Friday, December 19, 2008

antik dan baru..dua-dua sama berharga...

salam.

Penat aku terkenang-kenang pasal adik bongsu aku tu. tapi lega jugak coz akak n abang aku cakap semua dah settle. bagus la, wawan, jgn wat orang ramai kecut perut lagi!kali ni kalo ko buat lagi benda bukan-bukan, aku tak teragak-agak nak 'petil' telinga kau.

semalam ayah hantar meseg kat aku 'kak ijah dah bersalin, perempuan'. apa?dah bersalin?alhamdulillah!kalau aku salah hitung, tarikh kat malaysia masa tu 18hb disember. tarikh lahir ayah 19hb disember. kebetulan...
ini lah rupa atau wajah ayah aku. masa ni kami berjalan-jalan kat Putrajaya. lama dah...


72 tahun yang lalu, dekat sebuah perkampungan 'Kota Dalam' atau kami adik beradik panggil 'Darat', lahirla ayah aku. anak kedua dlm keluarga. alaaaa...bosan la kalau tulis entry dalam bentuk naratif yg bermemori-memori. senang cerita macam ni la, ayah aku Hamsan@Kamisan bin Salim. sampai sekarang masih sihat walafiat. selamat hari lahir ayah!

kak Ijah n Suami...baru kahwin.trengjengjeng!



malam sebelum aku fly, masa ni dia dah 5 bulan mengandung..


pastu semalam, kak ijah atau nama sebenar Siti Khadijah, telah selamat melahirkan anak pertama dia dengan suami tercinta Paman Rossi. nama baby tu, Raihana. hehehe!nanti dia hantar MMS kat aku.ini anak sedara kau yg ke berapa belas aku pun tak tau...14 kot.aku lemah a matematik, sbb tu aku amik linguistik.Selamat Lahir ke Bumi!

itu la dua insan dalam hidup aku. yang baru dan yang antik, dua-dua sama berharga.

No comments: