Saturday, January 31, 2009

bicara Melayu dan Islam...


MELAYU DAN ISLAM...bagai aur dengan tebing....image from wazari photostream

bayu bertiup sepoi-sepoi bahasa. bunyi-bunyi cengkerik dan unggas rimba menambah keasyikkan malam yang dihiasi purnama. bintang-bintang yang memagari alam menjadi saksi perbualan dua sahabat baik. dua sahabat yang sudah lama hidup bersama. seorang berwajah keliru, seorang lagi tenang seperti biasa...

Islam : wahai Melayu, kenapa nampak layu ni?jangan pula tuan hamba terikut2 dengan nama tuan hamba "melayu"...hahaha!!!gerangan apa yang menganggu tuan hamba?

Melayu : owhh...Islam!terkejut hamba!bukan kah manis jika tuan hamba memberi salam?terselah sopan maka terselit la santunnya.ermm, tiada apa sebenarnya yang bergolak di hati...cuma sekelumit dua persoalan membuatkan hamba tertanya2...

Islam : owh maafkan hamba, itu la, hamba sudah terikut2 saudara mara hamba yang memeluk mazhab hadhari...kalau demikian, apa sebenarnya yang tuan hamba fikirkan?
Melayu : begini, tuan kita ni sedang keliru, antara tuan hamba dan hamba, mana yang lebih utama...andai dipilihnya tuan hamba nanti dibilang orang ramai yang hamba dipinggirkan...jika dipilih hamba, nanti dibilang tuan kita ini assabiyah, suka hidup berpuak2...kesian dia, tidur tak lena, mandi tak basah, makan pun tak kenyang!
Islam : owhhh!itu barangkali tuan kita berjimat cermat!hahaha!hamba berjenaka sahaja...sahabat rapat ku, jangan la dikau khuatir, tuan kita ni bukan calang2 orang nya!dia tahu mana yang terbaik untuk dirinya. sebenarnya, apa gerangan yang menyebabkan tuan hamba berteka teki dengan diri sendiri?

Melayu : Islam, mahukah tuan hamba berjanji pada hamba?

Islam : owhh, apa dia?jika cicak yang tuan hamba mahukan, Bujang Senang hamba tawarkan...

Melayu : ermm, berjanji lah, tuan hamba takkan meninggalkan hamba. andai nafas ini sudah berakhir, tuan hamba kenalah jaga cucu-cicit kita. mulianya hamba kerana tuan hamba. maafkan la keturunan hamba jika mereka melebihkan datuk nenek mereka lebih dari tuan hamba sendiri. sesungguhnya, mereka itu kurang terdidik orang nya. mereka tidak tahu, jika mereka memuja hamba, tiada jaminan untuk mereka diakhirat sana. "Melayu" mana yang sebenarnya mereka banggakan?padahal masing2 sudah bercampur2 dengan darah mamak2, nyonya2, bahkan dengan seribu satu bangsa yang lain. kalau ada yang asli, tentu sahaja bangsa melayu negrito di hutan sana. kan ke lebih elok jika mereka pertahankan agama?kita ini umat yang rugi, umat akhir zaman...entah sbelum israfil meniup serunainya, kita semua ini sempat bertaubat atau tidak. nauzubillah...

Islam : owh Melayu...jangan tuan hamba khuwatir. anak cucu tuan hamba itu akan hamba tengok-tengokkan. samada cinta mereka kepada hamba itu ada, Allah sahaja yang tahu qada' dan qadarNya. tuan hamba pun sama pentingnya. bukankah tertulis di perlembagaan darajat tuan hamba itu merangkumi cinta dan kasih kepada hamba?

Melayu : memang benar kata-kata tuan hamba. tapi mana jaminan nya?tertulis sahaja diperlembagaan...mencintai tuan hamba bermaksud mengikut apa yang disaran dan meninggalkan apa yang dilarang. seperti kata2 saudara hamba yang berdarah mamak2 "Melayu mudah lupa"...benar katanya, golongan kami mudah lupa.

Islam : insya'allah, bangsa mu itu lembut hatinya...

dua sahabat ini termenung sejenak. memang benar kata mereka, orang melayu itu, ada yang liat sembahyangnya, tapi mahu mayatnya disembahyangi. ada yang tak pernah jejak ke Masjid, tapi marah jika masjid dicemari kepala babi. ada yang beriya2 sedih dgn nasib palestin, tapi masih menjadi hamba coca-cola...pelik...memang pelik..aneh bin ajaib pun ada. itu la bangsa ku, melayu Malaysia!!!tapi aku tau tidak semua begitu. bagaikan intan dicelahan kaca yang pecah berderai...begitula sukarnya membezakan melayu islam diantara melayu. Melayu tidak semestinya islam (tapi aku sangat berharap yang kami semua islam), dan islam tidak semestinya milik melayu!!!

6 comments:

anumz sarah said...

Salam anjut,

Entry matang. Lama x baca tulisan pemikir2 blog yg mempersoalkan bangsa dan agama. Agama is very different from bangsa. That's what keep humans together. Islam,not races. Kudos to you on this one.

rantong said...

Sekadar ingat mengingatkan. Jangan lupa selalu berdoa untuk saudara kita di Palestin. Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Sumber: JAKIM
View Profile: Rantong

fadly E.n.S.3.M said...

entri y matang..

seyes buat ak terfikir..

n masih berfikir..

remue-méninges psal melayu n islam..well good 1.. =]

kudabesi said...

islam bukan nye milik melayu

dan melayu di malaysia disatukan oleh satu agama iaitu islam..kalau nak ikut keturunan, puak, mane nak disatukan

aku sendiri terima bangsa malaysia..
satu bangsa yg kita bangga dgn bahasa kita..jati diri kita..sekolah kebangsaan dll

tp skrg mane arah kita? bekecamuk..org melayu bekorban..(pemimpin mlyu sbnrye) tukar dr bahasa melayu jd bahasa malaysia utk wujudkan perpaduan..tp

anjut said...

kepada pembaca2 sekalian. zaman mutakhir nih, x perlu kita berbangga dengan keturunan kita, sebab sejarah gemilang dulu bukan milik kita. kita hanya perlu berbangga jika kejayaan tu kita yg lakukan...jadi?bersama menuju kejayaan, dari agungkan sejarah dulu2, apakata kita cipta sejarah agung yg baru?islam is a native deen. what's native?it's not primitive, but it's natural to all of us...ok...

kudabesi said...

haha okeh..

jangan bangga dgn sbarang keturunan tau

entah la, aku ni lain sket kot..

banyak sangat masuk kelas dengar lecture pasal negara bangsa..

btw, bangsa malaysia nak ikut acuan mane dasar kebudayaan kebangsaan 74, dasar skang atau...