Wednesday, December 17, 2008

dengan rahmat Mu, Kau berhentikan la waktu...

anatara doa aku lepas sembahyang, jika dunia ini membuatkan kami sakit, kau berhentikan la waktu nya, agar kami ada ruang untuk merawatnya...

kali ini aku benar-benar rasa sakit. macam ada duri kat dalam hati ni. segala perbuatan aku macam tak kena tempatnya...aku jarang rasa macam ini, sekali terasa, hebatnya derita tu...aku rasa aku ingin pulang... bukan kerana aku manja, roboh la kerusi angkuh aku sebagai anak yang berdikari. tapi sebab ada satu benda yang aku terfikir-fikir semenjak dua menjak ini...

berita yang kurang enak pasal adik ku tu..wawan...kecut perut aku sebagai abang, dia adik aku seorang...kiranya tak perlu aku ukirkan kisah dia dekat blog ni lagi, aku rasa ramai yang dah tau.

masih ingat lagi masa mak aku mengandungkan dia. aku antara orang yang paling gembira. aku sanggup memotong rambut aku yang ikal tu sebab ayah pernah kata 'nanti adik tarik rambut'... aku sanggup tak ke sekolah taski dan dengan berani cakap dengan ustazah 'saya nak jaga adik saya, nanti mak saya beranak'...cerita-cerita tu diulang-ulang dalam rumah kami...

akhirnya Wawan lahir. aku gembira. kulit dia putih bersih, badan dia semangat...senyuman dia manis. aku tak sabar tunggu dia berjalan. aku boleh pimpin tangan dia ke sekolah. aku boleh main gusti-gusti dengan dia. aku boleh jadi kawan dia. nanti, aku akan larang dia panggil aku 'abang' sebab harapan aku kami akan jadi kawan rapat. seperti aku dgn Aan. banyak gambar dia pada waktu kecil yang aku simpan. tapi aku lupa mencuri satu dibawa ke Perancis.

kami panggil dia wawan sebab nama dia Muhammad Ridhuan, aneh dan pelik coz semua adik beradik lelaki aku bermula dengan huruf 'H'.Hanafi, Hanif, Hanafiah dan Hamzah. kata kaklong, nama tu sebagai hadiah pada mak, sebab nama mak Rahilah, dgn awalan 'R'.

ketika dia masuk sekolah, aku la yang paling bangga. kawan-kawan kata adik aku paling comel. kesana kemari aku bawak wawan.kecik jer tapak tangan dia. cikgu-cikgu pun kata adik aku ni cerdik. aku bangga. sangat bangga!

ingat lagi kucing-kucing yang kita bela dulu?Petit, Tina dan Itam. ayah tak bagi bela, tapi aku cakap itu kawan Wawan coz lepas ni mak dah tak boeh mengandung lagi. mak dah sangat tua...Wawan makan satu pinggan dengan kucing-kucing tu. sayu nyer hati aku, adik aku ni seorang yang penyayang. dekat sini kalau kau nak tau, aku ada bela dua ekor kucing, aku teringatkan kau. aku akan bawak balik untuk hadiahkan kat kau. kau suka kucing kan?

aku terpisah dengan dia ketika aku masuk asrama. balik rumah sekejap-sekejap, aku nampak perubahan dekat dia. dia dah jadi orang lain. tk der lagi 'Wawan' yang aku boleh kongsi komik Doraemon dan Dr Slump. yang ada, wawan dengan dunia dia sendiri.

aku masih ingat, wawan hantar aku mesej seminggu sebelum aku fly. 'anjut, boleh tak bagi salinan surat tawaran ke Perancis, kita nak amik cuti nak hantar ko sekali ke airport...'.. dengan tegas aku reply ' jangan nak mengada2 ponteng, duduk asrama study,SPM nak dekat, aku leh g airport sendiri''...aku rasa sebak kalau ingat peristiwa tu. aku tak ingat kali terakhir aku nampak wajah adik aku tu.bersalah nyer aku...

Wawan, dia seorang remaja. sama macam aku, kakak2, abang2, atau mak n ayah aku dulu. tapi remaja dia lain. aku pun tak paham. hati aku sakit bila nampak dia di marah orang, badan aku perit kalau nampak dia di sepak2...jangan usik ADIK aku!!!

ingat lagi kata-kata abang uda, "abang balik Malaysia, abang dah hilang adik bongsu abang yang dulu abang selalu cium2, dukung2...". memang benar, perubahan dia cepat sangat. itu abang uda, yang ada lagi 7 orang adik, aku nih?seorang tu je la adik aku...nanti aku balik, aku harap adik aku macam orang lain.

ini aku rasa entry yg kedua pasal Wawan. aku memang sayang dia, lantak la orang nak kata apa, aku poyo tulis kat blog ni. tapi aku nak dia ada dalam diari ni.

kalau Tuhan kata adik aku tu boleh di ganti dengan nyawa aku, ambil saja nyawa aku. aku lagi rela mati dari nampak dia hidup terhuyung hayang. aku tau dia orang baik-baik. cuma dia masih mencari. sebab itu Tuhan, aku berdoa, berhentikan la waktu barang seminit.

buat wawan, ingat masa depan Wawan... cukup la cerita-cerita lama... kalau ko benci dengan abang kau ni sekali pun, paling kurang kau sayangi diri sendiri. aku sudah biasa melihat kesusahan, aku dah rasa pelbagai suasana. cakap-cakap orang, mata-mata orang dan perbuatan-perbuatan orang yang pedih dah jadi asam garam. sampai aku kebal. sampai satu masa, aku nak lari dari semua orang, tapi jangan jadi pengecut, dan jangan jadi tolol. bertindak dengan kewarasan akal.

kalau kau tak benarkan abang kau tidur dengan lena, bagi la aku tutup mata selamanya dengan bangga sebab pernah jadi abang kau.

*pembaca, adik aku tak jahat, adik aku cuma keliru dengan apa yang dia nak buat. doa la bersama-sama aku untuk keselamatan dia. kalau aku hilang dia, ada sapa2 yang boleh ganti?harap kalian paham kalau-kalau aku teremosi.

5 comments:

Ateh Salim said...

?? Pak Lang selalu mengikuti perkembangan semua anak-snak saudara secara senyap....kerana anda semua adalah darah daging Pak Lang juga!!

zatiMJ said...

sabar e anjut sekeluarga. Wawan masih muda. Tak matang lagi dlam berfikir. Nnti bila dah semakin meningkat usia, bila die imbas balik ape die dah buat time muda, mesti die menyesal yg teramat. Kite sama2 doa moga Wawan dilindungi Allah sentiasa. Kuatkan diri. Terharu tgk abg sygkan adik die sebegitu. He must be proud to have u as a brother. =)

anaziha said...

Mmm..macm tu lah jut apa yg semua org rasa. Kalau ada sorang adik, rasanya dah mcm tu, kalau ada 9 adik mcm kak long, 9 kali ganda rasanya. Yang lain pun mcm tu. Bila hal adik beradik, masalahnya lebih teruk dari fikir masalah kerja. Sebab tu all the seniors sibling kadangkala nampak garang, cerewet, banyak bebel, dll. (mcm tu lah bila pjut buat hal masa remaja dulu..)Tapi, x payah lah risau sangat coz wawan tu ada la lagi kakak n abangnya yg lain.

benji.a.k.a.wawan said...

thanks a lot 2 all my gen...
nothing that i wnt 2 say...
juz... im aprctte it... love u all... 2 all my sisbling.. hope u all can do more better thngs 2 me like this.... thats all... :-(

Anonymous said...

sad...