Sunday, November 2, 2008

mein tag in der Deutchland


jumaat - le 30 octobre 2008 - weingarten


hari ini, kami ke sebuah masjid turki yg terletak di pinggir bandar Weingarten, masjid ini besar... khutbah disampaikan dlm bahasa turki, aku tak faham, tapi aku mengerti, hanya yg maaruf disuruh dan yg mungkar di tegah... berbeza bahasa, tapi tujuan nya tetap sama.



lepas sembahyang jumaat, kami ke bandar. bersama beberapa pelajar malaysia, indonesia dan jerman. perut lapar, perlu di isi... terus ke kedai kebab. aku n muiez pesan pizza, sebenarnya kami terus jadi peminat pizza setelah merasa pizza yg aku beli kat strassbourg kelmarin. puas berjalan2, aku beli 3 keping poskad. satu untuk ayahanda dan bonda, satu untuk si dia yg sibuk nak exam, dan satu lagi utk diri aku sendiri.


kemudian, kami ke kedai menjual minyak wangi. bertuah aku coz haritu ada jualan murah. aku beli minyak wangi 'intuition de Estee Lauder', aku mmg tercari2 minyak wangi ni coz dulu abg long pernah bg aku satu set lotion n buih pencukur jenama yg sama yg dia dpt masa kat Arizona dulu... tapi minyak wangi nye dia amik, skrg aku dah ada sendiri.hehehe! jual beli berlaku dlm bahasa inggeris dan jerman!20€ sahaja!harga sebenar 66€!


ada satu gedung baju musim sejuk yg menjual pakaian murah2, tapi aku dah banyak... lg pun, citarasa aku tetap 'la mode de francais!', so just cuci2 mata je la.

balik umah, aku penat sgt... terus terlentang...(esok ada jamuan raya)


sabtu - le 1 novembre 2008 - feiertag von eid fitri!

pukul 1 ptg. lps zohor, kami semua ke sebuah dewan kecil (mcm common room) utk sambutan hari raya pelajar2 di jerman (weingarten). lebih kurang 40 org yg hadir. walaupun syawal dah habis, tapi tak pe la, nak lepaskan gian.



rakan-rakan yg baru dikenali kat jerman, nampak sgt aku muka tak tau malu!main masuk jer...


puteri-puteri negara hitler!

bersama abu bakar, an ivorian guy who settles down in germany, but he speaks french!hehehe!


antara juadah yg di hidangkan..nyum nyum!


bersama Puan Hamer, coordinatrice les etudiants malaisiens en Allmagne. baik makcik ni, kami berbual2 dalam bahasa perancis, dia sgt berminat dgn sastera Perancis...


makan...makan...makan...makan...dan makan!!! hehehe, nama pun raya. aku puas dan seronok.


ahad - le 2 novembre 2008 - willkommen in der Friedrichshafen

harini, muiez n Burn (nama sebenar dia Abu Bakar, rakyat malaysia peranakan kampuchea dan champa. pagi tadi dia telepon bapak dia, sekali bapak dia nak ckp ngan aku, pekena plak ni? owhhh!bapak dia nak ckp french ngan aku. not bad la pakcik! walaupun dah 20 tahun tgl kan sekolah kat kemboja tu (diorg guna french kat sana, masa zaman dulu2) tapi masih boleh ckp ngan baik! alamak, dia ajak dtg umah kalau balik Malaysia nanti. ok jer, tapi tak janji yer..) ajak aku ke Friedrichshafen. kawasan ini bersempadan dengan swiss.

saper kenal Zeppelin? yg cipta kapal belon hidrogen yg meletop tu? ni la bandar dia. ada sebuah tasik yg besar di panggil Bodansee yg menjadi sempadan jerman dan swiss. sekilas pandang macam berada di rebak marina, langkawi.



berjalan mana- mana pun, agama jangan di tinggalkan, kita masih boleh melihat ni pun kerana rahmatNya... ni di sebuah masjid berdekatan bandar tersebut.



lapooRRRR! apalagi, serang pizza ler!



jejaka hingusan - anjut tucker, muiez sameon dan Burn Torres.



feri ini digunakan untuk mengangkut penumpang ke seberang tasik. tasik tu luuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaasssss sangat.




memberi burung camar makan... masa ni, ada beberapa pelancong yg lain seronok tgk burung2 ni menyambar cebisan pizza yg kami lempar. sekali, ramai pulak yg ikut! hehehe! aiyooo tak tau!pasni burung2 ni jadi gemok coz ramai sgt bg makan!



wahai camar, bebas nye engkau terbang di bumi Tuhan yg luas ini... mesti hati kau selalu gembira, tak ada banyak masalah seperti kami, manusia... andai dikau lapar, ada sahaja juragan di kapal yg melontar ikan, kami? tulang empat kerat ini jua yg digunakan...andai dikau terpisah dengan kekasih mu, hanya sekali kepak sahaja kalian sudah bertemu...aku? terpisah jauh... cinta antara benua...





mentari yg terbenam di ufuk timur...mesti kaum keluarga ku sudah melihat dulu mentari ini...rindu nye...


ketika aku nak mengangkat kaki, aku terdengar alunan muzik dari pakcik ni... syahdu nye...macam tak benarkan kami berpisah jer... petang itu cukup damai. terbayang aku pada orang2 lain yg tidak sebertuah aku...di palestin, mesti setiap saat adalah derita, di iraq, setiap nafas adalah neraka...bersabar la...




kami kena lekas, keretapi seterusnya pukul 5.37, takut terlepas maghrib pulak nanti... semasa tiba di Ravensburg, aku bertemu rakan Burn dan Muiez di kuliah. orang maghribi, dia suka sgt coz akhirnya dapat berkomunikasi dlm bahasa Perancis!tengok! kan aku dah ckp, ini bukan setakat makan angin, tapi medan belajar juga. esok kami akan bertemu lagi. insya'allah, bertemu di padang futsal dgn rakan2 yg lain!

auf Weidersehen! au revoir! jumpa lagi! wa ila liqa'!

-fin-

No comments: