Friday, January 16, 2009

bila waktu itu datang

akan ada satu masa, rasa darah akan naik sampai ke hidung, kepala pening, tak lalu makan, tidur tak lena, rasa nak baling benda2 yg hampir ngan kita...rasa nak sendirian (hakikat nyer mmg tgl sendiri pun), x kan korang tak pernah rasa?tipu la!!!.

benda nii selalu jugak berlaku kat aku, aku tak akan bagi izin kat perasaan ini menguasai aku. aku pernah terlepas, habis berhambur segala benda.

sebab apa ek?

penyakit?dulu memang aku kena detect hypertension, kdg darah tak stabil, bleh jadi terlalu rendah bleh jadi terlalu tinggi...orang kata ni penyebab nyer.

keturunan?ada kaitan dengan genetik?ayah darah rendah, emak darah tinggi. tapi aku tengok, emak lagi penyabar dari ayah...org kata org darah tinggi nih yang tak reti kawal emosi.

persekitaran?ermm, x jugak...susah sikit nak explain nih...pasal perang kat Gaza ke?bahaya nih sampai sakit otak mikirin.

beban? pasal duit ke?pasal kerja rumah?ni pun aku tak reti explain. sebab keadaan aku sekarang nih, tak der masalah dengan semua tu.bahkan tengah sedap goyang kaki bercuti dan tunggu masa nak berangkat ke Londonn lusa...

pasal setan?aku rasa setan pun tak yah nak kacau aku coz memang dah sedia ada jahat...

pasal nak perhatian?haaa, ni mengada2 la nih...kalau aku, x yah nak amik perhatian, aku rasa ramai sangat dah nih perhatikan aku.sampai segan nak keluar rumah.

kalau bukan tu semua, nih pasal psikologi la nih. atau memang dah jadi perangai. i mean, it's normal to have such attitude.macamana nak cakap ek?setiap orang ada yang aneh pada diri masing2?macam tu kot lebih kurang la...

binatang pun ada, contoh: Jasmeen akan buat bunyi gatal dia "purrrrrrr" bergetar2 kalau kena kacau. Leyla plak akan terkinja2 kalau dia tau ada orang nak kacau dia. si Jenab, suka memekak tengah2 malam dengan melompat2 dalam sangkar. sifat biasa la kan?


kadang2, pergi kedai kopi (kat sini ada bar, tapi setakat ni aku gi kedai kebabun jer) sorang2, baca surat khabar, gelak sorang2, best jugak...masa tu kita dalam keadaan bebas dan tidak terikat dengan dunia nih...


ini pun aku rasa sifat aku yang aku tak faham. tapi bagus la sekarang nih macam terkawal, aku tak kacau orang, dan seboleh2 hidup seperti hari yang lain.tapi AWAS! di waktu 'darurat' nih, jangan cari pasal, kang tak pasal2..haaaaaa..try la kalau nak sangat.

ermm, kesimpulan nyer, aku skrg ni tgh emosi tak stabil. mungkin aku nak pencen kejap dari tulis2 kat blog nih...sebelum jadi merepek meraban...tapi aku tak merbahaya! i don't bite, don't worry.jangan palk tak tegur.cuma jangan la cuba2 jolok sarang tebuan, kang aku jolok balik lubang idung tu...nanti kang kena marah ngan aku dah kecik hati...saper yang susah???


"ada beberapa perkara yang anda tak perlu faham dalam diri rakan anda, sebab nanti hasilnya antara dua : membuat anda rasa bertuah mempunyai kawan sedemikian ATAU kecewa kerana rupa2nya rakan anda bersifat sedemikian. lebih baik perkara itu menjadi misteri dalam berkawan"

3 comments:

anumz sarah said...

Mejah?

Ko okkah?? Baru nak tanye cemane nak upload lagu dlm blog. Bila nak bwt movie tajuk simple life?? Nak mintak komisen ni...Nama blog anum tu. ^^ Tertekan duduk kat France? Cheh,org asyik duduk Malaysia,lg tertekan...

Amir said...

Relax Mejah.

Selamat bercuti kat UK =)

anjut said...

guys, thank you..hehehe!