Saturday, November 22, 2008

kalah dengan nafsu sendiri...


assalamualaikum...

hufff....semalam aku telah buat satu benda yg menodai blog kesayangan aku ni...itu la, akibat kalo kita terlampau ikut nafsu...nafsu ada yg jahat, ada yg baik..semua org tau kan?aku ingat sikit2 benda ni..

pasal nafsu mutma'inah (nafsu yang terdapat pada jiwa yang beriman, jiwa yang tenang dengan apa yang dijanjikan Allah)
Firman Allah yang bermaksud “Hai nafsu muthma’innah, kembalilah kepada Allah dengan hati yang puas lagi diredhai” Al Fajr: 27-28

pasal nafsu ammarah (nafsu yg banyak memerintah kepada kejahatan, nama 'ammarah' tu sendiri bermaksud 'memerintah'...)

pasal nafsu lawammah (nafsu yg berubah2...)kalo aku tersilap pasal nafsu2 ni, tlg betulkan yer...aku banyak lupa...

semalam, aku kalah dgn nafsu ammarah aku. aku telah mencarut2 dalam blog ni...keji nya aku rasa...entry kali ni bukan nak neutral kan balik keadaan, tapi untuk rakan2 yg kat luar tu, dan adik beradik aku yg melemparkan banyak persoalan mengenai entry smlm...rasa bersalah plak kat diorang. bila aku online je YM, bertubi2 mesej masuk, tak masuk email lagi.ada yg bersetuju, ada yg memberi pandangan (terima kasih, sejuk hati dengar...) n ada juga yg risau..owh, indah nyer dunia ni dgn mawardah wa rahmah.tapi...aku rasa sakit bila aku nampak entry yg aku buat semalam...teruk nya manusia ni...duhai jiwa, engkau bukan hipokrit...tapi ko adalah munafikkkkk!!!!nauzubillah!

pagi2 aku tepon bonda aku, bertanya khabar dan adik bongsu aku yg tengah exam tu. semua ok bonda kata, seronok nyer dgr suara bonda.lepas tu aku tepon kaklong aku, sajer nak lepas rindu dgn dua org anak dara dia si Tikah n Annabella tu. makin cerdik anak2 sedara aku tu cakap.memang genetik la. lepas tu aku berbincang dgn kaklong. dia sentuh pasal entry smlm, sedih kata dia. "kenapa la ko ni Anjut?org mcm ko ni pun ada musuh?yg lagi satu ko tu gatal melayan apepasal?they are not even in same standard with us!jgn nak jatuhkan standard sendiri!nampak sgt la kejahilan ko tu...." Ouchhh!ouchhh! and ouchhhhh!!!!sakit telinga aku mcm dipulas2.."buang masa je kalo gi sekolah, tapi ko tak leh fikir ngan rasional.buat apa sekolah bertingkat?tapi benda2 remeh pun ko masuk guni?" Ouchhhh again!!!kaklong aku kalo dah bercakap, bendera putih la gamak nyer...

nasihat dia pun sama dgn org2 lain, "delete la entry yg tu, buat rosak blog ko jer"..ada jugak yg kata "ko kan leh tulis benda2 yg lebih ilmiah, kenapa nak amik berat sgt benda ni?"ermm.aku timbang2 balik, betul kata diorang. biar la dbdk dua ekor tu nak buat apa, aku tak terjejas apa pun, hidup aku dah cukup senang dah, apa lagi yg aku nak?lantak la kalo dia nak burukkan nama aku kat kawan2 foreigner aku, bukan dia yg bagi aku biasiswa.aku berdoa, kita semua berjaya la.insya'allah!alhamdulillah, aku dah delete, kalau diorang belum baca, bagus la, alhamdulillah, tak der la diorg sakit ati..tapi..kalo dah baca?pun alhamdulillah!!jahat jugak aku, tapi aku harap diorang sedar, langit diatas, bumi dibawah.ok?aku takkan kalah lagi dgn nafsu aku...insya'allah...


ermm, lagi berita gembira, mak n ayah nak g mekah taun depan.sekali ngan kaktam n laki dia. haritu pun kak teh kata dia nak g ngan satu keluarga, pastu kaklong pun ckp benda yg sama pagi td.wah, meriah la baitullah taun depan nanti!coz ikut jangkaan nyer, aku n abg aku Aan nak wat tour dari Mesir-jordan-syria-madina-mekah-istanbul!insya'allah kami akan bertemu kat sana.yer Aan!siap sedia jadi pemandu peribadi aku!


ok la, sebenarnya hati aku gembira, coz mmg sepanjang hari ini n semalam, banyak aktiviti aku buat. semalam masa makan kat centre ville dgn Mr Kartun, aku nampak diorg set up rumah kecik2 utk marche de noel, sebuah pasar khusus utk krismass, biasanya sebulan sebelum krismass.ikut perancangan, aku nak melepak ngan Aman, tapi mcm mlm tu tak sesuai sgt utk kami merongeng.masa tu jugak jumpa classmates aku si Fatima n Suhail, tapi kat tempat lelain la.Suhail ada janji nak bg album dia nanti.(memang betul la sangkaan aku dia ni budak underground!)...

balik ke rumah, rasa lengang, diorg ajak main ice skating, tapi aku terpaksa tolak coz dah janji nak makan ngan katun kat luar. lgpun aku serik g haritu, sakit tulang belikat aku!hepi jer bebudak ni!mlm tu kami tgk Madagascar 2 ramai2.hahahaha!kelakar giler!


jenab dan design umah baru dia, dekorasi ikhlas dari Kak Peah n Alicia si Itey!mekasih!!!

kesian Jenab kena tinggal selalu...nak mintak tolong kak Piah jagakan, nanti dia gaduh ngan Alicia @ si Itey lagi..budak2 kecik mmg suka gaduh!org tua pun gaduh!



tadi tengah hari aku n sasi rancang nak berjalan2 kat centreville. ni la aktiviti kitorg, merongeng tiap minggu.kebetulan harini start salji!jakun je kitorg. kat centreville sgt lebat salji dia...


owh!jakun nyer aku!


lara dutta di halaman sonata musim salju!



jejalan tu, perut bergendang!laporr la plak...kami pun pergi ke restoren terdekat..kat situ x leh share pinggan, so terpaksa la kami pilih makanan masing2...nak kembung makan, tu pun tak abis...


ni la tunjuk perasaan tu.best jer diorg ni!

tadi jugak aku n sasi sempat menyelit kat perarakan org ramai. coz org perancis ni mmg suka wat tunjuk perasaan.mcm acara wajib setiap masa.kali ni, mereka komplen pasal service public yg dah tak berapa nak public.jugak kerana guru2 geografi n sejarah takkan diganti lagi, bermaksud akan tiada matapelajaran itu.alalala, dah ler diorg ni tak kenal geografi, mudah2an atlas tu diberi percuma la pada org2 perancis ni...

sempat kami ke sebuah kedai ternama utk beli hadiah kawan2 yg sambut besday..ni dah mcm adat, tak yah mintak pun mmg kami bagi.kali ni, besday hadi, semah, kuku n mat. aku baru ada masa nak beli harini. tapi mmg dah lama aku wat list apa yg nak bg kat diorg.annabella pun dah claim hadiah besday dia "owhh!pak anjut ingat dah duduk jauh leh lari tak yah bg besday present kat kita?"...adoi la budak ni...dia nak anting2...mana la aku nak cari.

tadi plak lagi sekali aku keluar pegi istana tepung utk membeli barang.best jln malam2.org tak ramai.so, saper kata hidup ni tak best?best la!dan sekarang aku tgh tergolek kekenyangan makan spageti Faiz n ayam masak merah si Amir...alhamdulillah...sebelum mengundur diri, aku ingin ucapkan ribuan kemaafan kat semua org pasal entry smlm...aku bukan maksum, sekali sekala, api di penara terpercik juga....

perang badar adalah perang yg amat dahsyat....sabda Rasulullah setelah perang selesai, 'Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar...’, yang membuat para Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)...”

"lagi tinggi ko dapat kawal kemarahan ko, lagi tinggi martabat ko!don't let the situation control you!they don't worth anything for you!"-kekemz-

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."

(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)






8 comments:

fadly E.n.S.3.M said...

=]
a wise decision! =]

Hafizah Sinin said...

hi jenab. nnt kiter main same okayh.
tee hee.

anjut said...

fadly-ermmm,ntah la, aku ni dah tua, tapi kadang2 fikiran mcm budak belum mumaiz...huhu...

fizah-kalo mati Jenab tu pasal ko, mmg ko yg kena masuk dlm sangkar tu!

Marini said...

Good!! that's the way it should be. mabruk!

tentang kalah dengan perasaan tu, saya faham sgt. ca m'arrive toujours.=)

Make D'ua and never underestimate the power of D'UA, okey?

anaziha said...

Jut, you're not 'jakun' but 'jawa mix melayu riau'. may be next time u can change another proper word for 'jakun' coz they're very advanced aborigines in M'sia. Kteh.

anjut said...

thank youu marini.

owh kak teh!forgot bout that!yeah, they are really advanced..ermmm, perhaps, i'm kind of the aboriginal groups in borneo?ermm, some of them are not really civilized...

anaziha said...

sometime civilized man also being uncivilized if they forgot who is the 'creator'. -- org moden lagi ramai tak pakai baju...

anjut said...

hahaha!t'as raison quand meme!betu ler kak teh...owhh, daku menanti ketibaan Dadek n Babang...rindu nyer...Bibik Marcella dah sampai ke?mintak2 la dia jaga budak berdua tu ok...