Sunday, December 14, 2008

wahai luncai, terjun la kau dengan labu-labu kau.jangan timbul-timbul dah....

assalamualaikum.

aku sajer jer pilih tajuk tu coz semua org tau kan apa maksud dia? maksud dia lebih kurang gini la "lantak ko la nak buat apa, aku pedulik apa!", kenapa?sebab mmg aku tak peduli dah org nak buat apa. ingat pepatah, 'buat baik berpada2, buat jahat jgn sekali', bg aku maksud dia, "jangan a jadi baik sangat, kadang2 kena buat jahat jugak"..oh yer, diulangi, aku bukan MALAIKAT.ok?

lupakan la semua tu..ini cara aku buang sakit dijiwa, aku akan tengok balik gambar2 kat file aku. hehe, itu yang buat aku gembira. kat bawah ni adalah gambar2 apa yang berlaku minggu ni, ke muzium seni, permainan baru untuk Jasmine dan Leyla, serta lawatan sekali lagi ke Strassbourg...yer Strassbourg lagi, bandar yang setiap bayangan adalah seni, setiap angin adalah melodi, dan setiap cahaya adalah memori...

di Musee Beauxs-Arts, Besancon.

untuk kelas semiologi pada hari rabu, kami ada kelas di muzium. Puan Jossette, antara pensyarah yang kami kasihi. sejam setengah jer dalam muzium tu, tapi aku puas!


dengan kawan2 sekelas



lukisan yang paling aku gemari...macamana lah org ni leh manipulasi warna putih dalam gambar tu..dah ler besar!


sepatutnya aku sorang jer, tapi cik kak Mideum kita ni nak interframe jugak...



cikgu ku , Jossette.comel kan?



entah apa2 la kitorang buat tu..tengok saper paling malang...


permainan baru!

aku ke Jardiland untuk usha2 barang permainan kucing2 ni dgn Hadi. tetiba jer, jumpa la permainan tiga tingkat ni.murah pulak tu. apa je la yang kita leh bagi kat diorang, coz diorang mana tau 'memintak', sungguh, aku tak menyesal bagi apa saja utk apa2 yg aku sayang...kadang2 aku sendiri teringin jadi macam kucing2 n arnab aku nih..x der masalah, dan terasa dihargai..ishhh..rasa hina nyer bila kita tau kita ni 'melukut di tepian gantang' jer...



Leyla, Jasmine dan Jenab. dah berkawan dah.siap tido sekali.sayang nyer aku ngan diorang!!!!


amboi2, bukan main!

salji di tempat kami...piah dan nisha, minah kelantan yg terlampau...



lawatan ke strassbourg.

apa?strassbourg lagi?yer ler.antara bandar yang paling aku cintai. segala-galanya...sebulan lebih aku mengidam nak pergi ke sini dengan rakan2, susah payah berhimpit dalam bas semata2 nak mendaftar lawatan ni, x kan la aku nak cancel?walau naik keldai pun aku sanggup pergi ke bandar ni...aku rasa bandar ni ada sesuatu, yang membuat aku asyik. ada apa?aku pun tak tau...




kuda dan pedati. masa aku kecik2, aku selalu berangan menunggang kuda.aku suka kuda yang gagah, berwarna perang dan berambut lebat...ermm...bila er jadi nyata.



Santa Claus bukan ada satu jer ke?patutnyer dia yg bg hadiah, ni diorang plak yg mintak duit. nasib baik tak paksa..hehehe!



di butik jam swatch, aku akan ke sini lagi utk borong semua jam yang ada!pelik tak gambar ni?ditangkap pakai kamera aku, tapi kamera aku ada pada aku.



manusia ni...basika pun diorang nak cari pasal...


Masitah dari Brunei, dgn wajah yang paling manis di alam buana!!!



makan diatas bot menyusuri anak sungai Rhin...sedap2 makanan dia...



jus epal jer.



bila anjing naik kepala!


semua buat muka mengada2!


piah, penghibur antarabangsa dengan lagu nyer "RASA SAYANG!"

demikian la apa yg berlaku pada aku minggu ni. ramai nyer manusia sekeliling kita. antara kita hargai atau kita tak hiraukan mereka jer. ermm.. lepas ni ada banyak lagi perhentian, sebelum kita keka di perhentian satu lagi 'akhirat'.

5 comments:

Hafizah Sinin said...

weh . ko asyik gi strasbourg (sp?) tu je. jgn time aku dtg tibe2 buat2 bosan tanak gi sane sudah.

biskott said...

aiyoo..gilerr chumeyl mainan 3 tingkat tu.

Nini Marini said...

waah panjangnye entry..kalah entry saye.hehe

Tapi memang adelah pencabar terdekat saya pun dalam menghasilkan entry yang panjang2 ni kan.hehe,bukan saye kata tau.orang kata.

Saya memang tak tahan la tgk kucing2 kamu tu..lagi sebulan baru dapat jumpa la.msti diorang tak sbr nak jumpe auntie ksygn diorang ni kan?
=)

anjut said...

fizah-alamk si kenit...aku tak janji tau...hehehe!tgk la mcm mana yer..

biskott- kenapa?ko nak panjat sekali ke?wakakaka!

nini- yer cik nini, entry ni panjang coz gambar jer..mls dah na bercerita kt blog ni.hehehe, so letak gambar je la..btw, awak tetap juara entry terpanjang!kaau wat tesis PHD dah 4 kali doctorate dah..hehee!jgn marah!nanti cepat tua!

biskott said...

buleh gak nak panjat sekali.tapi karang roboh.ngeh3