imbas kembali)

Aku : antara barang yang aku ingin miliki kat dunia nih, ialah kereta BMW, the latest series punya, pastu aku nak rumah besar, siap dengan ladang kuda sekali.Kau?

Hussein : barang? aku nak senjata yang paling ampuh. aku nak berperang, selamatkan tanah air aku.aku nak kereta kebal...apa saja la guna kereta dan rumah mewah bagi aku?

Aku : ek eleh, poyo la ko nih, rileks la, asalkan ko still idup kira ok la. Pastu kan, aku nak melancong ke seluruh pelusuk dunia. tempat paling aku nak lawati ialah the statue of Liberty kat Amerika tu. smart giler. ko?

Hussein : aku? di negara sendiri pun aku menjadi pelarian, mana sempat aku nak melancong...

Aku : owh iyer?kesian ko. weh, aku nyer jaket kulit ni baru tau. Hugo Boss! minyak wangi ni pun sedap bau dia, aku beli time lawat Muiez kat Jerman, eternity by Estee Lauder. murah jer, ko nak kirim tak?nanti aku nak pergi Troyes. ada jualan murah...

Hussein : kalau ada baju perisai kalis peluru dan bom, teringin juga aku kirim...minyak wangi?buat apa?bau darah memercik dengan asap2 rumah terbakar pun dah maha dahsyat. x guna aku pakai bau2an tu kat sini...

Aku : Jap ehh, kucing2 aku nak makan... tadi cari friskies tak der, nasib baik whiskass pun murah kat sini. kau tulis je la kat YM nih, nanti aku baca.

Hussein : Mejah, aku teringin jadi kucing kau, makan sempurna, tempat tidur empuk, ada heater, dengar lagu sedap2...beruntung.. aku dan adik aku, Fatima, kat sini, kami tak da makanan, aku terpaksa berpuasa, Fatima lapar...tidur kami berirama bom dan peluru...semenjak mak dan ayah kami meninggal, kami tak ada tempat bergantung, nasib baik ada insan baik hati sanggup menanggung kami. beliau pemilik cyber cafe ni. itu pun kami dipaksa bekerja 17 jam sehari. kesian Fatima, dia kecil lagi...tapi kami tak ada pilihan, kami takut diusir, di luar tu, orang2 yahudi tengah menggila, darah kami adalah percuma bagi mereka. aku tak minta apa2, cuma pesan aku, jika aku sudah lama tak menghubungi kau, jangan lupa bacakan fatihah untuk aku...

perbualan terhenti. wireless di rue Picasso nih memang menyakitkan hati.


januari, 02, 2009 (sambungan perbualan)

aku : talian terputus tempoh hari. macamana kalian sekarang?

Hussein : Kami? aku harap gambar2 kat media tu sudah cukup menceritakan...aku telefon nih pun untuk berpesan pada kamu dan rakan2 lain. bersatu la, jgn jadi mcm jiran2 kami, negara2 arab, walaupun Mekah berada disini, mereka diam seribu bahasa, mungkin seronok melihat kami disembelih satu persatu. kalau nanti keamanan yang kita kecapi, jangan pula kita leka, takut nanti jadi mcm zaman Abbasiyah...dan...

BOOOMMMM!!!! tut tut tut...(talian terputus)

al fatihah untuk Hussein...





entry yang nih khas untuk Hussein, usaha kecil ini...harap2 boleh membuat kau dan saudara2 kau (mungkin Fatima sekali?) tersenyum didalam kubur...janji Tuhan itu benar, beruntung syahid di jalanNya...


Besancon, 3 Januari, 2009, 15:00, Place du Huit Septembre


semalam, kami sempat menyertai perhimpunan aman, memprotes kedajalan yahudi celaka di Palestine. semua penduduk Besancon terlibat. Islam, Kristian, Ateis, bahkan orang Yahudi sendiri turun padang...bulat tekad kami supaya Israel dan Amerika sedar diri. Juga kepada presiden perancis, Nicholas Sakorzy, supaya tidak berkomplot.


vers la lumiere - menuju cahaya

kami terlewat beberapa minit, kalau ini adalah peperangan, mesti kami lambat syahid...masa weiii!!!times n tides wait for no man!

terjemahan
- kami semua orang Palestin!
-PENGHAPUSAN KAUM DI GAZA
-KEADILAN bersama PALESTIN
- ISRAEL : menginjak peraturan, menginjak hak
-dimana MASYARAKAT DUNIA?
-Media perancis tunjukkan kebenaran!
-anak2 Gaza, anak2 Palestin
- orang yg tak bersalah yang KITA BUNUH!
-ISRAEL PENJENAYAH




Adik nih bersemangat!


"penjual daging di Gaza?"


adik ni pun bersemangat, nak banding ngan suara aku yg bunyi kentut pun lagi kuat.




"berhentikan pemusnahan kaum di Gaza!"




udara di Gaza adakah masih boleh dihirup dengan kemanusiaan?



itu je la Hussein, usaha kecil aku. tapi tak pa, aku akan terus memboikot...dan MEMBOIKOT mereka!

al Fatihah untuk saudara2 kita di Gaza...


* Hussein adalah teman ciptaan aku, untuk memahami adalah mengalami. tapi ke Gaza tidak mungkin, wilayah itu sudah jadi larangan. watak ini di cipta supaya kita boleh membayangkan sengsara mereka..bagaimana?

5 comments:

anumz sarah said...

Salam mejah,

entry yg sgt bagus. Salam perjuangan dr Malaysia, walaupun dgn sebatang Pena.

ayn said...

bagus gak ko ni mejah, g perhimpunan utk palestin..bagus2..haha..

hurm..post ni pn bgs. terkesan hati aku..hukhuk..semoga Allah melindungi saudara2 kita kat sana..Amin..

anjut said...

Anum dan ayn-

apa je la yg kita boleh buat utk mereka...semoga Allah lindungi mereka...aminn...

suki.dezuka said...

aku dah create blog..tak masuk entry lagik..nanT aku masukkan yea..sebab skrg ni aku mmg sgt busy la anjuttku..ko sabar ek...aku pun tak tau nak komen ape anjut..aku x paham susah sgt ke org nak tolong palestin tue?? israel tue kecik jek...

anjut said...

dasuki-i'm waiting ur very first entry!huhu!yer la...selamatkan islam di palestin dan satu dunia...