Friday, December 5, 2008

kalau manusia jauh hati...

salam semua..

ermm, hari ini hujan jer memanjang.biasa lah bila keadaan suram jer macam ni, otak kita akan terawang2 terinagt keluarga. so, lepas subuh tadi, aku pinjam telefon Amir n Hadi untuk telefon rumah (free call). emak masih kat Kuala Lumpur coz tunggu kak Ijah bersalin. ada ayah, wawan n kak ngah serta empat orang anak dia bercuti kat umah. sempat la bercakap ngan kak Ngah, hahaha, penat jugak dengar kak ngah cakap, pasal masalah kat tempat kerja dia.kak ngah oh kak ngah, begitu banyak nyer ranjau dalam kehidupan kau kan?


anak bapak! Abang Ngah, Irfan, Khaleed, Ayub dan Omar

tapi aku lagi tertarik nak bercakap dengan anak2 dia. Omar Saifuddin, Khaleed Saifullah, Ayub Azhari dan Irfan (apa ntah nama last dia, lupa aku). Omar and Khaleed aku dah biasa cakap. aku teringin cakap ngan Ayub atau Irfan.


Ayub dan Irfan...sampai sekarang merajuk dengan aku...

hajat aku tu tak kesampaian, coz budak dua orang tu macam takut nak cakap ngan aku..ada cerita dia...

Ayub anak ketiga dan adik dia si Irfan, anak keempat. antara diorang berdua ni, Ayub yang nampak dewasa sikit, dia cakap pun tak pelat (aku teringat ayat dia cakap kat ayah aku 'Atuk ayah ni dah tua, bila atuk ayah nak mati?'...kelu semua orang masa dengar mulut budak yang masa tu tiga tahun bercakap, lancar pulak tu, soalan dah ler over!nasib baik ayah aku sporting, dia peluk cium budak tu, and dia cakap 'sampai waktu nyer, atuk ayah mati la...'..opss, tetiba aku sedih plak...jangan la ayah pergi dulu selagi aku tak balik...) beza ngan adik dia tu, Irfan dia manaj sikit, cakap pun pelat2 walaupun dah sekolah. (siap la ko, umi ko nanti beranak lagi).

kalau diorang balik rumah kat Johor tu, aku memang suka melayan. bagi aku puas kalau dapat jerit2, cubit2, sayang2, gurau2 ngan budak2 kecik. so, budak2 ni memang rapat la ngan aku. tapi ada satu tragedi tu yang aku kesal sampai hari ni...
masa tu Ayub n Irfan cuba bergurau2 dgn aku, tapi entah apa angin aku...aku termarah diorang. "pergi main jauh2, mana umi korang?ajak la pergi kat taman permainan!"...ayat tu amat kasar utk budak kecik seusia mereka. aku tengok muka diorang berubah. sedih...mata berkaca...nafas tersangkut2..."benci pak anjut!!!garang sangat!!!"...ayub tetiba jer jerit..tersentak aku. tassss!aku cubit dia. dia lari jauh2, Irfan pun ikut nangis...aku serba salah...

aku terfikir, kesian budak2 ni.semalam baru jer aku main gurau2 dengan dia.diorang memang ingat aku ni pelawak, dan diorang seolah2 rasa aku hargai diorang coz aku melayan jer kerenah diorang. tetiba hari ni?aku hukum diorang tanpa alasan. aku tau mesti diorang ingat aku hanya bersikap baik bila aku rasa perlukan diorang..aku cuba pujuk, diorang lari lagi jauh...aku pulak sedih...aku tak nak mereka ada dendam dengan pakcik makcik.kami pun pernah rasa, rasa terseksa bila ada makcik2 (tiri) kami buat macam tu pada kami. biar la generasi yang bawah ini, dapat kasih sayang jer, jangan la diorang ada nasib macam kami dulu.

mula saat tu, diorang lebih berhati2 kalau nak berjumpa aku. aku kata 'berjumpa' coz diorang dah tak berani nak bergurau lagi dengan aku. teruk kan aku?ok...cukup kat situ, cuba kita terbalikkan situasi Ayub dan Irfan pada kita pula...

kita juga akan rasa jauh hati kalau tiba2 orang yang kita anggap rapat dengan kita menghukum kita macam tu. mana la tak nyer, bila orang yang kita anggap sebagai 'matahari keriangan' kita tetiba bertukar menjadi 'halilintar pemusnah jiwa'. aku cakap secara umum, sebab aku percaya semua orang ada pengalaman ini. apa yang kita perlu lakukan?

kita hadapi mereka dengan biasa. kadang2 perkara macam ni jangan ambik peduli sangat. nanti makan emosi pastu terus menjahanamkan diri kita. perlu ingat, kita tak berada seorang diri kat atas muka bumi ini. sekalipun kita ditinggalkan seorang, Allah kan ada disisi kita selalu.

kalau la aku berada ditempat Ayub dan Irfan, aku akan mengunakan fikiran matang aku (mujur diorang kecil lagi, so tak leh berfikir macam kita), aku akan berfikir, kenapa si 'anu' tetiba jadi garang hari ni?ada masalah ke?makwe dia meningal ke?kucing dia berak atas karpet ke?atau aku sendiri yang menerbitkan perasaan kurang selesa kat dia?(kadang2 masalah tu berpunca dari kita)...manusia ni kadang2 dia tak tau mana nak salurkan perasaan marah dia, so, dia akan bertindak luar kawalan jika dia sudah tak berdaya menahan.so saper2 yang kat keliling la jadi mangsa.

tapi buat masa ini aku tak sekuat tu, aku memang jenis akan cakap 'pehal mangkuk ayun ni?tetiba nak emo.lantak ko la nak tergolek ke nak terlengkop'...aku memang pun jenis tak layan benda2 ni, kalau dia cari pasal, aku serang habis2an.hehehe!

cuma bila satu hari nanti, kalau aku dipilih Tuhan utk menjadi sematang itu, aku akan cukup bersyukur. dengan syarat, aku tak sakit kan hati orang, orang tak kacau aku. kalau orang tu memang sewel nak kacau aku jugak, maksudnyer dia nak perhatian la tu, mungkin dia anak terbuang ke apa, kita tak tau kan?

kepada Ayub n Irfan, kalau kalian baca entry pak Anjut yg ni, maafkan la pak Anjut. jangan takut dengan pak Anjut, tapi hormat tu mesti ada kan?ok.buat renungan kita semua.

5 comments:

Ateh Salim said...

Petang semalam Pak Lang singgah kat A.Hitam. Yang ada hanya ayah awak, Kak Ani dn Wawan. Pak Lang ajak makan kat luar lepas maghrib. Mee goreng je. Kak Ani pun ada cerita.....Pak Lang bagi dia kool dan nasihatkan apa yang patut. Wawan tu macam takut-takut je....adalaa tu!

anjut said...

owh, ntah la pak lang..kak ngah tu mmg mcm tu.wawan?haha!smlm telepon dia, dia mcm takut2 jugak..tp biar la..kalau dia dah jwp exam tu ngan sepenuh hati, takan kita nak pertikai kan ye tak?insya'allah, rezeki Allah tu kat mana2 jer.terima kasih coz temankan ayah.

anjut said...

permintaan dari suki, ini ayat yg dia fikir sehari suntuk nak bg komen kat sini, tp dia bg kat YM n harap dicopy paste kan.huhu!-

ermm.love tat word matang! memang laki amek mase nak matang ni lame sket....maksud das matang dari segi berfikir....sebab laki ni banyak akal die...so capahan akal die ni menerajui banyak aspek yang sangat kompleks..dan untuk capahan tersebut menjadi satu tunjang yang teras n padu memerlukan kesepaduan sosiologikal dan behavioris yang datang dengan pekembangan ilmu dan tahap iman seseorang...so...bile anjut da kenali sape diri anjut.u akan lebih selesa dan matang dalam membuat keputusan dalam hidup ni


-bagus kan ayat dia?

anaziha said...

Empat orang dalam gambar pertama tu memang selalu dekat dihati kita semua. Kak Ani dah tentu. Sapa tak kenal, maka tak cinta. Kalangan adik beradik pun, tak semua kenal semuanya. Kadang-kadang dengan orang yang patut sangat rapat pun kita terasa terasing. Bagusnya keluarga dalam dunia ni kalau tiada watak bawang putih bawang merah.
Melihat dan memerhati fenomena keluarga ini salah satu sebab kteh jadi Family Ecologist (Master). Dan melihat pada perbezaan individu, Kteh juga jadi Psychologyst (PhD).

anjut said...

kakteh, love ur words 'takder watak bawang putih bawang merah'!hahaha!