Monday, December 22, 2008

usrah impian setiap insan

assalamualaikum.

kita buka majlis dengan ummu furqan, al Fatihah...

minggu lepas, sebelum sembahyang subuh, Hadi ada cakap pasal cadangan usrah kecil-kecilan untuk pelajar-pelajar lelaki Planoise ni. Ini membuatkan aku berfikir 'bagaimana bentuk nya' 'apa pengisiannya' 'siapa yang akan ikut?' dan bermacam-macam lagi.

Flashback when i was in SMAP Kajang. Bagi kebanyakkan sekolah agama, usrah bukan la sesuatu yang asing. ia bagaikan perkara wajib sama penting dengan perhimpunan mingguan pelajar seminggu sekali. Aku juga merupakan Naqib usrah (yer...saat yang paling merimaskan aku...kena bergaul dgn budak kecik...).

sebelum mengupas lanjut, meh aku cerita sikit pengalaman aku. Masa tu aku baru tingkatan 3, ketua Nuqaba' (plural utk naqib) masa tu Abg Syahrul. tetiba sampai surat kata aku dilantik jadi naqib. mana boleh jadi ni?dengan perangai macam tut tut dan tut...aku jumpa balik Abg Syahrul, aku mintak cancel. dia cakap, 'Hamzah, dalam pemerintahan khulafah ar-rasyidin pun ada pelbagai ragam khalifah dan sahabat. Saidina Umar dgn tegas nya, Saidina Usman dengan lemah lembutnya... sama juga dalam persatuan nuqaba', kita perlukan pelbagai lapisan da'ie. tak semestinya nak amik yg alim g masjid jer...'.. amboi-amboi, sedap nya ayat, kalau kaji balik ayat dia tu lebih kurang macam ni la 'takkan la nak amik yang baik-baik jer?budak jahat macam ko ni pun leh jadi naqib'..betul tak?lebih kurang je la kan?

pastu aku cakap, 'ok, ana try, tapi kalau tak selesa, ana letak jawatan tau'..begitu la ayat aku. aku teruskan jadi naqib dengan niat aku sendiri dapat manfaat darinya.

ketika dalam majlis nuqaba', aku rasa segan coz rata2 nuqaba' yang lain bagi pandangan dengan ilmu yang begitu mengkagumkan, kalah penceramah ustaz Bani Leman (owhh, miss u ustaz!). nak banding ngan ilmu aku yang orang kata kalau ada aras lebih cetek dari cetek, aku la orang nyer.

cuma apa yang aku tak berapa berkenan adalah cara penyampaian rakan-rakan aku yang lain. setiap naqib akan diberi 8 atau 10 anak buah. tapi aku leh sesat sampai 12.sajer jer kan nak kenakan aku. Nuqaba' yang lain menggunakan cara yang aku tak tau asal dari mana...sungguh aku tak suka cara mereka. "duduk di dalam kelas, di dalam masjid, baca kitab, naqib sorang jer yg cakap, pastu isu berat2 pulak tu (untuk budak2 tingkatan 1 dan 2 berat laaa..).

usrah adalah terjemahan 'keluarga'. sepatutnya ia menjadi satu keluarga. bukan kita membebel sorang kat depan budak2.aku pernah jadi anak usrah, dan aku pernah rasa bertapa bosan nyer mendengar celoteh naqib aku yang seolah-olah kami ni tak betul, dia sorang jer betul..penat wooo...

usrah cara aku? aku masih ada ciri2 usrah tradisional Malaysia tu, tapi aku wat fussion sendiri mengikut teori Mejah Hadhari (gurau jer...). aku masih ada taddabur (kupasan ayat2 al-Quran), muraqabah (sesi merapatkan diri dgn Allah), ta'alim (sesi memberi ilmu), dan perbincangan menggunakan buku ' apa ertinya saya menganut Islam' by Fatih Yakkan. tapi usrah aku ada nasyid2 (sekolah agama mana bleh nyanyi lagu backstreet boys?), makan2, jogging (riadah), outing ramai2, ulangkaji bersama, baring2 kat tanah lapang (biasa masa sesi muraqabbah) dan macam-macam lagi ada!kalau ada ice skating masa tu, mesti muka anak usrah aku jer. aku buat seperti kami benar2 satu keluarga, yes guys, i know the limit, x der la aku sampai ajak g disko!

boleh bayangkan tak apa hasil nya?anak2 usrah aku sangat gembira. mereka akan tertunggu2 sesi usrah seterusnya. memang itu tujuan kita kan?berkongsi ilmu, masalah, suka dan duka. jangan la jadikan group usrah kita satu sesi yang menyeksakan anak usrah kita. satu lagi, ramai sangat nuqaba' yg bersikap 'paranoid'. ada seorang hamba Allah tu siap tegur aku 'Hamzah, pakai la kopiah, kita ni naqib, kena banyak tunjuk sunnah rasul'. i was like DAAAAAAAAAAAA!(gedik giler ayat nih!).. aku tanya dia, 'sunnah ke pakai kopiah?bukan pakai serban ke?mana hadis anta yang cakap?kopiah tu asal dari negara cina, budaya arab pakai serban jer. dan perlu ke kita tunjuk baik depan orang hakikat nyer kita sendiri tak seberapa?berat tu..." sahabat aku nih terdiam, memang pun, aku form4 and form 5 'free hair' jer, walaupun sekolah aku wajibkan pakai songkok g kelas. saper la tak kenal "mejah jambul ekor itik'?

begitu lah cerita nyer usrah, dari seorang naqib tua di hujung pondok nih...'tongkat hamba bukan la dari cendana, tapi masih boleh memukul anjing...' (cara aku bukan la sempurna, tapi masih boleh mendidik)...teruknya bandingkan dgn anjing, ehhhh, anjing juga yang masuk syurga tau!tak caya?tanya ashabul kahfi!

usrah idaman aku, mengikut umur aku nih la, sebuah usrah yang aku leh berkongsi ilmu, (takkan la nak buat mcm apa aku buat kat budak2 kecik tu?tak sesuai) matured, dan yang boleh membuatkan aku jatuh cinta dengan lebih dalam lagi dengan cara hidup ku sebagai muslim...from the bottom of my heart nih...pastu ada la makan2, yerla dah lenguh santapan rohani, jasmani pun nak gak kan?hehehehe!

kepada rakan-rakan yang nak menjinakkan diri dgn usrah, join la usrah!bagus!aku memang suka, aku puas kalau dapat ilmu yang baru. niat kita untuk perbetulkan diri sendiri, bukan nak megah masuk usrah (usrah bukan tiket masuk syurga, tapi leh jadi buku panduan nak beli tiket tu). masyarakat takkan asingkan anda jika join usrah, anda takkan diiktiraf terorist!jgn bimbang, melainkan anda memang ada sesi buat bom pemusnah tym usrah tu.

kepada nuqaba', gunakan kreativiti anda. anda boleh!yakin boleh!kalau rasa tak boleh tu, gi minum milo!

ok, sebelum aku menangguh sesi hari nih, aku nak share satu ayat quran:

Landasan Nabi-nabi yang telah lalu ialah orang-orang yang menyampaikan risalah Allah, serta mereka takut melanggar perintahNya dan mereka tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah. Dan cukuplah Allah menjadi penghitung (akan segala apa yang dilakukan oleh makhluk-makhluk untuk membalasnya.)

(Al-Ahzab; 27:39)


kita tangguhkan majlis dgn tasbih kafarah dan suratul asr.


4 comments:

biskott said...

teringat pulak aku dicalonkan jadi naqibah dulu.
tapi aku tolak masa interview.
hee.

macam best je jadi anak usrah ko mejah.
heheh.

amel036yippee said...

terus la berusrah, walaopun sekojap.
ado la seswatu yang menjadi peneman di dalam nanti...

"goals need not to be fancy, as long as the ball touch the net."

anjut said...

dibah-meh ler join usrah aku.wakakaka!

kamel-insya'allah, tapi kdg2 goal yg cantik baru lah bermakna.hehehe...

anumz sarah said...

Best entry ni. Kdg2 rase mcm x sesuai lansung nak nasihat2 or jadi org di depan. Rasa x layak. Kalau tulis blog and gune ayat2 Quran ke or masuk bab2 agama,sah berterabur buku n terjemah Al-Quran. Takut silap woo..
Mau kena soal nanti. Selalu anggap berkongsi ilmu. Macam lebih better sikit frasa tu. Teruskan usaha!!

p/s:nak kek? beli je tepung dh siap bancuh. Beres.