Sunday, December 7, 2008

buah hatikucing

keluarga baru aku!

salam semua...

yeeehaaa!!!sekarang ni kat bilik aku, ada dua ekor kucing dan seekor arnab!best nyer...

jumaat malam sabtu haritu, Faiz ambil anak kucing dia kat Helene @ Shayma, aku mula2 nak ambil sabtu pagi, tapi lepas tengok anak kucing dia, aku tak puas hati...aku nak jugak anak kucing aku!!!huhuhu!so, malam tu jugak Kak Peah, Sasikala, Gower dan aku pergi ke rumah Shayma dan Sulaiman. sampai kat rumah diorang jer, kami terus menuju kat anak-anak kucing tu .gerammmm giler!malam tu kami ambil dua, coz ingatkan Peah nak bela lagi sekor, tapi budak tu tak nak pulak.eiii, geram nyer aku!takkan nak pulang kan balik kan?segan la dengan pasangan perancis yang bagi kucing2 tu.tak per, biar la aku yang jaga.

Jasmine dan Laila, wangi nyerrr!!!


senang betul jaga kucing-kucing ni. tapi aku kena naikkan sangkar Jenab ke atas sebab masih awal lagi dia nak main-main ngan kucing-kucing ni. Alhamdulillah, bilik aku tak berbau langsung coz kucing-kucing ni memang pembersih, dan diorang tau guna litter box tu...makin la bertambah sayang aku kat diorang.

jangan tak tau, kucing-kucing aku ni ada 'parrain', so tak der la banyak pun belanja kat kucing-kucing tu. sedekah jugak kan?(dalam budaya orang-orang perancis, anak-anak yang baru lahir akan mendapat 'parrain' atau bapa angkat, parrain menjalankan tanggungjawap sebagai bapa jugak, tapi dia tak jaga anak-anak tu.mungkin dia akan sukarela menyediakan makanan dan minuman.jangan salah anggap ngan 'sugar daddy' plak!). parrain kucing-kucing ni adalah GOWER!disamping beberapa 'mak-mak angkat' dan 'bapak-bapak angkat' diorang yang lain.hehe, sebenarnya ada antara diorang yang berhajat nak bela salah sekor kucing tu, tapi aku ni jenis yang suka risau, aku risau kalau nanti diorang dah tak syang kucing tu, pastu buang..atau diorang tak der masa pastu kucing tu jadi kucing terbiar!mana keadilannn!!!ehh, ter emo pulak.tak pe kan?sikit jer...


masa untuk berjilat-jilat..haa, lepas ni aku ajar jilat-jilat badan aku pulak time pagi2 tu, so senang la aku tak yah mandi, terus jer gi kelas.

eh, aku tak bagitau nama kucing2 tu lagi eh? Jasmine untuk yang berbulu kembang, dia baik dan pandai amik hati orang, bunyi dia mengeow 'purrr...purrr...purrr....' macam bunyi burung yer jugak..halus jer bunyi dia..tapi sebenarnya dia ni nakal jugak, suka kacau adik dia si Laila. Laila berbulu pendek, masa mula-mula tu dia asyik 'menangis' jer, risau jugak aku..cara dia mengeow 'miyuuu...miyuu..miyu...'.tapi sekarang ni diorang dah kenal aku, sebagai tuan diorang yang bagi diorang makan dan melimpah kan sepenuh kemewahan bagi diorang.wakaka!umur diorang baru dua bulan setengah. mak diorang baka bengal, dan bapak pulak aku rasa campuran parsi dan domestic cat. Jasmine yang ada trait kedua-dua mak bapak dia. corak bengal dengan bulu panjang, Laila pulak dapat trait domestic cat jer, tapi dia tetap comel, adiik aku Wawan suka jenis kucing bulu macam ni.aku nak cerita sikit pasal mak diorang ni, saper yang tak tau kucing bengal tu apa, check kat internet k.mak dia saaaaaangaaatttt chantekkkk!!!nama dia Mignette. semua mata akan terpukau kalau tengok mak dia, bulu dia pendek, halus dan bersinar, paling cantik warna dia yang oren terang dengan corak batik hitam pekat. sebab tu anak-anak dia pun comel!

sekarang ni aku dalam usaha merapatkan hubungan Jasmine, Laila dan Jenab.

semalam rumah aku ramai orang datang melawat. setiap masa ada jer orang menjengah, coz nak tengok kucing-kucing tu. kawan kami Masitaah dari brunei pun datang, dia bawak 'shisha' (seperti pasu yang besar bersambung dengan haler dia macam getah paip, didalam nyer kita letak air, diatas nyer kita letak campuran pewangi berperisa dan kemenyan arab, tapi semalam kami guna arang khas dia jer)...so, aku rasa tak der la semerbahaya rokok, coz kita hanya menyedut wap air kat bawah tu yang jadi berperisa sebab ia 'menyetimkan' bahan perasa dia kat atas tu.wahh, aku dah lama tak hisap shisha, last aku ingat masa 2004, kat star hill, malam sebelum kertas fizik, aku n kawan2 aku overnight kat KL.hehehe, nakal nyer dulu..

malam tu, Ayie,Peah, Aqmarina, Alan, join kami bershisha, sambil berbual2 pasal zaman kanak2, situasi pelajaran, bab perkahwinan dan macam-macam la..helloooo!!!saper kata kami melepak buang masa?banyak jer ilmu dapat semalam.huhu!

penat jugak semalam, tapi kami gembira. harini insya'allah kami akan bertakbir sama2 lepas isya' nanti.di kesempatan ini, aku ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM!!!" jangan nak seronok beraya jer, kena paham jugak, apa maksud aidiladha tu..aku tak nak cerita lagi coz aku percaya ramai yang dah tau dan ada ramai orang akan tulis pasal peristiwa tu kat blog masing2.wallahualam.

3 comments:

whosenischaaa~ said...

aku mak betol laila ok...eh, bkn gower ckp nm die lela ka????

anjut said...

perasan weh..minggu ni diorg duduk umah gower.aku denda.

hadi sprenteng said...

ek eleh..bela kucing watpe..bkn bole wat rendang pon