Sunday, December 28, 2008

Paris

Masa aku kecik-kecik dulu, aku suka bukak ensiklopedia yang ayah beli kat Mekah dulu. paling aku suka adalah buku untuk huruf 'P' untuk PARIS sebab aku suka tengok menara pelik- eiffel- dan aku pernah doa supaya aku leh sentuh menara tu.(kalau bukak buku tu, mesti ada kesan conteng2 aku n adik beradik masa kecik2)..

sekarang ni, aku sendiri menetap kat negara ni. bila-bila masa jer aku leh pergi. tapi aku dah berjanji nak pergi dengan kawan-kawan SMAP aku. Fizah,Hilwati dan Rasydan.

turut serta Sasikala (my best travelmate!), Amir Mokhsin (tourist guide and photographer) dan Nik (kawan Fizah).

bermula satu perjalanan- JEJAK KASIH!


keluar rumah seawal 6.20 pagi untuk kejar bas ke stesen train. Sasi, Amir dan aku. sampai dalam pukul 10.20. ambil Fizah, Hilwati dan Nik di Gare de nord.mereka baru tiba dari Milan, Itali.



Tuhan pertemukan KAMI!!!ketika enak menjamah KFC (halal dekat sini), terlintas kelibat senior aku kat SMAP dulu Zafran, dan tetiba henset berbunyi, kak Maisarah (juga senior di SMAP) cakap nak datang jugak. huhu, reunion kecil warga SMAP Kajang!


berlatarkan Notre Dame de Paris- gereja terkenal disini, saper pernah tengok cerita 'the Hunchback of Notre Dame' yang ada Quasimodo dan Esmeralda tu, ni la tempat dia.

kemudian kami terus check in di hotel Issy les Moulineaux. 5 minit dari stesen tram. hotel 3 bintang ni lebih kurang macam Seri Malaysia.


tiba di menara Eiffel. semua orang teruja!mula2 aku tercari2, sekali Fizah cakap, 'cuba kau pandang atas'...punya la depan mata, aku leh tak nampak!


antara 'aku', 'eiffel' dan 'ponggong'?


berkelip2 menara ini waktu malam.

kemudian kami dibawa oleh kak mai untuk makan malam di sebuah restoren halal yang terkenal di Paris. harga berpatutan, dan memang 'keperancisan' itu terasa. kak mai belanja kami tiramisu.sedap wooo!!!lagi2 free!


chef dia pun baik. macamana korang tgk chef kat sana layan orang dalam TV, sama la kat sini.


berjalan2 di sekitar Galerie La Fayette, gedung membeli belah terbesar di Perancis, standard Harrod's di London. memang betul pun Paris kota cahaya. mesti bankrap Malaysia kalau nak wat lampu2 mcm kat sini. tetiba jumpa orang sikh Malaysia. dari jauh dia jerit2 'orang melayu ke?'.siap belanja kami buah berangan goreng lagi, pastu dia ajak minum2, x pe la pakcik, kami ada misi lain...erkk..kat sini agak mudah nak jumpa orang berbahasa Melayu, aku tawar menawar beli key chain pun dlm bahasa melayu!seronok!




malam 1001 tangga!bahkan sejuta anak tangga!bagus untuk melangsingkan kaki anda. kami menuju ke 'sacre coeur' atau ' hati suci'. mendaki beribu2 anak tangga untuk 'menyucikan hati' sambil melihat pemandangan Paris dari bukit.


sacre coeur


ler...ada cable car rupanya...susah2 jer mendaki!


dalam train, seniman jalanan atau busker ni memang banyak, pakcik yang ni dia buat lagu 'adabi melazatkan. adabi menyelerakan!' tapi dlm bahasa itali. oleh kerana aku terhibur, aku derma la 20 sen!

lagi satu mercu tanda 'l'arc de Triomphe'...nak gambar cantik, kena la berkorban. ni duduk tengah2 jalan raya ni!


DISNEYLAND!!!

semua seronok nak g Disneyland, kebetulan krismass, so tak ramai orang. memang tenang jer perjalanan ke sana.


amaran!anda akan terasa seperti kanak2 yang sangat teruja!!!lupakan umur anda!!!



semua permainan kat sini adalah untuk mencepatkan ibu bersalin dan memendekkan nyawa pesakit jantung.


mana mickey?

comel nyer Pinochio ni!


subhanallah!!!kacak nyer aku!!!


teringin ke?pasni kita jumpa princess yang betul!Fizah yang kebudak-budakkan.




alhamdulillah, mewangi Disneyland Paris dengan syiar islam...


istana Disneyland!


best giler persembahan ni!perfect!korang akan rasa masuk dalam kartun tu!aku nak g lagi!!!!

ini dia Mickey Mouse!!!comel nyer!kalau bawak anak2 sedara aku ni mesti diorang suka!


saper yang berangan jadi putera-puteri raja tu?masa ni aku kagum coz Cinderella, Snow White dan segala jenis putera-puteri dia sebijik macam dlm dongeng disney tu!

Disneyland memang seronok!!!memang berbaloi!banyak lagi gambar, tapi malas nak upload, nak tengok, dtg sendiri yer. malam tu aku mimpi naik kuda dengan Cinderella!tapi kasut aku yang tertinggal...

DEPECHEZ-VOUS!!!cepat sikit yer!


bangunan George de Pompideau


hari ketiga dan last sekali, kami kena cepat supaya leh cover semua tempat kat Paris tu. Sasi dah tak larat, kaki dia hampir tercabut dan mata dia sakit (kena sengat haiwan apa ntah), dia terpaksa balik dulu ke Besac...kesian dia...




di La Defense



orang gila di Musee de l'ouvre


Masjid Besar Paris

tiba untuk berpisah dengan Paris... kota raya cahaya, kota raya cinta, kota nafsu, kota misteri, kota romantik, kota masa, kota memori, kota kenangan, intrakota and ntah apa2 lagi kota la...

perjalanan kami tamat disini. seronok!walaupun kami rasa kami leh menang kalau masuk 'explorace', tapi berbaloi coz puas hati. train ke Besancon pukul 5.06 petang. Rasydan baik ke Jerman, Fizah,Hilwati, dan Nik ikut ke Besac sebelum ke Jerman melawat Rasydan, Muiez dan Syidi. mereka akan balik ke US dan Ireland dua hari selepas itu...

aku masih menanti rombongan pelajar SMAP yg lain..rombongan dari India, Mesir, UK, Australia, NZ dan mana2 ceruk kalian berada dan semestinya dari MALAYSIA!!!insya'allah kita akan berjumpa. Batch kebanggaan aku, 144 rakan, 70 orang bertebaran serata dunia, yang selebihnya profesional di tanah air...padan la cikgu2 rasa kehilangan...reunion seterusnya di Phuket atau Bali, nanti aku tempah satu flight, kita beruntung ada Mat Peet dan Syafiq sbagai drebar!hehehe!insya'allah...


Besancon

kenduri kesyukuran. malam itu kami makan nasi beriyani, ayam masak merah, kuzi ayam, kurma daging serta lain2.alhamduillah, semoga Allah banyakkan dan berkati rezeki kami...


sekalung penghargaan kepada:

Kak Mai- yang sanggup siapkan kerja awal semata2 utk sertai kami
Amir Mok - menjadi tourist guide dan photographer kami
Sasi- sudi bersama kami, nanti kita rancang g tempat lain plak
Kak Peah dan Aqmarina- yang memberi penginapan kepada Fizah, Hilwati dan Nik
Faiz, Nisha, Wani, Semah, Kuku-yang sudi memberi pertolongan
kak Maya- terima kasih jagakan Jenab, Jasmin dan Leyla serta untuk conforter tu.

serta lain2 yang tak disebut nama...semoga Allah yang membalas jasa kalian!

kesimpulan?-aku tak sentuh pun menara Eiffel tu!hampeh!tak per, aku ada lagi tiga tahun kat sini.insya'allah, di lain waktu.

12 comments:

biskott said...

best gilerr tgk pics korang~
wahwah

toupeque omar said...

nice...

izzyzatt said...

cambesh!!!!jeles2!!!!

kim salam kat uchin ye!(amir muhsin)

anjut said...

biskott, Topeq n Izzyzat-ermm, kaau boeh, aku nak g sana ngan semua kawan2 aku...memang seronok..yer uchin heh?hahaha!insya'allah..

kudabesi said...

bleh buat reunion kat paris? haha betuah-tuah

swEet zirCon said...

nk ikot..huhu

anjut said...

kudabesi---alhamdulillah, aku pun tak sangka...hehehe!

sweet zircon---nak ikut?da abis a trip tu..tapi 7hb g Troyes plak, shopping woooo!dah tak der baju nih..kang mati kesejukan...

maryam said...

salam..
mejah, teruja lak dgr journey korg ni..terkilan x dpt nk join fzah n wani skali..wt cmne cuti lain2..

tp xpe, insyaAllah ada rzki,mmg tringin nk ke sna..blh wt trip len kn? (huhu..sronok dgr mejah offer nk bw kwn2 len lak psni)

psni pe kata reunion kt turkey lak ke?huhu~
(dkt sket dgn jordan)

anjut said...

salam maryam..dengan lapang hati nyer aku menerima kedatangan korang!wakakaka!tu ler, org2 timur tgh nih, mcmana ntah jadual..bgtau yer kalo nakdtg.insya'allah, aku tlg.taun depan dlm bln 2 kot aku g istanbul..insya'allah..

anjut said...

disneyland dan KFC tu sblum Gaza kena serang.insya'allah skrg aku boikot...

icered said...

asmkum bro...eh aku tertarik tgk ko punye gambarkt blog ko ni...aku tgh plan nk g sana on jun or jul insyallah but aku still lg kureng infomation about paris nk mtk tlg bg skit infmation secar detail kt sana

Nadira said...

seronoknye!