Tuesday, November 25, 2008

BABI!!!


salam semua..hah?!!kontroversi tak tu?hehehe. ini bukan nak provok org ler, kan ke blog ni sepatut nyer menjadi medan berkongsi ilmu?huhu..ok la, tajuk kita pada hari ini ialah


BABI@PIG@KHINZIR@COCHON

orang kata tak kenal maka tak cinta kan?tapi tak der la aku suruh korang berkasih2 ngan binatang kecik molek tapi najis ni...diceritakan asal usul kejadiannya ketika bahtera Nuh belayar dilautan luas, ketika itu, tahi2 haiwan (manusia sekali kot) mengotori bahtera tu, maka Allah pun menciptakan spesis babi ni utk jadi vakum. sbb tu kalo kita tengok, muncung babi ni mcm vakum skte, dari situ jugak la manusia dpt idea nak cipta vakum.tengok, setiap kejadian Tuhan kan ada hikmahNya...

aku mula terfikir pasal benda ni apabila kami berada di kelas Societe Francaise. pada ketika itu, kami belajar mengenai agama-agama terbesar di Perancis.sampai la ke bab 'cara hidup org Islam'. Lecturer kami ada tanya pada kami, "kenapa hangpa tak leh makan babi?pasai apa?teruk sangat ka binatang tu?", of course in french la, tu ayat penang aku...

ada kawan kami dari Kuwait memberi alasan 'daging babi ada ulat, cuba letak coke atas dia, nanti dia jadi busuk serta merta (aku rasa kat youtube pun ada), saya buat depan kwn2 sya, diorg terus tak makan'...ermmm...alasan yg ni agak 'remaja' sgt la utk diberi..sbb tentu la cikgu aku tu akan berdolak dalih lagi..

kemudian aku cakap, yg ni alasan nampak bodoh, tapi mmg realiti, 'dia mana ada leher?mcmana nak sembelih?kami kan kena sembelih baru leh makan'..classmates aku gelak2 semua.mmg sikit lucu pun.cikgu aku ckp 'eh?awak jgn tak tau, kat Bretagne kami sembelih leher dia (ada ke?) utk ambil darah dia buat sos' kemudian dia tambah lagi 'pasal cacing pita tu, dulu mana ada cara memasak yg betul, sbb tu benda tu ada dlm babi.kamu tau tak?skrg ni, daging babi la daging yg paling masak didunia'...

lepas tu, aku rasa rimas sgt...coz mcm buang masa, rasa2 mcm dia nak provok kami pun ada. coz sblum tu, kami berbincang pasal 'kosher' iaitu pengiktirafan 'halal' utk makanan yahudi, mereka pun tak bleh makan babi. tapi lecturer tu ckp, 'org kristian boleh makan babi kerana utk menunjukkan kami tidak sama dgn org2 yahudi (refer masa peperangan Yahudi n Nasrani ketika zaman Nabi Isa)'...tapi aku pernah terbaca di sebuah buku kat rumah hadi n Amir pasal dlm kristian pun tak leh mkn babi 'Leviticus, chapter 11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir ini, kata Bible "Pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan, dan bangkainya jangan lah kamui sentuh , ia adalah tidak bersih untuk kamu."..tapi aku takder la guna ayat ni, coz aku lupa...

sepatutnya bab itu dibincangkan secara demokrasi n intelektual.anda hormat agama kami, kami hormat anda.tak begitu?last2 aku cakap 'sebagai muslim, kami percaya apa yg kami makan akan mempengaruhi kehidupan kami.'notre assiette parle de nous'.sifat babi yg kotor n makan najis sendiri serta hidup semberono dikhuatiri akan mempengaruhi kami' pastu lecturer tu ckp 'tapi awak kena ingat, babi mmg pun haiwan omnivor'...aku pun tak paham kenapa dia ckp mcmtu, aku nak je balas balik 'dah tu kenapa ko tak makan berok n kera?diorg pun omnivor gak.' tapi hasrat tu cuma ku pendam.'maksud saya bukan setakat pemakanan diorg jer, tapi cara hidup dia binatang sendiri'.

ia benar dong ayat ku itu?yup...contoh la, org2 di Amerika yg makan babi, lps satu parti ke apa ke, mana ada diorg perasaan malu kalo nak wat seks bebas tu, kdg2 siap tukar2 isteri lagi. ini la contoh sifat babi, yg amalkan seks mcm tu.bukti 'makanan mencerminkan peribadi', org arab terkenal dgn baran diaorg kerana mereka suka makan daging merah iaitu unta, lembu, kambing...

selain cara hidup dan pemakanan babi itu, ada jugak kaitan dgn komposisi bdn babi yg hanya mengeluarkan 2% kandungan urik dlm bdn dia, (chemical substance yg bahaya utk manusia), padahal kalo binatang lain, depa keluarkan semua benda tu sampai kita leh wat baja.so, lecturer tu ckp 'ermm, baik la, saya akan ambil kira kata2 awak tadi'..yup, ambil kira n pasni 'lu fikir la sendirik' yer?

masih lagi pasal babi,..


kesian akak ni, tapi tak per, kalo dia tak posing ngan 'chichi' org ramai tak tau kan?kira credits to kakak ni la.


ingat lagi tak gambar kat atas tu?pasal budak vet yg pegang2 babi.ermm...anak-anak sekalian, mmg la babi itu najis dan haram ditelan samaada masih hidup atau telah dibuat rendang, tapi jgn la terus menghukum budak tu. dah memang dia punya kerja kaji binatang tu. bukan nyer susah, pastu leh jer sertu (bukan 'samak' yer).saper tau, lps ni diorg leh keluarkan lagi sebab2 babi haram dimakan, n sapa tau satu hari nanti ada org yg gunakan babi ni sebagai senjata bio utk memerangi islam, so, baik diorg kaji betul2....tapi sedar tak?makan riba', berjudi, minum arak mengumpat, n lain2 benda yg dikalsifikasikan 'BERDOSA' adalah lebih teruk. yer la, pegang babi najis jer, tak plak jatuh "DOSA".fikir bersama yer...


lagi satu, aku pun heran, kenapa org kita tak nak sebut 'BABI' tapi sebut "KHINZIR"..ala2 dapat pahala tambahan gitu kalo sebut dlm bahasa arab?makna dia sama jugak, BABI.ada dua sebab, sama ada dia segan nak sebut benda tu atau mmg dia hormat ngan binatang tu?huh?anda yg mana?kenapa tak panggil ayam 'dajajahtun', lembu 'bakarun' n gajah 'filun'?aku ingat lagi, dulu ayah marah kalau kami tak cakap 'BABI'!hahaha!bukannye ayah aku ajar mencarut, cuma dia kata 'kenapa nak panggil2 khinzir?org jawa (merujuk kami ler, tak kata org melayu yer) ni suka sgt nak jaga2 hati, sampai babi punya hati pun nak jaga.mulia sgt ke?'..hehehe!betul jugak kan?

ermm...banyak lagi nak tulis pasal babi ni, tapi aku letih menaip.sebelum berundur, aku nak kongsi satu teka teki n jawapan dia sekali : kenapa anak babi jalan tunduk?. jawapan: sebab dia malu nak ngaku mak dia babi!!! hahahahaahahaha!!!(buat lawak ketawa sendirik pun jadik la...).

15 comments:

anjut said...

lupa nak tulis kat atas, aku takut buku tu salah, so that aku search kat intenet la pasal kristian n babi, ini kitab bible online, saper nak baca?
http://www.awitness.org/biblehtm/le/le11.htm

Leviticus
Chapter 11

11:7 The pig, because he has a split hoof, and is cloven-footed, but doesn't chew the cud, he is unclean to you.

11:8 Of their flesh you shall not eat, and their carcasses you shall not touch; they are unclean to you.

ermm, kawan2 kristian yg tahu pasal ni, boleh tak share sikit2 ilmu tu...kami yg islam ni tak berapa tau sgt n tak paham sgt bible..peace ok.

izzyzatt said...

hm...kwn2 aku yang dulu makan mende nih, skrg maki ramai yang tak makan...implication de besar actualy, esp bile da tua nnt. hahha!!!bnyk keburukan laa...

tp aku nak ckp pasal sertu tuh. yup!!SERTU! bila aku ckp sertu, ramai plak budget aku tak blajau agama dlm kelas, mara2 aku cakap samak laa sebenarnye. cet. aku tak tido dulu time ustaz/ustazah aku ajar. fav subject tuh. ces2~~~

aku pelik gak, sebenarnye kalau ikot yg aku bace, da bnyk kajian dorg buat pasal daging nih, n it is obvious cacing2 tuh takkan hilang...tapi still dorg tanak caye. ape la~~~~

anjut said...

huhu, biasa la tu.sbb asa semua agama hanif (yahudi, kristian n islam)hukum n hakam nyer samer jer, tapi tu la, ada yg ubah2.

betul la ko ckp 'sertu'. kalo 'samak' tangan kalo dah pegang babi, maksudnyer, 'mengasingkan kulit dan isi' lps pegang babi, laaa, kesian nyer..sakit la nanti...

ermmm...tu la, kebenaran kan hak utk mereka yg sedar...

amel said...

kalo jawab dengan logik akal saje memang senang2 akan disangkal balik oleh org2 yang sengaja nak jatuhkan Islam. Diorang banyak buat kajian soalan logik untuk mende2 camni. Tapi, diorang tak berani nak kaji Al-Quran sebab takut akan temui KEBENARAN. Seperti professor-professor yang sangat mereka percayai suatu masa dulu... akhirnya, mereka semua ucap dua kalimah syahadah.

Apabila Allah hendak buka hati seseorang, tiada siapa pun dapat menghalangNya..

anjut said...

ermm, kdg2 kita kena berhujah dng logik akal jugak, coz mustahil kita terkelu sbb apa yg di syariat kan Tuhan, mereka sendiri yg kaji, so nak tak nak kena terima, dgn syarat kita cerdik la.coz kalo kita guna ayat quran, mereka akan reply balik 'so?korang ikut mebuta tuli jer la apa yg agama ko suruh?', itu la sikap mereka, mendustakan apa yg hak. kalo berhujah dgn org beragama lain, kalau boleh kita guna balik perenggan2 yg ada dlm kitab mereka, coz hukum hakam kita semua pada dasar adalah sama. tapi kalo org yg ateis?tak payah la berhujah, coz mereka takkan percaya n akan tolak semua yg kita ckp, tapi kalo kita tabah, apa salahnya kita bg hujah2 pada mereka, mala tau, hidyah Tuhan turun...

kudabesi said...

huhu babi omnivor ye..cikgu2 jgn ckp dia herbivor..ayam dia mkn..anak pisang pun dia sondol

haha tak silap aku dulu cikgu ajar herbivor..ikut buku btol..dorg bukan x tau babi utan tu smua benda dia sondol..

weh bdk vet tu mmg suka tgkp gmba dgn binatang..gmba myspace dia skang ni dia gmba ngan rimau lak..aku ada myspace dia

org sume mrh sbb mlanggar adat la..adat nih maknanya kebiasaan sesuatu masykt..

jd dlm adat msykt pasca moden nih gambar ngan babi x leh..jijik tp gambar seksi2 x pe, sbb da jd kebiasaan haha manusia

anjut said...

oh yer encik kuda kularigagah berani?nak link dier.hehehe!

ntah, gambar dok peluk tang sana, peluk tang sini, bukan mahram boleh plak?(tapi ada jer gmbr aku ngan kawan kafir aku yg rapat2...nak wat camana, tak sempat nak ckp dah kena snapp).

hadi sprenteng said...

aku rse aku pernah termakan babi...kot..haih..amat dikesali

anjut said...

sedap tak?eii, x nak kawan ko la..geli i....yaks!

Anonymous said...

nah http://www.myspace.com/e_mameiow

haha sharing is caring..

ironhorse

anjut said...

terima kasih abg kuda besi ku gagah berani...

Nini Marini said...

encik mejah!

tajuk entry awak tu...haiiih,menimbulkan syak wasangka je tau.entah ape la org ingat awak nak luahkan perasaan kat sape lagi kali ni.huhu

btw,saya tamau komen pasal babi tu,sbb hari tu saya dah xplain kan cmne saya sll jawab kat org2 yang tak paham dan buat2-tak-paham ni.

huhu,jokes last sekali tu really make me lough out loud okey.ntah ape2 la haiii...=)

anjut said...

alalala cik Nini, kan ke dah berjanji tak mau menulis benda2 emosi2 ni, buang masa n tenaga jer..hehehe!ahh, benda2 taboo mcm ni kan kalo kat masyarakat kita 'kami lebih suka utk tidak membicarakan tntang nyer', sbb tu rasa nak mengupas sket..sementelah kisah baru2 ni kat melaka ada jemaah surau tu jumpa kepala babi kat depan umah dia masa nak g subuh di durau, pastu kat surau kampung yg sama gak, ada org lempar kepala babi..itu sudah mencabar namanya...

AzRiQ [AiMaN] AzMaN said...

lecturer ko yang babi mejah oi..usah layan..ko panggil je die 'babi' je..tapi make sure dlm bahase melayu..

anjut said...

haha!aiman yg kejam dulu kini selamanya...