Tuesday, December 2, 2008

HIPOKRIT

salam ceria semua! (kurik kan permulaan entry yg ni ?).owh hoho hakikat nyer semua org mmg kena gumbira yer tak?kalo tensen jer, darah naik, muka kedut jadi tua nanti mcm kerbau patah tanduk...dah start merepek la ni...jangan layan... hari ini aku pilih tajuk hipokrit. ermm, sebab apa?saper tau sila angkat tangan!ok, turun... sebab tadi lepas kelas persediaan oral, Nisha, Sasi n aku pergi la ke Brioche Dorée untuk meneguk coklat panas dan muffin coklat yg semestinya terkenal didunia tetapi bukan di Arab.Kuang!kuang!kuang!

Alang-alang tinggal eropah ni, apa salahnya bersarapan secara tradisional diorg kan?sambil meneguk2 tu, terbuka la cerita pasal hipokrit...erm..antara kami bertiga ni , Nisya la yg paling sikit hipokrit (dia mcm naif sket, tp nampak blurr yer gak, jgn marah heh Nini(manja tak nama ko?)!), kemudian Sasi, n juara hipokrit semalaya ialah...JENG JENG JENG!!!YM TENGKU HAMZAH IBN YM TENGKU HAMSAN! (kantoi anak raja rupanya...)..yer la, tak kan la sampai ada org ngumpat aku kat blog pasal keistimewaan aku ni?

antara isi yg kami perdebatkan-perlu kah hipokrit?ada org yg tak hipokrit ke?kenapa hipokrit?dan macam2 lagi la, mcm ASTRO tu.ermm, maksud hipokrit ni pada kami ialah (masa tu tak rujuk kamus pun, tp ikut fahaman sendiri) berpura2 di hadapan org tertentu dgn niat yg tersembunyi.

perlu ke hipokrit?jawapan= kadang2 perlu, coz bg aku, i pretend to be nice in front of my rival to open perhaps a little chance for us to reunite again, tapi kalo dia tu jenis tak paham bahasa, mmg aku tak sorok2 dah kebencian tu, sendiri mahu ingat la yer.tp dlm situasi seperti yg Nisya ckp "kita memaksa diri menyukai sesuatu yg ditunjukkan oleh org dihadapan kita, padahal kita tau kesan benda tersebut kepada kita" mmg la aku bantah, kira nak hipokrit pun bertempat la.pasal org kat dunia ni, aku berani jamin 99.99% manusia adalah hipokrit (lain la kalo hangpa tu Rasul, maksum org nyer)..anda tak setuju?bermakna anda hipokrit!

baru2 ni aku sedang hipokrit depan beberapa org makhluk Allah di Planoise ni. kalian masih ingat tak Syema dan Suleyman yg aku ceritakan dulu? ermmm...tapi bukan dgn diorang, cuma ada kaitan jer ngan diorang...


ni semua pasal si Harris n Ijah (sudahhh, lagi pening kepala korang kan?saper tu?Harris singkatan kepada Chatanjut Harrison El-hureirah dan Ijah singkatan utk Chatanjuta Katijah El-hureirah,) dua ekor anak kucing yg comel yg akan diberi oleh Syema n Suleyman pada kami...kami?yer KAMI!

aku dekelilingi makhluk2 kejam- Faiz Cruella (atas), Gower Deville (bawah), Hadi Jarheart (kiri), Amir Keyjam (kanan), Anjut Tucker Kacakgilalah (tengah)
sebab dulu, si Faiz, Hadi, Amir n Gower adalah insan2 yg paling gembira bila dpt tau aku nak jaga budak dua ekor tu..tapi masa aku nak amik tu, diorang kecik sgt...kecik jerr...sangat kecik macam anak kucing....mmg dia anak kucing pun!so, Syema kata tunggu lagi sebulan..tapi masa tu aku da gersang ngan kasih sayang dgn makhluk Tuhan, lalu aku pun adopted si Jenab atau nama panjang nyer Lapinanjut Jeynabun. rupa2nya jodoh aku n kucing2 tu panjang, Syema ck dah bleh amik coz kucing2 tu dah bercerai susu.


ini lah Harris!comel kan?sbnrnya aku tak tau pun dia jantan or betina, tapi aku ni keyakinan tinggi!rasa nak buat fishball jer!yg manusia tu adalah Asmaniza, model sambilan utk gambar masa kat umah Syema (kucing je la comel, org nyer...ermm..no comment!hehehe!jgn marah semah eh!)
ingat lagi mlm tu kat umah Hadi n Amir la. aku bgtau diorg aku nak cancel hak penjagaan kittens tu. semua org sedih, termasuk la si Gower yg aku hubungi pakai YM tu..


pura-pura suka kat kucing, padahal dia tak nak jaga! kesian Harris aku...
Hadi n Amir "eiii Mejah!jgn la cancel!ambik la comel kucing tu!dah la baka dia susah cari!nanti leh buat main2"

Gower "alaa Mejah, amik la anak kucing tu, aku nak namakan dia Kris!"

Faiz "eh?tak jd pulak?mejah nanti kalo kita dah pindah umah besar, mesti best ada kucing!"

yer rakan2, pada mlm itu aku telah menjadi peguam bela utk hak penjagaan keatas kucing2 tu.aku n Syema berhubung melalui Facebook. stelah memberi bukti2 n keyakinan kpd Syema, aku berjaya.masa tu dah pukul 12 tgh mlm. punya la susah....

sekali aku bgtau la berita gembira tu kat bebudak ni. nak tau diorg ckp apa?

antara dua ni la Ijah..aku tak tau yg mana satu...kesian yg sekor lg tu, saper la yg amik dia nanti kan?
Hadi n Amir "Mejah, kucing tu letak kat umah ko la eh, ko tido la umah kitorang...rumah ko wat simpan kucing2 n arnab tu..maybe ada haiwan lain yg nak bela?"

yer rerakan, aku membayar sejumlah RM 1700 sebulan utk menempatkan kucing n arnab tersebut!!!

tup tup, Gower reply YM aku..."eh...nanti kucing tu letak kat umah ko kan?tak pe la ko jaga..aku nanti belikan la pasir dia, makanan dia..etc..."

amboiiiii! dah ler rumah aku dirampas, kucing aku plak diberi biasiswa?baik bg aku...

ermm...diorang ni mmg dah lama tak dgr khutbah aku...

ni pun sama..talam dua muka..konon nyer syg la ngan budak tu, padahal dia pun tak nak jaga!
sampai la mlm semalam, Syema tanya bila nak amik..aku bgtau budak bertiga ni..diorg wat acuh tak acuh jer..hampas kelapa muda punya org!

so, aku pun bernekad..aku akan amik jugak kucing2 tu...1st= memang aku suka kucing2 tu coz comel n wangi! 2nd= aku kesian kat Syema n aku rasa bersalah kalau tak amik, dia dah ler baru masuk islam...kalau kita wat perangai mcm ni kat dia (cakap berdolak dalih), apa la dia ckp pasal bangsa melayu islam kan?..3rd= aku tak rela kucing tu pergi ke tuan yg tak mengajar dia cara hidup islam..opppss!menjaga dia ngan baik la...4th= aku nak hadiahkan kat adik aku,Wawan (nama ko pun mcm kucing kan Wawan?) coz dia mmg sukaaaaaaaaa sgt kucing!(aku dah check MAS punya web, kucing leh bwk naik kapal terbang.5th=aku nak kucing tu doakan aku agar aku berjaya dunia akhirat..kucing kan takder dosa, n binatang2 ni selalu doakan tuan dia...

apa kaitan ngan HIPOKRIT?ermm, skrg ni aku berpura2 baik jer ngan budak2 ni...padahal dlm hati ni Tuhan jer yg tau...nasib baik ler senior..kalo junior..dah aku cincang2 wat viande hache n bg Jenab aku mkn!lgpun, kalo aku tak baik2 ngan diorg, mcmana aku nak guna kad si Gower tu utk hadiah misteri buah hatiku?mcmana aku nak mkn free kat umah Faiz?mcmana aku nak main2 bola or basket ngan Hadi n Amir?so..terpaksa la hipokrit...(technically, if they read this entry, they will know what exactly happen to me...lantak la!mmg aku tgh asah parang panjang ni nak cincang org..so, buat2 la sedia yer..)..ermm, lg satu, kak Piah sudi menjadi marrainne utk kucing2 tu.

kesimpulannya, Jenab akan dpt Adik2 baru (jgn korang kawin dah ler, kang pelik pulak anak korang nanti) iaitu Harris n Ijah...n tiga org makhluk halus n kecil ini akan dpt seorang tuan yg HIPOKRIT!!!

14 comments:

Hafizah Sinin said...

mejah. xleh bawak haiwan 3 ekor tu gi paris??

Anonymous said...

hipokrit dalam bahasa arabnya ialah munafik kan? daripada kita panggil semua orang hipokrit, lagi best kalau kita panggil diorang munafik! just a pandangan

amel said...

ari tuh arnab, kali ni kucen plak.
lpas ni aper? :P

anjut said...

pizah-boleh..mmg hotel tu terima haiwan pun, tapi saper nak jaga dia tym kita berfoya2 kat disneyland nanti?hahaha!


anonymous- yup, exactly... tapi munafik tu maksud dia sangaaaat berat....ada beza antara 'munafikun' dgn 'kizbun'...walaupun dua2 tu adik beradik..kira kembar tak seiras la ni.

amel- pasni?pasni kambing gurun kot!

JHaZKiTaRo said...

weh... comel gile aaah anak2 kucing tu.. eeeeeeeee!!!!!! geramnye!!!!! kambing gurun?? hmmm.. ok gak tu.. Llama pun mcm menarik gak kan? hahaha

anumz sarah said...

Comelnya la anak2 kucing tu. Geram pulak tengok. Kalau boleh ship off kat cni,dah mintak dah. Alangkah...

anjut said...

Jhazz-huhu, kat sini tak tau la kenapa kucing2 dia comel2..kucing tepi jln pun comel..tp jarang (tak pernah kot!) jumpa straydogs or cats..sbb org perancis mmg penyayang.
mmg cita2 nak bela lembu n kambing pun..hehe, akak n abg saya dah mula buat projek tu..insya'allah..

Sarah-nak ker?boleh..bg 1000 euro n i'll post to you..hahaha!

JHaZKiTaRo said...

tu aah pasal.. kucing2 kat negare2 omputeh ni comel2 belake.. tak mcm kucing2 kat msia.. mcm tak cukup makan je walaupun dah seguni makanan kite kasi.. haha.. we used to have a female cat in dublin.. tapi tak tahan nak jaga sbb suke beranak pinak.. 2 kali beranak.. tiap2 kali beranak, keluar 4-5 ekor anak.. last2 kiteorg masukkan semuenye dlm sangkar n tinggal kat depan vet hosp.. dgn mak2 die skali.. huhuh..

anjut said...

encik jhazz yg kejam astaghfirulla'alazim!-- eh?tak baik la buang2 kucing tu.ish3x!ni yang marah ni..kdg2 kucing2 yg kena buang ni, kalo kat SPCA tu takder org nak amik bela, diorg bunuh tau..mintak2 la kucing2 tu x kena nasib yg malang begitu....

masa saya kecik2, ada bela banyak kucing-kebanyakkan nyer kaler kelabu atau org tua2 kata 'bulu cicak'..ingat lagi nama dia..-Jai, TinaI, Petit, Bulat, Itam, TinaII, n Tina III...paling best Jai, coz dia kucing pertama saya n adik bongsu saya. semua kucing ni pandai2, diorg toilet trained, so rumah kami tak der bau kucing langsung...tapi kebanyakkannya mati coz tua...Itam paling kesian, dia mati coz ada infection kat badan dia..al-fatihah...

anumz sarah said...

ish,kalau dah boleh post ape salahnye kan? 1000 euro? Gulp... maik aih... kirim gambar through tenet je le.. x mampu... =P ngua..ngua..

Anonymous said...

comelnye org yg cium kucing tu~daaaa

anjut said...

anum-hehe,itu kira murah tu. naik flight first class lagi tau.

anonymous- aku tau ko ada la faiz si poyo tu kan?sbb tu ko perasan!

biskott said...

gilerrrr chumeyllll kucheng2 itu!!!~

anjut said...

mcm tuan dia kan?