Wednesday, November 19, 2008

duit, money, argent...

salam.

tajuk kali ni adalah duit. pernah dgr lagu 'duit, duit, duit, mana engkau duit, kalo tak berduit, dunia rasa sempit..tralalalla!' aku suka lagu tu, coz aku mengakui kebenarannya.

tapi kebenaran yg aku maksud kan adalah dari segi realiti.semua benda kena duit, nak makan kena ada duit, nak kawin kena ada duit, nak itu ini duit, nak g jamban awam pun berduit...

iyer, aku tak begitu alim ulamatun utk cakap "kehidupan mengejar duit tu adalah kesalahan, kerana kita kena beribadah di dunia ni, kerana telah difirmankan Allah, 'Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-ku. (Adz-Dzaariyat [51]:56)'...tapi sedarkah?Nabi Muhammad sendiri bencikan kefakiran...kalau kita mempunyai barang sedikit harta, lagi mudah utk kita melakukan ibadah-pergi haji, bayar zakat, sedekah, buat kurban etc..itu semua duit(yup, if the barter system is still valid?'duit' doesn't exist)..

ok, masa kecik2 dulu, aku tak tau nilai wang, paling bnyk dpt duit tym raya ler.leh cecah puloh2 or ratus2..masa tu aku selalu kena tipu ngan kaktam or aan, 'duit lima posen lagi bagus dari seringgit coz dia lagi besar', punya la naif, semua duit seringgit (syiling) aku tukar ngan lima posen diorg.hahaha!!

masuk taski umur lima taun, masa tu tak der la ayah bg duit coz makan tangung sekali, tapi ada jer duit kocek lima posen seminggu sekali dapat wat beli jajan.hehe.tapi aku sekolah taski jap je, coz aku tak suka sekolah tu, ada sorang budak tu suka mengampu ustazah "sedap la sandwich yg ustazah buat ni, boleh bg lagi satu?", meluat aku, jahat jugak aku ni, kecik2 dah tau menyampah ngan org.. tapi sekurang2 nyer dua bulan kat taski tu, aku tak berak dalam seluar!bdk mengampu tu berak dlm seluar.amik ko!

pastu naik darjah satu. masa awal2 mak yg bayar segala makanan kat kantin coz 'mak kita tunggu kat luar coz kita takut duk dlm kelas'..hehhe!manja giler!padahal masa tu Aan darjah tiga, boleh je jengok aku.pas 3 bulan aku leh hidup 'berdikari' kat sekolah rendah tu, aku bwk bekal, mak bg jugak lima posen. biasa aku makan ngan Aan n kawan2 dia tepi parit. duit tu kami simpan coz selalu balik kelas kitorang akan borong eskrem malaysia kat berek polis tu.sampai berair2 idung coz makan eskrem tu. sekolah agama waktu petang, mak tak bg duit coz sekolah tu kejap jer, tapi kadang2 aku merengek jugak nak duit coz nak beli kuih muih cikgu Tumisah.hehe!

naik tahap dua, elaun up sket. ayah bg aku seringgit.masa tu makanan masih murah lagi. 30 sen leh dpt bihun goreng.masa tu ada beberapa kawan aku dpt RMT (rancangan makanan tambahan [terima kasih encik kurit kerana membetulkan maksud dia tu..hehehe!]), diorang akan dpt kupon, kdg2 ada yg tak nak makan, aku sebat kupon dia, dari membazir kan?so, duit tu leh la guna tuk kelas agama petang, beli gasing, guli, eskrem, n kuih cikgu Tumisah.tapi masa tu aku pandai simpan duit dah kalo aku nak apa2 (contoh kalo nak crayon, ayah aku tak kan belikan coz comot, dia belikan pensel kaler yg budak2 biasa tu pakai, dia tak tau ke aku ni luar biasa?so, aku kumpul duit nak beli.harga dia dlm rm2.10 masa tu, beli kat kedai Bann Dong)

masuk tingkatan satu, masa tu sebulan kat maahad muar. ada kaktam form 4(dia blum tukar ke MRSM jasin) so, kami berdua beradik kat sana. kalo aku lapar, aku jerit kuat2 kat pagar aspuri tu "kak tammmmmmm!!!nak makan!!!tak der duittt!!!nak roti kurasan!!!(burger bersalut kulit popiah goreng)"..nanti kakak aku yg kenit tu turun la tergesa2 sambil mebebel "ko ni kalo tak malu kan aku tak boleh heh?" tasss!kena cubit ngan tangan dia yg halus tu...sakit laaa!!!ayah mmg bg kaktam pegang duit tu coz bg ayah aku kecik lagi.

sebulan lepas tu aku pindah secara mengejut ke sebuah sekolah berasrama penuh ternama di selangor (ceeewah, segan nak sebut!).. ayah bg aku duit makan lima puloh ringgit jer sebulan!alaa, lg pun masa tu aku tak tau nak buat apa duit tu.coz kalo outing pun, ngan kakteh. kalo kuar ngan dia, aku pow la mcm2, so aku tak kuar duit pun. kak teh mmg baik, ingat lagi masa kaki aku patah,form 3, dia pergi tempat aku utk settle kan hal bedah2 tu, mak n ayah masa tu ada urusan apa ntah,lepas dua hari baru diorg dpt dtg.kakteh bayar semua ongkos masa tu...masa tu la aku berazam nak hadiah kan dia yg terbaik masa PMR, bkn utk dia jer, utk semua adik beradik aku...alhamdulillah, dpt 9A..ni yg rasa riak ni.

form 1 sampai form 3 ok lagi..masa tu setan kiri kanan kecik lagi. dah masuk form 4 n form 5, aku mula la mintak lelebih kat ayah n mak aku. kalo akak or abg aku yg dah kerja tanya 'ada duit tak?', aku akan bg jawapan yg meragukan 'ada la cukup2 makan', papppp! selepuk duit depan mata aku.masa tu dpt biasiswa jugak coz aku anak cikgu pencen.hehe!lagi la aku guna status adik beradik aku yg berderet2 tu, so org akan nampak mcm 'kesian nyer mejah, miskinnn....'berkepuk2 la duit aku. tapi aku tau guna duit tu, aku buat bayar yuran, cermin mata,beli buku,n sebagainya.sbb tu mak n ayah aku penah tanya ' ko ni tak nak duit ke?mmg semua cukup heh?', apa plak taknak?bg je lah...takkan kena ckp plak kan?

sebelum masuk matrik, aku ikut kakteh aku buat research, n pergi umah kaklong temankan anak sedara aku si Atikah n Nabilah tu. kaklong n abg long busy, selalu tak der kat rumah, diorang taknak bdk2 ni rapat ngan bibik, so aku la selalu jd mangsa kena temankan anak diorang. tapi aku dibayar. sepatutnya aku buat ngan ikhlas, tapi seolah2 mcm 'menghina' kalo kita menolak. masa cuti lps spm tu, saham aku mmg melambung gila2 dikalangan adik beradik aku. minggu seterusnya g rumah abg uda plak, teman anak2 dia coz bibik dia lari.pastu umah kak ani kat mersing, sambil tolong susun pusat tuisyen dia. semua tu berbayar!kehulu kehilir, aku ingat masa sehari sebelum aku mendaftar kat matrik, aku masih kat kelantan ikut kakteh buat research pasal 'perumahan rakyat termiskin'...masa tu aku tak mintak sesen pun duit mak n ayah, coz aku dah terlebih cukup...masa tu jugak aku belikan ayah n mak kain pelikat n batik kat pasar payang, terengganu...aku cari yg paling berkualiti n selesa. masa tu kakteh cakap 'ko ni ada duit simpan, nanti nak guna, mak n ayah ada pencen, biar kitorg yg dah ada kerja tetap ni beli'...hehhe. tapi aku bagi jugak, coz duit tu titik peluh aku. berapa sgt je nilai kain tu berbanding jasa diorang kan?

kat matrik dpt elaun. pun aku tak guna sgt duit. tapi selalu jer kakak n abg aku 'kirim'.masa tu mak n ayah mmg tak risau sgt pasal aku. tiap minggu aku hantar kain baju kat umah kaklong n balik umah dia. kira kaklong la yg jaga aku kat sana.masa kat matrik la aku banyak belajar masakan itu ini. aku pernah buat dua kek coklat hasil tunjuk ajar kaklong n jual kat kawan dia..masa tu aku terharu....

masuk kat IPBA, lagi la aku kaya raya..dpt elaun tiap bulan, ngan duit kerja ngan kakteh yg tak habis2 tu...sbb tu aku gemok gedempol.masa tu aku nak beli laptop. duit dah ada, tapi cukup utk beli laptop yg bodoh2 jer. ayah dah offer nak sponsor lagi (seriously, aku terharu masa ayah ckp tu, tapi aku terpaksa tolak, coz aku tau aku dah 'mampu' beli apa yg aku nak).kakteh tahan2 aku, dia kata "sabar lagi Anjut, nanti ko tambah sket je lagi dpt laptop yg ok"..iyer, kakteh bg aku PC dia yg dia guna zaman dulu2 tu.masa tu bilik aku kat IPBA mcm medan perang, ngan PC sebesar alam, woofer, printer besar kerbau n apa2 ntah lagi.aku mmg wakaf jer benda2 tu.pastu, agak2 dah cukup duit tu, aku pun beli la laptop kecik cenonet ni.puas hati aku.masa tu kalo tido pun aku pelok laptop ni.masa kat IPBA, kak ijah n kakteh jadi pelawat setia aku. tiap2 minggu kitorg keluar merongeng.seronok nyer...

sampai satu masa tu, aku berangan nak pakai DSLR plak. aku berazam dan beriltizam, aku mesti dpt benda tu dlm masa 3 bulan. masa tu abg ipar aku (abg jakpar) jadi pembakar semangat aku. ada kerja kosong, jadi penterjemah utk kakteh, satu transkrip aku dpt dlm rm 250..bnyk jugak aku buat.kumpul2 n duit elaun bulan2 yg aku simpan sket2, dpt la nikon D60 aku tu..masa tu pun aku puas hati, habis semua org aku tangkap gambar dia, ngan gambar mak mentua akak aku pun aku tangkap.hehehe!

kini aku kat perantauan, aku dpt biasiswa. kena pandai guna. tapi aku rasa setakat ni aku tak de la membazir. kecuali beli rumah utk Jenab jer.aku akan guna jer duit aku, aku tak penah tgk bank aku, coz aku tau, rezeki tu sentiasa ada. buktinya?sampai sekarang aku dpt apa yg aku nak. sayang nya Tuhan kat aku..alhamdulillah...

sebenarnya aku banyak belajar cara urus duit ni dari adik beradik aku. kakteh pernah ckp "kalau kita mencari kekayaan, sampai bila2 kita takkan kaya...tapi kalau kita mencari kehidupan, kita akan banyak belajar"..aku guna ayat2 tu. betul la, aku tak cari kekayaan, aku cari bahagia.rumah besar, kereta mahal2, tanah berekar2, semua tu akan jadi milik kita, buat apa kita takut...kalo bukan kat dunia, insya'allah kat syurga nanti.aminnnn...


4 comments:

biskott said...

aku t'ingat dulu skolah rendah mse tahap 1 duit blanje aku 30 sen.

beli mi siput 20sen, 10sen masuk tabung.kih3

tahap 2 baru up jd 50sen,xpon singgit kdg2.heheh.

anjut said...

ntah, seronok jer dulu...10 sen tu dpt 5 biji gula2...sekarang?ermm, rindu nyer...dah lama tak makan eskrem mesia..

kurik said...

mejah RMT tu kan Rancangan Makanan Tambahan...brase ati aku mung kate gitu sbb aku pom bdk RMT tau

anjut said...

eh?yer ke?hahahaha!!!lupa la...