Sunday, November 30, 2008

kepada Ijat yg dah tak berapa rungsing

ini adalah tag yg diberi oleh Ijat yg runsing (mmg dia selalu runsing jer aku tgk, bercerai ngan bini la, belajar malas la, apa la, itu la.). dia ada bg dua tag, tp takkan aku nak jwb dua2. utk tak kecilkan hati dia yg dah buat 'jemputan' tu, aku pun jawap la.

1. What is the relationship of you and him/her?
senior and junior (so?repect sket eh, kang kena ragging ngan aku)

2. Your 5 impressions towards him/her.

1. gentleman
2. metrosexual
3. beriman
4. beramal
5. berilmu (have no ideas bout him, an ordinary guy who has potential to be extraordinary..kot.if he realizes that)

3. The most memorable things he/she had done for you.

ermm, tak ingat ler coz jarang jumpa. one thing is, he attended all ceremonies which were me as the MC (except the one in Carcossa n Concorde). that's why he said that he suprised with my talent of bercakap in different languages.hahaha!

4. The most memorable things he/she have said to you?

"mejah, ko tak balik umah ke?"- ni kot ayat dia?coz selalu dia nampak aku balik umah ujung minggu.


5. If he/she become your lover, you will…

mintak simpang malaikat!mungkin ukhwah kerana saudara seagama, itu yer la kot. u learnt about it guys, the importance of ukhuwah.


6. If he/she become your enemy, you will…

don't bother. who cares?tp tak bagus bermusuh2 ni.

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on his/her

no idea. as sahibatul ukhwah (kalau la), dia kena jadi kuat, jgn lembik2. n terus pandang ke depan n ignore what peeps say bout u.(semangat ni!)

8. If he/she become your enemy, the reason is

ntah, tak der pasal.

9. The most desirable thing to do on him/her is?

check his family background coz he resembles my cousin.in many way. tp kalo sepupu aku, mesti aku kenal.

10. The overall impression of him/her is…

A nice friend with high tempered, sensitive, loves to say [fu**,ba** and omgwtfbbq]hahaha...(just wrote back what u described May Ching, sama jer kan korang?sweet couple tough!)

11. How do you think the people around you will feel about you?

tak masuk periuk. tak kesah pun.i'am who i'am.

12. The character of you for yourself is?

semua org dah tau kan?wat pe nak tulis blik?

13. On contrary, the character you hate of yourself is?

berhati lembut (kdg2 bawak binasa kat diri sendiri), kdg2 hot temper gak (saper suruh cari pasal?)

14. The most ideal person that you wanna be is?

Ahmad Deedaat atau Sultan Alauddin Riayat Syah(aku mengkagumi mereka), tapi tak mungkin..banyak yg kena dibaiki...(i mean it)

15. For the people who likes you, say something about them.

do like me, but don't lick me ok?that's forbidden!hahaha!terima kasih ler, uhibukum ilal Allah.

16. Ten people to tag: (x semestinya korang kena jawap kan?terutama yg number dua tu...kalo dia jawap, mmg aku sanggup jalan kaki dari France ke Mesia)


1. Hafizah sinin!
2.Mahathir Muhammad
3.my mummy Tazzy!
4.Adam (ambik balik!)
5. kak Marini dan lembu2 kegemaran nya (dia kata dia suka lembu)
6.acap muklas
7.kak Adibah
8.Perth (dia layan ke benda2 mcm ni?)
9.Esah Ros
10.Tarmijie neutron

17. who is no. 2 having a relationship with?

nak cakap ke?kang kena tangkap...ngan Siti Asma (jgn ckp kuat2, nanti kena tahan ISA, bukan Asmaniza tau!)

18. Is no. 3 a male or a female?

female la!dah mak tiri aku!

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?

when in the earth?aku akan sponsor majlis kahwin diorg!bagus la wat masjid...

20. How about no. 5 and 8?
ehhh... kesinambungan soalan no.19 ke?apa punya soalan...mesti Nini malu, dia dah nak kahwin ler. yg si perth tu tak der lg kot (ada, tp jual mahal, mahal ler sgt...)

21. What is no. 1 studying about?
ntah apa benda ko wat kat Amerika tu?mcm enjin2 ler kot..no idea, aku tak reti nak sebut.

22. Is no. 4 single?

ko dah ada calon bini kan Adam?

23. Say something about no. 6

Acap?cool jer mamat nih (ceewah, kembang kempis idung ko yg sedia ada kembang tu)

ok. siap dah!hehehe!benda ni wat main2 jer, coz asyik study jer, penat kepala aku...so, rileks2 jer baca ok, jgn nak amik hati plak.jgn marah2, nanti kena jual!

Saturday, November 29, 2008

rindu nyer ngan si Comel....

assalamualaikum...itu bukan nama kucing aku yer, tu adalah anak-anak sedara aku.arghhhh!lama nyer tak cubit2 n sepak2 bdk2 ni...hampir gila aku...best nyer kalo dpt cium pipi diorg sampai merah.grrr...

aku baru dpt email dari abg Uda aku, pasal Casper (ukasyah) n Ladybird(sarah)...eiii, rindu aku ngan budak duaorg ni.Casper dpt number satu kat tadika dia, dia claim hadiah kat aku,hahaha!dia menang pakaian beragam sekali,adus laa, mesti comel...tapi aku tak dpt gmbr dia lagi, nanti kalo dah dpt, aku tampal kat blog ni...

pastu dpt MMS from kaklong, Hanna dah pandai berjalan...eiii..geram ler aku..bila la nak kawin ni?dpt anak sendiri leh picit2...


rindu nyer ngan Casper n Ladybird....




grrr..geram aku..sampai mengigil tangan n kepala, rasa nak masuk dlm screen yer gak...



baby Hanna, pak anjut balik, siap la kena rebus dlm kuali...


oleh sebab terlampau rindu...aku pun tgk balik video2 kat youtube, tp anak org len la...comel sgggttttt!aku paling suka yg ni.


baby 1


pastu aku suka kat yg ni

baby 2

pastu cuba bandingkan ngan yg ni!!!mesti pecah perut sampai kena hantar sepital!wakakaka!

baby 3

hahaha!demikian la kesah nyer...kalo boleh kan, aku nak suntik jer budak2 ni ngan hormon apa2 la biar tak membesar, biar jd kecik jer mcm tu..sb kalo dah besar, nanti dah tak best nak wat gurau2...

Tuesday, November 25, 2008

BABI!!!


salam semua..hah?!!kontroversi tak tu?hehehe. ini bukan nak provok org ler, kan ke blog ni sepatut nyer menjadi medan berkongsi ilmu?huhu..ok la, tajuk kita pada hari ini ialah


BABI@PIG@KHINZIR@COCHON

orang kata tak kenal maka tak cinta kan?tapi tak der la aku suruh korang berkasih2 ngan binatang kecik molek tapi najis ni...diceritakan asal usul kejadiannya ketika bahtera Nuh belayar dilautan luas, ketika itu, tahi2 haiwan (manusia sekali kot) mengotori bahtera tu, maka Allah pun menciptakan spesis babi ni utk jadi vakum. sbb tu kalo kita tengok, muncung babi ni mcm vakum skte, dari situ jugak la manusia dpt idea nak cipta vakum.tengok, setiap kejadian Tuhan kan ada hikmahNya...

aku mula terfikir pasal benda ni apabila kami berada di kelas Societe Francaise. pada ketika itu, kami belajar mengenai agama-agama terbesar di Perancis.sampai la ke bab 'cara hidup org Islam'. Lecturer kami ada tanya pada kami, "kenapa hangpa tak leh makan babi?pasai apa?teruk sangat ka binatang tu?", of course in french la, tu ayat penang aku...

ada kawan kami dari Kuwait memberi alasan 'daging babi ada ulat, cuba letak coke atas dia, nanti dia jadi busuk serta merta (aku rasa kat youtube pun ada), saya buat depan kwn2 sya, diorg terus tak makan'...ermmm...alasan yg ni agak 'remaja' sgt la utk diberi..sbb tentu la cikgu aku tu akan berdolak dalih lagi..

kemudian aku cakap, yg ni alasan nampak bodoh, tapi mmg realiti, 'dia mana ada leher?mcmana nak sembelih?kami kan kena sembelih baru leh makan'..classmates aku gelak2 semua.mmg sikit lucu pun.cikgu aku ckp 'eh?awak jgn tak tau, kat Bretagne kami sembelih leher dia (ada ke?) utk ambil darah dia buat sos' kemudian dia tambah lagi 'pasal cacing pita tu, dulu mana ada cara memasak yg betul, sbb tu benda tu ada dlm babi.kamu tau tak?skrg ni, daging babi la daging yg paling masak didunia'...

lepas tu, aku rasa rimas sgt...coz mcm buang masa, rasa2 mcm dia nak provok kami pun ada. coz sblum tu, kami berbincang pasal 'kosher' iaitu pengiktirafan 'halal' utk makanan yahudi, mereka pun tak bleh makan babi. tapi lecturer tu ckp, 'org kristian boleh makan babi kerana utk menunjukkan kami tidak sama dgn org2 yahudi (refer masa peperangan Yahudi n Nasrani ketika zaman Nabi Isa)'...tapi aku pernah terbaca di sebuah buku kat rumah hadi n Amir pasal dlm kristian pun tak leh mkn babi 'Leviticus, chapter 11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir ini, kata Bible "Pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan, dan bangkainya jangan lah kamui sentuh , ia adalah tidak bersih untuk kamu."..tapi aku takder la guna ayat ni, coz aku lupa...

sepatutnya bab itu dibincangkan secara demokrasi n intelektual.anda hormat agama kami, kami hormat anda.tak begitu?last2 aku cakap 'sebagai muslim, kami percaya apa yg kami makan akan mempengaruhi kehidupan kami.'notre assiette parle de nous'.sifat babi yg kotor n makan najis sendiri serta hidup semberono dikhuatiri akan mempengaruhi kami' pastu lecturer tu ckp 'tapi awak kena ingat, babi mmg pun haiwan omnivor'...aku pun tak paham kenapa dia ckp mcmtu, aku nak je balas balik 'dah tu kenapa ko tak makan berok n kera?diorg pun omnivor gak.' tapi hasrat tu cuma ku pendam.'maksud saya bukan setakat pemakanan diorg jer, tapi cara hidup dia binatang sendiri'.

ia benar dong ayat ku itu?yup...contoh la, org2 di Amerika yg makan babi, lps satu parti ke apa ke, mana ada diorg perasaan malu kalo nak wat seks bebas tu, kdg2 siap tukar2 isteri lagi. ini la contoh sifat babi, yg amalkan seks mcm tu.bukti 'makanan mencerminkan peribadi', org arab terkenal dgn baran diaorg kerana mereka suka makan daging merah iaitu unta, lembu, kambing...

selain cara hidup dan pemakanan babi itu, ada jugak kaitan dgn komposisi bdn babi yg hanya mengeluarkan 2% kandungan urik dlm bdn dia, (chemical substance yg bahaya utk manusia), padahal kalo binatang lain, depa keluarkan semua benda tu sampai kita leh wat baja.so, lecturer tu ckp 'ermm, baik la, saya akan ambil kira kata2 awak tadi'..yup, ambil kira n pasni 'lu fikir la sendirik' yer?

masih lagi pasal babi,..


kesian akak ni, tapi tak per, kalo dia tak posing ngan 'chichi' org ramai tak tau kan?kira credits to kakak ni la.


ingat lagi tak gambar kat atas tu?pasal budak vet yg pegang2 babi.ermm...anak-anak sekalian, mmg la babi itu najis dan haram ditelan samaada masih hidup atau telah dibuat rendang, tapi jgn la terus menghukum budak tu. dah memang dia punya kerja kaji binatang tu. bukan nyer susah, pastu leh jer sertu (bukan 'samak' yer).saper tau, lps ni diorg leh keluarkan lagi sebab2 babi haram dimakan, n sapa tau satu hari nanti ada org yg gunakan babi ni sebagai senjata bio utk memerangi islam, so, baik diorg kaji betul2....tapi sedar tak?makan riba', berjudi, minum arak mengumpat, n lain2 benda yg dikalsifikasikan 'BERDOSA' adalah lebih teruk. yer la, pegang babi najis jer, tak plak jatuh "DOSA".fikir bersama yer...


lagi satu, aku pun heran, kenapa org kita tak nak sebut 'BABI' tapi sebut "KHINZIR"..ala2 dapat pahala tambahan gitu kalo sebut dlm bahasa arab?makna dia sama jugak, BABI.ada dua sebab, sama ada dia segan nak sebut benda tu atau mmg dia hormat ngan binatang tu?huh?anda yg mana?kenapa tak panggil ayam 'dajajahtun', lembu 'bakarun' n gajah 'filun'?aku ingat lagi, dulu ayah marah kalau kami tak cakap 'BABI'!hahaha!bukannye ayah aku ajar mencarut, cuma dia kata 'kenapa nak panggil2 khinzir?org jawa (merujuk kami ler, tak kata org melayu yer) ni suka sgt nak jaga2 hati, sampai babi punya hati pun nak jaga.mulia sgt ke?'..hehehe!betul jugak kan?

ermm...banyak lagi nak tulis pasal babi ni, tapi aku letih menaip.sebelum berundur, aku nak kongsi satu teka teki n jawapan dia sekali : kenapa anak babi jalan tunduk?. jawapan: sebab dia malu nak ngaku mak dia babi!!! hahahahaahahaha!!!(buat lawak ketawa sendirik pun jadik la...).

Saturday, November 22, 2008

kalah dengan nafsu sendiri...


assalamualaikum...

hufff....semalam aku telah buat satu benda yg menodai blog kesayangan aku ni...itu la, akibat kalo kita terlampau ikut nafsu...nafsu ada yg jahat, ada yg baik..semua org tau kan?aku ingat sikit2 benda ni..

pasal nafsu mutma'inah (nafsu yang terdapat pada jiwa yang beriman, jiwa yang tenang dengan apa yang dijanjikan Allah)
Firman Allah yang bermaksud “Hai nafsu muthma’innah, kembalilah kepada Allah dengan hati yang puas lagi diredhai” Al Fajr: 27-28

pasal nafsu ammarah (nafsu yg banyak memerintah kepada kejahatan, nama 'ammarah' tu sendiri bermaksud 'memerintah'...)

pasal nafsu lawammah (nafsu yg berubah2...)kalo aku tersilap pasal nafsu2 ni, tlg betulkan yer...aku banyak lupa...

semalam, aku kalah dgn nafsu ammarah aku. aku telah mencarut2 dalam blog ni...keji nya aku rasa...entry kali ni bukan nak neutral kan balik keadaan, tapi untuk rakan2 yg kat luar tu, dan adik beradik aku yg melemparkan banyak persoalan mengenai entry smlm...rasa bersalah plak kat diorang. bila aku online je YM, bertubi2 mesej masuk, tak masuk email lagi.ada yg bersetuju, ada yg memberi pandangan (terima kasih, sejuk hati dengar...) n ada juga yg risau..owh, indah nyer dunia ni dgn mawardah wa rahmah.tapi...aku rasa sakit bila aku nampak entry yg aku buat semalam...teruk nya manusia ni...duhai jiwa, engkau bukan hipokrit...tapi ko adalah munafikkkkk!!!!nauzubillah!

pagi2 aku tepon bonda aku, bertanya khabar dan adik bongsu aku yg tengah exam tu. semua ok bonda kata, seronok nyer dgr suara bonda.lepas tu aku tepon kaklong aku, sajer nak lepas rindu dgn dua org anak dara dia si Tikah n Annabella tu. makin cerdik anak2 sedara aku tu cakap.memang genetik la. lepas tu aku berbincang dgn kaklong. dia sentuh pasal entry smlm, sedih kata dia. "kenapa la ko ni Anjut?org mcm ko ni pun ada musuh?yg lagi satu ko tu gatal melayan apepasal?they are not even in same standard with us!jgn nak jatuhkan standard sendiri!nampak sgt la kejahilan ko tu...." Ouchhh!ouchhh! and ouchhhhh!!!!sakit telinga aku mcm dipulas2.."buang masa je kalo gi sekolah, tapi ko tak leh fikir ngan rasional.buat apa sekolah bertingkat?tapi benda2 remeh pun ko masuk guni?" Ouchhhh again!!!kaklong aku kalo dah bercakap, bendera putih la gamak nyer...

nasihat dia pun sama dgn org2 lain, "delete la entry yg tu, buat rosak blog ko jer"..ada jugak yg kata "ko kan leh tulis benda2 yg lebih ilmiah, kenapa nak amik berat sgt benda ni?"ermm.aku timbang2 balik, betul kata diorang. biar la dbdk dua ekor tu nak buat apa, aku tak terjejas apa pun, hidup aku dah cukup senang dah, apa lagi yg aku nak?lantak la kalo dia nak burukkan nama aku kat kawan2 foreigner aku, bukan dia yg bagi aku biasiswa.aku berdoa, kita semua berjaya la.insya'allah!alhamdulillah, aku dah delete, kalau diorang belum baca, bagus la, alhamdulillah, tak der la diorg sakit ati..tapi..kalo dah baca?pun alhamdulillah!!jahat jugak aku, tapi aku harap diorang sedar, langit diatas, bumi dibawah.ok?aku takkan kalah lagi dgn nafsu aku...insya'allah...


ermm, lagi berita gembira, mak n ayah nak g mekah taun depan.sekali ngan kaktam n laki dia. haritu pun kak teh kata dia nak g ngan satu keluarga, pastu kaklong pun ckp benda yg sama pagi td.wah, meriah la baitullah taun depan nanti!coz ikut jangkaan nyer, aku n abg aku Aan nak wat tour dari Mesir-jordan-syria-madina-mekah-istanbul!insya'allah kami akan bertemu kat sana.yer Aan!siap sedia jadi pemandu peribadi aku!


ok la, sebenarnya hati aku gembira, coz mmg sepanjang hari ini n semalam, banyak aktiviti aku buat. semalam masa makan kat centre ville dgn Mr Kartun, aku nampak diorg set up rumah kecik2 utk marche de noel, sebuah pasar khusus utk krismass, biasanya sebulan sebelum krismass.ikut perancangan, aku nak melepak ngan Aman, tapi mcm mlm tu tak sesuai sgt utk kami merongeng.masa tu jugak jumpa classmates aku si Fatima n Suhail, tapi kat tempat lelain la.Suhail ada janji nak bg album dia nanti.(memang betul la sangkaan aku dia ni budak underground!)...

balik ke rumah, rasa lengang, diorg ajak main ice skating, tapi aku terpaksa tolak coz dah janji nak makan ngan katun kat luar. lgpun aku serik g haritu, sakit tulang belikat aku!hepi jer bebudak ni!mlm tu kami tgk Madagascar 2 ramai2.hahahaha!kelakar giler!


jenab dan design umah baru dia, dekorasi ikhlas dari Kak Peah n Alicia si Itey!mekasih!!!

kesian Jenab kena tinggal selalu...nak mintak tolong kak Piah jagakan, nanti dia gaduh ngan Alicia @ si Itey lagi..budak2 kecik mmg suka gaduh!org tua pun gaduh!



tadi tengah hari aku n sasi rancang nak berjalan2 kat centreville. ni la aktiviti kitorg, merongeng tiap minggu.kebetulan harini start salji!jakun je kitorg. kat centreville sgt lebat salji dia...


owh!jakun nyer aku!


lara dutta di halaman sonata musim salju!



jejalan tu, perut bergendang!laporr la plak...kami pun pergi ke restoren terdekat..kat situ x leh share pinggan, so terpaksa la kami pilih makanan masing2...nak kembung makan, tu pun tak abis...


ni la tunjuk perasaan tu.best jer diorg ni!

tadi jugak aku n sasi sempat menyelit kat perarakan org ramai. coz org perancis ni mmg suka wat tunjuk perasaan.mcm acara wajib setiap masa.kali ni, mereka komplen pasal service public yg dah tak berapa nak public.jugak kerana guru2 geografi n sejarah takkan diganti lagi, bermaksud akan tiada matapelajaran itu.alalala, dah ler diorg ni tak kenal geografi, mudah2an atlas tu diberi percuma la pada org2 perancis ni...

sempat kami ke sebuah kedai ternama utk beli hadiah kawan2 yg sambut besday..ni dah mcm adat, tak yah mintak pun mmg kami bagi.kali ni, besday hadi, semah, kuku n mat. aku baru ada masa nak beli harini. tapi mmg dah lama aku wat list apa yg nak bg kat diorg.annabella pun dah claim hadiah besday dia "owhh!pak anjut ingat dah duduk jauh leh lari tak yah bg besday present kat kita?"...adoi la budak ni...dia nak anting2...mana la aku nak cari.

tadi plak lagi sekali aku keluar pegi istana tepung utk membeli barang.best jln malam2.org tak ramai.so, saper kata hidup ni tak best?best la!dan sekarang aku tgh tergolek kekenyangan makan spageti Faiz n ayam masak merah si Amir...alhamdulillah...sebelum mengundur diri, aku ingin ucapkan ribuan kemaafan kat semua org pasal entry smlm...aku bukan maksum, sekali sekala, api di penara terpercik juga....

perang badar adalah perang yg amat dahsyat....sabda Rasulullah setelah perang selesai, 'Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar...’, yang membuat para Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)...”

"lagi tinggi ko dapat kawal kemarahan ko, lagi tinggi martabat ko!don't let the situation control you!they don't worth anything for you!"-kekemz-

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."

(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)






Wednesday, November 19, 2008

duit, money, argent...

salam.

tajuk kali ni adalah duit. pernah dgr lagu 'duit, duit, duit, mana engkau duit, kalo tak berduit, dunia rasa sempit..tralalalla!' aku suka lagu tu, coz aku mengakui kebenarannya.

tapi kebenaran yg aku maksud kan adalah dari segi realiti.semua benda kena duit, nak makan kena ada duit, nak kawin kena ada duit, nak itu ini duit, nak g jamban awam pun berduit...

iyer, aku tak begitu alim ulamatun utk cakap "kehidupan mengejar duit tu adalah kesalahan, kerana kita kena beribadah di dunia ni, kerana telah difirmankan Allah, 'Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-ku. (Adz-Dzaariyat [51]:56)'...tapi sedarkah?Nabi Muhammad sendiri bencikan kefakiran...kalau kita mempunyai barang sedikit harta, lagi mudah utk kita melakukan ibadah-pergi haji, bayar zakat, sedekah, buat kurban etc..itu semua duit(yup, if the barter system is still valid?'duit' doesn't exist)..

ok, masa kecik2 dulu, aku tak tau nilai wang, paling bnyk dpt duit tym raya ler.leh cecah puloh2 or ratus2..masa tu aku selalu kena tipu ngan kaktam or aan, 'duit lima posen lagi bagus dari seringgit coz dia lagi besar', punya la naif, semua duit seringgit (syiling) aku tukar ngan lima posen diorg.hahaha!!

masuk taski umur lima taun, masa tu tak der la ayah bg duit coz makan tangung sekali, tapi ada jer duit kocek lima posen seminggu sekali dapat wat beli jajan.hehe.tapi aku sekolah taski jap je, coz aku tak suka sekolah tu, ada sorang budak tu suka mengampu ustazah "sedap la sandwich yg ustazah buat ni, boleh bg lagi satu?", meluat aku, jahat jugak aku ni, kecik2 dah tau menyampah ngan org.. tapi sekurang2 nyer dua bulan kat taski tu, aku tak berak dalam seluar!bdk mengampu tu berak dlm seluar.amik ko!

pastu naik darjah satu. masa awal2 mak yg bayar segala makanan kat kantin coz 'mak kita tunggu kat luar coz kita takut duk dlm kelas'..hehhe!manja giler!padahal masa tu Aan darjah tiga, boleh je jengok aku.pas 3 bulan aku leh hidup 'berdikari' kat sekolah rendah tu, aku bwk bekal, mak bg jugak lima posen. biasa aku makan ngan Aan n kawan2 dia tepi parit. duit tu kami simpan coz selalu balik kelas kitorang akan borong eskrem malaysia kat berek polis tu.sampai berair2 idung coz makan eskrem tu. sekolah agama waktu petang, mak tak bg duit coz sekolah tu kejap jer, tapi kadang2 aku merengek jugak nak duit coz nak beli kuih muih cikgu Tumisah.hehe!

naik tahap dua, elaun up sket. ayah bg aku seringgit.masa tu makanan masih murah lagi. 30 sen leh dpt bihun goreng.masa tu ada beberapa kawan aku dpt RMT (rancangan makanan tambahan [terima kasih encik kurit kerana membetulkan maksud dia tu..hehehe!]), diorang akan dpt kupon, kdg2 ada yg tak nak makan, aku sebat kupon dia, dari membazir kan?so, duit tu leh la guna tuk kelas agama petang, beli gasing, guli, eskrem, n kuih cikgu Tumisah.tapi masa tu aku pandai simpan duit dah kalo aku nak apa2 (contoh kalo nak crayon, ayah aku tak kan belikan coz comot, dia belikan pensel kaler yg budak2 biasa tu pakai, dia tak tau ke aku ni luar biasa?so, aku kumpul duit nak beli.harga dia dlm rm2.10 masa tu, beli kat kedai Bann Dong)

masuk tingkatan satu, masa tu sebulan kat maahad muar. ada kaktam form 4(dia blum tukar ke MRSM jasin) so, kami berdua beradik kat sana. kalo aku lapar, aku jerit kuat2 kat pagar aspuri tu "kak tammmmmmm!!!nak makan!!!tak der duittt!!!nak roti kurasan!!!(burger bersalut kulit popiah goreng)"..nanti kakak aku yg kenit tu turun la tergesa2 sambil mebebel "ko ni kalo tak malu kan aku tak boleh heh?" tasss!kena cubit ngan tangan dia yg halus tu...sakit laaa!!!ayah mmg bg kaktam pegang duit tu coz bg ayah aku kecik lagi.

sebulan lepas tu aku pindah secara mengejut ke sebuah sekolah berasrama penuh ternama di selangor (ceeewah, segan nak sebut!).. ayah bg aku duit makan lima puloh ringgit jer sebulan!alaa, lg pun masa tu aku tak tau nak buat apa duit tu.coz kalo outing pun, ngan kakteh. kalo kuar ngan dia, aku pow la mcm2, so aku tak kuar duit pun. kak teh mmg baik, ingat lagi masa kaki aku patah,form 3, dia pergi tempat aku utk settle kan hal bedah2 tu, mak n ayah masa tu ada urusan apa ntah,lepas dua hari baru diorg dpt dtg.kakteh bayar semua ongkos masa tu...masa tu la aku berazam nak hadiah kan dia yg terbaik masa PMR, bkn utk dia jer, utk semua adik beradik aku...alhamdulillah, dpt 9A..ni yg rasa riak ni.

form 1 sampai form 3 ok lagi..masa tu setan kiri kanan kecik lagi. dah masuk form 4 n form 5, aku mula la mintak lelebih kat ayah n mak aku. kalo akak or abg aku yg dah kerja tanya 'ada duit tak?', aku akan bg jawapan yg meragukan 'ada la cukup2 makan', papppp! selepuk duit depan mata aku.masa tu dpt biasiswa jugak coz aku anak cikgu pencen.hehe!lagi la aku guna status adik beradik aku yg berderet2 tu, so org akan nampak mcm 'kesian nyer mejah, miskinnn....'berkepuk2 la duit aku. tapi aku tau guna duit tu, aku buat bayar yuran, cermin mata,beli buku,n sebagainya.sbb tu mak n ayah aku penah tanya ' ko ni tak nak duit ke?mmg semua cukup heh?', apa plak taknak?bg je lah...takkan kena ckp plak kan?

sebelum masuk matrik, aku ikut kakteh aku buat research, n pergi umah kaklong temankan anak sedara aku si Atikah n Nabilah tu. kaklong n abg long busy, selalu tak der kat rumah, diorang taknak bdk2 ni rapat ngan bibik, so aku la selalu jd mangsa kena temankan anak diorang. tapi aku dibayar. sepatutnya aku buat ngan ikhlas, tapi seolah2 mcm 'menghina' kalo kita menolak. masa cuti lps spm tu, saham aku mmg melambung gila2 dikalangan adik beradik aku. minggu seterusnya g rumah abg uda plak, teman anak2 dia coz bibik dia lari.pastu umah kak ani kat mersing, sambil tolong susun pusat tuisyen dia. semua tu berbayar!kehulu kehilir, aku ingat masa sehari sebelum aku mendaftar kat matrik, aku masih kat kelantan ikut kakteh buat research pasal 'perumahan rakyat termiskin'...masa tu aku tak mintak sesen pun duit mak n ayah, coz aku dah terlebih cukup...masa tu jugak aku belikan ayah n mak kain pelikat n batik kat pasar payang, terengganu...aku cari yg paling berkualiti n selesa. masa tu kakteh cakap 'ko ni ada duit simpan, nanti nak guna, mak n ayah ada pencen, biar kitorg yg dah ada kerja tetap ni beli'...hehhe. tapi aku bagi jugak, coz duit tu titik peluh aku. berapa sgt je nilai kain tu berbanding jasa diorang kan?

kat matrik dpt elaun. pun aku tak guna sgt duit. tapi selalu jer kakak n abg aku 'kirim'.masa tu mak n ayah mmg tak risau sgt pasal aku. tiap minggu aku hantar kain baju kat umah kaklong n balik umah dia. kira kaklong la yg jaga aku kat sana.masa kat matrik la aku banyak belajar masakan itu ini. aku pernah buat dua kek coklat hasil tunjuk ajar kaklong n jual kat kawan dia..masa tu aku terharu....

masuk kat IPBA, lagi la aku kaya raya..dpt elaun tiap bulan, ngan duit kerja ngan kakteh yg tak habis2 tu...sbb tu aku gemok gedempol.masa tu aku nak beli laptop. duit dah ada, tapi cukup utk beli laptop yg bodoh2 jer. ayah dah offer nak sponsor lagi (seriously, aku terharu masa ayah ckp tu, tapi aku terpaksa tolak, coz aku tau aku dah 'mampu' beli apa yg aku nak).kakteh tahan2 aku, dia kata "sabar lagi Anjut, nanti ko tambah sket je lagi dpt laptop yg ok"..iyer, kakteh bg aku PC dia yg dia guna zaman dulu2 tu.masa tu bilik aku kat IPBA mcm medan perang, ngan PC sebesar alam, woofer, printer besar kerbau n apa2 ntah lagi.aku mmg wakaf jer benda2 tu.pastu, agak2 dah cukup duit tu, aku pun beli la laptop kecik cenonet ni.puas hati aku.masa tu kalo tido pun aku pelok laptop ni.masa kat IPBA, kak ijah n kakteh jadi pelawat setia aku. tiap2 minggu kitorg keluar merongeng.seronok nyer...

sampai satu masa tu, aku berangan nak pakai DSLR plak. aku berazam dan beriltizam, aku mesti dpt benda tu dlm masa 3 bulan. masa tu abg ipar aku (abg jakpar) jadi pembakar semangat aku. ada kerja kosong, jadi penterjemah utk kakteh, satu transkrip aku dpt dlm rm 250..bnyk jugak aku buat.kumpul2 n duit elaun bulan2 yg aku simpan sket2, dpt la nikon D60 aku tu..masa tu pun aku puas hati, habis semua org aku tangkap gambar dia, ngan gambar mak mentua akak aku pun aku tangkap.hehehe!

kini aku kat perantauan, aku dpt biasiswa. kena pandai guna. tapi aku rasa setakat ni aku tak de la membazir. kecuali beli rumah utk Jenab jer.aku akan guna jer duit aku, aku tak penah tgk bank aku, coz aku tau, rezeki tu sentiasa ada. buktinya?sampai sekarang aku dpt apa yg aku nak. sayang nya Tuhan kat aku..alhamdulillah...

sebenarnya aku banyak belajar cara urus duit ni dari adik beradik aku. kakteh pernah ckp "kalau kita mencari kekayaan, sampai bila2 kita takkan kaya...tapi kalau kita mencari kehidupan, kita akan banyak belajar"..aku guna ayat2 tu. betul la, aku tak cari kekayaan, aku cari bahagia.rumah besar, kereta mahal2, tanah berekar2, semua tu akan jadi milik kita, buat apa kita takut...kalo bukan kat dunia, insya'allah kat syurga nanti.aminnnn...


Monday, November 17, 2008

aku seorang Adam...

tag ini ditujukan khas kepada encik ADAM. kebetulan aku mmg tak der kelas harini, so..layan je la...


Name :
Hamzah
Sisters : 5
Brothers : 4- berderet2 adik beradik, mcm anak itik!
Shoe size : 42 3/4
Height : 175 cm
Where do you live : Besançon, France.
Have you ever been on a plane :pernah ler, x kan aku berenang sampai sini? Photobucket
Swam in the ocean : semua penjuru kat malaysia aku penah berenang
Fallen asleep at school : kadang2, pastu nak tunjuk cerdik bangun2 terus jwp soalan cikgu, padahal blurr... Photobucket

Broken someone’s heart : ramai, kena wat satu entry kalo nak list kan.aku kan jahat?hehehe!tau pun!
Fell off your chair : dulu la, masa tak reti duk diam dlm kelas
Sat by the phone all night waiting for someone to call : x de faedah.
Saved e-mails :ermm, depends, kalo email pasal agama2 aku takut nak delete, kang dosa (yer ke?)
What is your room like :mcm bilik pempuan..malu aku tgk..bersih sgt...
What’s right beside you: apa yg ada kat tepi2 korang?
What is the last thing you ate : tom yum ayam..cicah ngan roti..aku tak der periuk nasi... Photobucket
Chicken pox : masa kecik
Sore throat : jarang tp kalo kena, aku sakit hati coz susah nak bercakap...
Stitches : kat kaki tu, implant besi..cerdik sgt, kaki bangku main bola..
Do you Believe in love at first sight : susah sket.
Like picnics : suka ler.
Who was/were…The last person you danced with : saper huh?tak kot. Photobucket
Last made you smile : selalu tersenyum..ngan org giler pun aku leh tersenyum..huhu!
You last yelled at :kak piah!


Today did you…
Talk to someone you like : cakap kat tepon ngan mak, ngan mardziyah kat YM jer..
Get sick :tak la.alhamdulillah sehat jer..
Talk to an ex : yg mana satu?hari ni tak kot.kenangan silam..ahh, bencinya..lupakan...huhuhu!
Miss someone : ramai. tp susah la aku ni jarang rindu org..kalo rindu sekejap jer..


Who do you really hate:saper lagi?korang la!hahaha!kalo aku tak suka, aku akan cakap terus, sampai dia tau kenapa aku tak suka dia, then bleh jer jadi kawan pas tu.. saper yg terasa sgt, lantak pi la..
Do you like your hand-writing : hahaha!mesti budak2 ni gelak kalo aku kata yer!coz dah diiktiraf sampai international tulisan aku buruk!mcm la tulisan ko CHANTEKKK sangat?
Are your toe nails painted : tu oghe tino jaa..
Whose bed other than yours would you rather sleep in: sesaper jer, janji tilam tu kena ikut piawai aku n cadar aku nak seratus peratus kapas.clear?
What color shirt are you wearing now : grey n brown.
Are you a friendly person :memang aku friendly pun. aku tak suka cari musuh. tapi kerap je benci org.hahaha!
Do you have any pets : ada, si Jenab.
Do you sleep with the TV on : nope
What are you doing right now : merongeng..dgr lagu melayu jiwang2..
Can you handle the truth : aku lagi suka org ckp betul, walaupun sakit kan hati.
Are you closer to your mother or father : mak kot. ayah garang..tatut nyer caye...
Do you eat healthy :wajib!
Do you still have pictures of you & your ex : x der, x minat gambar2 mcm tu..kalo ngan teman tapi mesra ramai la!hahaha!
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : Allah jua..
Are you loud or quiet most of the time : Loud. very very loud... x kira di mana sahaja. walaupun di library..
Are you confident :ermm, 70% kot Photobucket


5 things I was doing 10 years ago
-jadi penolong ketua pengawas sebelum ditabal menjadi ketua
-main hoki- tapi ayah tak bagi..curi2 jugak!
-suka g umah atuk.diatas bukit Pelangi yg permai..coz leh tgk babi hutan n kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan...alamak, dah merepek dah ni....
-suka bela binatang!ada itik, ayam, arnab, kura2, kucing n hampir2 bela kambing, oh yer, ada juga burung terkukur!
-ada kawan baik..masa tu kecik jer.. ada Kamel, azfar, Farhana, Fadleena, pastu main kat padang ngan Along cucu Usop kaya tu..best nyer zaman dulu...warna warni...


5 things I would do if I were a billionaire
-sewa satu kapal terbang nak angkut satu family g ronda2 satu dunia
-bina rumah ladang..siap ngan bangsal kuda..
-kawen lebih dari satu (ouchhhh!jangan la cubit!sakit la...)hehehe!
-buat rumah anak yatim (dari kecik teringin buat ni)
-sedekah la. coz masa aku kecik, aku dikelilingi org kaya yg pemurah..diorang nak mati pun mudah...kalo mencari kekayaan, sampai bebila tak kaya, kalo mencari kehidupan, kita akan belajar banyak perkara...

5 of my bad habits
-makan benda merepek2
-buat lawak, tapi ketawa sendiri dulu sebelum org lain ketawakan.
-cepat rimas ngan org
-x suka org bau busuk
-suka melawan cakap

5 places I’ve lived/living
-Ayer Hitam, Batu Pahat, johor
-Kajang, Selangor
-Pongsu seribu (tapi selalu balik Kulim), Penang
-Key Ell (selalu balik Puchong)
-Besancon, France


5 people I tag (tapi aku malu nak bgtau diorg yg diorg kena jawap soalan ni coz diorg tu pegawai2!jiwa remaja nyer kurang sket..hahaha!)

-kak teh!
-Pak lang -aku dah giler kot?huhu!
-kak long!
-Nicha al-Kuda (ha, yg ni boleh)
-Shah (padan muka ko!)

Friday, November 14, 2008

friendster yg macam tuttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!

kepada semua org. aku punya friendster (bukan aku jer, korang pun mungkin) telah jadi tak betul. mintak tolong add balik,utk keep in contact...tetiba member aku jd 30 org jer out of 420!!!!!!!!!!!
terutama kepada rakan2 SKAH ayer hitam, Maahad muar, SMAP Kajang, Matrik Penang, IPBA, sepupu sepapat dan lain2..
penting tu, coz nanti dah nak kahwin, tak tau nak jemput mcmana, at least kalo ada frenster leh tanya alamat. bukan kawin jer, segala2, kematian ke, apa ke..penting tu...terima kasih...sangat sangat..

anjut_87@yahoo.com

Thursday, November 13, 2008

Zainab, ma nouvelle amoureuse… Zainab, awek baru ku...

Elle s’appelle Zainab, en fait je l’appelle Nab. Elle est très mignonne. Elle est ma nouvelle copine, ainsi ma nouvelle amoureuse…

Nama nya Zainab, sebenarnya aku panggil dia Nab. Dia sangat comel. Dia adalah teman baru aku, boleh ler jadi awek baru aku


Elle est belle et propre. En grise. J’aime beaucoup cette couleur. Elle sait comment entrer dans son cage soi même. C’est facile à occuper. Elle se sent bon ! Comme un bébévoila ma petite lapine naine !

Dia sangat cantik dan bersih. Berwarna kelabu. Warna yang aku gemari. Dia tau macamana nak masuk dalam sangkar dia sendiri. Senang jer jaga dia. Dia bau wangi!macam bau bayi... inilah dia arnab kerdil ku!