Thursday, November 6, 2008

write something

er...apa la aku nak tulis ni..

erm, sekembalinya aku dari jerman haritu, mesti la kena buat feedback.

apa yang aku suka:

barang2 semua murah kecuali sayur dan pakaian sukan
orang jerman baik2
jumpa ramai member baru
orang jerman cun2
pengalaman baru n sgt berharga walaupun ramai yg risau, hehehe(maksudnya sayang la tu.. xpun sajer je coz nak souvenir dari aku)
masjid nye yg besar

apa yang aku tak suka:

sejuk sgt, sampai sekarang aku rasa besancon tak berapa sejuk.
walaupun diorg mengamalkan kebersihan dan kepentingan ekologi, kiri kanan jalan tetap kotor, beza ngan besancon.
sikit jer org leh ckp english n french, paperpun tak jadi masalah
pengangkutan awam nya yg bg aku tak berapa modern (tp 10kali efisien berbanding rapidKL) berbanding Besancon (tiket tren dan bas agak mahal)
menyebabkan aku nak berbelanja besar (dah murah...), nasib baik aku tak terikut2 kata hati dan sengaja bwk traveller bag yg kecik.

tu je la kot...

pastu, semalam aku jumpa balik bdk2 kelas aku..hehe, betapa rindu nyer aku ngan diorang.tapi ada yg over peluk2, ni yg aku rimas ni...harini kelas aku slow sket, coz aku tgh betulkan lidah aku coz hampir seminggu ckp english jer...so, aku bnyk diam dlm kelas...mati la aku..

tadi aku tak hantar kerja umah Olivier coz aku tersalah buat. dia suruh buat kambing, aku g buat gajah plak..last2 aku malas nak buat balik... nasib baik dia tak marah..eleh, aku tau, dia pun mls nak tanda karangan panjang2.dia pun manusia seperti aku.hehehe!

berat badan aku bertambah. ntah berapa kilo lagi. tapi yg aku geram nyer bahagian muka jer, nampak tembam macam kek bantat!aku bukan nyer apa, ni antara simptom2 penyakit. dah ler haritu aku kena detect kencing manis...bosan la aku.

pastu aku baru perasan tadi yg jiran bangunan depan rumah aku ni, salah sorang anak dia adalah mubaligh kristian. mereka adalah sebuah keluarga islam afrika (coz aku penah nampak diorg sembayang kat hall), tapi aku kenal name tag n baju seragam yg anak dia tu pakai. errrr, pelik la. kalau kat indon mcm biasa jer kot.ntah..

sekarang ni aku dah jadi peminat setia NASI dan PIZZA!!!! ni semua muiez si kering tu punya apasal, dia asyik sumbat mulut aku ngan nasi jer, dah la bukan basmati. pastu asyik beli pizza jer masa kat sana, as a result, lemak dibadan aku tak penah melihat aku dgn pandangan yg penuh simpati. n aku sengaja taknak amik balik periuk nasi kat umah amir.hehehe! apa yg aku perlu lakukan ialah BERSUKAN dan MOVE MY BIG FAT ASS!tapi apa jer yg aku bleh buat kat sini?futsal ngan joging je ke?nak berenang, tutup plak...nk g gym, aku pun tak tau kat mana...

ermm, apa lagi ek?aku ada hobi baru, iaitu melihat berita2 sensasi tanah air. paling best tgk berita artis and ada beberapa org yg bg komen kat bwh artikel tu...hahahaha!lawak giler!nampak sgt diorg dah tak der kerja sgt mcm aku.


aku pun dlm usaha untuk mengubah nama blog aku ni..jijik plak aku baca 'sekeping hati dibawa berlari' mcm bunyi2 merajuk jer, dekat saper pun tak tau.eiii..geli plak aku.ada cadangan?aku ingat nak tukar kepada "MEJAH ANGKASA" atau "MEJAH ANCASA" mcm bunyi gah jer kan?ada unsur2 riak n takbur sikit tajuk baru tu...itu je la kot.

4 comments:

pokjak said...

sdak la wei mu bleh g jln2 sano....
bpe kos travell ko sumer skali?

anjut said...

murah jer...
100

kudabesi said...

huhu mejah..

PESANAN KERAJAAN MALAYSIA : BELAJAR BEBETUL haha

anjut said...

ada ke manusia yg belajar memain?meh bgtau aku, biar aku pulas telinga dia..