Thursday, December 31, 2009

pertukaran tahun

Salam semua bapak-bapak, ibu-ibu dan semua nya. dah lama aku tak tulis ringan-ringan macam ni. yer la semenjak dua menjak ni rasa mcm cool jer tulis sepotong-sepotong ayat (that's me!i'm the best, i'm the best, i'm the best, yes you are the best!--best tahik!).

2010 telah mengetuk tirai. meninggalkan 2009 dengan penuh kenangan. Entah, aku rasa 2009 berlalu macam biasa jer. ermm..macamana entah nak komen, sebab banyak sangat benda best kot. malas la aku nak komen.

tapi 2009 aku rasa aku ada peningkatan dari segi perhubungan dengan member-member lama. thank you to facebook la!hahaha! aku memang jenis malas nak cari member-member lama, coz kalau jumpa pun tak tahu nak cakap apa. so aku jenis yang biar ler 'perjumpaan' tu terjadi secara tetiba. tak ku cari, tak ku elak.

aku jugak ada penyakit baru. aku suka ulang-ulang benda yang aku suka. macamana tu?haha!aku suka lagu 'tainted love', so aku ulang-ulang sampai kucing-kucing aku gila. aku suka tengok cerita 'agathe' dan tadi aku dah tengok kali ke LIMA, tetap ketawa terguling-guling! aku suka cerita AVATAR so aku ulang-ulang gi cinema tu, walaupun aku dah nak faham dah bahasa puak na'vi tu.

tahun 2009 jugak, aku hampir paham dengan 'belang-belang' orang disekeliling aku. towards the end, kau tahu aku leh buat apa?aku leh tengok jer..hehehe!lantak la semua orang nak buat apa, selagi tak kacau aku dah la kan?

tahun 2009 jugak menyaksikan aku FAILED for the first time semenjak kali terakhir peperiksaan percubaan matematik tambahan pada tahun 2004!!!cessss! selama ni menang dengan flying colours jer, sekali failed satu subjek tu, aku terus rasa nak terjun sungai Doubs tu. cisss!nasib baik lecturer tu buat test balik, so aku harap dapat cover luka yang pedih itu.

dan aku selalu keliru antara tahun 2008 dan 2009, sebab aku rasa macam sama jer. (sapa leh bagitau yang aku pergi London dulu tahun biler?aku tak ingat dah la...).

hurmm..apa-apa pun, 2000 ke, 2001 ke, 2010 ke, 2222 ke, it's just numbers. yang penting usaha kita dalam mencari kehidupan lebih baik didunia dan diakhirat. insya'allah. ok la, semoga semua orang dilimpah rahmat dan kasihNya untuk kini dan selamanya. jumpa lagi!!!

Wednesday, December 30, 2009

orang tua

"mak dah lama tak makan buah...dah tak larat nak ke kedai"- Bonda

rindu semakin mencengkam...

Tuesday, December 29, 2009

Cannes- Nice - Monaco - San Remo

Perjalanan :

Hati berdebar andai impian ke selatan Perancis tak menjadi. berikutan cuaca buruk (ribut salji) dan travelmate yg banyak kerja...berdebaran dan berdebar seperti bintang aldebaran. sepatutnya kami ke Lyon dahulu untuk lawat member yang sakit. tapi train ditangguhkan keesokan harinya (22 disember 09) dan terus ke Nice. sabar yer Jerry, ada rezeki kita jumpa. insya'allah..

kami diberi kotak sarapan percuma!yipppieee!

tren lewat...sejam kami tunggu kesejukan dekat stesen ketapai Besancon. jam pukul 1 pagi...kami habiskan masa bermain game.

kabin kelas dua, seperti nama, mmg hampeh. manusia2 ni duduk sesuka hati jer. aishhh, boleh tahan ke aku 10 jam dlm tren ni.(mengingatkan masa di Mesir dulu aku merempat agak lama dlm tren ayam tu- 14 jam!so kira ok kot...) makcik sebelah aku ni sakit perut...sepanjang perjalanan bau kentut...sabar yer..sabar..


tren akan melalui Cannes, Antibes dan terminal Nice-ville. kami bercadang tuk turun di Cannes dulu. apa makna pergi ke French Riveria kalau x ke Cannes kan?

seronok nyer!sebab tak sejuk! suhu dalam 13 selsius mcm tu la!kalau kat Besancon ni aku dah beku sbb suhu -4.

tak sah kalau tak ke Cannes jika tak ke auditorium yg berlangsung nyer festival filem antarabangsa! merasa la lalu re carpet tu. wakaka!

kami ke Christmas Market yg berdekatan. harapan di hati mencari barang sekeping roti tuk mengalas perut..tapi x jumpa...x pe la, terus jalan..

sasaran kami adalah keatas bukit yang menempatkan Cathedral

Cannes dari puncak


kau ingat kau ni apa?


le marche provencal

clementines (oren) dan delima


NICE (sebut 'niece')

dari luar hotel kami

dlm pengembaraan kami, kami menetap 4 hari 3 malam di Azurea hotel, berdekatan dengan Gare de Nice ville. kami beruntung sebab dapat pakej promosi musim sejuk. (bilik semalaman beserta sarapan hanya 30 euros berbanding harga biasa antara 90-180 euros!). tujuan kami memilih hotel ini kerana harga dan lokasi.

sebuah cathedral di Nice

nice dihubungkan dengan tramway dan bas. mudah jer, x sesat pun.


jalan-jalan di Place Masena

sepanjang pantai di vieux Nice

di le promenade des anglais


MONACO (23 disember 2009)

perjalanan dari Nice ke Monaco hanya mengambil masa 45 minit dengan bas awam. tiket berharga 1 euro sahaja!


jalan-jalan yg dihiasi butik-butik mewah!

pelabuhan monaco


casino terkenal di Monte Carlo

litar F1 adalah sepanjang jalan di Monte Carlo. ini adalah antara kesan geseran tayar kereta2 F1 tersebut.

golden foot

pantai yg tenang...sambil dengar lagu 'life for rent' dan 'fireflies'...

naik bot. satu euro tuk 4 minit..haishhh.tapi berbaloi la. merasa la gak naik bot.


dari atas puncak bukit

st nicholas cathedral

kami banyak lagi masa..tak tau nak buat apa...so terjumpa la muzium lautan ni. kakak cashier tu cun, baik plak tu. mcm ikan duyung. sebenarnya nak bercakap ngn akak tu jer, sekali terbeli tiket sekali. 6 euros!cisss!makan kebab mesti kenyang.

pintu masuk muzium

pandangan perlabuhan.

SAN REMO (italy)

bandar yang bersempadan dengan perancis dan monaco ni mengambil masa 1 jam perjalanan dengan keretapi. hujan mula mencurah-curah. agak spoiled la, tapi nak wat camana kan. hujan itu rahmat.


beza pengemis di eropah dan asia, disini mereka membuat sesuatu untuk duit, di malaysia mereka hanya tahu meminta jer. mengemis sepuluh tahun pun tak kaya-kaya, padahal tulang pat kerat tu ada. ni yang aku marah ni!tetiba nak emo~~~

pelabuhan San Remo



kami berhenti makan disebuah restoren yg agak menarik. yang penting waitress tu leh ckp french, senang sikit nak order.

San Remo juga dikenali dengan spagetti cabonara dan makanan laut nya. hurmm, juling mata tengok harga satu-satu dlm kad tu. tapi once in a lifetime kan? so kami pun memesan spagetti seafood. nasib baik sedap. memang terasa keitalian nya.

tetiba aku rasa sedih, sebab percutian ni akan berakhir...balik besancon nanti mesti kepala berat balik..kan bagus kalau cuti lama-lama...

PULANG KE BESANCON ( 25 disember 2009)

hati ini berat, kaki ini berat, tapi sudah ditakdirkan untuk pulang ke kampung halaman...

bila lagi la nak merasa perjalanan macam ni lagi...untuk aku, percutian kali ni aku puas...sebab tu aku tulis kat blog ni, supaya nanti-nanti aku boleh tengok balik.

terima kasih Gowan or my Johnny coz menjadi travelmate.

Friday, December 18, 2009

perampas

kan ke aku da ckp, apa yg didepan mata kita ni, senang jer nak kena rampas dari Dia. membuat aku jadi kebal dan bebal.

Tuesday, December 15, 2009

salji yang halus pun terasa berat

Salam...
Entah la, jasad kat darat, jiwa ke laut, fikiran melayang kat langit. kalau semua tu disatukan, aku pilih nak bertemu kat syurga. tak der beban kena tanggung, tak der derita kena tempuh.

bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah---ayat yang selalu disebut-sebut adik beradik aku. (rindu tu makin membuak). memang betul ayat tu.

depan mata aku, ada segala yang aku idam. tapi aku tahu, nanti semua akan hilang.

dekat diri ini dah biasa dengan yang terbaik, bila tiba kesusahan, mula rasa sakit. mengeluh macam lembu barah kat bontot.

dalam hidup ini dah biasa cerah, bila tiba malam, terhantu-hantu dengan bayang-bayang.

Pernah dengar berakit-rakit kehulu, berenang renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang ke kemudian. - pandai siapa yang buat pepatah ni, pujuk hati biar jangan putus asa.

Gagal tu permulaan kejayaan. macam pucuk rebung, kalau kita ambil rebungnya masa muda, makan masa juga nak tumbuh rebung baru, terus jadi buluh yang tinggi dan kuat. macam tu la luka hati ni, ambil masa nak sembuh.

saat ni aku perlukan keluarga aku. macam cas-cas elektrik, bila bertemu jadi semakin kuat. tapi terlampau jauh...hai..masing-masing rumah berbiji-biji, kereta berderet-deret...x kan tak mampu beli tiket ke sini?atau sponsor aku balik untuk dua hari pun aku dah rasa rahmat... saja jer aku nak balik kejap, nak tatap muka mak dan ayah puas-puas, nak rasa hangat duduk tengah-tengah akak-akak dan abang-abang. rindu semakin menjadi-jadi...ada member-member jadi peganti, tapi sampai bila aku nak nyusahkan semua orang kan?sahabat sejati? rakan karib?kawan baik? macam mana-mana cerita mitos yang kita dengar masa kecil. wujud dalam tidak. hakikatnya pepatah melayu yang satu lagi ni la yang betul "kawan ketawa senang dicari, kawan menangis jarang yang ada".

tak pe la, blog ni memang aku tulis mana yang suram. kalau dikira, setiap entry baru jarak dia jauh-jauh. bermaksud hari yang lain-lain tu aku rasa gembira.

tadi salji kecil-kecil jatuh atas kepala. aku tau dia takut jatuh kat aku sebab aku dah bagi amaran, aku tak suka salji. tapi tak pe la, sudah tiba masa dia turun kat bumi. nanti satu hari nanti mesti aku rindu dengan butir-butir kecil, putih dan sejuk ni.


dalam hati yang sebegini, pada jiwa yang sebegitu, salji yang halus pun terasa berat...

Monday, December 14, 2009

dulu suka, sekarang benci

Dulu aku tertanya-tanya, musim sejuk tu macamana bentuk dia?salji pun turun, kelas banyak tak der sebab jalan licin, bas tak jalan. aku suka. terkinja-kinja dengan kawan-kawan kat belakang Planoise.

Sekarang ni, aku gelisah kalau bulan 10 datang. kalau daun-daun mula gugur, dan kalau kami kena kurangkan sejam untuk daylight saver. sebab?salji dengan kawan dia si angin sejuk akan mengetuk benua ni. cettthh!kau tahu?aku benci dengan dua ciptaan Tuhan ni...macam aku benci makan sayur masa kecik, nak tolak tak boleh, sebab nanti kena piat telinga dengan mak.adoiyaiii...

Friday, December 11, 2009

mahu

kalau ikut kemahuan, mahu sahaja mengapai awan, biar jadi sakti. tapi harus sedar, dilangit mana pun kita bermukim, di tanah juga akan bersemadi. - mejah

Sunday, December 6, 2009

ayah

ayah...aku ada, kerana kau ada...

Thursday, December 3, 2009

untuk mu teman

“Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)




Sunday, November 29, 2009

buka la mata


"..Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada"

- Al Hajj (22):46










Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

Friday, November 27, 2009

Hari jadi adik aku, hari raya aidiladha

"buzz! buzz!"

aik?aku baru nak membuta. siapa la ni...nyesal tak log off tadi...

owh, abang aku...nak apa?

nak apa apa?lupa ke hari raya?masa ni la nak bercakap ngan family.hehehe!sorry!


ayah : kenapa ayah nampak tua dalam cam ni?selekeh pulak ayah tengok muka sendiri...

(lorrr..untuk orang yang berumur 70 tahun ++, ayah ni kira hensem ler..cuma perut tu jer macam nak bukak kilang tayar...)


Emak : mak nampak gemok ehh Anjut? ermm...

(emak...mak gemuk ke, kurus ke, kita tetap sayang mak. nada cambiar mi amor pour ti!- kejap2, aku perasan soalan tu pun selalu aku tanya member2 aku.hahaha!like mum like son betul!)

wawan : "nak apa Anjut? weh, hari ni hari jadi kita!"

aku : kau umur berapa tahun dah?

wawan : 18 tahun

aku : apaaaa????mana adik aku yang kecik tu?ishh..x best nyer dapat adik bujang...

Happy Birthday Wawan!!!dah tua dah adik aku sorang ni!jangan nak layan pempuan jer heh, abiskan belajar dulu. bihun tu, kau nak jeleskan aku ke?hahaha!


*rindu???yer...semakin mencengkam...

Tuesday, November 24, 2009

kahwin

Hari itu, aku dapat berita pasal seorang member aku nak kahwin( kita cakap secara general la yer, bukan menuju individu, member2 sekampung aku pun ramai nak kahwin jugak). ermm, in fact, ada seorang budak sekolah rendah aku yang dah ada dua anak. bila dengar berita 'kahwin' ni, mengeletar badan aku. bukan sebab aku syaitan (setan kan takut n bengang kalau ada orang 'mendirikan' masjid), tapi sebab aku terbayang tanggungjawap yang akan dipikul.

Aku petik kata-kata abang uda aku kepada isteri dia masa dalam perjalanan kami dari Johor ke KL" kita berkahwin bukan kerana memuaskan nafsu seks masing2, ini adalah perihal membina hidup sama-sama. maka, bila kita dah disatukan, masing-masing kena bertolak ansur. dan jika awak mencari kekayaan bersama saya, sampai bila awak takkan jumpa, tapi jika awak cari kebahgiaan, insya'allah saya akn cuba bagi yang terbaik ", lepas tu abg aku toleh belakang ke arah aku dan cakap "sedap tak ayat aku Anjut?bukan copy dari novel tau!". hahahaha! kakak ipar aku tersipu2 malu (segan la tu).

Nampak tak baris ayat ni "Bukan kahwin kerana nak memuaskan nafsu memasing". maka nafsu menjadi perkara kedua, dan yang paling penting ialah "perihal membina hidup bersama-sama" insya'allah sampai ke hujung nyawa.

siapa tak nak kahwin kan?nak timang zuriat sendiri. dulu masa aku belum berlepas ke France pun, aku pujuk family aku meminang anak dara orang dari Perlis tu. masa tu memang aku fikir dah sesuai masanya untuk aku berumah tangga. i was 20 years old back then! muda bergetah tu!

tapi akhirnya aku faham, kenapa mak aku cakap macam ni "kau yakin ke nak jaga anak orang tu?". honestly, i am really not ready for this (nanti ada org kata pernah dgr ayat ni. dulik apa aku!hahaha!). macam nak bina masjid, banyak kira-kira yang aku kena amik kira.

memang la ada kakak-kakak dan abang-abang aku yang kata "kahwin tu kunci rezeki, lepas kahwin banyak betul rezeki masuk". ermm...itu pendapat masing-masing. bagi aku, aku nak jadi macam burung enggang, aku nak bina 'sarang' yang selesa untuk keluarga aku dulu, pastu nak kumpul 'makanan' secukupnya untuk keluarga aku, dan bersedia untuk menjaga zuriat-zuriat aku dan melindungi dengan penuh kasih sayang isteri aku. (burung enggang jenis monogamy, kalau bini dia mati, dia takkan nak mencari betina lain. bagus kan?kalah shah jehan dan mumtaz mahal!).

itu pendapat aku. pendek kata, sebagai seorang lelaki yang bakal menjadi seorang suami dan ayah, aku kena la mengukuhkan tempat aku berdiri dulu. fizikal dan mental kena mantap. kalau salah satu tak mantap, nanti wujud la berita "isteri tak cukup nafkah", "isteri tak puas di ranjang (please, this is reality)", "isteri bosan" dan yang paling teruk "penceraian".

dalam posisi aku sekarang, perkahwinan bukan la prioriti lagi. banyak benda yang aku kena settle kan. kalau dah jodoh, tak kemana. bapak aku pun kahwin masa umur dia 30 tahun lebih, so kenapa aku nak tergesa-gesa kan?tanggungjawap aku sekarang ni kan pelajar, so aku kena habiskan belajar dulu, lepas tu bina karier dan baru la aku berani nak bina keluarga.

lagi satu, aku terfikir mak dan ayah aku. mak pernah cakap dulu "mak puas dengan korang dari umur sehari sampai darjah enam jer. lepas tu semua pergi asrama, masuk uni, lepas tu habis belajar jer semua nak lekas kahwin...dah kahwin masing-masing jauh". aku anak nombor SEMBILAN dan ada TUJUH kakak dan abang aku yang dah kahwin (korang boleh bayangkan maksud aku). kadang-kadang aku terbayang macam mak kami ni buat roti canai - penat-penat menguli, menebar, memasak, tengah panas-panas tu terus kena sambar. nak buat macam mana mak, jodoh anak-anak mak ni cepat. (mereka-mereka tu contoh pasangan-pasangan muda yang berjaya, so kat sini hanyalah soal 'keyakinan', aku tak yakin lagi).

dan perkara paling aku takut dalam hidup ini juga ialah "aku cepat bosan dengan manusia". bosan bukan bermakna benci, ia bermakna aku tak suka dengan suasana yang mendatar jer. Aku tak suka benda yang sama setiap hari. sebab tu aku pernah ada 4 pasang jam dan lima jenis minyak wangi untuk aku tukar-tukar setiap minggu. aku takut aku 'bosan' dengan bini aku...bahaya sangat bahaya...dan aku takkan buat sesuatu hanya untuk memuaskan individu tu sahaja, sedangkan aku terseksa. aku nak dua-dua pihak puas. maksudnya : aku takkan kahwin sebab nak jaga hati keluarga aku, saudara mara atau pandangan orang lain terhadap aku, sebab KAHWIN adalah antara keputusan yang BESAR dalam hidup aku.

buat masa sekarang ni, memang aku dah ada calon, dan mata aku pun dah tertutup untuk orang lain. tapi kita takkan tahu apa yang akan terjadi dalam perancangan Dia. aku pun ramai member yang bercinta macam nak rak, tapi last-last tak jadi jugak. yer la, umur muda-muda macam ni kan memang suka buat benda tak pikir panjang, orang lain ada, kau pun nak ada, last2 tak sekufu, dah segan. macamana sumpah ikrar setia dulu?kan ke dah malu kalau jumpa ex memasing kat mana-mana. nanti dalam hati "minah ni dulu aku bagi dia hadiah masa tengah bercinta, macam leh buat 17 dulang hantaran, sekali ngan mamat lain jugak dia pergi".

rileks dan sabar jer la, buat benda satu-satu dulu. tapi kalau korang ada keyakinan yang tinggi tuk berumah tangga, silakan la, lagi bagus kan?bertambah umat Muhammad. cuma kalau minta pendapat aku, aku betul-betul tak bersedia lagi.

Sebelum aku akhiri kata-kata aku ni, aku nak bagitahu yang setakat ni, aku bahagia dengan apa yang aku ada, rakan-rakan aku, kucing-kucing aku, keluarga aku, apa yang aku buat, so tak perlu la aku 'tergesa-gesa'. dan yang paling penting, cinta aku dan Dia masih ada. buktinya?sampai saat ini aku masih bernafas dengan rahmat dan kasihNya. insya'allah dan alhamdulillah.


Thursday, November 19, 2009

Doraemon

Salam,

dah abis exam!leh ler meluangkan sikit masa kat sini.

actually aku nak re-upload cerita 'basikal' tu, tapi aku cari kat archive, dah tak der...hurmm..Gowan owh Gowan...kalau kau tak *** haritu kan bagus. kau tulis balik entry tu!

x pe la, coz dalam perancangan nak wat konvoi berbasikal lagi jauh dan hebat. baik masukkan yang tu kan?haha!korang tunggu jer la dengan sabar.



aku ada nampak status kat facebook budak2 ni pasal ending cerita Doraemon. aku pun tercari2 la, ada betul ke tak...last2 aku ada jumpa kat satu video kat youtube tu pasal ending dia. lebih kurang macam ni la :

" Bateri Doraemon sudah habis. Nobita ada dua pilihan, samada mengantikan dengan bateri baru tapi akibatnya Doraemon akan terpadam semua memori dia, atau menunggu pakar robot pada masa akan datang untuk mengubati Doraemon disamping mengekalkan memori dia yang sama"

nak tau Nobita buat apa?

Semenjak haritu, Nobita belajar sungguh2 dan berazam untuk menjadi pakar robot. Dia tak mahu Doraemon kehilangan memorinya kerana bagi dia, Doraemon sangat berharga (kalau kau ada adik yang kau sayang, x kan kau nak dia hilang ingatan kan?). maka Nobita pun belajar bersungguh2, dan dia ada lah pakar robot yang dimaksudkan itu.

macam sweet jer kan ending dia yang ni?weh, tapi aku tak sure betul ke tak ending dia yang ni, org kata rumours jer. tapi ok la jugak kan?

haha!apa pengajaran? - bila berkawan, cari lah kawan yang boleh mengalakkan prestasi diri.

Berkawan dengan penempa besi, bau besi la anda, berkawan dengan pembuat minyak wangi, wangi la anda.

huhu, aku suka Doraemon ni. sebab aku rasa dia kiut dan cool. kalau betul2 wujud kan bagus. kalau dia wujud, aku nak pinjam pintu suka hati dia jer. aku teringin nak gi Grand Canyon kat Arizona tu. (angan2 si anak kecil!).

Aku mula baca sebab abang Aan aku yang kenalkan. masa tu abang2 aku kumpul sang Pewira la, Pedang Satria la, Harimau Kumbang la, Dragon Ball etc. tapi aku nak kumpul diorang tak bagi, coz diorang kata aku kecik lagi. so aku pun kumpul Doraemon. hehehe!

Sunday, November 15, 2009

sekeping hati dibawa berlari

Salam.

tahu tak, aku jarang dengar lagu "suci sekeping hati", disitu la aku dapat tajuk blog ni. in fact, aku tak suka pun lagu ni, sebab pasal hati dan perjuangan. nasihat biasa yang siapa-siapa pun boleh bagi. ada jer rangkap dia yang terkesan kat hati.

"tapi jalan kebenaran, tak akan selamanya sunyi, ada ujian yang datang melanda, ada perangkap menunggu mangsa".

Merantau jauh kat negara orang, lagi lah banyak ujiannya... lebih2 lagi untuk iman yang lemah macam aku ni. kekuatan mana yang aku harapkan?

tapi banyak2 ujian, aku paling tak suka kalau hati diuji. hati kau, hati dia, hati aku...jangan. bahaya. kalau luka dilengan, nampak. luka di hati?makin dipendam, makin sakit bernanah.

tulisan-tulisan aku sebelum ni, lebih bersifat individu. aku nak hati aku terjaga, tapi aku tak perasan pun kalau ada yang terguris dengan kata-kata aku. untuk terakhirnya, aku minta maaf...

cepat la masa berlalu...cepat la aku habiskan degree...

"sekeping hati dibawa berlari" akan berhenti lariannya. mungkin aku akan terus berlari, tapi hati kena tinggal. ikut hati kan mati. menulis ikut hati pun akan mati. menulis mengunakan akal, tapi akal aku kurang berfungsi. lebih baik aku berdiam.

terima kasih kepada semua yang sudi membaca. kata-kata semangat dan pendapat yang dihulur, akan menjadi kekuatan. insya'allah, kalau semua nya jadi sempurna dan sedia kala, jari jemari ni akan beraksi lagi. untuk seketika, bagi la aku ruang. Dan lagi sekali, minta maaf pada semua atas segala kecacatan blog ni. yang baik dari Tuhan, yang cela dari diri sendiri tapi diatas kudratNya. sekian, salam sejahtera.

*psstt!doakan yang baik2 sahaja.sayang semua.

Wednesday, November 11, 2009

memang salah aku

tadi ada perjumpaan batch dengan lecturer aku dari malaysia tu. sekali nama aku naik sebab ada orang report aku suka ponteng. tercacak tocang aku, macam cerek air yang berasap aku rasa telinga aku ni.hakikatnya aku tak der la melampau monteng kelas tu. tapi aku ngaku la ada kelas kat audi yang aku x g sebab kedatangan x wajib, dan kau tak paham apa pun kalau dah lecturer cakap macam ketapi. tapi kelas tutoral memang aku rajin la gi. ermm, pelik aku kat Perancis ni ada jugak orang yang suka nyebok apa org lain buat. aku tau, budak2 lain tadi terkedu jugak sebab nama tak naik. menikus sorang2 (ada yang tersengih2 kat aku pun yer jugak, rasa nak bagi makan penyepak jer)nasib baik aku tak petik nama sorang2. mau nyer huru hara grup aku nanti.

tapi aku fikir balik, aku buat bodoh jer. lecturer tu serkap jarang jer kot. (puas aku berdebat dengan lecturer aku tu, pertahankan hak sendiri katannya). tapi sebagai peringatan la jugak kat aku ni. kalaupun kelas tu tak wajib pergi ke, atau kau tak faham apa lecturer tu cakap ke, pergi jer la, amik berkat! (mmg lecturer tu jenis baca balik apa yang dia tulis kat slide, and diorang akan bagi kami slide tu lps kuliah, so sama jer kalau aku baca dgn khusyu' kat rumah, dari gi aku dapat telur ayam jer).-nanti nak dekat exam mula lah ngadu sakit kepala la itu la ini la, padahal kelas tak gi, mana nak pandai?

masa nak balik tu, Mamat cakap ngan aku "aku ni masalah komputer, rumah,kamera, itu ini...tapi kau punya masalah jenis masalah jiwa jer Mejah". hahaha!tergelak aku. (semalam aku terpatahkan katil dia, kesian budak tu nak hantuk2 kepala kat dinding sebab barang2 dia banyak yang jahanam!).

memang pun, aku pikir balik, masalah aku ni kaitan ngan jiwa jer. terpana dengan shout out Amalina kat YM "sedangkan jantung yang berdegup ni bukan lah milik kita". so bagi aku, memang hak Dia la nak bolak balik kan hati, jantung, ginjal, pankreas, otak ke apa. sebab semua ni kan kita pinjam dari Dia. lagi satu, masalah2 yang Dia bagi ni memang dah well designed dengan kemampuan kita. takkan nak diuji diluar kemampuan kan?

so meseg yang aku dapat hari ni, jaga la akhlak. lagipun aku ni nanti jadi cikgu, nanti kalau anak murid aku ponteng, tau pulak aku nak sakit hati.huhu!sekarang ni Tuhan bayar cash!

huhu, teringat member aku cakap "asyik tak gi kelas jer, macamana nak pandai?". huhu! tau la kau rajin.

ok la para penonton, aku nak kemas nota2 aku. mesti la esok aku akan jadi pelajar yang cemerlang!bye!

Monday, November 9, 2009

hati ini lembut

Salam,

Alhamdulillah, dah habis pun kertas spanish td. boleh la sikit2, asal lepas dah ler, bukan major aku pun.

exam pukul 6 petang habis kul 8 malam. kat sini maghrib masuk kul 5.09 petang. hujan renyai2. ni antara sebab aku tak minat sangat musim luruh ni. macam sedih jer...sunyi jer....(mula la tu nak melalut!).

masa aku lalu kat jambatan Battant tadi, ada sorang pakcik perancis dalam lingkungan 40-an, duduk tepi jambatan. duduk bersila. hujan renyai-renyai pun jadi galak. masa aku melintas dia pertama kali, aku malas nak layan dalam hati "elllehh, cukup kudrat n sifat, pergi la cari kerja!ni nak mengemis jer tau. senang la kau". pastu aku terus buat muka tak layan. selangkah dua, aku terkesan jugak dengan pakcik tu...

ini negara Perancis. bila-bila masa jer kau leh kena buang kerja, kena halau dari rumah. kalau kita di Malaysia ada saudara mara, mereka pulak sebaliknya. lepas umur 20 tahun, memang masing2 x nak duk ngan mak bapak. ada jugak yang terus lupakan mereka. hubungan kekeluargaan tak kuat kat sini, so kalau sakit ke apa ke, jarang ada yang kesah.

berbalik pada pakcik tadi, mungkin dia dah putus asa dengan hidup dia...apa yang dia usahakan musnah sekelip mata jer. siapa yang tahu kan?rahsia Dia. ermm, kalau setakat hulur satu euro dua, apa salahnya. walaupun dia bukan Islam, Allah tak pernah halang kita berbuat baik.

"merci monsieur, que Dieu te benisse" ckp pakcik tu. -terima kasih tuan, semoga Tuhan merahmatimu.

aku berganjak dari pakcik tu. sekali aku dengar perempuan nangis. lingkungan 40-an jugak. pastu kiri kanan dia ada dua makcik tengah pujuk. aku macam terdengar salah seorang makcik tu kata "awak tak boleh bunuh diri, anak2 awak perlukan awak.". terkejut badak aku!(nasib baik x jd badak betul, jenuh bersalsa). aishhh, nak bunuh diri pulak? lagi sekali aku bersyukur sebab masalah aku tak der la sampai rasa nak bunuh diri.

bukan la aku suka menyibuk hal orang. tapi sebab diorang cakap kuat (mungkin terjerit2 masa hujan tadi), so aku terdengar la. cuaca macam ni...memng betul dunia ni pentas teater yang besar.

shuhhhh!!!shuhhhh!!!shuhhhh!!!- bunyi apa tu?bunyi aku buang semangat negatif kat aku.

ketika research di ulu tembeling (if i'm not mistaken). mereka serba kekurangan, tapi mereka bahagia. now define this word 'HAPINESS'- aku berbaju biru gelap(kurus!) dan beg kulit unta yg Uda bagi tu...(kakteh, i stole this pic from your blog, sorry!).

aku memang tak boleh tengok benda2 sengsara macam ni. cepat tersentuh. masa ikut akak aku buat research kat kampung2 orang asli dan projek rakyat termiskin dulu pun, aku asyik sebak jer...pernah aku terfikir "kalau Tuhan itu Maha Adil, kenapa di dunia ni ada yang kaya dan ada yang miskin?".


ohh Allah, hati ini lembut...

aku rasa masing-masing boleh jawap. kalau semua orang kaya, x wujud la sedekah. x wujud la perasaan simpati. dan mungkin yang miskin tak jadi kaya sebab kalau dia kaya dia kufur nikmat?itu la adilnya Allah.

manusia hidup ada target. kadang-kadang terlampau obses mengejar kepuasan sendiri sampai kita singkirkan orang lain. kejam kan makhluk yang bernama manusia...

baik la, aku kena prepare untuk esok. ada discussion dengan classmates aku. kena wat presentation pasal bahasa Arab -abis la kena asah balik arab aku... yang penting girl satu grup ngan aku tu lawa!hehehe!jumpa lagi!

Sunday, November 8, 2009

que sera sera

Salam.

take 5 kejap. berasap otak aku.

esok aku ada test spanish. frankly, i'm not ready for this. kami baru ada 4 kelas dengan cikgu tu, pastu nak test terus. aku terpaksa amik bahasa tambahan ni, sebab kena cukupkan subjek. erm..lantak la, jawap jer apa yang patut.

tadi petang, sambut dua orang lecturer aku dari IPBA, datang buat apa entah kat sini. huhu, aku rindu dengan mereka berdua tu. macam makcik2 yang suka membebel tu.

dapat berita, ekonomi negara tak stabil. peruntukkan pendidikan pun dikurangkan. nak beli kertas tuk pejabat kat IPBA tu pun tak dak duit. miskin negara MAlaysia ni...kami difahamkan, tak der la nak repeat2, kalau exam, memang wajib lulus. tak lulus, time jugak kau dapat tiket balik malaysia selama-lamanya!bukan macam budak2 course lain, aku dengar, kalau tak lulus yang ni, leh tukar yang tu. siap ada yang tukar2 major lagi. untungkan diorang?aishhh, kenapa la perguruan ni asyik dianak tirikan. kata nak memartabatkan, tapi kalau asyik dipandang 2nd class profession, sampai bila?ingat senang ke buat linguistik?biar la, rezeki masing-masing.

aku sampai satu tahap, aku rasa nak putus asa. kalau aku gagal la kan (nauzubillah), memang aku malas nak cakap apa, diorang suruh balik, aku balik jer la. dulu aku lari sampai eropah ni sebab aku malas nak pening2 kepala masalah itu ini. tapi silap. masalah tu adalah bayang2, dia ikut kita ke mana2. so kesimpulan, Malaysia ke, France ke, sama jer.selagi berpijak kat dunia ni, masalah tu tetap ada.

ermm..hati aku pun dah kering. lantak la. aku malas nak fikir masa depan aku. kalau ditakdirkan aku x dpt apa yg dihajati, aku rela jer duk umah mak bapak aku tu. rumah ada, kereta ada, beras ada...diorang pun dah tua.tinggal berdua pulak tu. tapi kena tahan telinga la sikit, mesti ada orang yang mengata "si Anjut tu, dulu bukan ke kat Perancis?ni menganggur jer, bagus lagi la si Anu tu, sekolah setakat STP, dah ada bengkel sendiri dah".

tuan-tuan dan puan-puan, aku tak kesah langsung korang nak cakap apa. yang penting, syurga dan neraka kunci nya bukan korang yang pegang kan?apa nak jadi, jadi la. aku akan usaha selagi mampu, insya'allah.

*psst...siapa tak nak kehidupan yang baik kan?

Saturday, November 7, 2009

feeling weekend

salam, akhirnya..setelah dua bulan tak bersua di webcam, aku keudara dgn anak2 saudara aku yg kt Kulim tu. rindu nyer aku...tgk Hanah dah makin cantik n comel!pandai cakap pulak tu- jeles ngn kaklong, sbb anak2 dia semua cantik2 n hensem, anak aku??


dari kiri - Aiman, Bella, Hannah, ngan Atikah. - si Aiman ni...memang dasar anak jantan ler kau ni, asyik belasah akak2 n adik dia jer. pastu dia tunjuk koleksi kereta mainan dia yang keberapa ratus aku pun x tau...


lepas tu nampak abg ipar aku (abg teh) online, dgn harapan leh nak webcam ngn Chibi Marukochan. x sabar nak dgr dia cerita pasal adik baru dia. tapi abg teh aku tu busy kot, x pe la, kita cuba lain kali.

kemudian nak pukul 1 pagi, anak saudara aku, si Omar plak call. hahaha!teruja aku!masa tu diorang kat Malaysia subuh kot. ermm.. tapi x leh ckp lama sbb line tak berapa elok.

tghari td, Omar telefon lagi. aku suruh dia webcam, tapi budak darjah lima ni x reti plak nak guna webcam tu. masa tu Khaleed, Ayub n baby ikut umi dia ke kedai diorang. tinggal la Irfan, Omar n abu diorang. aisshhh, Irfan, manja lagi kau ni walaupun dah beradik. boleh tak dia ngadu kat aku yang Omar belasah belakang dia sampai rasa nak patah?hahaha!pastu tanya aku pernah pergi kat menara tiga segi tu tak (eiffel tower), pernah naik roller coaster tak n jumpa mickey (disneyland)?hehe, pernah la sayang.. tunggu tahun depan Pak Anjut balik yer.

Bangun subuh tadi kepala aku berdenyut-denyut. pasal apa aku pun tak tau. Semalam dapat tahu yang diorang ajak main bola dan basket. ermm, x pergi la aku...yang aku geram nyer, orang yg aku tanya dua hari lepas nak main ke tak, pun x der bgtau aku apa2. x pe la, aku disingkirkan (sensitip you!).

Ermm, lagipun hari ni aku nak cuba busy kan diri lagi. sebenarnya tak der la busy pun, tapi aku sakit hati tgk shout out budak2 ni yang tulis "study", "menelaah nota", "tengah belajar, jgn kacau". sedangkan aku?terus merongeng hingga ke subuh!hahahaha!

hari ni nak siapkan esaimen spanish aku, lepas tu kena hafal verb2 spanish tu sbb isnin pagi ada exam. (betul la kata kau sasi, mcm gali kubur sendiri jer...). tapi "man jadda wa jadda, wa man zara'u wa hasada!" (siapa berusaha dia yang berjaya, siapa yang menanam, dia yang menuai!). bukan ke target aku tuk menguasai sekurang2nya tujuh bahasa?tamak dalam berilmu tak pe!

weekend ni pun memang satu rahmat buat aku, boleh aku ngadap tv sambil melayan kerenah anak-anak berbulu aku. owh yer, aku ada buat satu blog tuk diorang. buat2 kenangan..yer la kat sini aku tak der siapa...kalau Jasmeen, Leyla dan Addy tu pandai bercakap, mesti banyak rahsia aku keluar!wahahahah!

jemput2 la melawat http://duabungasatukumbang.blogspot.com/

ermm.. tengah hari nanti kawan indonesia aku yang tinggal kat Paris tu nak dtg. dia nak belanja pizza. hahaha!save duit aku!lama jugak tak jumpa dia. mula2 kenal masa dia belajar kat Besac ni, rasa mcm sombong jer.. yer la, kau tau la anak2 orang kaya ni kan?tapi rupanya dia baik!ermm again, don't judge a book by it's cover! tengok la macam aku ni, aku kenal ramai manusia yang muka bukan main innocent, tapi rupa2nya jijik perangai..tapi tak bleh la kita mengata, sebab mungkin diorang ada masalah...semoga semua baik2 la..

ok la, cukup tuk hari ni. jumpa lagi!

Wednesday, November 4, 2009

ular sawa didalam selimut aku

"Besar nyer ular sawa ni!!!ada tiga ekor semua nyer!besar peha pulak tu!" mengigil aku apabila selimut yang membaluti tubuh terselak... entah macamana ular-ular tu boleh mendesup masuk bawah selimut tu. pelahan-pelahan aku turun dari katil , supaya ular-ular tu tak terjaga.

keluar rumah, aku laporkan pada adik beradik aku. abang ipar aku yang sulung, mengambil parang dan membunuh salah sekor ular tersebut. seekor mati. lagi dua ekor tak berganjak dari tempat tidur aku.

aku mencari adik aku. Wawan dekat mana?dia tengah tidur dibilik sebelah. jatuh aku macam nak luruh!!! ada dua ekor ular tedung selar yang amat besar sedang menyeringai di belakang dia! aku nampak emak, dia menghalang aku mengusir ular-ular tu. takut adik aku tersedar dan ular-ular tu terkejut lantas mematuk adik aku. aku menangis. (aku memang lemah..lagi-lagi melibatkan keluarga aku). adik aku masih terlena. tapi kenapa semua orang diam?panggil la bomba! rumah kita diserang ular!

TRETTT TRETTT TRETTT!bunyi alarm, aku terjaga!syukur hanya mimpi!

masih terbayang-bayang ular-ular tu. rasa sejuk dan bersisik kulit ular sawa tu seolah-olah ia benar. risau aku risau...

aku cari di google. "tafsiran mimpi". (jangan berkata tahyul atau apa. kadang2 ada benda yang Tuhan nak sampaikan melalui mimpi. lebih2 lagi kalau dalam mimpi yang aneh macam ni. dan semua orang tak bercakap. dan untuk pengetahuan, dah lama aku tak bermimpi!perkara last aku buat sebelum tidur pulak adalah sembahyang isya'. so, aku tidur dengan air sembahyang. Apasaja mesej yang nak diberitahu ni..).
ini apa yang aku dapat dari http://abby-ukhwah.blog.friendster.com/2007/03/tafsir-mimpi-abjad-a-m/
ULAR
  • menurut Islam:
    • Mendengar Bunyi Kulit Ular: bermakna menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya. Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya akan beristeri dan jika perempuan akan lekas bersuami.
  • menurut Barat:
    • Ular: Bermimpi ular bermakna kejahatan aneka ragam. Kalau anda membunuh ular, anda akan mengalahkan musuh anda. Cara bagaimana anda memegang ular menunjukkan bagaimana anda boleh menangani musuh anda. Kalau anda menginjak ular, anda akan menakutkan penyakit, dan menakutkan seorang (atau sesuatu) lain yang mencuba memikat pasangan anda.
    • Dipatuk ular: Dipatuk ular bermakna musuh yang melawan anda atau mengkritikkan anda.
    • Terpijak di atas ular: Terpijak ular bermakna anda selalunya menakutkan penyakit.
    • Banyak ular kecil: Ular kecil melambangkan kawan yang rupanya ramah tamah tetapi sebenarnya tidak berbaik-baik.
mungkin aku lebih selesa baca yang menurut islam tu. tapi yang barat punya pun berkesan jugak. ular dalam selimut?musuh dalam selimut?macam gunting dalam lipatan...aishhh....jangan la macam-macam...dan kenapa adik aku?kenapa ular tedung tu warna putih??aku pun tak terjawab...

Sunday, November 1, 2009

semangat yang hilang

Salam semua.

cuak jugak sebab entry haritu. aku nak cerita benda lain, tp benda lain yg kena highlight. ermm, kawan aku yang tu, dia ok jer sebenarnya...cuma dia ada masalah 'ego' jer. yang lain2 dia baik jer. aku tengok la, kalau aku rindu balik ngan dia, aku kawan la balik ngan dia. nak wat camana kan, batu, kalau kita rendam dalam air pun, keras jugak. dah manusia tu jenis macam tu...(weh, tp kau x kesian ke ngan anak kau pada aku ni?there's no way aku nak manjakan dia lebih dari anak2 aku. so, kau yg kena datang manjakan dia.).

esok kelas dah nak start. honestly, aku dah x der semangat nak gi kelas tu. apa masalah aku sebenarnya ek?kalau satu Malaysia tahu aku macam ni, mesti aku kena gantung kat tiang salib tu sebab menghabiskan duit kerajaan jer. orang dah hantar gi Perancis tu, belajar jer la. nak kahwin ke apa ke, nanti2 dulu. first thing's first!

tapi macam tu la, bercampur dengan budak2 perancis lain dalam kelas. dia malu, aku pun malu. last2 aku hanya layan beberapa budak dalam kelas aku tu jer. nak aku start the conversation?jangan harap. ada emas kat dalam mulut aku ni. percaya tak, aku hanya ingat dua nama jer budak kelas aku. wakakka!

lecturer2 aku dah la pelik2. ada yang accent italy dia kuat (ternganga2 aku nak faham), yang baik sangat (aku x suka lectrr yg baik sgt, susah nak ngumpat nanti), yang cantik sangat (ni lagi la masalah, nanti aku jadi tersipu2 malu kalau dia pandang aku.mau aku berangan dalam kelas), yang cakap tak der epkdah pun ada (nasib baik kau cantik jugak, kalau tak mesti aku asik membuta jer kat kelas ko!).

otak aku sekarang ni asyik teringat cuti jer. cuti, cuti dan cuti! orang ramai bising dekat aku, sebab aku ni tak pikir pasal pelajaran. weh...kalau hati sudah ke laut, manakan jasad selesa didaratan...nanti la aku cuba cari semangat yang baru. cepat la cuti..cepat la...(weh kau, dah janji nak bawak g le Havre n amik bot ke UK kan?tp tgk keadaan mcm ni, x tau la jadi ke tak...ni semua kau punya pasal!). ermm, cuti Toussaints haritu, aku cukup gembira sebab aku dpt jugak naik Catamaran tu. (walaupun aku upgrade bakat lakonan aku kat museum mercedes tu, tp x kesah la, sebab berbaloi, dpt ilmu).

sekarang ni tgh bercelaru, aku pun tak tau aku pikir apa. makan, minum, tidur semua tungang langgang. kalau bukak youtube asyik nak berkaraoke jer. ermm..nanti aku kena sebat satu PS3 jugak ni, leh main singstar. melalak2 kat umah sendiri, ada orang kesah?tunggguuuuu!!!

itu la update serba sedikit. korang doakan aku yer, supaya aku jadi rajin dan tak menghabiskan beras jer.

Friday, October 30, 2009

cerah dan suram

Salam semua, hari ni cuaca sgt cerah, cantik, tapi sejuk, rasa seram...

macam tu la jugak perasaan aku hari ni. bercampur baur. aku gembira, akhirnya aku dpt jumpa balik orang-orang yang aku sayang. guru2 smap kajang, Kak teh aku dan lain2 (terima kasih FB). Dalam masa yang sama, aku sedih, tapi aku tak tau nak kategorikan macam mana. Aku terpaksa tinggalkan sorang sahabat baik aku (used to be), sebab aku tak tahan dengan perangai dia. Again, this world plays with hearts and feelings...

Pernah dengar pepatah, 'air dicincang takkan putus'? pepatah itu terpacul lagi kat mulut aku ni. untuk pengetahuna, dah dua bulan aku tak telefon adik beradik aku. samada aku yang berkecil hati, atau mereka yang berkecil hati, sampai kiamat pun aku sayang dengan mereka. aku tak pernah kena marah dari kecil dengan akak2 n abang2 aku. sampai sekarang pun, abg uda aku akan cium pipi aku kalau terjumpa. betapa kami saling berkasihan. masa dan keadaan memusnahkan segala2nya. kami jarang jumpa..sangat2 jarang...bila lama tak bersua, hati semakin jauh, sepatah ayat boleh disalah tafsir menjadi ayat yang membunuh. Aku hampir tutup hati aku dengan manusia2 sekeliling aku. pernah jugak aku terpikir nak membawa diri ke Italy atau Sepanyol. biar aku lesap...biar semua terlupa yang wujudnya seorang aku. tapi dalam masa yang sama, benih2 sayang tu bercambah kembali. terkenang peristiwa2 dulu susah senang kami adik beradik, merontokkan benteng ego aku. (sebenarnya aku cepat tersentuh, lebih2 lagi kalau ada kanak2 kecil atau orang tua yang cakap 'rindu kat Anjut'...). aku sayang mereka. biar la lepas ni kalau kami bertegang leher lagi, jangan sampai salah seorang meninggal, ada yang terlupa membaca fatihah. untung kita dulu dirahim yang sama...

untuk itu, aku meminta maaf pada Kaklong, KakNgah, Abang Uda, Kak Teh, Abg Anep, Kak Ijah, Kak Esah, Aan, dan adik kesayangan aku Wawan, andai diri ini ada menyebabkan mana2 perasaan terguris... doakan kejayaan kita sekeluarga. supaya kalau masing2 dah berjaya nanti, boleh membantu mana2 yang memerlukan. insya'allah...

dalam masa yang sama juga, aku terpaksa tinggalkan sorang kawan aku tu. banyak kenangan dengan kau. aku akan rindu basket ball, voyage, Leyla, ayam pedas kau, cerita2 kau, nasihat kau, marah kau, lawak kau, semuanya dekat kau. tapi aku dah tak tahan dengan perangai kau...kau tak hormat aku macam aku hormat kau... aku keciwa. aku tahu kau takkan berubah, ego kau sangat tinggi, sampai kau rasa tak perlu mintak maaf. kau gembira kalau buat orang lain kecewa.jadi baik kita hidup ikut cara masing2. terima kasih sebab pernah jadi 'keluarga' aku...

itu lah dunia, bukan Allah sengaja tak nak bagi kita gembira selalu. tapi cuma Dia ingin ingatkan kita, belajar lah dari yang suram, agar kita lebih menghargai masa cerah...wallahualam.

Wednesday, October 21, 2009

jika ia tertutup

sebentar lagi mata ini akan tertutup,

jika ia terbuka subuh esok, pastikan aku tersenyum,

sebab aku benci mimpi buruk,

tapi kalau ia terus tertutup, pastikan yang lain terus tersenyum,

sebab aku benci cerita yang buruk.

demi Tuhan, pelihara la kami...

Sunday, October 18, 2009

sweet and sour

salam semua,

berani aku menulis sekarang ni, sepatutnya masa ni digunakan untuk mengkaji nota-nota mingu lepas, esok kelas dari 8 pagi sampai 6 petang.huhu. tapi x pe, aku hadkan masa menulis ni 30 minit jer. insya'allah.

Syawal dah berlalu. rasa sekejap jer masa. macam teringat2 semalam menyental kuali dekat masjid arab di Fontaine ecu, selepas buka puasa beramai2. rasa kebah jari jemari pun masih terasa. rupanya tu cerita dua bulan yang lalu.

setiap hujung minggu ada saja jemputan rumah terbuka. kalau di Malaysia, kalau ada pun org yg ajak, mesti aku banyak alasan nak pergi. tapi dekat sini, entah, sebab kawan2 dan tak der sapa lagi, so apa salahnyer pergi kan?terima kasih pada semua.

semalam rumah terbuka dekat Planoise, kak Piah jadi host, seumur hidup aku, jarang aku nak makan laksam, tapi yang semalam tu memang sedap!(bangga la ko piah?). untuk semalam, aku ajak Addy sekali, sebab mak-mak angkat dia dah rindu sangat ngan dia. hari ni pulak rumah didi, ada laksa johor, pun sedap gak!hari ni ajak Jasmeen dan Leyla sekali. nasib baik diorang x buat hal (kencing or berak!), kalau tak, malu aku.malam ni diorang tidur dengan aku kat bilik. sebab kesian diorang kesejukan.sekarang suhu dah jatuh 1 darjah selsius, ini baru musim luruh, kalau musim sejuk nanti..ishhh...

----------kita keluar topik kejap---------------------------------------------------------


Mungkin semua orang tertanya-tanya, kenapa aku sayang sangat dengan kucing-kucing aku ni. huhu, meh la aku jawap. kalau siapa yang ada FB aku, mesti perasan aku nyer shout-out yang tertulis "Suasana menjadi amat menakutkan bila terlalu 'cinta'. biar sedang2 aja. nothing lasts forever man". aku sebenarnya dah bosan dengan benda2 'cinta' ni. alangkan 'bercinta' dengan keluarga sendiri pun aku pernah kecewa, inikan pula dengan orang lain (orang lain, x semestinya kat awek aku jer, leh jadi ngan kawan2 ke apa,meluas maksud nya). bila orang kata 'bercinta dengan Allah, cinta hakiki', aku setuju sangat. tapi dalam dunia yang serba realistik ni, aku nak 'bercinta' dengan something yang aku rasa selesa, dan x mencederakan aku secara zahir dan batin. sebab sejarah dulu-dulu jugak la yang membuat aku benci untuk menagih cinta manusia (ayat tak leh belah!tp menagih tu mcm over sgt.).

Aku dah ada cinta Dia, aku sebarkan cinta aku yang sedang2 saja ni pada yang lain di muka bumi ni. tapi buat masa sekarang, aku tgh jatuh cinta dengan Addy, Leyla dan Jasmeen jer (x der dosa kan bercinta dgn binatang peliharaan?).


itu la dia, kalau orang nak aku hormat mereka, aku harap diorang hormat la apa yang aku buat. aku bela kucing-kucing ni x nyusahkan sesiapa pun (kecuali Auntie Sasi yang kena jenguk2 kan diorang tym aku nak g jerman nanti.hehhee!). hidup ni kan sekali jer, biarla dalam puluhan tahun aku hidup ni, ada detik2 yang aku rasa selesa tanpa gesaan cinta manusia.

kalau ada orang tanya pada aku sekarang ni, siapa yang paling aku cinta, aku akan jawap, aku rasa cinta sama rata pada semua, tak kisah la pada emak, ayah, abang aan aku, member-member aku, bakal bini ke, sesiapa sahaja, aku rasa biasa2 jer. mungkin ada yang akan kata, tak mungkin kita adil dalam memberi cinta, aku akan dengan selamba nyer aku akan cakap "rileks dah ler". tapi kalau rindu tu, mungkin lebih pada mak dan ayah, serta anak-anak saudara aku. (betapa aku rindu nak dengar suara Atikah, bercerita pasal adik2 dia, Omar dan adik2 dia, Ukasyah dan Sarah!Chibi pun aku tak sempat nak temu ramah asal adik dia yang baru tu...irsyad, Nana dgn Afnan!ya Allah...panjangkan la umur aku ni...aku rindu sangat ngan diorang......)
--------------------------------------------------------------------------------------------


huhu, kalau nak ikutkan, aku teringin nak hidup macam orang2 gipsi atau ahli-ahli sufi. simple jer cara diorang. sebab bagi aku, hidup ni tak perlu la terburu-buru. kalau tiap-tiap hari sibuk pasal kerja pejabat, pasal nak masak lauk apa, nak pergi mana, nak jaga hati orang itu, nak jaga hati orang ni, ishhhhhh, memang sia2 jer hidup ni. kadang-kadang terlalu beratkan benda2 tu la sampai memudaratkan kita. rasanya hampir 99.99 % orang kat dunia ni ada masalah mental.

tapi itu la dunia, masam dan manis membuatkan hidup kita bermakna, cuma kadang2 kalau salah satu nyer terlebih, hidup tu jadi tak betul. sejak dari jarum saat ini berdetik, sentiasa la bertenang, dan syukuri siap detik yang dikurniakan kita ni. alhamdulillah.


*sempena entry kali ni, aku akan tunjukkan cara buat 'ikan sweet and sour'. temujanji kita di Belanga Bujang!

Wednesday, October 14, 2009

Dia bagi aku semua.

Tuhan bagi aku kaki, untuk aku menjelajah dan mengembara.
kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan.

Tuhan bagi aku mata, untuk melihat sekeliling dan mensyukuri nikmat yang diberiNya,
tapi kata orang, dari kerana mata, manusia tergoda.

Tuhan bagi aku tangan, agar kedua-duanya membuat amalan yang baik2,
kata orang, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Begitu juga Dia berikan aku kepala, telinga, badan, kemaluan dan segala-galanya yang menunjukkan sifat seorang anak adam. syukur aku dilahirkan 'sempurna'. mungkin ada cacat sedikit, tapi itu la yang dipanggil UNIK.

Dia juga bagi aku nafsu, untuk aku berpuas2,
tapi kata orang ikut nafsu lesu,

Dia juga bagi aku hati, untuk aku berhati-hati,
tapi kata orang ikut hati nanti mati,

Dia juga bagi aku rasa, supaya aku memanfaatkan semua pancaindera,
tapi kata orang, ikut rasa binasa.


tapi semua orang tak perasan, kalau kita hidup secara berhikmah, takkan ada bahaya yang akan menduga. kau tak cari pasal, aku tak cari pasal, tak der perang, aman sentosa. sedangkan serigala pun boleh hidup sama bebiri.

dengar cakap orang, kerana mungkin ada nasihat. tapi guna kan akal, untuk kita mengawal dan menilai. Sebab Dia tidak memberikan kita sesuatu tanpa faedah.

Thursday, October 8, 2009

buat manusia-manusia naif

salam semua,

hari ni aku tak tidur malam, sebab esok tak der kelas. Alhamdulillah..ni yang aku sayang Perancis ni, banyak sgt cuti.

huhu, sudah penat berumah terbuka (ada lagi akan menyusul. rezeki). kini masa tuk rileks2 dgn anak2 berbulu aku sambil tengok filem2 yang menarik.

tapi sekarang ni, aku dalam bilik, rimas aku kalau nak buat kerja, ada 3 ekor budak yang nak bermanja jer. Achik busy la sayang. nanti kalau dah cool, baru kita main kejar2 lagi. kesian pulak aku tengok.

ok la, sebenarnya hari ni aku berminat nak share cerita pasal 'hati batu' (ke 'hati kering'?mana satu?). aku nak cakap, jenis orang yang x der perasaan.

aku membesar dalam keluarga yang penuh dengan perasaan. yang perasan pun ramai gak. berani la salah cakap dalam rumah aku, mati mulut masing-masing muncung sedepa. hahaha!bukan mengada2 ok, tapi sebab rasa kecewa bila ada org mengkhianati atau kurang hormat pada kita.

bila aku keluar dari rumah (macam kena halau pulak kan?), aku berjumpa dengan macam2 manusia. paling aku benci adalah 'attention seeker'. dan paling aku suka ialah jenis yang 'baik nyer, sampai nak ngumpat dia pun rasa bersalah'. tapi aku x tau nak letak perasaan apa tuk org yg plain jer ni...orang naif..yang x der perasaan...diorang x de perasaan, so perasaan aku pun bercelaru la tuk diorang. kadang2 geram (sebab rasa mcm tolol sangat!), kadang2 suka (sebab mcm layan budak kecik), kadang2 buat kita ketawa (sebab aku hampir tak percaya wujud manusia yg x der perasaan), kadang2 buat kita nak menangis (kecewa wujudnya manusia jenis ni).

itu la org2 yg naif. aku pernah cakap kat kawan aku yang naif "comel giler baby tu, kalau dapat, memang aku picit2!", dia jawap "yer ke?biasa jer, kau tau x mejah, kalau bayi tu berskala besar, dia mcm orang cacat dgn kepala yg besar?".adushhh, buang masa aku jer cakap. juga aku pernah memuji-muji kecantikan satu kawasan tu, n satu orang naif ni (org lain pulak) leh cakap "penat jer kita dtg sini, ada pokok, gunung ngan air jer..ingat kan ada apa...". hurmmm.. tu sikit jer tu. aku ada banyak koleksi cerita pengalaman dengan orang2 naif ni.


ermmm, tapi kebanyakkan masa, aku rasa nak amik penukul atau sarung tangan tinju tu nak belasah orang2 jenis ni agar berperasaan sedikit. tapi aku x sampai hati..sebab dalam masa yang sama, aku x nak kehilangan diorang (entah apa2 ayat?poyos!). x pe la, jadi la naif semahu anda, jangan satu hari nanti kalau anak kena langgar pun kau x bersedih, tu aku x tau nak cakap apa...

ok. wa chow dulu.

Monday, October 5, 2009

nak habaq kat hangpa ni!

malam semalam ada rumah terbuka 1 malaysia kat Paris (pavillion Dauphine). so, kami kaum kerabat Besancon pun berpusu2 la beli tiket ke sana.

ni nak habaq mai sikit. ada la itu ini masa majelis tu. the pic will tell u the story k.



dalam metro nak g Gare de Lyon. satu gerabak ni orang Malaysia. berbatik, kebaya, baju melayu, pelik jer mat saleh2 ni tgk.


ni kat Compiegne, jarang tau aku bagi orang tangkap gambar aku (selagi lemak kat pipi ni tak terhakis).

satu hari nanti, siapa tau kan?rumah besaq. keta besaq, bini ramai (hahaha!), perut tak mau la besaq...

ala2 model Dolce Gabanna yang baru tu.


cacat!

nak masuk Pavillion dah ni.

Najib (bini dia dari tadi tenung aku, mungkin aku yang perasan atau betul telahan aku bahwa aku nak tercakap "apa perempuan ni buat kat sini?nak shopping ka?".

Najib ni, x sabar2 nak salam aku. rileks la..


go Mukhriz, aku kagum dgn awet muda kau, apa rahsia?kembali kan usia ku!


actualy ada gamabr aku bertiga dgn Michelle Yeoh n Jean Tod ni, tapi kameraman yang baik hati tu dia x tangkap betul2, so yang ni jela yang ada. kameraman, walau cacat sekalipun anda, aku tetap kawan kau!hahaha!geram aku!

n masa ni jugak aku rasa berbesar hati, sebab si Jean Todd n Michelle ada tanya aku soalan (sepatutnya aku yang tanya dia soalan!), haha, antara ratusan orang yg bergambar tu dia pilih aku k!padahal soalan bodoh jer...

Michelle : il parle francais! (dia ckp french! -sambil menunding pada aku)

Jean Todd : ah oui!vous habitez ici?a Paris? (kau tinggal sini ke?kat paris?)

aku : non, j'habite a Besancon! (tak la, aku tingal kat Besancon).

dan aku terus tersenyum lebar..

ishh, benci la, ramai sangat wartawan nak amik gambar aku.ehhh, kami..ehhh..perasan!


hni tak yah terangkan la...



ni kamarudin Mape, gambar tak jadi, sebab makcik tu tak reti guna kamera aku. hampas kelapa muda.
tapi aku sempat tanya dia, kenapa nama awak ada "Mape", mcmana sebut tu? dari kecik tau saya tertanya2.

dia jawap "hahaha!aneh soalan, saya sabahan, sebut 'mapey'.huhu."


kami "haa, mai la bocor kan gosip2 terhangat, bagi kami tau dulu. fresh2 dari anda!jangan kedekut!"

dia jawap "haaaa?mana boleh!" pastu tersenyum lebar sampai ketelinga jiran dia!haha!macam la aku nak tau sgt gosip liar artis tu. x der pekdah!


masa nak bergambar ni, akak yang main violin tu terhenti main, dia ingatkan aku pegawai mana ntah suruh berhenti main!hahahaha!


tu je la cerita nyer. jumpa lain kali k!



*owhh tidak entry kali ni pasal keduniaan jer...bangun la Anjut!kembali ke asal mu!!!